Sabtu, 24 Disember 2011

PULIH KEMBALI (40/2011)

Politik: tradisi mengajar itik berenang patut dibendung

MEMPERITIKAIKAN apa yang patut dan yang tidak patut oleh sesebuah parti politik tehadap parti lawan semacam suatu tradisi kepada pemain politik negara ini selaian dari politik kepartian menjadi mainan setiap hari untuk sepanjang masa dan tidak terhad kepada sepanjang kempen pilihanraya sahaja.

 Matlamat parti-parti yang menyertai pilihanraya adalah bagi mengalahkan lawan. Umno/BN mahu kalahkan PR dan PR pula mahu kalahkan Umno/BN. Tidak ada sebuah parti pun yang masuk bertanding atas faktir bertanding untuk kalah, semuanya mengharapkan kemenangan.
Kalau dirasakan kerjasama Pas-PKR-DAP boleh menyebabkan Pas kalah, kenapa pula dicadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR) yang boleh memungkinkan sokongan dan simpati para pengundi kembali kepada Pas kerana nama dan perjuangan diakitan dengan Islam walaupun pada hakikatnya perjuangan Pas itu sendiri belum selari dengan Pas.

 Jika Pas keluar dari PR, saya yakin dengan sendirinya kemerosotan sokongan terhadap Pas yang goyah kerana silap strategi bekerjasama dengan DAP yang anti Islam,  sudah tentu akan menyebabkan Pas kembali kuat dan utuh kerana identiti Pas itu yang dilihat Islamik.
  
 Saya yakin calon-calon Pas menang pada PRU-12 bukan hanya kerana menerima undi dari ahli dan penyokong Pas semata-mata tetapi juga dari ahli dan penyokong Umno dan begitulah sebaliknya.

 Setiap orang Melayu beragama Islam tidak mahu Pas atau Umno hancur kerana kedua-duanya merupakan wadah politik utama mereka dan peranan kedua-duanya sama-sama penting dan sama-sama diperlukan bagi memikul tugas kekerajaanan dan kepembangkangan.

Punca kebencian Melayu terhadap kedua-dua parti adalah kerana adanya kerjasama dengan parti lain yang dilihat cuba mencabuli hak ketuanan Melayu di samping cuba mengkhianati Islam yang bukan diturunkan untuk orang Pas atau Umno atau mana-mana bangsa atau suku kaum tetapi adalah untuk semua manusia dan juga jin.

 Orang Melayu Islam tahu jika Pas berada dalam PR dan jika PR menerima mandat untuk menubuhkan kerajaan, yang mendomenasi keajaan itu nanti bukan Pas, tetapi sama ada PKR atau DAP. Melihat kepada keadaan, DAP lebih berkemungkinan ada mendominasi kerajaan PR.

Kalau pun  PKR yang mendomenasi kerajaan PR, pasti tidak ada apa bezanya dengan DAP kerana keanggotaan PKR bersifat cacamarba yang secara tidak langsung akan mewujudkan pemerintahan dan pentadbiran bersifat cacamarba.

Ertinya kalau mahukan Pas kalah dan PR ditolak majoriti rakyat dan pengundi, Pas kena terus dibiarkan berada dalam PR supaya tidak timbul ketidak-seragaman parti-parti dalam PR dan padahnya bukan sahaja PR akan lemah tetapi Pas dan PKR akan lemah tetapi DAP pasti akan tetap kuat kerana orang DAP yang rata pendukung dan penyokong terdiri dari kaum Cina bermain politik tidak sama dengan orang Melayu.

Kalau Umno/BN cuba mngungkit punca dan faktor yang menjadi penyebab kekalahan Pas, pasti parti itu akan membaiki segala kelemahan, sekali gus ia akan kembali menjadi mantap dan kuat serta akan payah untuk digugat.

Demikian juga kalau Pas asyik menwarwarkan faktor penyebab yang memungkinkan Umno/BN boleh tumbang, maka Umno/BN sudah pasti akan membaiki segala kelemahan. Padahnya hasrat Pas/PR nak tumbang kerajaan Umno/BN akan menjadu umpama anjing salak bukit, jangan bukit nak runtuh, serpihan batu sebesar taik mata pun tidak akan teralih tempat letaknya kerana salakan anjing.

 Padahnya bila tiba pilihanraya, Umno/BN akan terus mnerima mandat rakyat dan pas terus kekal dalam angan-angan untuk menjadi kerajaan. Untuk tuntut malu maka SPR dituduh tidak telus, pengundi hantu  menangkan Umno/BN dan orang yang dah mati pun mengundi, satu alas an yang tidak masuk akal bagi pengundi yang tahap kewarawan berskala besar dan sederhana.

 Sepatutnya tradisi mengajar itik berenang dengan mengutamakan menwarwarkan kelemahan lawan tanpa mengkaji secara terperinci kelemahan parti sendiri tidak berlaku kerana tindak sedemikian rupa tidak akan membantu menjadikan rakyat sebagai pengundi melihat pemain politik lebih cerdik dari mereka.

 Keghairahan menyelongkar dan menwarwarkan kelemahan lawan tetapi tidak cuba memuhasabah, mencari dan mengatasi kelemahan parti sendiri menyebabkan bila berlaku pilihanraya, keputusannya sering bercangah dengan apa yang dirangka dan dikerangkakan oleh para pakar. 

    

PULIH KEMBALI (39/2011)

PAS perlu kembali ke landasan asal penubuhannya untuk memartabatkan Islam yang sebenar

SAYA sangat bersetuju dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali bahawa Pas perlu kembali ke landasan asal penubuhannnya, yakni memertabatkan Islam yang sebenar.

Pandangan Hasan yang juga Exco kerajaan Selangor yang menyifatkan Pas tidak berada dilandasan yang betul disebabkan kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya, juga bagi saya adalah benar.

Juga sangat tepat dan benar dakwaan bahawa Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

Bukan sahaja Hassan tetapi setiap pendukung dan penyokong Pas kena berjuang memastikan matlamat Pas diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan Pas.

Malah beliau tanpa berselindung Pendedahkan tanpa berselindung Hasan bahawa polisi Pas untuk menengakkan Islam berubah sejak menyertai Pakatan Rakyat biarpun ia bukannya faktor utama adalah suatu hakikat.

Kerana polisi yang bertukar dan ‘persekitaran’ yang tidak enak telah menyebabkan penyokong Pas semakin berkurangan dan penyertaan Pas ke dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP menjadi punca perubahan polisi parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan, tetapi itu bukanlah faktor utama, terdapat lagi faktor lain yang mempengaruhi perubahan tersebut, adalah juga suatu hakikat.

Kenyataan Hasan bahawa penyokong mula menarik diri dari Pas, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati adalah sangat benar.

Pas akan kembali diminati dan disimpati oleh para pengundi jika ia kembali kepada perjuangan asal dan mufarakah dari kerjasama dengan DAP yang anti Islam dan PKR yang sekularisme sifatnya. Tanpa DAP dan PKR Pas akan bersih dari wabak angan-angan Mat Jenin.

Sabtu, 17 Disember 2011

PULIH KEMBALI (37/2011)

Pulihkan sungai bantu selesaikan masalah air di Kelantan

KOTA BHARU: Tanah, air, api dan angin adalah keperluan mutlak dalam kehidupan. Jika salah satu daripadanya tidak sempurna, maka akan cacatlah keperluan kehidupan. Menjadi tanggungjawab pihak yang menguruskannya untuk menjaga kesempurnaan keempat-empat keperluan mutlak itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Sungai, Kayu Kayan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan (JBMSKDASNK), Encik Mohd. Noor Ibrahim.

Dalam satu kenyataan akhbarnya di sini hari ini, beliau berkata yang bertanggungjawab dalam pengurusan keemat-empat keperluan mutlak itu adalah kerajaan yang menerima mandat rakyat. Kegagalan dalam mengurus-tadbir salah satu daripada keempat-empat keperluan mutlak itu adalah merupakan kegagalan sesebuah kerajaan, apatah lagi kalau tidak sempurna keempat-empatnya sekali.

"Kalau didapati gagal mendapat keperluan mutlak dengan sempurna dan rakyat bertindak menarik balik mandat, kerajaan yang diberi mandat jangan pelik, apatah lagi menyifatkan rakyat silap dalam membuat pemilihan, sebaliknya kenalah memperakukan kesilapan dam kegagalan sendiri" ujarnya yang mendakwa Kerajaan Kelantan kini sedang menghadapi krisis kegagalan mengurus-tadbir keperluan mutlak rakyat.

Yang paling ketara, katanya, adalah air yang merupakan satu daripada empat keperluan mutlak. Masalah air tidak sepatutnya berlaku di Kelantan yang banyak punca bekalan air yang boleh dieksploitasi terana terdapat banyak sungai yang mana bila musim tengkujuh airnya cepat melimpah dan akan berlaku banjir. Sepatutnya industri pembotolan air di Kelantan menjadi industri pelik dan tidak berpelanggan, bukannya menjadi industri yang melabakan kerana pembekalan air dibawah tanggungjawab kerajaan tidak bermutu.

"Kerana gagal menguruskan sungai, kayu kayan dan alam sekitar, air menjadi masalah yang agak kronik gara-gara sungai gagal dan tidak dijaga serta diselia dengan bijaksana, bertanggunhgjawab dan profesional sehingga sungai sempit dan cetek serta airnya kerana kawasan tadahan hujan dimusnahkan oleh angkara kerakusan pembukaan ladang dan pembalakan serta pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal. Dulu air sungai, termasuk Sungai Kelantan sebagai sungai induk mengalir jernih tetapi sekarang apa yang berlaku" tanya beliau.

"Aliran air Sungai Kelantan khususnya kini keruh pekat dan alirannya lesu. Airnya bukan sahaja tidak lalu diminum tetapi nak mandi pun tak tergamak. Sungai pula semakin sempit dan cetek. Itu semua berlaku kerana kerakusan aktiviti pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir yang tanpa mematuhi peraturan dan perundangan. Sungai adalah adalah antara anugerah Allah yang tidak patut dimusnahkan" tokoknya.

Mohd.Noor berkata seandainya tidak ada usaha dibuat bagi menjaga dan memulihara sungai, masalah yang dialami sama ada yang berkaitan dengan air, kayu kayan dan juga alam  sekitar yang dihadapi sekarang akan lebih kronik bagi generasi akan datang kerana bilangan mereka akan lebih ramai sedangkan sungai bukan sahaja tidak akan bertambah tetapi akan semakin sempit dan cetek jika tidak dijaga dan dipulihara secara pro-aktif.

"Atas kesedaran itulah maka JBMSKDASNK dengan dinaungi Koperasi Petani dan Nelayan Kelantan Berhad dan Persatuan Perlindungan Pengguna Kelantan diwujudkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO bebas politik kepartian untuk menjadi wasilah penyampaian buah fikiran, cadangan dan teguran membina kepada pihak kerajaan berkaitan dengan sungai, kayu kayan dan alam sekitar. Anggota JBMSKDASNK adalah individu yang rapat dan bergelumanng dengan sungai, kayu kayan dan alam sekitar" tegasnya.

Katanya, melihat kepada keadaan sungai, kayu kayan dan alam sekitar sangat terdedah kepada pemusnahan kronik dan generasi akan datang terdedah kepada kemungkinan hilang hak bagi mendapatkan kesempurnaan keperluan mutlak, JBMSKDASNK telah membuat kunjungan ke beberpa buah jabatan. Antaranya Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar.

"Kami terkejut apabila diberitahu memang ada peraturan dan perundangan dalam pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir tetapi tidak dipatuhi dan telah menjadi punca kepada pemusnahan sungai, kayu kayan dan alam sekitar. Tambah memeranjatkan apabila JPS dan Jabatan Alam Sekitar tidak dibolehkan bertindak ke atas pihak yang melanggar peraturan dan perundangan. Ini adalah kerana yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir itu dinaungi oleh pihak kerajaan juga" ujar.

Bagi maksud menyelamatkan sungai, kayu kayan dan alam sekitar dan penyediaan keperluan mutlak kehidupan tidak terbantut, JBMSKDASNK berpandangan peraturan dan perundangan yang sedia ada dikuatkuasakan dan jabatan-jabatan berkaitan seperti JPS dan Jabatan Alam Sekitar kena diberi kuasa menahan dan mendakwa tanpa kompromi mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan perundangan dalam pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir.

Bagaimanapun, katanya,  JBMSKDASNK hanya boleh membuka jalan cadangan, para wakil rakyat yang menerima mandatlah yang kena usahakannya dengan dipersidangkan di dalam dewan dan diminitkan untuk pelaksanaan. Hal yang sangat kronik ini perlu disegerakan perbincangan dan berbahasannya.Hentikan dari terlalu mementingkan politik kepartian.Wakil-wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang kena bersatu dalam membela kepentingan rakyat dan negeri yang turut menjadi kepentingan mereka juga sebagai wakil rakyat.

Mohd Noor berkata JBMSKDASNK dengan kerjasama badan naungan pada masa ini akan memberi tumpuan kepada menyuarakan, mencadangkan dan membuat teguran membinaan berkaitan masalah air dengan menekan kepercayaan bahawa sekiranya sungai-sungai dapat dikembalikan dalam keadaan asal, soal bekalan air tidak akan menjadi masalah di Kelantan kerana sungai boleh dijadikan punca air tanpa perlu menggali telaga seperti yang dilakukan sekarang dengan menelan belanja yang besar tetapi gagal menghasilkan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna.

Katanya harus disedari oleh semua pihak bahawa sungai ada penjaganya sebagaimana pokok kayu kayan dan tumbuhan-tumbuhan ada penjaga. Penjaga sungai adalah Nabi Khaidir kerana itu bila mahu diambil air sungai kena diberi salam kepada Nabi Khiadir manakala untuk mengambil pokok dan tumbuh-tumbuhan kena memberi salam pada nabi Ilias. Kalau dimusnahkan sungai,kayu kayan dan alam sekitar mahu tidak mahu kita akan berdepan dengan kemarahan penjaganya. Bila penjaga marah pasti perkara buruk akan berlaku.

Ahad, 11 Disember 2011

PULIH KEMBALI (36/2011) - DIKEMASKINI SEMULA DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Kelantan terpaksa swastakan semula konsesi air

ABANG LI kuat main isu air. Abang Li tahu ke bahawa isi air sangat menakutkan kerajaan Pas Kelantan kerana ianya boleh menghanyutkan kerajaan pimpin Dato' Nik Aziz dalam PRU-13 nanti. Abang tok kesian ke pada exco dan tok-tok wakil Pas.

Terperanjat saya bila orang dalam SUK yang kenal saya dan mendakwa meminati blog saya dan tulisan-tulisan saya di akhbar, majalah mahu pun di portal detikperubahan.com membangkitkan tentang kerajaan pimpinan Nik Aziz akan lebur gara-gara isu air.

Saya agak bengang dengan masalah air kerana sejak tiga bulan yang lampau, masalah air di rumah saya dan dimklumkan bahawa rumah sekitar rumah saya, terutama di bahagian tingkat atas belum selesai, banyak masa hanya keluar angin di muncungnya dari keluar air.

Kalau keluar  pun hanya sekejap dan tidak boleh digunakan untuk minum dan memasak. Dibasuh pakaian berwarna putih akan menjadikan pakaian ada warna kekuning-kuningan. Bayangkan kalau air yang sedemikian kualitinya diminum atau digunakan untuk memasak.

Untuk minum dan masak saya kena beli air jebo. Orang lain juga tentunya macam saya. Kerana itu industri pembotolan dan pemasaran air jebo mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Orang berniaga air jebo berpeluang jadi kaya.

Harga sejebo sederhana besarnya adalah RM7, sehari kena guna dua jebo. Makanya kena habiskan RM14 sehari untuk beli air jebo sahaja. Bagi menteri besar, exco dan wakil-wakil rakyat jumlah secumak itu  umpama sisa makanan lekat celah gigi sahaja. Tetapi macam mana dengan rakyat marhain macam saya, lebih-lebih lagi yang lebih marhain dari saya?

Selama ini saya melihat ladang rakyat dan masalah Melayu sedang kehakisan hak ke atas tanah milik mereka serta isu Pas bekerjasama dengan DAP dan pertukaran matlamat dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan yang akan hancurkan Pas di Kelantan.

Rupanya masalah air yang kata exco berkaitan hanya mampu diatasi dalam tempoh 17 tahun akan datang, turut menjadi jerangkap samar kpada Kerajaan Pas Kelantan. Maknanya kerajaan pimpinan Nik Aziz ibarat bukan sahaja akan jatuh ditimpa  tangga tetapi tempayan air akan turut menghentak kepala.

Dengan hanya dijamu sepinggan nasi, Nik Aziz selaku MB telah menandantagani perjanjian pengswataan air kepada Kelantan Water Sdn Bhd Bhd (KWSB) yang tidak berbuat apa-apa selain dari menjalankan gerakan memungut bil tertunggak.

Bila KWSB dinyahkan dari tanggungjawab membaiki kualiti air dan sisten pembekalan kerana tidak berbuat apa-apa,  Kerajaan Pas Kelantan didenda/terpaksa bayar ganti rugi RM150 juta kepada KWSB  kerana menamatkan kontrak. Bayamkan kalau Datuk Seri Najib yang berbuat demikian, sudah pasti 150 kali demonstrasi jalanan diadakan menuntut Datuk seri Najib letak jawatan.

Saya sebagai Ketua Biro Harian Watan ketika itu dan majikan saya disaman dan dituntut RM8 juta oleh KWSB kerana laporan wartawan saya sepanjang 8 paragraf dikatakan boleh merosakkan reputasi KWSB yang memang tidak berfungsi pun.

Konsesi pengurusan air kemudiannya diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMKB). Dibawah AKSB telaga digali bagi mendapatkan punca air, namun air tetap jadi masalah.

Mula-mula Kerajaan Pas Kelantan, termasuk Nik Aziz memberi pelbagai alasan bagi menutup kelemahan. Akhirnya beliau terpaksa mengaku dan khabarnya (khabar dari dalam) perbincangan sedang dibuat untuk diswastakan kembali pengurusan air di Kelantan.

Soalnya mampukah syarikat yang akan diberi konsesi itu nanti menguruskan air dengan lebih baik dan para pengguna akan menerima bekalan air yang bukan sahaja sentiasa ada tetapi kualitinya terjaga. Apakah tidak mungkin akan berlaku kerana dijamu sepinggan nasi, maka perjanjian ditandatangani tanpa mengambil kira standard dan kemampuan pihak yang diberi konsesi.

Bukankah kerajaan pusat mempunyai cukup tenaga kepakaran dalam isu air. Dari terus memberi mandat yang akan menswastakan pengurusan air, kenapa tidak diberi peluang kepada kerajaan pusat membaiki sistem pembekalan dan kualiti air di Kelantan. Supaya kerajaan pusat ada kuasa di Kelantan, maka kerajaannya kenalah dari parti yang sama dengan pusat.

Oleh itu adalah lebih baik jika Kerajaan Pas yang serba gagal dinyahkan dan diganti dengan Kerajaan BN yang terbukti besar jasanya sepanjang kira-kira 12 tahun memerintah dengan kewujudkan Kota Darulnaim, Kompleks Balai Islam, jalanraya Kuala Krai Gua Musang dan banyak lagi kemudahan yang jauh lebih banyak dari zaman Pas diberi mandat membentuk kerajaan yang sudah mencecah usia lebih 20 tahun.

Lagi pun jika pengurusan air diswastakan, tentulah takrif harga air akan dinaikkan kerana matlamat sesebuah perniagaan adalah untuk mendapat keuntungan dan seboleh mungkin akan tidak mentelibatkan diri dari menjadi badan kebajikan.

Justeru demi rakyat dan negeri Kelantan, maka tugas rakyat Kelantanlah untuk membuat penentuan melalui kuasa undi yang mereka miliki sama ada mereka sanggup hadapi pelbagai masalah, termasuk masalah air jika terus ditadbir oleh kerajaan sekarang atau menanggung beban kenaikan takrif air jika benar akan kembali diswastakan atau cuba selesaikan masalah dengan nyahkan kerajaan yang ada dan diganti dengan kerajaan Umno/BN.

Yang boleh buat keputusan adalah rakyat Kelantan sendiri.

Jumaat, 9 Disember 2011

PULIH KEMBALI (35/2011)




Wanita Melayu membuktikan kemampuan sebagai pemerintah

PATTANI adalah antara nama penting bila dibicara, dibahas, diforum, diwacana dan didiskusikan bangsa, bahasa, budaya, adat resam,agama Islam dan kerajaan Melayu.
            Ianya pada suatu ketika dulu pernah bersama Kelantan dalam pemerintahan. Dengan kata lain keduanya terangkumdalam satu kesatuan dan sama-sama mempunyai tamadun lebih awal berbanding kerajaan Melayu lain di semenanjung Tanah Melayu.
            Sewaktu Pattani bernama Langkasuka dan Kelantan dinamakan Medang Ghana dalam abad pertama, keduanya berada dalam Negara Yawadwipa atau Chryse Chersonesos, keduanya telah muncul sebagai ibu kepada sejarah Melayu atau Al-Jawiyyun di Nusantara.
            Sebagaimana Kelantan yang mempunyai pelbagai nama seperti Medang Ghana, Medang Bhumi, Kunjarakunja, Raktamrittika, Empayar Cermin, Serendah Sekebun Bunga dan sebagainya, Pattani juga mempunyai pelbagai nama seperti Langkasuka dan Wurawari.
            Nama Pattani mula digunakan antara selepas 1419 dan 1512 Masehi. Nama Pattani itu diberikan oleh Phya Tu Nakpa, anak kepada Phya Tu Kurup Mahajana,ketua kerajaan yang beribu kota di Mahligai. Phya Tu Nakpa atau Raja Merkah Dada  telah bertukar nama kepada Sultan Ismail Zilullah fil-Islam selepas memeluk Islam.
            Kalau Kelantan yang pernah dikenal dengan Empayar Cermin terkenal dengan Cik Siti Wan Kembang (nama asalnya Puteri Urduga Wijaya Malasingha) sebagai raja, Pattani juga terkenal dengan raja perempuannya yakni Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-1624), Ratu Unggu (1624-16360 dan Ratu Kuning (1636-1651).
            Tiga  lagi Raja Perempuan Pattani adalah Raja Mas Kelantan (1670-1698). Raja Mas Kelantan adalah permaisuri kepada Raja Bahar yang telah meninggalkan Pattani kerana mengikut abangnya Raja Umar ke Jawa bagi membantu pejuang Bugis melawan Belanda di Jawa.
            Setelah kematia Raja Mas Kelantan, tempatnya digantikan dengan anakanya  bersama  Raja Bahar, Raja Mas Cyam (1689-1708). Kerana berlaku pergolakan dalaman, Raja Mas Cayam telah digantikan dengan Raja Dewi, kerabat D’Raja Kedah yang lari ke Pattani selepas Aceh menawan Kedah (1619). Pada tahun 1716 Raja Mas Cayam kembali menaiki takhta sehingga kematiannya pada tahun 1719. Selepas itu tampuk pemerintahan Pattani yang bergabung dengan Kelantan dan kerajaan pusatnya bermarkas di Kelantan,  diperintah oleh raja/sultan lelaki.
            Dalam pada itu Aceh juga pernah diperintah oleh empat raja perempuan. Tetapi selepas para ulamak merujuk kepada Syeikhul Islam di Mekah untuk mendapatkan ketetapan hukum mengenai perlantikkan ratu-ratu itu, pihak Mekah menfatwakan tidak sah di sisi hukum negara berketuakan seorang wanita dan Aceh pun kembali kepada lelaki sebagai pemerintah.
            Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Unggu dan Ratu Kuning yang memerintah Pattni adalah dari keturunan Maharaja Bukit Siguntang melalui moyangnya Sultan Muhammad Tahir manakala Raja Mas Kelantan dan Raja Mas Cayam adalah baka Kelantan manakala Raja Dewi pula baka Kedah.
            Apa yang mahu ditekankan dalam tulisan kecil adalah wanita Melayu pernah mencipta kehebatan sebagai ketuakerajaan sama ada di Pattani, Aceh mahu pun Kelantan. Maka tidak ada sebab untuk wanita Melayu kini boleh terkedepan dalam apa jua bidang.
            Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Unggu bukan sahaja meletakkan mertabat Pattni pada tahap tinggi pada mata dunia semasa memerintah tetapi juga mertabat Melayu dan Islamsekali gus. Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Kuning berjaya mengagalkan hasrat Siam menakluki Pattani.
            Serangan-serangan Seram untuk tawan dan jajah Pattani ialah pada tahun 1603 (pada era pemerintahan Rtu Hijau), 1632 dan 1633 (pada era pemerintahan Ratu Biru) dan tahun 1638 (pada era pemerintahan Ratu Kuning). Bagaimanpun pada era pemerintahan Ratu Unggu tidak ada serangan percubaan penaklukkan dari Siam.
            Hanya pada tahun 1785 yakni kira-kira 34 tahun selepas berakhirnya era pemerintahan Raja-Raja Perempuan Patani dari keturunan  Maharaja Bukit Siguntang berakhir, barulah Pattani ditawan Siam, yakni ketika lelaki (Sultan Muhammad Pattani) menduduki takhta yag mana baginda gugur dalam usaha mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
            Kehebatan raja-raja perempuan Pattani  adalah kerana masing-masing fokus kepada tanggungjawab pemerintahan. Era pemerintahan raja perempuan Pattani mulai goyah pada era Ratu Kuning menduduki takhta bila beliau yang meminati bidang perniagaan dan tanaman bunga-bungaan tidak member fokus kepada tanggungjawab sebagai raja dengan lebih banyak masa diberikn kepada urusan pernigaan di samping dibaluti masalah dengan suaminya yang ketika itu dikatakan mengilai gundek.
            Kesimpulannya, apa pun yang dilakukan akan menjadi hebat dan berjaya jika diberi fokus dan komitmen  tetapi keadaan sebaliknya akan  berlaku jika hilang fokus. Apa pun, hakikat dan natijahnya,  wanita Melayu patut bangga kerana melalui Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Unggu, Ratu Kuning, Raja Mas Kelantan, Raja Mas Cyam, Raja Dewi mahu pun empat raja perempuan Acheh  telah  membuktikan kepada dunia malah menjadi catatan sejarah bahawa wanita Melayu mampu menjadi peneraju kepemimpinan jika diberi peluang.

PULIH KEMBALI (34/2011)

Biar Bik Aziz bertanding supaya dia rasa keperitan kekalahan
SEINGATsayalah,  Dato' Nik Aziz Nik Mat kata kalau Dr Mahathir bersara hari ini, maka hari ini jugalah dia akan bersara sebagai Menteri Besar Kelantan.
Dr Mahathir dah bersara ke bulum? Boleh ke bercakap bohong? Atau kalau jadi orang Pas berbohong tak apa. tak jadi munafik.

Kes-kes macam ini buat saya keliru, malah saya yakin ramai orang lain pun keliru kenapa seorang yang kononnya alim boleh tidak tepati janj.
Tambah mengelirukan apabila dalam PRU-13 nanti Nik Aziz kata dia tetap akan bertanding, ertinya dia masih mahu MB manakala anaknya, Nik Abduh pula kata tak apa main politik/calon anak beranak.
Sebelum ini Pas paling menentang kronisme dan nepotisme. Khairy Jamaluddin sebagai menatu Datuk Seri Abdullah  Ahmad Badawi diserang teruk kerana kononnya Pak Lah mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Bagi saya, molek juga Nik Aziz terus bertanding supaya dia akan rasa perit menanggung kekalahan dalam PRU-13 nanti.
Tidak mustahil dia akan kalah kerana dia pernah kalah kepada Mohd Zain Abdullah di Parlimen Bachok. Mohd. Zain dilabel sebagai calon lekeh.

PULIH KEMBALI (33/2011)


Tidak akan berlaku ketaksuban jika al-Quran dan Hadis  jadi rujukan mutlak

RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".
Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.

Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.

Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.

Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.

Kalau Quran dan Hadis dijadikan rujukan mutlak, tidak akan berlaku ketaksuban melampau sehingga sanggup samakan ulamak termasuk Nik Aziz (pemain politik kepartian) sama dengan nabi.

Rabu, 7 Disember 2011

PULIH KEMABLI (32/2011)

Nik Aziz tidak akan kondem Ustaz Budak demi kepentingan politik

KALAU benar Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan seorang ilmuan Islam yang layak berstatus ulamak, beliau akan segera memanggil, menasihat dan tampil di pentas ceramah bersama Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak dan meminta budak yang ceramah-ceramah serta kuliahnya banyak celupar itu bertaubat dan mengakui keterlanjuran menyamakan dan menserupakan ulamak dan Nik Aziz dengan Nabi.

Malah bertolak-titik dari tragedi itu, Nik Aziz  pasti akan mengingatkan para ceramah Pas supaya jangan melampau dalam ketaksuban terhadap parti, apatah lagi ke atas dirinya sebagai individu yang bukan sahaja tidak cukup layak untuk disamakan dan diserupakan dengan nabi tetapi untuk menyama dan menserupakannya dengan ulamak tamada, bukan lagi ulamak muktabar, belum tentu layak pun.

Bagi saya kalangan yang boleh dikategorikan sebagai ulamak-ulamak muktabar paling koman pun adalah para pengasas Mazhad yang empat manakala ulamak-ulamak selepas ulamak muktabar itu hanya layak dikategorikan sebagai ulamak dahan dan ranting kepada ulamak muktabar, malah boleh distatuskan sebagai ulamak 'tamada' atau ulamak 'batat' pada zaman mutkahir ini.

Ini adalah kerana ilmu yang dimiliki oleh ulamat 'batat' atau ulamak 'tamada' adalah yang ditimba dari para ilmuan yang sudah banyak lapis, banyak peringkat atau banyak tangga, bukannya diambil dari para sahabat atau alim ulamak yang hidup semasa hayat Rasulullah s.a.w. atau pada hayat para sahabat yang telah diperakukan sebagai ahli syurga yang mana sebagai ahli syurga,  ilmu amal pasti tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Apa yang difatwakan, pandangan dan pendirian ulamak-ulamak pada era selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. serta selepas kematian para sahabat dan ilmuan yang hidup selepas hayat Rasulullah s.a.w. perlu dirujuk al-Quran dan Hadis supaya ada keselarian dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis sebelum diterima atau ditolak.

Percaya bulat-bulat kepada ulamak 'tamada' atau ilamak 'batat' tanpa merujuk al-Quran dan Hadis boleh menyumbang kepada kemungkinan tidak selari dengan ajaran Islam sebenar. Lagi pun merujuk al-Quran dan Hadis adalah sangat dituntut. Ini bersandarkan pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa jika umat baginda berpegang kepada keduanya, pasti akan selamat dari sebarang kesesatan.

Maknanya pada zaman yang kerana feseyen berpakaian atau fesyen rambut sahaja yang kononnya ikut trend dan sejajar dengan ketamadunan dan kemajuan pemikiran dan keilmuan manusia, kita boleh bertukar antara lelaki dengan perempuan, maka dalam menerima, menstatus dan mengiktirafkan ulamak pun perlu hati-hati dan jangan ikut bulat-bulat apa yang dikatakan oleh apa yang dinamakan ulamak sebelum disah-pastikan apa yang dikatakan oleh ulamak 'tamada' atau ulamak 'batat' benar-benar selari dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.

Secara jujurnya saya agak ragu tentang kelayakkan kepatutan Nik Aziz untuk distatus dan diiktirafkan sebagai ulamak kerana banyak apa yang dipercakap dan yang menjadi pendiriannya bukan sahaja tidak disebut oleh Rasulullah s.a.w., tetapi juga oleh para sahabat dan ulamak 'jamen ghitu' (ulamak yang mendapat ilmu hukum hakam dari para sahabat yang hidup pada hayat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat).

Sebaliknya Nik Aziz lebih condong kepada seorang ahli politik kepartian. Dalam mengulas isu Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak uang menyama dan menserupakannya  dan ulamak dengan nabi misalnya, beliau berkata beliau tidak berasa dukacita dengan tindakan Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak walaupun ia menyentuh soal akidah sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 6 Disember.

Kalau tidak berdukacita bermakna beliau tidak membantah, sebaliknya merestui tindakan Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak. Kerestuannya itu semakin jelas apabila beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub kepada pemimpin. Pendapatnya itu secara tidak langsung memberi kefahaman kepada umum bahawa ketaksuban kepada pemimpin tidak salah dalam Pas, malah mungkin ianya suatu keperluan.

Pun begitu Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak akan tanggung risiko dan padahnya sendiri atas apa yang dilakukannya apabila Nik Aziz kata beliau tidak bertanggungjawab, sebaliknya Shamsul Zaman Sukri sendiri yang kena bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Nik Aziz memperakukan beliau tidak menghubungi Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak. Ada unsur-unsur keangkuhan dan kesombongan serta kenafsi-nafsian bila kalangan yang taksub kepadanya berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan musibah ekoran dari ketaksuban itu.

Nik Aziz juga cuba mempalitkan kesilapan, keterlanjuran dan kekufuran yang dilakukan oleh pihak yang taksub kepadanya dengan mengaitkan dengan orang lain apabila beliau berkata: "Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang yang tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kufur serupa jugalah...."

Pada kefahaman saya (kalau tersilap saya memohon keampunan kepada Allah), Nik Aziz tidak menganggap menyama dan menserupakan dirinya dan ualamak dengan nabi tidak salah dan tidak membawa kepada kekufuran apabila beliau berkata: ".....Saya tidak ada apa-apa (dukacita), dia kata". Maknanya bagi Nik Aziz Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak tidak melakukan kekufuran walaupun para mufti, termasuk Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Muhamad Shukri Mohamad mahukan Shamsul Zaman Sukri@Budak Budak bertaubat kerana menyamakan ulamak dan Nik Aziz dengan nabi.

Nik Aziz semacam menyanggah panadangan para mufti dan berdasarkan rekod masa lalu memang beliau sering berbuat demikian, pastinya kerana beliau menganggap para mufti tidak mencapai status ulamak di samping keilmuan para mufti tidak mencapai taraf keilmuannya, apatah lagi di kalangan mufti yang tidak menyokong Pas yang mana beliau adalah mursyidul amnya.

Sesungguhnya tidak pelik kalau Nik Aziz tidak menganggap menyamakan dan menserupakan ulamak dan dirinya dengan nabi satu kesalahan, satu kekufuran dan tindakan yang boleh merosakkan akidah kerana sebagai pemain politik, pendewaan, pemujaan, pemberhalaan dan ketaksuban terhadap dirinya dan parti yang didukunginya tentulah menjadi satu keperluan supaya dilihat hebat dan berpengaruh olrh pengundi.

Terpulanglah kepada orang ramai sebagai pengundi untuk bersetuju atau menolak pendirian Nik Aziz. Bagaimanapun adalah lebih elok kalau al-Quran dan Hadis dirujuk sebelum menyokong atau menolak pendirian Nik Aziz atau mana-mana ilmuan Islam supaya kita tdak akan hanya laba di dunia tetapi rugi di akhirat, sebaliknya biarlah kita untung di dunia dan untung juga di akhirat. 

Isnin, 5 Disember 2011

PULIH KEMBALI (31/2011)

Nabi dengan ulamak tidak boleh diserupakan

 PASTINYA kerana mahu melindungkan bangkai seekor gajah di sebalik sehelai daun lalang dan mahu menegakkan benang basah kerana menyamakan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, maka Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak telah menserupakan ulamak dengan nabi.

Tindakannya menserupakan Menteri Besar Kelantan itu dengan nabi yang mana bagi Pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Haji Abdullah Sa'amah boleh membawa kufur, pastilah kerana Ustaz Budak itu terlalu taksub dan ditaksubkan dengan Nik Aziz yang pasti dianggap ulamak bagi sekalian ulamak.

Kalau seorang ilmuan yang dikatakan  hafal Mustika Hadis boleh taksub melampau dengan ketokohan Nik Aziz yang darjat resminya sekarang dalam kerajaan yang diketuainya adalah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka apatah lagi di kalangan pendukung dan penyokong Pas yang bacaan al-Fatihah pun belum tentu betul.

Nik Aziz berstatus 'Tuan Guru' hanya setelah beliau dilantik sebagai Menteri Besar. Sebelumnya beliau berstatus 'ustaz'. Status 'Tuan Guru'nya lebih terkemudian dari Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (kini Presedin Pas) walaupun Nik Aziz jauh lebih tua dari Haji Hadi yang memiliki pusat pengajian pondok di Marang, Terengganu.
         \
 Lazimnya gelaran 'Tuan Guru' distatuskan kepada mereka yang menjadi ketua kepada pusat pengajian pondok. Nik Aziz tidak pernah menjadi ketua kepada tenaga pengajar pusat pengajian pondok walaupun beliau tinggal dalam kawasan pusat pengajian pondok yang diasaskan oleh ayahnya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar.
         \
Beliau pernah mengajar sekolah buta (sekolah untuk celik-hurufkan orang dewasa) yang terletak dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kalau sekarang ini di samping menjadi 'ustaz' di Maahad Muhammadi sebelum dipilih bertandiung di Kawasan Parlimen Kota Bharu Pantai/Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) atas tiket Pas apabila diadakan pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan pada tahun 1967.
         
Sebenarnya penstatusan Nik Aziz dengan 'Tuan Guru' adalah bertujuan dan berkepentingan politik. Ianya dari idea Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah  yang kini adalah Ahli Parlimen Kota Bharu yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Menteri Kelantan dan juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan supaya Kerajaan pas Kelantan nampak Islamik.
         
Penstatusan itu dari sudut keperluan dan kepentingan politik sangat sesuai dan amat kena dengan tujuan perjuangan Pas yang mahu mewujudkan pemerintahan secara Islam dan sesuai dengan slogan yang lebih bersifat retorik yakni Membangun Bersama Islam apabila rakyat Kelantan memberi mandat kepada Pas memerintah Kelantan.
        
Apabila beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Wan Abdul Rahim telah menggezetkan status 'Tuan Guru' sebagai nama resmi Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun beliau seorang aktivis Pas tegar, namun Wan Abdul Rahim bukan berpendidikan agama, apatah lagi bertaraf ilmuan Islam. Sebaliknya beliau adalah seorang ahli politik yang mendapat pendidikan tinggi sekular.
        
Wan Rahim adalah orangnya yang memberi status 'Tuan Guru' kepada Nik Aziz yang kini Nik Aziz telah diserupakan dengan nabi oleh Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak. Sedalam dan secumak mana ilmu Ustaz Budak berbanding dengan para ilmuan Islam yang masih hidp pada waktu ini terutama di negara ini, termasuklah para mufti, sukar untuk dipastikan.
         
Bagi penulis walaupun Nik Aziz tidak dinabikan dan hanya sekadar diserupakan dengan nabi semata-mata kerana Nik Aziz dianggap sedbagai ulamak adalah sesuatu yang tidak patut dan boleh mempunah-ranahkan akidah, malah boleh bersetuju dengan pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, bole menyumbang kepada kufur.
         
Hakjikat dan natijahnya ulamak dengan nabi tidak sama walaupun fungsi dan peranan keduanya seakan serupa, yakni sama-sama mengajak manusia ke syurga dan jauhkan diri dari neraka.
         
Pun begit nabi maksum, yakni bersih dari dosa tetapi ulamak tidak. Nabi tidak ada yang dinerakakan tetapi ada sirah yang mengatakan ada alim ulamak yang masuk neraka kerana dosa yang dilakukan. Nabi dan rasul menerima arahan dakwah terus dari Allah dalamm bentuk wahyu atau melalui Jibril yang suci dari dosa sedangkan ulamak menerima ilmu dan membina kealiman serta ketakwaan dari guru-guru di kalangan manusia yang tidak maksum macam nabi. 
         
Penulis yakin Ustaz Budak yang masih budak silap pemahaman, maka beliau serupakan antara ulamak dengan nabi sebagaimana ramai di kalangan orang politik, terutama orang Pas yang keliru dengan menganggap menolak Pas bermakna menolak Islam atas alasan politik tidak boleh dipisahlkan dari Islam.
         
Memang betul politik tidak boleh dipisahkan dari agama tetapi bukan nya parti politik atau poltik kepartian. Antara politik dengan parti politik atau politik kepartian adalah dua perkara yang berbeza walaupun sebutannya agak serupa. Politik adalah cara atau pendekatan manakala parti politik atau politik kepartian adalah wadah atau alat.
         
Allah dan rasul berpolitik tetapi Allah dan nadi tidak bereparti politik atau b erpolitik kepartian. Penciptaan Adam a.s. adalah antara politik Allah untuk menguji ketaat-setiaan malaikat, syaitan dan iblis dengan meminta Adam a.s. diterima sebagai  ciptaan yang serba istimewa,
         
Malaikat akur dengan perintah Allah tetapi syaitan dan iblis ingkar. Kalau Adam a.s. tidak dicipta, makhluk ciptaan-Nya yang lain tidak akan tahu sejauh mana kesetiaan syaitan dan iblis kepada Allah. Secara politiknya Allah telah mendedahkan kepada makhluk-Nya feel perangai syaitan dan iblis laknatullah.
          
Dalam menegur Rasulullah s.a.w. yang asyik mendakwah pembesar Quraisy yang enggan terima Islam sehingga mengabaikan Ibnu Maktum yang buta dan daif yang datang untuk mendapatkan formula bagi meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaannya, Allah berpolitik dalam membuat dengan memulakan firman-Nya dalam Surah Abas yamg bermaksud "Hai orang yang memalingkan mukanya......"
         
Rasulullah s.a.w. jugq berpolitik tetapi tidak berparti politik. Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijahg Binti Khuwalid yang merupakan seorang armalah dan lebih tua dari baginda adalah merup[akan antara politik Rasulullah s.a.w. kerana terbukti Khadijah banyak membantu dan memudahkan kerja dakwah baginda. Selain dari berketurunan bangsawan Quraisy yang disegani, Khadijah adalah tokoh korporat Kota Mekkah yang hebat.
         
 Penghijaran baginda dari Mekkah ke Madinah, pembinaan Masjid Quba, mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin serta perjanjian kedrjsama dengan qabilah-qabilah kaum Yahudi yang tidak menerima Islam adalah merupakan antara politik Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas-tugas kenabian dan kerasulan baginda. Baginda juga berpolitik dalam usaha memasuki Kota Mekah.
         
 Tidakkah Islam boleh dinamakan parti politik kepada Rasulullah s.a.w. atau apakah tidak boleh Pas distatuskan kepada jemlaan Islam? Bagi penulis jawabnya tidak, kerana untuk menjawat jawatan nabi dan rasul,  baginda Junjungan Besar tidak melalui proses pengundian, tidak berkempen, apatah lagi memaki hamun lawan untuk menangi jawatan.
          
 Justeru kalau ada  politik yang mendakwa menyokong dan mengundinya mendapat pahala dan menolaknya berdosa, maka ianya adalah dakwaan palsu dan kesilap-fahaman yang sangat jelas antara politik dengan parti politik atau politik kepartian sebagaiman kesilap-fahaman dengan ulamak dianggap sama dengan nabi atau sengaja buat-buat tidak faham demi keperluan dan keuntungan poltik kepartian.
          
 Kalau para sahabat pun tidak ada yang disamakan dengan nabi, siapa Nik Aziz untuk disamakan dengan nabi? Mana lebih ulamak antara para sahabat dengan Nik Aziz. Betulkah Nik Aziz teralim dari yang teralim pada dekad ini dan siapa yang membuat pengiktirafan sedangkan kerap kali ungkapan dan bahasa yang digunakannya tidak mencerminkan seorang yang alim dan takwa.
          
 Sesuungguhnya bukan sedikit orang alim yang sesat kerana terlalu ditaksubi oleh pengikut. Pengasas agama Sikh asalnya orang Islam yang alim dan pakar al-Quran. Pun demikian dengan pemimpin tariqat Ahmadiah dan sebagainya. Kerana itulah kita jangan terlalu yakin bahawa apa yang kita buat adalah betul kerana kemungkinan apa yang kita buat yang kita sangkakan  perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan perbuatan ahli neraka manakala orang yang kita sangka melakukan  perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga. 
         
 Justeru itu orang ramai kena yakin bahawa menyamakan Nik Aziz dengam nabi ianya adalah suatu kekufuran yang nyata dan  perlu bertaubat nasuha. 

KENYATAAN AKHBAR (2)


Tolak Rundingan Perkongsian Trans-Pasifik

Pada Oktober 2010, Malaysia menyertai Rundingan Perkongsian Trans-Pasifik – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang melibatkan Amerika Syarikat. Usaha Malaysia sebelum ini dalam rundingan FTA dengan Amerika Syarikat (AS) terhenti apabila mesyuarat menjadi buntu berhubung 58 isu yang menimbulkan perbalahan.

FTA Trans-Pasifik (TPFTA) sedang dirundingkan antara AS, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Jepun, Kanada dan Mexico mungkin juga akan turut serta. Pegawai dari sembilan negara ini akan berada di Kuala Lumpur minggu ini untuk rundingan TPFTA.

Kebanyakan teks TPFTA masih rahsia, tetapi berdasarkan kepada apa yang telah dibocorkan dan dokumen kerajaan yang dikeluarkan, TPFTA memberikan kesan besar bagi rakyat Malaysia beberapa generasi. Sesetengah daripadanya disenaraikan di bawah.

Dalam cadangan yang dibocorkan itu, AS menuntut perlindungan hak harta intelek yang lebih kukuh berbanding yang diminta dari negara yang lebih maju daripada Malaysia. Cadangan ini jika diterima akan meningkatkan harga ubatan yang lebih lama di Malaysia ketika kemampuan kerajaan untuk mensubsidikan ubat di bawah tekanan daripada belanjawan defisit. AS terus membuat tuntutan ini walaupun ia bertentangan dengan saranan Pelapor Khas PBB berhubung Hak untuk Kesihatan.

Tuntutan hak intelek AS akan menjadikan input lebih mahal bagi petani dan melanjutkan perlindungan hak cipta, menjadikan tempohnya 120 tahun (bukannya 50 tahun pada masa kini) sebelum beberapa buku boleh disalin.

Dalam TPFTA, AS juga cenderung untuk meminta perlindungan yang lebih kukuh untuk pelaburnya. Perlindungan ini sedia wujud dalam FTA AS sebelum ini yang memerlukan kerajaan membayar berjuta dolar dalam bentuk pampasan bagi alam sekitar dan kesihatan serta peraturan lain kerana ia tidak sesuai dengan pelabur asing. Kerajaan Australia enggan membenarkan pelabur asing menyamannya di mahkamah antarabangsa dalam cara ini kerana bimbang mengenai batasan yang diletakkan ke atas kemampuan mereka untuk mengawal.

Jika Kerajaan Australia memutuskan untuk menyetujui terhadap perkara ini dalam TPFTA kerana tidak mampu menanggung bayaran perundangan dan bayaran pampasan serta ia perlu mampu mengawalnya, bagaimana Kerajaan Malaysia boleh bersetuju terhadap tuntutan itu?

Menurut garis panduan TPFTA yang dikeluarkan oleh APEC baru-baru ini, negara TPFTA telah bersetuju untuk membuka pemerolehan kerajaan kepada syarikat dan produk dari setiap negara lain dan ‘mendapatkan liputan pemerolehan yang sama bagi semua negara’. Perjanjian Kerajaan Malaysia berhubung perkara ini akan menjejaskan DEB dan dasar penggantinya dengan membuka pemerolehan yang disenaraikan oleh kementerian kepada syarikat dan produk termasuk dari Singapura dan AS.

Sebelum ini, kerajaan telah membuat jaminan awam bahawa ia tidak akan mengorbankan kepentingan negara kita dalam usaha untuk berunding dengan AS. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata kerajaan tidak akan membuang dasar bumiputera (laporan AFP, 19 Mac 2007). Apa yang telah berubah sehingga Malaysia boleh membuka pemerolehan kerajaan sekarang?

Kerajaan Malaysia berpendirian tegas dan menolak tuntutan AS yang sama dalam FTA pada masa lalu. Kami berharap ia melakukan perkara yang sama pada masa ini demi untuk kebaikan kita semua.
                                
 S. M. Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Sahabat Alam Malaysia (SAM)           

KENYATAAN AKHBAR (1)

KENYATAAN RASMI IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM) BERKAITAN TUDUHAN ISU HUDUD PAS BERTENTANGAN DENGAN HUKUM ALLAH

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah. 

Contact Persons ILMAM:
Presiden: Dr Amnurraasyid Yatiban (0163332475)
Timb. Presiden: Us Mohd Asri Md Daud (0199177581)
Naib Presiden: Us Syed Abdul Kadir Aljoofre (017-7770282)
S/U Agung : Mohd Farhan Mad/zlan (0192103035)
Sama-sama kita tunggu kenyataan ILMAN tentang Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan nabi atau nabi dengan ulamak adalah sama - Ramli Abdul Halim

Ahad, 4 Disember 2011

PULIH KEMBALI (30/2011)

Pemberhalaan manusia dalam Pas dah mula wujud sekitar tahun 1990-an

SAYA tidak hairan kalau Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak menyamakan Mursyidul Am Pas dengan nabi kerana itulah tanda bukti kepimpinan Pas telah berjaya mewujudkan sikap ketaksuban melampau para pendudukung dan penyokong parti itu kerana itulah yang cuba diserap oleh pimpinan terkini Pas.

Kerana tidak mahu bersekongkol dengan kemungkaran dan ketaksuban melampaulah, maka saya yang berkhidmat di Unit Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas selama lapan tahun membuat pelbagai onar supaya ada alasan untuk kanja  dan dikanjakan dari tugas yang dipikul dan saya mencapai kemerdekaan yang diharapkan pada penghujung tahun 2005 apabila kontrak saya tidak  di sambung.

Selepas itu disusuli dengan beberapa  orang lagi kakitangan yang turut cau sama. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berkecamuknya jiwa dan pemikiran saya apabila saya dalam keadaan terpaksa, saya kena menghasilkan buku dan pelbagai tulisan bagi membenar dan mengiyakan bahawa Allah pun mencarut, Allah samseng, boleh kerjasama dengan syaitan, boleh maki orang dan sebagainya keranja Tok guru kata boleh sedangkan dalam surah An-Nisa' ada Allah tegaskan tentang larangan berkata buruk.

Di samping itu berlaku pemerBAHALAan sesama manusia dalam Pas. Mislanya ramai yang percaya Tok Guru boleh mendatangkan musibah kepada orang yang dimarahinya. Ramai yang percaya bila Tok Guru swembahyang  hajat minta hujan, maka hujan akan turun. Ada yang percaya Datuk Seri Najib akan pecah perut bila Tok Guru doakannya dan telah diaminkan oleh mereka yang mengikuti kuliah Jumaatnya. Tapi Datuk Najib masih sihat sejahtera hingga kini.

 Mempercayai bahawa sesuatu perkara itu boleh berlaku diKERANAkan atau kerana KERAMAT Tok Guru secara tidak  langsung bermakna telah memBERHALAkan sesama manusia, yakni memBERHALAkan Tok Guru dan boleh merosakkan akidah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengkeranakan sesuatu bagi menunjukkan kehebatan dan kekeramatan  baginda walaupun baginda ada mukjizat. Baginda tidak mencarut, tidak samseng, tidak maki hamun orang dan tidak bekerjasama dengan sayaitan.

Buat apa yang tidak dibuat dan tidak disuruh oleh Rasulullah s.a.w. tentulah bercanggah dengan Islam. Mendoakan kemusnahan orang lain adalah sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w., termasuk terhadap Abu Lahab dan Abu Jahal. Apakah Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri lebih kafir laknat dari Abu Lahab dan Abu Jahal sehingga didoakan supaya pecah perutnya kerana Datuk Najib bukan orang Pas?

Apakah Tok Guru lebih tinggi darjatnya dari Rasulullah s.a.w. sehiungga apa yang Rasulullah s.a.w. tidak buat pun dibuat, termasuk sanggup dan berani kata undi Pas berpahala, sokong Umno tidak layak masuk syurga sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyebutnya, seolah-olah darjat Tok Guru lebih tinggi dari Rasulullah s.a.w.

Saya hanya lepasan Madrasah Al-Balaghulmubin tetapi saya berani menyanggah bahawa menyamakan ulamak dengan amat tidak kena samalah seperti menganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas adalah tidak kena, apatah lagi kepercayaan bahawa undi Pas layak masuk syurga,  menolak Pas tidak akan masuk syurga adalah kepercayaan yang sesat lagi menyesatkan.

Nabi maksum dan tidak ada yang masuk neraka sedangkan ulamak belum tentu masuk syurga. Nabi menerima wahyu tentang perintah dan larangan terus dari Allah. Kalau pun melalui perantaraan adalah dari Jibril yang suci dari dosa.

Sedangkan ulamak membina kealiman dan ketkawaan melalui perantara sesama manusia, apatah lagi para ulamak pada era bukan pada hayat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat rodhiallahuanhu. Lagi pun Rasulullah s.a.w. adalah nabi dan rasul akhir zaman. Kalau ada yang kata akan ada lagi nabi atau manusia yang sama dengan nabi ianya adalah karut dan menyesatkan.

Mungkin kepada orang Pas Tok Guru adalah yang teralim dari yang teralim semata-mata kerana ketaksuban yang melampau. Harus diingat bahawa Tok Guru bukannya mengaji terus dari Rasulllah s.a.w. atau para sahabat raodhiallahuanhu, sebaliknya beliau mendapat ilmu melalui perantaraan manusia yang bukan nabi atau rasul.

Hakikat dan natijahnya ada berpuluh juta lagi orang yang sama ilmu atau lebih berilmu darinya. Cakap dan tindak tanduknya masih terikat dengan apa yang dihalal dan diharamkan sebagaimana yang digariskan dalam ajaran Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Kalau ada percanggahan, maka ianya sah-jilah sesat lagi menyesatkan.

Apatah lagi dengan Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak sehingga sanggup menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan nabi dan menyamakan nabi dengan ulamak,  apakah keilmuan dan kealimannya melebihi kealiman dan keilmuan berpuluh juta para ulamak yang ada di muka bumi sehingga berani menyamakan Nik Aziz dengan nabi.

Saya yakin ketaksuban melampau Shamsul Zaman Sukri@Uttaz Budak yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi akan menyebabkan Pas yang kehilangan sokongan kerana bekerjasama dengan DAP (menjadi kuda tunggangan DAP) dan menukar matlmat dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan akan semakin kehilangan sokongan kerana ketaksuban melampau yang boleh menyumbang kepada kerosakan akidah.

IKLAN JUALAN (1)

TANAH NAK DIJUAL MURAH-MURAH
 Ada kawan minta saya warwarkan tanahnya untuk dijual di Manjor, Kuala Krai Kelantan seluas lebih 27.924 ekar Status tanah rizab Melayu. Tiga lot. 2 lot atas nama yang sama manakala satu lot lagi nama lain tetapi lot berjepek. Tanah kosong yang telah disodok, sesuai untuk tanaman sawit, getah, ternakan lembu, kambing atau dimajukan sebagai tapak perumahan.

Harga tuan (harga mati): RM16,000 seekar. Komisyen untuk orang tengah: terpulang kepada keikhlasan pihak pembeli, Salinan gerang ada dengan saya. Yang berminat boleh SMS melalui nomborTel:017-9871322 atau email ke meli_industry@yahoo.co.uk.