Sabtu, 30 Julai 2011

PULIH KEMBALI (14/2011)

Atas alasan apa Kerajaan Pas Kelantan boleh terus bertahan?

KERJASAMA denggan DAP menyebabkab sokongan terhadap Pas barat hakisan pantai di Sabak yang mana Kampung Kemerruk tempat aku sering beli kepala ikan haruan tasik,  kini sudah menjadi sebahagian dari laut.

Terkejut beruk aku bila ditanya penduduk tempatan mana tempat jual air batu campur yang tersohor, orang ditanya telah menuding jari jauh berkilometer dan kelihat ada perahu kecil sedang memasang pukat. Kampung Kemeruk dan Tanjung Kuala telah menjadi sebahagian dari lautan.

Bila perjuangan bagi mewujudkan negara Islam bertukar kepada mahu mewujudkan negara berkebajikan, sokongan terhadap Pas di Kelantan menjadi gondol sebagaimana gondolnya kawasan bukit bukau dan kawasan hutan di Ulu Kelantan yang balaknya sudah dipapas.

Permohonan dibuat kononnya untuk tanaman sawit atau getah klon, tetapi ianya hanya muslihat bagi membolehkan balak dibaham kemudian tanah yang sudah gondol dijual kepada pihak yang benar-benar ada kemampuan untuk mewujudkan ladang sawit dan getah klon.

Selagi tidak ada pembeli, maka tanah yang gondol akan terus gondol, pemohon asal yang sudah metankedarah balak hidup senang linang dan bergaya dengan rumah baru dan kereta baru dan mula menikmati hidup mewah dan bergaya sakan.

Pencapaian kemajuan? Apa kemajuan yang dibuat? Berapa buah masjid yang telah dibina oleh Kerajaan Pas. Kalau ada pun masjid dibina adalah hasil dari pungutan derma daripada orang ramai. Masjid-masjid yang ada macam juga Kompleks Kota Darulnaim (dulu orang Pas kata ketik tokca) dan Kompleks Balai Islam adalah peninggalan Kerajaan Umno/BN dulu.

Nak kata kejayaan mendakwah: berapa orang kalangan bukan Islam yang berjaya diislamkan dalam tempoh lebih 20 tahun memerintah. Dakwahnya tak seberapa tetapi asyik menyenarai-nerakakan orang yang sudah Islam yang tidak sokong Pas. Kalau difiikirkan apa jasa yang telah Kerajaan Pas buat. Kalau boleh dibanggakan pun hanya Bazzar Tengku Anis dan Bazzar Tok Guru. Yang lain kalau ada pun dibuat oleh co-ya-nun alif.

Aku setuju sangat dengan pertanyaan seorang rakan yang asalnya kuat Pas tetapi sekarang mendakwa kini sudah tidak kuat lagi: atas alasan apa Kerajaan Pas Kelantan boleh terus bertahan dalam pilihanraya umum nanti apabila para pengundi pada umumnya terdiri dari kalangan yang bukan lagi buta maklumat seperti dulu, tambahan pula apa yang dulunya ditentang kerana Umno/BN buat, kini Pas pula yang buat, sudah terbalik kot jadinya.

PULIH KEMBALI (13/2011)

Setitik nila boleh rosakkan sekawah susu


SEMOLEK dan sehebat mana pun Pas, ianya akan rosak oleh perbuatan mungkar segelintir ahlinya sebagaimana sekawah susu boleh rosak oleh setitik nila. Penyalahgunaan/penylewengan secara muslihat  pengagihan beras yang penuh bubuk untuk golongan miskin atau apa jua perbuatan mungkar oleh mana-mana organ parti, maka matlamat mengislamikkan pendekatan berparti politik dan berpolitik Pas akan rosak dan punah.

Ditamatkan tugas kerana seleweng/pecah amanah terhadap urusan yang diamanahkan bukan bermakna dosa seleweng/pecah amanah itu akan berampun kerana hasil penyelewengan/pecah amanah itu akan dibeli makanan dan minuman yang mana selain dari apa yang dimakan akan menjadi taik, ianya akan menjadi darah daging, sekali makan minum, tidur bangun, nikah kahwin dan kencing berak yang sepauyt dalam keadaan halal dan berphala, akan berdosa.

Beras, sayur, ikan, pakaian, penjelasan bil eletrik, bil air, beli sejadah, belia koopiah, beli ubah, beli purdah dan sebagainya yang halal akan menjadi haram kalau ianya dari punca penyelewengan/pecah amanah. Kerana dosa kecil yang berkerak dan berdaki tebal, maka ianya boleh mendorong kepada melakukan dosa yang lebih besar, kemungkaran yang lebih akbar. Pas sedang hadapi fenomena itu: penyelewengan/pecah amanah.

Betulkah beras untuk golongan miskin diagih secara yang dihalalkan oleh hukum hakam? Apakah bonus ladang rakyat dilaksanakan secara suci atau ada selit-sepit? Kalau benda-benda kecil macam tu pun boleh seleweng/pecah amanah,  macam mana dalam kes pengurusan kawasan balak, kelulusan kawasan lombong emas, lombong bijih besi dan sebagainya?

Rabu, 27 Julai 2011

PULIH KEMBALI (12/2011)

Apa yang Allah dan Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. suruh?

KITA perhatikan firman Allah sebagaimana berikut:

"....Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara baik" - Ali 'Imran:143.

"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" -
Al-Nisa':114

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat.
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat)" -
Fussilat: 33-35.

"Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala pekara): sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" - Al-Hujurat: 9-10.

Kita selami pula Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:
"Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" - Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani.

Apakah kita sebagai orang politik, kakitangan kerajaan, orang korporat, orang profesional, polis, askar, guru, lawyer, doktor, orang awam dan sebagainya menjalani hidup dan berfungsing sebagai kemahuan Allah dan Rasul-Nya. Tepuk dada tanya selera, jamah dahi tanya hati.

PULIH KEMBALI (11/2011)

Untuk renungan bersama

MELALUI ayat 51 hingga 66 surah Al-Maaidah, Allah jelaskan sifat dan spesis manusia yang tidak boleh dibuat sahabat dan dilarang  diangkat sebagai pemimpin. Yang paling jelas adalah orang Yahudi dan Nasrani. Yang paling selari dengan keadaan terkini kita adalah ayat berikut:

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yakni) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang beriman" - Al-Maaidah:57.

"Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. yang demmikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal". - Al-Maaidah:58.

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang ke jawatan hasil pilihan majoriti rakryat dengan Datuk Dr Ambiga, siapa yang lebih termasuk dalam maksud ayat 57 Surah Al-Maaidah. Apakah umat Islam yang menyertai, bersekongkol dan menyokong perhimpunan bersih yakin mereka merintis jalan ke syurga dikepalai Ambiga atau sebaliknya?.

Renung-renungkanlah dan bertaubat nasuhalah ketika masih diberi peluang terus hidup oleh Yang Maha Berkuasa. Supaya tidak mudah sesat dan tidak akan tersasar dari, berpegang dengan matap dan kejab kepada gemanat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. yakni jadikan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak, berimanlah dengan keduanya.

Selasa, 26 Julai 2011

PULIH KEMBALI (10/2011)

Orang Pas kena bersiap sedia terima hakikat

BIDANG  kerja dan runtin kehidupan saya sentiasa dia akar umbi dan kebanyakan maklumat saya adalah maklumat rakyat, maklumat akar umbi yang tidak ada kepentingan apa-apa kerana saya bukan orang politik dan tidak kepentingan politik kepartian.

Ini adalah penggal terakhir bagi Kerajaan Pas Kelantan. Wakil-wakil rakyat yang ada lulusan agama ada baiknya mula mencari kawasan untuk membuka sekolah pondok manakala yang berpendidikan skular, eloklah memulakan perniagaan sebagai persediaan untuk hadapi zaman menganggur, terutama wakil-wakil rakyat yang masih muda cada dan ada bini lebih dari so.

Yang tua benar eloklah untuk kembali menghabiskan masa beriktikaf di masjid supaya dosa-dosa membohongi rakyat dan maki seranah terhadap sesama Islam, apatah lagi kerja-kerja menidakkan keislaman orang lain kerana kepentingan politik kepartian akan terampun melalui taubat nasuha di rumah Allah.

Manakala orang Umno pula kena bersedia untuk diuji dengan kemenangan, pastikan diri tidak takbur atau bila jadi mb, tmb, anggota exco atau wakil rakyat, jangan sesekali terlibat dengan perbuatan mungkar. Pastikan mb, tmb, anggota exco dan wakil-wakil rakyat sentiasa berjemaah di masjid, surau dan madrasah, kalau tak layak jadi iman, jadi makmum.

Wakil-wakil rakyat Umno di Kelantan khususnya pada Pilihanraya Umum Ke-13 patut dipilih di kalangan yang mampu memberi kuliah agama dan layak jadi iman jemaah di masjid, surau dan madrasah dalam misi menemui dan memesrai rakyat. Pembangunan dalam bentuk kebendaan serta pembentukkan iman dan takwa kena diseiringkan.

Rakyat Kelantan sudah muak dengan retorik Pas sama ada atas nama parti atau atas kerajaan kerana yang nampak berubah hanya wakil-wakil rakyat: kalau dulu tunggang motosikal Honda-Cub 70 pelano bergogek, lloni berkereta mewah yang sebenarnya tidak mampu dibayar ansuran atau dibayar mukanya kalau hanya setakat dengan elaun wakil rakyat.

Kalau dulu hanya sorang bini yang Pak Had Ceton Tembus atau Tok Awang Merdeka Ppalo Bapok tengok pun tak pecah lior kerana serba berkarat dan darat-gon, lloni dah ada lebih dari sorang bini dengan bini baru bukan saja dahinya  licin bercahaya kerana sering SPA tapi tumit pun macam telur dikupas, lebih ilir lagi darii para artis.

Rakyat dan negeri kekal pada tahap sekalo, kalau pun ada bangunan terbina ianya dibuat oleh co-yo-nun-alif dengan ada wakil-wakil rakyat mentakedaroh komisyen untuk melayakkan hidup mewah dan bergaya. Bila saya urus penjualan tanah untuk dijadikan ladang sawit atau getah kelung dengan balak di dalamnya sudah dikebas, terperanjat saya bila mendapat tahu rupanya pemiliknya adalah proksi kepada anggota exco atau wakil rakyat tertentu.

Antaranya Salor Sawit Sdn Bhd yang dokumennya baru sampai ke tangan saya, rupanya syarikat berkenaan lembaga pengarahnya adalah proksi exco tertentu. Saya terkejut dan untuk tidak bersekongkol dengan kemungkaran, saya menolak mengurus-jual kawasan berkenaan dengan diberi alasan kepada buyer bahawa saya gagal menemui pemilik asalnya.

Isnin, 25 Julai 2011

PULIH KEMBALI (9/2011)

Pas didomenasi pemimpin yang angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak

BUKAN bemaksud mendahului takdir tetapi berdasarkan firasat dan pengalaman bergelumang dengan orang politik dan arena politik negara, khususnnya Kelantan sejak ketika era Kerajaan Pas bermenteri-besarkan Dato' Haji Muhammad bin Nasir, membawa kepada pada era Kerajaan Umno/BN Kelantan bermenteri-besarkan Tan Sri Mohamed Yaacob hinggalah sekarang, saya yakin Kerajaan Pas Kelantan tidak akan mampu bertahan lagi pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).

Antara faktornya kerana Pas sudah jauh menyimpang dari dasar dan matlamat serta tujuan asal penubuhannya. Pas kini didemonasi oleh tokoh-tokoh yang angkuh, sombong, bongkak, riak dan seakan melabelkan Pas adalah milik peribadi individu tertentu dan ditaksubi bahawa tunjang kekuatan Pas adalah kerana individu tertentu sehinggakan kalau boleh kentutnya pun mahu dianggap harum semerbak oleh pendukung dan penyokong.

Semakin dipuji kehebatannya semakin menjadi-menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riaknya sedangkan angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak adalah amalan syaitan yang dibenci oleh Allah dan Rasul-NYA. Ulamak-ulamak sejati bila dipuji akan keilmuannya maka akan menggeletar ketakutan kerana bimbang akan termakan puji-pujian dan akan ada unsur-unsuur riak dan takbur.

Berapa orang ulamak dalam Pas (kalau betul adalah) yang menggeletar ketakutan bila dipuji kerana bimbang akan bertunas rasa takbur dan riak sehingga boleh anggap hanya yang taksub kepada apa yang dicakap, dikuliah dan disyarahkannya sahaja layak masuk syurga manakala pihak yang tidak taksub akan ke neraka. Kopiah muncung temunjuk, serban berekor cecah tumit, jubah labuh dan janggut cecah kepala lutut sahaja bukan ukuran kealiman sebenar.

Cara bercakap, perilaku dan kegigihan serta keketagihan membina, memelihara silatur-rahim, melihat diri tidak layak masuk syurga dan orang lain lebih layak adalah antara ciri-ciri ulamak sejati yang banyak memuji dari dipuji, melihat orang lain tak layak masuk syurga dan hanya kita dan puak-puak kita jah masuk syurga, itu namanya ULAAAAARRRRRRMAK, bukan ULAMAK kerana dalam serban, jubah dan janggut ada keangkuhan dan keriakkan.

Mahu menjadi seorang ulamak bukan semudah menjadi perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, exco, wakil rakyat, ketua perhubungan parti, ketua bahagian, ketua cawangan, penghulu mungkin atau apa-apa jua jawatan kerana yang akan menilai bukan orang tetapi Allah Yang Maha Mengetahui. Rakyat juga membuat penilaian yang nantinya akan dicernakan dalam PRU-13 nanti.

Khamis, 21 Julai 2011

PULIH KEMBALI (8/2011)

Antara dosa besar Pas adalah merosakkan silatur-rahim

HAKIKAT umat Islam adalah bersaudara. Nabi sabda begitu, Allah pun berfirman macam tu. Oleh kerana tulisan ini dituju pada orang Pas, maka tidak payahl;ah saya catatkan terjemahan hadis dan ayat al-Quran mana yang menjelaskan tentang silatur-rahim  kerana orang Pas semuanya mendabik dada sebagai orang kuat agama walaupun hakikatnya ada ramai orang Pas yang berjanggut panjang, berkopiah dan berjubah yang lelakinya manakala yang perempuannya berpurdah,  tetapi baca jawi pun tak reti.

Seorang wakil rakyat Pas pernah kaget dan terkejut bila saya buat catatan ucapan Menteri Besar menggunakan tulisan jawi semasa saya masih bertugas sebagai wartawan dulu. Wakil rakyat itu pernah anggap saya 'sakit otak' dan 'saiko' kerana semasa bekerja di Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan, saya banyak menegur Pas.

"Pandai tulis jawi" sapanya dan saya kata bolehlah uduh-uduh. Al-Quran dan hadis rata-rata ditulis guna huruf jawi, cuma bezanya huruf al-Quran ada baris. Bolehkah orang macam saya ni dianggap buta al-Quran atau hadis walaupun saya tidak al-hafiz berbanding dengan muslimin dan muslimat Pas yang buta jawi?

Minat semula jadi sayya bila ada isu-isu yang meragukan, saya akan rujuk tafsir al-Quran, terjemahan hadis dan kitab-kita jawi kerana saya tidak faham bahasa Arab walaupun bersekolah arab/agama. Kalau membaca tulisan dalam bahasa arab, saya kena banyak rujuk kamus sebagaimana bila saya baca tulisan dalam bahasa Inggeris.

Rujukan dibuat adalah untuk mengelak dari kemungkinan saya tergelincir dari apa yang dihalalkan bila menulis kerana apa yang ditulis boleh menyebabkan penulis akan masuk syurga atau neraka. Apa yang saya dapat maklum  dari menyemak terjemahan al-Quran dan juga hadis, memutuskan silatur-rahim sesama Islam adalah dilarang oleh Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul hadi Awang dan bekas timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa tentu tahu mengenainya, lantas Hadi menggagaskan kerajaan perpaduan dengan Umno dan disokong kuat oleh Nasharuddin tetapi ditentang hebat oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Dalam Pas Nik Aziz paling berpengaruh, malah walaupun jawatannya sebagai Mursyidul Am adalah jawatan yang dilantik tetapi kerana kertaksuban melampau, suara dan pandangannya lebih dianggap betul berbanding dengan suara presiden dan timbalan presiden. Makhluk di langit dan di bumi pasti tidak lupa macam mana Nasharuddin diseranah dan dihina.

Kerana taksub, maka ramai dalam Pas, lebih-lebih lagi kalangan yang buta jawi lupa untuk berfikir dan menggali isi kandungan al-Quran dan hadis apakah halal bagi Pas memutuskan hubungan dengan Umno, berseteru mak-anak dengan parti milik orang Melayu beragama Islam itu dan memilih DAP sebagai sahabat dan bersepakat untuk tentang Umno/BN.

Betul Umno bekerjasama dengan MCA dan MIC serta berbelas-bekas parti milik bukan Islam sebagai parti komponen BN. Tetapi antara parti-parti komponen BN dengan DAP yang mendominasi PR, siapa yang nampak sekarang terang-terang anti Islam?

Kepada saya Pas dengan kepimpinan terkini dikepalai oleh Nik Aziz telah bekerja keras memutuskan silatur-rahim di kalangan sesama umat Islam semata-mata kerana kepentingan politik kepartian. Tanpa sedar atau dalam keadaan sedar tetapi kerana ada kepentingan politik, pimpinan Pas dan penyokong parti itu telah, sedang dan akan melakukan dosa klerana merosakkan silatur-rahim selagi masing-masing tidak bertaubat nasuha.

Kepada yang kurang yakin dengan pandangan saya ini atau tidakm yakin dengan penjelasan oleh para ilmuan yang barangkali dilihat pro parti-parti tertentu, sila rujuk al-Quran dan hadis, yang buta jawi baca terjemahan yang ditulis menggunakan tulisan rumi seperti al-Quran terjemahan hadiah Raja Fahd ibn' Abd' Aziz Al Sa'ud dan Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I, II, III dan IV dan Terjemahan Hadius Sahih Bukhari Jilid I, II,III dan IV.

Rabu, 20 Julai 2011

PULIH KEMBALI (7/2011)

DUN Kota Lama ditenggelami banjir air mata

YANG boleh saya katakan bahawa edah pilihanraya umum ketiga belas (PRU-13) semakin dekat sebagaimana dekatnya saat akan berlakunya kiamat.

Orang politik, terutama lawan kepada Barisan Nasional (BN) yang kini semacam ikan lampam dan ikan juara mabuk taik sedang resah gelisah, sedang tidak ada tempat nak digaru, yang sulah mula beransur jadi botak, yang bahlol mula jadi tolol.

Saya berani katakan bahawa Kerajaan Pas Kelantan akan tumbang, paling banyak pun kerusi dewan undangan yang akan dimenangi hanya dua kerusi. Tidak mustahil peristiwa pilihanraya umum tahun 1990 akan berulang, peristiwa yang memeranjatkan Umno/BN itu akan menjadi peristiwa yang membuatkan ramai orang Pas akan jadi mabuk air sejuk, yang ada baka, tidak mustahil akan boleh jadi gila.

Saya yakin semua kawasan DUN, lebih-lebih lagi DUN Kota Lama akan dibanjiri air mata yang akan menghanyutkan amalan kronisme dan nepotisme, akan menghanyutkan resit-resit pembelian yang dipalsukan (ambil resit sahaja tanpa) barang dan pelbagai amalan mungkar lagi, wat-wat sogokan bagi memancing undi akan membusuk dan berulat nyunyak-nyunyak.

Inilah punca sebenar pemufarakahan saya dari Pas walaupun saya dianggap egoistik, frust kerana apa yang dimahukan tidak diperolehi. Itu hanya tohmahan. Kebetulan saya lepasan sekolah agama walaupun bukan bekas pelajar pusat-pusat pengajian tinggi timur tengah, saya boleh bezakan antara apa yang Pas dan Umno buat selari dengan agama atau tidak. Atas faktor sikap dan pendelatan berparti politik pimpinan Pas terkini, saya yakin Pas akan dikifarah dengan kekalahan teruk supaya Pas kembali kepada matlamat dan tujuan asal penubuhannya.

Dua puluh tahun akan datang setelah Pas berada pada paksi asal penubuhannya, tidak mustahil saya akan kembali menyokong Pas seandainya ketika itu saya masih ada hayat. Dua puluh tahun lai bermakna saya berumur 75 tahun, arwah ayah saya meninggal pada usia 67 tathun. Tidak mungkin saya akan hidup lebih lama dari jangka hayat arwah ayah.

Arwah ayah adalah  penyokong Pas seumur hidup yang diwarisi dari presanan tokcik Abdul Latiff Abdul Rahman Lebai Akil/Padang Jelapang supaya Pas diberi sokongan oleh anak cucu selagi ianya berjuang demi kepentingan agama sejati. Bapa saudara saya, Abdul Rahman Abdul Latiff yang bermastautin di Kampung Seberang Jeli jatuh sakit kerana terkejut dan dukacita bila Pas kalah pada tahun 1978 dan telah membawa kepada kematiannya

Kami adalah dari titih antara ulamak tersohor, Tok Padang Jelapang, malah ada bertitih juga dengan Pakcu Haji Hassan (Tok Wali Hassan Lati) di sebelah ibu Allahyarham yang berasal dari Padang Jelapang.

Ahad, 17 Julai 2011

PULIH KEMBALI (6/2011)

Saya masih sihat dan bertenaga

SAYA terkejut dengan keterkejukkan seorang rakan apabila melihat saya bukan sahaja tetap sihat tetapi lebih berisi walaupun misai, janggut dan rambut semuanya putih menandakan usia dah semakin senja. Yang pasti  saya semakin dekat dengan pintu kubur, satu hakikat dan natijah yang tidak boleh diubah, dihadang, apatah lari darinya.

"Hidup lagi demo rupanya. Kawe diberitahu demo dah mati. Kononnya lepas demo tidak lagi sokong Pas dan mengubah sokongan kepada Umno demo jatuh sakit, kononnya kena panah malam pasal tok guru pun demo rembat" ngomel rakan yang dulunya kalau jumpa kena hulur RM10 dua semasa berpisah atas alasan beliau tak ada pencen, tak pernah dapat kawasan balak atau kawasan lombong.

"Kawe memang sakit ketnya bukan sakit tubuh badan tetapi sakit hati main dengan orang politik. Kawe tak minat parti politik ni. Banyak kaki berak besar tak padan dengan jubur. Begotu begoni bereh belako tetapi sebenarnya rebeh dan serebeh"

Dengan meminta rakan saya itu lupakan tentang parti politik, saya jelaskan bahawa blog saya http://ww.melikapakjangak.blogspot.com/ gagal berfungsi dan ini adalah kali kedua blog saya hadapi masalah selepas http://www.ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ juga hadapi masalah seminggu sebelumnya berlangsung PRU-12 dulu walaupun keadaannya sedikit berbeza.

Beliau bertanya kenapa blog saya tidak dikemaskini dan tidak ada posting baru. Kononnya bila ditanya seorang kawan lagi, saya sakit kronik bila terlalu frust kerana dibohongi oleh kalangan tertentu dalam Umno yang telah menabur janji indah. Hakikatnya saya dalam keadaan sihat walafiat.

Sebenarnya saya berusaha memulihkan blog saya  dengan pertolongan kalangan pakar tetapi gagal. Penjengok boleh jengok http://www.melikapakjangak.blogspot.com/ seperti biasa tetapi saya tidak boleh posting item baru kerana saya tak bolek ke deshbox. http://www.ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ dulu lagi teruk kerana penjenguk tidak boleh melayarinya langsung.

Sebagai alternatif saya bukan akaun baru yakni http://www.melikapakjangak2.blogspot.com/ dan mereka yang mahu membaca buah fikiran saya, bolehlah melayarinya. Macam mana pun postingnya tidaklah serancak dulu kerana saya ada komitmen lain untuk mencari rezeki bagi menampung keluarga. Banyak masa saya dihabiskan di kawasan pedalaman.

Apa yang saya posting melalui http://www.melikapakjangak2.blogspot.com/ turut saya forward ke FB saya. Tentang kualiti kesihatan saya Insyaallah, saya masih sihat, malah saya semakin bersemangat untuk bangkit dari kejatuhan setelah menjadi mangsa niat tidak betul kalangan tertentu kerana sikap saya yang terlalu mudah berkaira.

Saya juga cuba membina hidup yang bersih dari simpati mana-mana pihak. Saya yakin Allah akan terus mengurniakan kesihatan dan kecergasan untuk saya. Sesungguhnya badan yang sihat dan kesempurnaan akal yang menjadikan kita sentiasa tabah dan bersyukur dengan takdir-Nya adalah antara kekayaan yang tidak mampu ditukar dengan segunung emas dan intan belian.

PULIH KEMBALI (5/2011)

Demonstrasi buat robeknya prestasi dan reptusi Pas

EKORAN dari kesediaan bekerjsama dengan DAP, Pas mula menghadapi kemerosotan dan kepupusan minat, simpati dan sokongan  di kalangan penyokong Pas sejati, kalangan yang menyokong parti itu kerana kepentingan agama dan tuntutan agama dalam berparti politik.

Yang tinggal dalam Pas kini adalah dari jenis muaalaf parti politik dan kalangan yang tidak memahami, tidak ada maklumat dan tiudsak diberi maklumat tentang tujuan dan matlamat penubuhan Pas serta mereka yang tidak kenal pun apa itu Pas: menyokong Pas sekadar ikut trend semata-mata.

Malah ada setengah yang jantannya pakai kopiah kerana mahu tutup bubus, botak atau rambut beruban manakala yang betiananya bertudung  lebih kepada kerana mahu tutup uban dan menyembunyikan  ketuaan dengan bedak gincu yang dipakai kalau diperipun dalam sebulan, mahu boleh bajakan tanaman kacang di sekeliling rumah.

Yang terus sokong Pas sekarang adalah kumpulan yang 'ikut trend' dan tidak kenal dan tidak cukup maklumat tentang apa itu Pas, dimangsakan dan menjadi mangsa segelinitir kalangan tertentu dalam Pas yang telah melacurkan prinsip, dasar, matlamat dan tujuan penubuhan Pas dan sanggup mempermengkorang-kukur-nyiorkan penyokong yang buta maklumat tentang Pas demi kerana mencapai impian peribadi.

Segelintir kalangan tertentu sanggup melacur dan mempersundalkan agama dan hukum hakam, tanpa rasa berdosa boleh menghukum hanya menyertai, menyokong dan dan mengundi Pas sahaja mendapat pahala dan layak masuk syurga, jika mengundi parti lain akan berdosa.

Walhal tidak ada sepatah pun ayat dalam al-Quran atau  Hadis yang menyebut bahawa hanya menyertai, menyokong dan mengundi Pas masuk syurga, malah orang yang memberi jaminan itu sendiri belum tentu akan masuk syurga kerana.

Ini adalah  jika kemaruk beribadat dan berlagak alim dengan tujuan menunjuk-nunjuk, apatah lagi kerana kepentingan politik, kealimannya pada hakikatnya bersalut kejahilan yang sangat nyata. Beribadat tidak boleh dalam keadaan bermegah-megah dan lagha. Keutmaan dalam ibadah adalah tawadhuk.

Jika diselami ayat-ayat al-Quran dan Hadis, apa yang dilakukan oleh pimpinan Pasn terkini dan diterima sebagai suci, laduni, Islamik dan pakar hukum itu oleh penyokong sewel sebenarnya adalah perbuatan ahli sneraka  kerana yang jelas Allah melalui al-Quran dan Rasulullah s.a.w. melalui Hadis mengharamkan pemutusan hubungan silatur-rahim.

Apatah lagi menyenaraikan puak yang layak dan tidak layak masuk syurga atau neraka, lagi-lagilah berdosa dan menyesatkan  kerana syurga-neraka adalah hak Allah yang mana hamba-Nya tidak berhak untuk campuri urusan mesyurga dan menerakakan seseorang hamba-Nya.

Yang boleh dilakukan oleh manusia adalah melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan dengan tawadhuk dan tidak kerana lain selain dari kerana Allah. Kalau beribadat kerana mahukan syurga, ianya sudah termasuk dalam amalan yang tidak tulus dan tidak tawadhuk, apatah lagi kalau tunjuk tawadhuk kerana kepentingan politik, ianya sudah menjadi 'kerana lain' selain dari 'kerana Allah'.

Umpamanya bila seorang yang terang-terang anti Islam menganjurkan demonstrasi yang kononnya BERSIH, macam mana kalangan yang kononnya alim dalam boleh menyokong dan bersekongkolnya, siapa di antara kaedaunya yakbi antara penganjur dan pimpinan Pas yang alim sebenarnya.

Hakkiatnya menentang sebuah kerajaan yang berketuakan seorang yang beragamna Islam dan banyak menyediakan segala kemudahan untuk umat Islam beribadah serta pelbagai peluang membina ketakwaan dan mentawadhukkan diri adalah hatam. Nampak sangat segala kealiman dan keprosionalan dalam bidang agama hanya palsu belaka bila tok-tok alim dalam Pas boleh sokong demonstrasi BERSIH baru-baru yang diketuai oleh seorang yang  bukan sahaja bukan Islam tetap sangat anti Islam.

Pada saya orang Pas kena banyak ilmu bantu dengan banyak menmbaca dan berguru dan tidak terklalu ghairah mahu menjadi gurut di sampiung kena banyak membuat penyelidikkan supaya diketemukan kitab yang menegaskan bahawa menentang sebuah kerajaan yang ketuanya adalah seorang yang beragama Islam adalah haram.

Sejak negara merdeka bukankah semuanya perdana menteru adalah beragama Islam. Soal setinggi mana darjah keimanan dan ketakwaannya itu hak Allah menilainya. Hanya kerana Pas gagal mencapai impian supaya menang dalam pilihanraya, maka Umno/BN dianggap menentang Islam, saya ianya adalah suatu tanggapan yang sangat menyesatkan dan boleh punahkan akidah.

Siapa pernah tengok bahawa perdana-perdana menteri Malaysia yang sudah mati berada dalam neraka kerana mati atas nama orang Islam berpati-politaikkan Umno dan siapa yang pernah tengok bahawa nama-nama tokoh, ahli dan penyokong Pas sudah tersenarai sebahli syurga manakala para pemimpin, ahli dan penyokong Umno dan para mufti serta cendekiawan Islam yang berpihak kepada Umno ada senarai nama mereka di neraka.

Kalau ada yang menagkui pernah melihatnya, maka ianya ada dua kemungkinan: pertama kerana sewel dan kedua kerana sesatnya lebih bermaqam tinggi dari Ayah Pin pemilik kerajaan langit yang merupakan menantu kepada Hassan Anak Rimau.

Melalui pengurusan apa yang dinamakan saham ladang rakyat sahaja, pada saya sudah berlambak-lambak dosa terapaksa dipikul oleh orang yang terlibat dalam pengurusannya kerana ianya dibuat penuh dengan kronisme dan nepotisme gara-gara kejahilan pelakunya apabila ada yang senaraikan emak dan anak sendiri sebagai pemegang dan bila sampai masa terima dividen dan bonus akan diambil sebagai haknya. Emak dan anak hanya digunakan sebagai alat.

Dalam penyewaan gerai pasar borong, urusan bantuan untuk armalah, bantuan modal dan segala urusan termasuk majlis-majlis makan yang diuruskan, dilakukan penyelewengan apabila pihak yang mengurus mesti 'creat' dan 'sepit-selit' untuk dapat samas-seghial.

Ada kedai yang dimanipulasi bagi mengeluarkan resit palsu, resit tanpa barang dan tuanpunya diberi sedikit habuan sebagai harga sanggup bersekongkol dengan perbuatan yang bukan sahaja tidak bermoral tetapi berdosa. Benda ni nampak kecil kerana dilakukan secara jahil tetapi pada hakikatnya ianya adalah haram dan berdosa. Apa lagi perlakuan dan perbuatan yang lebih berat dari pelakuan dan perbuatan haram serta berdosa.

Kerana itulah pada saya, sebelum orang Pas sanggup terlibat dalam demonstrasi BERSIH kononnnya untuk bersihkan kerajaan yang ada yang mana yang mengepalainya adalah bukan saja bukan orang Islam tetapi juga amat anti Islam, adalah lebih baik orang Pas kencing dalam tempurung dan telek muka sendiri untuk mencari kebersihan diri sendiri.

Kerana dasarnya didakwa adalah Islam dan perlembagaannya didakwa berdasarkan al-Quran dan Hadis, maka Pas tidak boleh pakai buah kalau orang Pas tak buat pun  orang Umno akan buat. Dalam keadaan apa pun orang Islam kena mempertahankan kesucian agama dan tidak boleh dikotori dengan apa sebab dan tujuan sekali pun.

Kalau tidak, maka tidak mustahil orang Pas akan menjadi orang terawal dicampak ke neraka kerana dibuat sesuatu yang mendosakan dalam keadaan tahu dan sengaja dibuat.

Gara-gara terlibat dalam demonstrasi BERSIH, Pas pimpinan terkini yang didugali dan dimuali oleh orang Pas tulen kerana sanggup bersekongkol dengan DAP menjadi semakin loya dan Insyaallah dengan izinnya Pas akan berdepan dengan kifarah pada pilihanraya umum ke-13 nanti yang mana mandat yang diberi bagi penubuhan kerajaan di Kelantan dan Kedah akan ditarik balik oleh pengundi.

Sebagai orang yang sentiasa berada diakar umbi, saya ada maklumat rambang mengenainya. Imej, prestasi dan reputasi Pas kian tercalar dan terburai.

Sabtu, 16 Julai 2011

HAKIKAT-3

Saya akan tebus kesilapan masa lalu

MELALUI buku GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA, AKAN TERMAKBULKAH DOA DATIN DR WAN AZIZAH dan Siri MBI , semuanya terbitan syarikat sendiri, dalam penuh ketaksuban terhadap Pas, saya banyak membalun Umno/BN di samping perkara yang sama dilakukan di pelbagai media pro pembangkang.

Bak kata orang, yang tak pernah lemas dalam kubang taik tidak akan sedar tentang dahsyat bau busuk dan jijiknya taik. selama lapan tahun berada dalam gelup Pas bagi saya adalah umpama terjatuh dalam lubang taik dengan permukaan lubangnya dimake-up indah untuk menyembunyikan. bau taik dan menghilangkan rasa jijik.

Nasib baik saya masuk dalam gelup Pas bukan atas nama penutup lubang taik yang taksub dan penuh dengan pemberhalaan terhadap sesama manusia, sebaliknya hanya sebagai antara komponen yang tidak disengajakan, mudah untuk saya mufarakah.

Bagi yang masuk atas nama penutup lubang taik, apa pun kesilapan Pas dan keburukkan Pas akan dilihat molek, taik yang busuk pun tetap dianggap wangi bak kasturi kerana penutup lubang taik itu sendiri adalah sebahagian dari taik sebenarnya.

HAKIKAT-2

Biarkan Pas dengan 'syok sendirinya'

MENGAKU saja dengan segala kekemarukkan dan keketagihan sebagai parti Islam dan para pemimpin dan penceramahnya berceramah, bercakap dan berhujah berdalilkan ayat-ayat al-Quran dan hadis tetapi parti itu tidak pernah berhenti menipu kalangan yang celik mata tetapi masih terus buta mata hati dan perut pedal,

Antara penipuan yang Pas lakukan ialah apabila dalam Pas beria-ia mahu tumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada setiap kali pilihanraya umum diadakan tidak pernah cukup kuota pun untuk membentuk kerajaan kalau pun kerusi-kerusi yang ditandingi dimenangi keseluruhannya.

Perlu apa Pas berak taik gajah sedangkan luas lubang juburnya hanya mampu berakkan taik kancil sahaja kalau bukan kerana disebabkan pimpinan parti itu berpasak-paksikan nafsu besar tenaga kurang sehingga sanggup menipu untuk hancurkan sebuah kerajaan seutuh kerajaan berdominasikan Umno.

Yang sangat jelas umpama sudah terang lagi bersuluh apabila berak besar 'tak padan dengan jubur' Pas itu secara tidak langsung dan secara langsung telah membajai DAP yang semakin subur dan merimbun di estet politik negara. Andainya BN tumbang, pendominan kerajaan soh-lighoh adalah DAP.

Kalau ibarat senjata dan kekuatan melawan yang Pas ada, hakiakt dan natijahnya parti hanyalah sekadar memiliki 'kentut kepal' atau 'kentut perut kembung' kerana makan ubi setelo masak rekus, bunyi kuat tapi belum ada dalam catatan sejarah orang mati kerana terkejut oleh derasnya bunyi kentut.

Bagi saya segala hujah, strategi dan janji serta keyakinan Pas akan berjaya menumbangkan kerajaan BN berdominanasikan Umno samalah seperti melepas kentut kepal dan kentut perut kembung oleh penggemar ikan dan daging perkasam, ada yang menonye kerana tidak tahan dengan busuk-banganya kentut tetapi tidak akan ada tercedera atau mati kerananya.

Dalam pada itu para pendukung dan penyokong Pas terus terdedah kepada kemungkinan punah dan rosak akidah kerana ada unsur-unsur memBERHALAkan sesama manusia dan sering mengkeranakan sesuatu yang berlaku disebabkan oleh tokoh-tokoh tertentu.

Antaranya bila Nik Aziz berdoa minta turun hujan umpamanya dan secara kebetulan hujan turun walaupun jauh lebih awal dari masa Nik Aziz berdoa, maka akan dipercayai bahawa hujan turun kerana Nik Aziz berdoa, kerana berkat, mustajab dan menjadinya doa Nik Aziz.

Walhal apa pun yang berlaku sudah sedia terskrip alam suratan dan takdir-Nya. Mempercayai ketetapan Allah adalah antara pokok iman dan takwa, mempercayai sesuatu yang berlaku diikeranakan selain dari KERANA ALLAH sama ada kerana tok guru, kerana hantu raya, kerana toyol, kerana penunggu dan sebagainya boleh punah-janem-likatkan akidah dan mencacatkan iman dan takwa.

Mempercayai berlakunya sesuatu selain kerana Allah, kerana Kuasa-Nya, kerana ketentuan dan takdir-Nya boleh menyumbang kepada kerosakkan akidah. Nik Aziz tidak ada keupayaan untuk merealitikan apa yang menjadi mimpinya, antaranya untuk pecahkan perut Najib yang pernah didoakannya.

Sehubungan dengan itu bagi saya setelah menunaikan tuntutan fardu kifayah meminta Pas tinggalkan DAP. Datuk Seri Najib atau mana-mana pimpinan Umno bagi mana-mana peringkat tidak perlu lagi membuang masa, tenaga dan buah fikiran untuk memainkan peranan ke arah menjalin apa jua bentuk kerjasama dengan Pas atau mengulangi permintaan.

Jika permintaan yang sama diulang dan ada semacam respon positif dari mana-mana pemimpin Umno dari mana-mana peringkat mahukan Pas menunaikan permintaan PM walaupun semurni mana pun niat dan tujuanya akan menjadi Pas semakin tidak 'kaba kediri' dan akan terus mahu berak taik hajah walaupun hanya berjubur kuman.

Paling baik biarkan Pas terjun dengan labu-labunya dan sama-sama kita saksikan sejauh mana hebatnya Pas, termasuk dalam menerima pertolongan dari langit dalam mencapai impian yang bagi saya ibarat katak puru yang sentiasa berangan-angan agar badannya akan licin bila bunyi guruh yang dinantikannya dengan penuh angan-angan dan sentiasa lemas dalam lautan impian yang tidak mungkin jadi realiti.

HAKIKAT-1

Pas alat penjajah pecah-belahkan umat Islam

SEJARAH atau cerita di sebalik penjajah meluluskan pendaftaran penubuhan Pas pada hakikatnya tidak diketahui oleh kebanyakan orang Pas, terutama di kalangan yang masih muda dalam parti itu. Ekoran itu Pas dianggap dan mahu dianggap suci sebagai sebuah parti politik.

Ada catatan hitam sebenarnya di sebalik penubuhan Pas sehingakan pendaftaran penubuhannya diluluskan oleh pihak penjajah yang sangat anti Islam. Keantian penjajah terhadap Islam terbukti apabila Hizbul-Muslim diharamkan.

Dalam pada itu Pas diluluskan pendaftarannya yang mana yang meluluskan pendaftaran Pas itu adalah pegawai pendaftaran pertubuhan beragama Hindu. Justeru itu adalah amat menghinakan Islam sifatnya kalau Pas dianggap Islam dan Islam itu Pas, apatah lagi kalau difatwakan hanya dengan menjadi ahli dan penyokong Pas sahaja akan layak masuk syurga.

Hakikat dan hakikinya penjajah meluluskan pendaftaran Pas sebagai parti politik yang kononnya perjuangannya berlandaskan Islam adalah dengan matlamat mahu memecah-belahkan umat Islam kerana Pas didukung dan disokong oleh kalangan yang berkepentingan politik kepartian bebanding dengan Hizbul-Muslim sebagai badan dakwah Islamiah tulen.

Tugas dan fungsi Hizbul-Muslimin adalah memperkukuhkan perpaduan sesama Islam di samping berperanan memantapkan keimanan dan ketakwaan ummah manakala Pas berfungsi memutuskan silatur-rahim, termasuk menimbul semangat berpuak-puak di kalangan umat Islam, malah telah mengkafirkan sesama Islam yang bukan orang Pas, sanggup meng-umar-ibnu-azizkan tokoh bukan Islam demi kepentingan politik kepartian.

Kerana itulah apabila Haji Ahmad Fuad yang gagal dalam pertandingan merebut jawatan dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno mengambil inisiatif menubuhkan Pas, maka pihak penjajah yang anti Islam melihat Pas akan dapat diperalatkan untuk memecah-belah dan memberpuak-puakkan umat Islam di negara ini, maka permohonan penubuhan Pas diluluskan. Pada saat Pas diwujudkan secara sah itulah bermulanya perpecahan sesama Islam, nasib baik Umno sebafai pendominasi mempunyai pakar dalam menghadapi pelan, rangka dan kerangka hitam dan bertaik Pas.

Apa yang direncana, dirangka dan dikerangkakan oleh penjajah terbukti berhasil apabila Pas yang diperalatkan bagi tujuan memecah-belahkan umat Islam di negara ini telah benar-benar muncul dan berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh penjajah. Kejayaan Pas dengan fungsi dan peranan berdasarkan acuan penjajah dan orientalis semakin menerlah kini ekoran dari bertambahnya jumlah 'tokoh babuk' dan tokoh yang lebih sekular dari pendukung dan penyokokng parti yang kononnya sekular dengan berselindug di sebalik kopiah, serban, jubah dan janggut.

Parti itu kini terus memainkan peranan bagi melebar dan meluaskan lagi jurang perpecahan di kalangan sesama umat Islam dengan pelbagai visi dan misi yang kebanyakannya bercanggah dengan syariah, kecuali bagi kalangan yang hanya celik mata tetapi buta-kepek mata hati dan perut pedal.

Antara kerja Pas adalah memutuskan silatur-rahim sesama umat Islam hanya kerana tidak mendukung dan menyokong Pas dengan pada masa yang sama parti itu sanggup bersaudara dan bersekongkol dengan parti dan puak-puak yang anti Islam, malah sanggup melutut kepada kalangan yang anti Islam demi kerana kepentingan pilitik kepartian. Memutuskan silatur-Rahim sangat dilarang dalam Islam.

Apa yang sedang dilakukan Pas adalah sejajar dan selari dengan apa yang direncana, dirangka dan dikerangkakan oleh penjajah dan para orientalis yang sememangnya memperalatakan Pas untuk pecah-belahkan umat Islam dan Pas sedang memainkan peranan dan fungsi itu.

Rabu, 13 Julai 2011

CERPEN (1/7(2011)

DEMONTRASI
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

DARI sirit-alas belukar yang muda hingga ke padang luas sejauna mata memandang, Negeri Serban Putih Jubah Labuh penuh pepak bukan sahaja dengan ‘kawan manusia’ tetapi juga dengan ‘kawan menatang’ sama ada yang berkaki empat mahu pun yang berkaki dua.

            Masing-masing datang buang masa tinggalkan kerja adalah bagi menyrtai demonstrasi kononnya bagi menuntut kebersihan, kesucian dan keharmonian tanpa diketahui pun apa lagi yang tidak bersih, yang tidak suci dan yang tidak harmoninya.
            Sesetengah yang datang melanggar larangan dan hadangan perundangan itu pakai serban, paling tidak pun pakai kopiah bagi yang berjanggut panjang, ada yang janggutnya labuh hingga nyaris-nyaris mencecah pusat.
Malah ada yang janggutnya sampai menyapu kepala lutut, buah tasbih yang setiap biji ada sebesar buah setol putik dibilang, tambah-tambah bila ada yang perhati pada apa yang sedang dibuat: peluang tunjuk warak, sekali gus demi melabakan dari sudut kepentingan politik walaupun penagnjur dan peserta yang menacabar larangan perundangan dan kepentingan serta ketenteraman awam mendakwa masing-masing bebas dari tempias politiksme.

            Pun begitu bila irama bersembahan tarian singa dipersembahkan, juga bila bunyi tabla berkumandang  sebagai antara acara selingan yang diadakan bagi menampakkan ada nilai-nilai intergrasisme dalam penganjuran demonstrasi tanpa permit, masing-masing tak ‘lekat taha’ mempamerkan ‘berjejak angin’nya dengan rentak dan lengok tarian dan bunyi table dengan menggeleng-gelengkan kepala.
            Yang paling alim benar pun ‘menggeditkan’ jari tangan dan kaki. Yang pakai serban, berjanggut panjang atau yang berkopiah tetapi berseluar pendek, bertepuk tangan tanda seronok dan terhibur, tanpa disedari penampilan dan imej menjadi hancur lebur.

            Sesetengah yang datang itu pula pakai songkok dan berbaju teluk belanga dengan misai melintang tanpa janggut. Ada juga yang tidak berserban, berkopiah atau bersongkok, tanpa misai tanpa janggut, hanya memakai kemeja biasa atau kemeja ‘T’ penuh santai, yang pakai seluar dalam sahaja manakala yang perempuannya hanya pakai baju mandi pun ada.
            Agaknya mereka salah faham tentang konsep intergrasisme. Spesis manusia dan ‘menatang’ jenis ini tanpa sembunyi, tanpa menyorok hipokrit, bukan setakat tergeleng kepala atau ‘bergedit’ jari tangan dan kaki tetapi ada yang bangun dan ikut menari sama, malah yang melompat ikut gaya penari tarian singa mempersembahkan tarian pun ada.
            Semakin kuat bunyi ketawa oleh dorongan ‘syok sendiri’, semakin menjadi-jadi lompatannya. Manakala jenis yang tidak boleh tengok punggung orang tertonggeng, kecur air liornya bila melihat bukan sahaja ditonggengkan punggung tetapi digoyang-goyang pula sebagai sebahagian dari gaya tunjuk manggak dalam berdemonstrasi walaupun yang tonggeng pungung itu semuanya jantan ‘jengo-jenga’.

            Turut membanjiri jalan raya yang menyebabkan pengangkutan awam terganggu dan juga berlatang kalang di kaki lima gedung-gedung perniagaan yang terr[paksa ditutup perniagaan adalah kaum Cina yang bercakap Cina, kaum India yang bercakap India, Sikh dengan semuntal Sikhnya yang turut dikerah dan dipunggah, termasuk menggunakan van dan lori yang lazimnnya digunakan bagi memungah ‘pot getah’.
Kehadiran pelbagai kaum menepati pengistergrasian dan matlamat penganjur yang kononnya bukan sahaja mendapat sokongan majoriti tetapi juga sokongan majmuk, Selain dari persembahan berjoget, pendemonstrasi turut persembahkan tarian masyarakat kaum India dan juga rambong oleh penari berbangsa Siam selain dari tarian singa.

            Kerana itulah agakanya yang menarik kehadiran. Yang tempang turut datang dengan berpapah, yang buta datang berpimpin, yang tepak datang berketpong, yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan uluran kronik datang berbekalkan berguni ubat, yang banyak harta kerana acap dapat kawasan balak datang siap dengan doktor peribadinya sekali. Untuk lolos dari kawalam pihak berkuasa ada yang sanbggup merangkak dalam longkang untuk ke tempat utama demontrasi diadakan.

            Susah untuk bezakan antara jantan dengan betina yang hadir kerana jumlahnya tidak ubah seperti ulat sedang nyunyak-nyunyak membaham bangkai gajah yang sudah mampus lebih dari sebulan.

            Kalau bukan kerana lebih sejuta corong pembesar suara yang setiap satunya sebesar Gunung Setong dipasang pada empat penjuru alam, barang butir yang dihebah melalui pembesar suara tidak mungkin latas ke telinga hadirin yang belum tentu selesai dalam tempoh sebulan kalau dikutip kira satu persatu oleh sejuta orang pengira yang bijak matematik macam adik Adi Putera sekali pun. Itun yang digebengkan oleh pihak penganjur.

            Kopiah dan serban sahaja kalau dilonggok dan mahu dipunggah dengan seratus buah trellar, mungkin seratus ribu hari seratus ribu malam punggah pun belum tentu habis. Pun begitu dengan songkok. Jumlahmya sali dengan jumlah serban dan kopiah.

            Kamera milik wakil stesen televisyen serta kamera jurugambar media cetak dan juga para bloggers dari dalam dan luar negara jika diperipun, boleh terbentuk menjadi sebuah gunung setinggi Gunung Kinabalu dibuatnya.

            Jumlah kehadiran besar kerana isu yang akan didemonstrasikan digembar gemburkan sebagai besar dan penting untuk kepentingan anak cucu, sekurang-kurangnya mahu dianggap besar walaupun hakikatnya hanya bukan saja kecil, tetapi lebih kecil dari kecil, yakni halus dari sudut kerpeluan dan faedahnya kepada sekalian makhluk di langit dan di bumi.

            Yang besarnya cuma bual, rasa dan syok sendiri, angan-angan mat jenin serta mimpi di siang hari dalam usaha untuk menggapai impian peribadi yang dieksploitasi dan dimanipulasi sebagai berpentingan awam tetapi gagal menarik simpati majoriti.

            "Wahai sekalian makhluk di langit dan di bumi. Terima kasih kerana datang dengan jumlah beralaksa-laksa" moderator memulakan tugasnya selepas berdehem untuk membetulkan tone suaranya yang dirasakan parau kerana agak parak makan budu dalam sehari dua ini.

            Kalau nak kira, dia tidak suka sangat makan budu tapi apa nak dibuat, kemampuannya hanya setakat makan nasi dingin gaul budu dan ketit lada cengik supaya ada rasa pedas, selera akan sedikit terbukalah.

            Dia hidup susah kerana berpegang kepada prinsip, biar mati kebulur namun kalau yang tidak halal, jangankan berjuta, sesuku sen dibelah sejuta pun bukan sahaja tidak akan disentuh, malah tidak akan dipandang sebelah mata pun.

            Kerana itu dia dilabel sebagai makhluk hijau sekerat biru sekerat, dia dianggap memilih hidup yang bila dia susah tidak ada yang pecah lior nak bantu, kalau masa dia lega, ramai yang berebut-rebut hulur kepala mahu diperakukan sebagai rakan akrabnya.

            Baginya segala-galanya dunia belaka yang tidak akan abadi. Dia tidak akan tertipu dengan kekayaan kalau kekayaan itu akan menjadi roket membawanya ke neraka.

            "Kita semua adalah pemberani. Anak cucu kita akan bangga dengan keberanian kita" bebel moderator“ jangan mudah lari walaupun gas pemedis mata ditembak menggunakan peluru berpandu ke arah kita” tokoknya.

            Seorang lelaki berambut berpintal-pintal, berpakaian cumpang camping dan berkaki ayam tiba-tiba melompat naik ke pentas dan merampas corong pembesar suara moderator menyebabkan moderator tergamam.

            "Awak Jusoh?"
            "Yes, I am"
            "Yang selalu kata oi mari seghial kalu nak buwi gat dari pelanggan Kedai Kopi Rais, kedai kopi tunggeng mamak orang Punjab tu?"
            "You right"
            "Cakap orang putih?"
            "Bolehlah sikit-sikit. Sebagai persediaan kalau-kalau nanti ada anak bangsaku sudah tidak reti cakap Melayu nanti, bahasa yang kononnya tidak layak jadi bahasa ilmu"
            "Mana awak tau?"
            "Tau apanya?"
            "Bahasa Melayu tak layak jadi bahasa ilmu?"
            "Sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, malah lulus bahasa Inggeris mungkin dijadikan syarat lulus SPM"
            "Jadinya?"
            "Itulah aku berlatih guna bahasa Inggeris. Takut nanti bila aku kata oi mari seghial kalu nak buwi gat, tak ada yang faham pula. Takut kena sebut give me one dollar, please!"
            "Sempat juga dalam keadaan rambut berjiban, baju dan kain yang dipakai cumpang camping begini awak bagi sindiran pedas"
            "Ada peluang dan ruang, kena isilah, kena redas"
            "Redah ke redas?"
            "Redas"
            "Macam mana pun bukan soal bahasa yang mahu didemonstrasikan hari ni"
            "Tauuuu"
            "Dah tau pasal apa lompat mari dan rampas pembesar suara ni?"
            "Aku bawa ni"
            "Apa dalam guni tu?"
            "Tempurung"
            "Nak buat apa?”
            "Nampak suruh tokoh penganjur demontrasi kecing dalamnya"
            "Dalam tempurung?”
            "Ha ah”
            "Buat apa"
"Telek muka”:
            "Telek muka dalam air kencing sendiri yang ditadah dalam tempurung?"
            "Hm”                  
            "Untuk apa?"
            "Untuk mencari kebersihan, kesucian dan keharmonian muka sendiri, perut pedal sendiri. Sebelum anjur demonstrasi menuntut kebersihan, kesucian dan kjeharmonian, kena pastikan diri sendiri bersih, suci dan harmoni dulu"
            "Saya masih belum faham"
            "Jangan bercakap tentang kemujaraban ubat kurap yang dijual kalau badan sendiri asyik kena garu kerana nkurap bertepek"
            "Saya jadi tambah tak faham”
“Patutlah awak boleh diperalatkan. Awak tak nampak yang tersirat di sebalik yang tersirat berhubung penganjuran demonstarsi hari ni"
“Yak e?”
            "Patutnya orang lain, orang yang tidak berambut berpintal-pintal dan berjiban, yang tidak berpakaian cumpang camping dan tidak bersepatu macam saya ni kena lebih awal nampak sebelum orang macam saya ni nampak"
“Apa yang awak Nampak”
“Yang mari demonstrasi ni diperalatkan untuk berdemontrasi semata-mata kerana kepentingan peribadi kalangan tertentu. Bangsat sangat ke kita sebagai rakyat negara ni. Kalau negara diperintah secara haprat dan rakyat hidup dalam keadaan bangsat, untuk ama empat perpuluh lima juta rakyat asing membanjiri negara ini. Apakah mereka mahu menumpang jadi bangsat?”
"Jadinya?"
            "Lebih baik jangan diteruskan demonstrasi. Suruh makhluk di langit dan di bumi balik ke tempat masing-masing. Yang asal dari langit balik ke langit yang asal dari bumi balik ke bumi. Jangan biarkan mereka terus dikecong. Kalau debat diteruskan juga, sampai empat puluh hari cerah empat puluh hari malam pun tidak akan selesai. Aku pun nak gi dah, marilah seghial kalu nak buwi gat"

            Jusoh dengan gaya tarzan melompat turun dari pentas khas, sekalian makhluk di langit dan di bumi yang mengikuti perdebatan moderator dengan Jusoh mula ikut sama bersurai, masing-masing tidak pecah lior untuk berdemonstrasi yang tidak diketahui apa tujuan dan matlamat saebenarnya.

            Lagi pun tarian singa, ronggeng, rambong dan tarian dari penari berbangsa India sudah lama tamat. Para penarinya sudah meninggalkan majlis. Moderator juga hilang mood dan telah melangkah meninggalkan pentas khas tanpa mengambil upah yang dijanjikan sebanyak samas untuk tugas kemodetorannya.

            Yang tinggal hanya penganjur utama yang sedang menelek muka sendiri dalam tempurung yang dipenuhi dengan air kencing sendiri dan cuba mencari kebersihan, kesucian dan keharmonian diri sendiri sesuai dengan matlamat demonstrasi yang dirancang dan dipengaruhi orang ramai berdemonstrasi kononnya demi memperjuangkan kebersihan, kesucian dan keharmonian.

PULIH KEMBALI (3/2011)

Demontrasi: hentikan tolaransi dan kompromi

MANUSIA adalah antara makhluk Allah. Sebagai makhluk,  manusia tidak bebas dari kesilapan, kelemahan dan ketidak-sempurnaan. Yang menerajui Kerajaan Malaysia adalah manusia atau orang dan jenteranya, termasuk kakitangan kerajaan juga adalah orang.

Atas sifat manusia adalah mustahil untuk sebuah kerajaan yang dibentuk oleh orang menjadi perfect dan boleh memuaskan hati orang. Kepimpinan Rasiulullah s.a.w. sebagai penghulu bagi segala anbia serta perlembagaan kepimpinannya diperoleh terus dari Allah tetap ditentang oleh manusia selain dari syaitan dan iblis laknatullah.

Apatah lagi kerajaan yang dipimpin oleh manusia pada era lebih dari 1430 tahun dari era kepimpinan Rasulullah s.a.w. adalah masih perfect pada mata sekalian rakyat jelata. Namun pada hakikatnya ia perfect pada mata dan penerimaan rakyat negara ini.

Buktinya kerajaan yang sedia ada masih terus menerima mandat majoriti rakyat dan masih layak membentuk kerajaan. Maknanya walaupun tidak perfect 100 peratus, namun kerajaan yang ada tetap banyak baik dari buruk kepada  majoriti rakyat yang memberi mandat bukan bodoh dalam membuat pemilihan, lebih-lebih lagi zaman mudah dapat maklumat ini.

Dakwaan pembangkang yang mahukan kesempurnaan melampau yang tidak mampu dilakukan oleh pembangkang sendiri terutama di negeri-negeri yang rakyat memberikan mereka mandat membentuk kerajaan adalah lebih bersifat untuk mempamerkan kekecewaan  kerana impian tidak kesampaian, maka rakyat dieksploitasi dan dimanipulasi.

Rakyat memberi mandat kepada pembangkang membentuk kerajaan di beberapa buah negeri adalah untuk melihat apa lebih baiknya dari kerajaan yang sedia ada. Rakyat sedang membuat pemerhatian dan pihak pembangkangb tahu rakyat memerhati dan menilai mereka.

Kerana menyedari negeri yang tidak perintah bukan sahaja gagal mengatasi kualiti pemnerintahaan kerajaan Umno/BN,  tetapi kualiinya lebih teruk lagi, maka untuk menutup mata rakyat, terutama kalangan yang taksub supaya tidak memerdekakan diri dari ketaksuban masing-masing, maka dirancang demontrasi dan program-program yang bertentangan dengan perundangan.

Matlamat utama supaya penganjur dan tokoh mereka yang dari kelas 'timbul ratan air tohor' ditangkap, sekaligus akan dieksploitasi dan dimanipulasi kononnya kebangkitan rakyat dihalang menggunakan penguatkuasaan undang-undang. Media asing digunakan untuk tujuan itu.

Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pelbagai agensi kerajaan dipersalahakan, malah institusi istana juga turut dipersenda dan diperlekeh bagi mencapai matlamat agar pemimpin dan penganjur demonstrasi ditangkap dan didakwa, sekaligus diharap akan memberi laba kepada kepentingan politik kepartian.

Hakikat dan natijahnya majoriti rakyat tidak mudah untuk ditipu, dieksploitasi dan dimanipulasi, bukan sahaja ditangkap, kalau ditembak mati pun penganjur dan tokoh yang terlibat dalam demonstrasi mereka lebih suka kerana bagi mereka penganjur dan tokoh pendemontrasi adalah umpama lalat langau, tikus dan nyamuk yang mendatangkan penyakit yang patut dimusnahkan.

Penulis yakin majoriti rakyat terkilan, sedih dan agak frust kerana pihak berkuasa terlalu lembut dalam menghadapi pendemonstrasi, terutama penganjur dan kalangan yang bergelar tokoh yang mernyertai demonstrasi. Sebenarnya sudah sampai masanya untuk polis dan tentera bertindak tegas dan keras. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubat.

Sepatutnya semua pendemonstrasi ditangkapnya kerana undang-undang negara, malah dari sudut hukum Islam pun mereka adalah penentang ulil-amri yang kena diperangi kerana mereka menentang titah Yang Dipertuan Agung. Sayugia diketahui bahawa Agung adalah ketua agama dan ketakhtaan baginda bukan mewakili mana-mana parti politik atau NGO.

Kenapa baginda boleh jadi Agung, demikian juga dengan raja dan sultan di negeri-negeri kenapa mereka jadi raja dan sultan, itu kena tanya Allah kerana Dia lah yang mentakdirkan demikian yang tidak mampu akal manusia mencari puncanya.

Demikian juga halnya kenapa Umno/BN boleh terus menang dan diberi mandat walaupun di kalangan pembangkang Umno/BN seolah-olah tidak ada sebarang jasa dan bakti dalam mentamadunkan negara ini. Juga kena tanya Allah kerana kemenangan Umno/BN yang berterusan adalah berdasarkan skrip takdir yang tidak ada sebarang kuasa boleh merubahnya.

Menentang kerajaan dengan apa juga cara dan tujuan ketika peluang untuk berbuat demikian terbuka bila tiba musim pilihanraya adalah menjadi kewajiban unyuk kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat menentangnya hingga ketitisan darah terakhir. Kerajaan memikul amanah majoriti rakyat.

Justeru bagi umat Islam yang berpihak kepada kerajaan dalam menentang pembangkang jika mati dalam berdepan dengan pendemonstrasi umpamanya, penulis yakin matinya adalah mati syahid manakala pendemonstrasi yang mati sama ada kena tembak, sesak nafas atau kena pijak rakan-rakan, matinya adalah sebagai penderhaka dan berdosa. Penulis mohon alim ulamak betulkan penulis jika silap.

Ertinya bertegas menentang pendemontrasi di kalangann anggota polis dan tentera akan mendatangkan pahala tetapi jika terlalu bertoleran, berkompromi dan membiarkan peniaga kerugian, khidmat pengangkutan awam terganggu, orang awam ketakutan, membantutkan pelaburan asing dan sebagainya ianya boleh disabitkan sebagai bersekongkol dengan pendemonsatrasi/penderhaka/pengacau dan pastinya akan berdosa.

Kalau tidak cukup lokap untuk dikurung kerana jumlahnya ter;lalu ramai, gari saja pada tiang-tiang eletrik atau tiang telefon atau pun pokok. Kemudian suruh budak-budak lepas kerengga atau lipan menjalar dalam seluar dan kain.

Yang lawan polis sebagai penjaga keamanan, tembak sahaja biar rakan-rakan pendemontrasi lain tengok macam mana yang ditembak menghadapi saat kematiannya. Penulis yakin polis yang menembaknya akan mendapat pahala manakala yang mati akan mati dalam dosa.

Dengan kata lain, dalam menghadapi penentangan termasuk penonjolan penentangan melalui demonstrasi yang boleh menjejaskan imej, reputasi dan prestasi negara, kerajaan melalui polis dan tentera kerana ketepikan tolaransi dan kompromi demi kepentingan agama, rakyat dan negara.

Ahad, 3 Julai 2011

PULIH KEMBALI (4/2011) - Diimport dari Come-Back (23/2011) Melikapakjangak

Orang Pas lebih awal dicampak ke neraka

SAYA bukan bermaksud mencampuri urusan Allah tetapi jika dilihat pada 'labot'nya serta feel perangai orang Pas, termasuk cara bercakap tokoh-tokohnya yang hanya melihat orang Pas sahaja yang sempurna Islamnya, maka orang Pas 'lah yang akan lebih awal dicampak ke neraka.

Kenapa? Jawabnya kerana orang Pas tahu hukum hakam dan bila berhujah akan menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai dalil tetapi tindak tanduknya sering bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Orang Asli yang tidak sampai dakwah, tidak akan dicampak ke neraka kerana tidak Islam. Ini adalah kerana mereka tidak sampai dakwah.

Syaitan dan iblis dinerakakan kerana ianya makhluk yang tahu bahawa menentang titah perintah Allah adalah berdosa tetapi kerana angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak ia tetap sanggup menderhakai Allah dengan enggan sujud kepada Adam a.s.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu memaki hamun dan berkata buruk dilarang, antaranya sebagaimana yang terkandung dalam ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' tetapi orang Pas termasuk yang kononnya alim penuh-penuh mulut maki orang, malah mendoakan kemusnahan orang sedangkan berhala pun dilarang dimaki sebagai yang terkandung dalam ayat 108 Surah Al-An'aam.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahun orang Islam dilarang berteman akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani serta akibat melanggarnya, Ini terkandung dalam ayat 51 hingga 63 Surah Al-Maa-idah dan ayat 118 hingga 120 surah Ali-'Imran tetapi Pas bekersama dengan DAP yang sikap dan perlakunya sama dengan Yahudi dan Nasrani atas alasan Umno pun kerjasama dengan MCA dan MIC. Sebagai orang yang tahu hukum hakam, Pas tidak sepatutnya buat apa yang Umno buat tetapi kena buat apa yang Allah dan Rasul-Nya suruh dan menjauhi segala larangan.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu bahawa memutuskan silatur-rahim adalah perbuatan terlarang dalam Islam (sila rujuk ayat 10 Surah Al-Hujuraat, Surah Ali-'Imran ayat 103 dan juga ayat 112) tetapi Pas bukan sahaja sanggup memutuskan silatur-rahim tetapi juga sanggup melabelkan orang Umno yang rata-rata mengucap dua kalimah syahadat sebagai golongan yang tidak Islamik dan tidak layak masuk syurga.

Orang Pas menolak Qada' dan Qadar apabila kalah dalam sesuatu pilihanraya, maka akan dituduh SPR tidak telus, Umno menipu dan kewujudan pengundi hantu sebagai punca kekalahan walhal menang atau kalah sudah sedia tercatat dalam skrip takdir dan suratan. Manusia hanya mampu berusaha tetapi tidak akan berupaya mengubah takdir dan suratan.

Kalau pun betul Umno atau mana-mana pihak menipu, ianya tidak akan 'menjadi' dan tidak akan berlaku sebagaimana yang penipu mahu kerana penipu tidak akan mampu merubah takdir dan suratan. Orang Pas sering baca ayat Wamakaruwamakarollah tetapi bila kalah boleh percaya disebab dan dikeranakan oleh sabab-sebab yang menyebabkan mereka lupa tentang ketentuan dan takdir Allah.

Tahu tak boleh, tetapi buat dalam keadaan tahu. Orang jenis ini lebih awal dicampak ke neraka. Orang Pas banyak buat apa yang mereka tahu tidak boleh buat jika didasarkan hukum hakam tetapi masih juga buat. Justeru saya yakin orang Pas lebih awal dicampak ke neraka kerana masih juga buat apa yang mereka tahu tidak boleh dibuat semata-mata kerana Umno pun buat. Kalau kerana Umno yang konon sekular buat maka Pas pun buat sama, jadi mana bezanya antara Umno dengan Pas?

PULIH KEMBALI (3/2001) - Diiport dari Come-Back (24/2011)

Berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan

RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".

Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.

Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.

Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.

Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.

Saya pilih Umno untuk disokong dan mufarakah dari menyokong Pas adalah kerana saya berpegang kepada hakikat bahawa menentang kerajaan yang berketuakan seorang yang beragama Islam adalah haram dan tindakan terlarang.

Sejak merdeka negara ini sentiasa berketua-kerajaankan seorang yang beragama Islam. Kalau negara ini berperdana-menterikan seorang yang bukan Islam, saya bukan sahaja akan menentang melalui pena/tulisan tetapi saya bersedia untuk bermain dengan bedil dan bom sekali pun dalam melawan kerajaan.

Soal sejauh mana tahap kealiman dan ketakwaan ketua-tua yang menerajui kerajaan negara ini sejak mula merdeka ke mari, hanyalah Allah yang Maha Adil membuat penilaian dan pengiktirafan. Manusia tidak pernah adil dalam membuat penilaian kerana banyak penilaian dibuat berdasarkan kepada penilaian secara zahiriah.

Kerajaan yang ada dan dilabel sebagai sekular, malah tidak juga mendabik dada sebagai parti atau kerajaan Islam banyak menyediakan kemudahan bagi keselesaan umat Islam beribadah, banyak masjid dibina tanpa ditampal lambang dacing atau lambang Umno atau pun dicat biru berbanding dengan Pas walaupun madrasah yang dibina hanya guna kayu selinap, akan ditampal dengan lambang-lambang bulan dan akan dicat hijau yang merupakan warna identiti Pas yang kalau ikut nama panjangnya Pasti Islam Se Malaysia (dulu Se Tanah Melayu) nama singkatan bagi Pas adalah PIS, bukannya Pas.

Untuk uruskan kemasukkan umat Islam ke dalam Islam, maka diwujudkan PERKIM. Pas ada agensi apa untuk Islamkan kalangan bukan Islam selain dari terlalu ghairah menafikan keislaman sesama Islam yang tidak sokong Pas, terutama ahli Umno. Apa pun yang Umno buat semuanya buruk pada Pas.

Pas semacam lupa memuhasabah diri sepanjang berkerajaan di Kelantan dan Kedah, dah berapa ramai yang bukan Islam diislamkan oleh Pas berbanding dengan jumlah yang dinafikan keislaman mereka oleh Pas. Berapa banyak masjid dan surau dibina oleh kerajaan Pas, malah berapa banyak jamban yang Pas bina. Paling banyak Pas sediakan adalah uncang-uncang bagi pemungutan derma dari antaranya adalah kalangan yang patut menerima derma, bukannya memberi derma.

Kalau ada madrasah yang dibina oleh Pas pun adalah hasil derma orang ramai yang kadang-kadang pemimpin dan wakil rakyat Pas sendiri tak derma pun, malah penceramah-penceramah Pas dibayar sehingga ratusan dan ribu ringgit, termasuk kos tambang menambang, adalah hasil dari kutipan derma pada sesuatu majlis ceramah yang diadakan.

Untuk umat Islam negara ini ke Mekah menunaikan fardu haji, diwujudkan Tabung Haji. Pas ada sediakan kemudahan apa untuk tujuan yang serupa selain dari hanya tahu kritik Tabung Haji. Malah ada pemimpin Pas ke Mekah hasil tajaan walaupun ianya seorang yang ada kemampuan untuk ke Mekah walaupun tidak ditaja.

Saya akan tentang Umno dan kerajaan yang ada kalau masjid-masjid tidak dibina, malah masjid yang ada dirobohkan, kalau umat Islam dipersulitkan untuk beribadah, dihadang untuk tunai haji, kalau mata pelajaran agama Islam, termasuk Kelas Jawi dan Fardu Ain di sekolah-sekolah rendah dan menengah dimansuhkan, al-Quran dibakar dan kalangan yang pakar dalam bidang agama dianiaya, dipenjara atau dibunuh.

Paling menjadikan saya boleh 'mensetuju' dengan Umno dan mufrakah dari menyokong Pas adalah kerana ulamak-ulamak yang menyokong Umno tidak pernah mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong Umno serta kerana Umno terlebih dahulu menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dengan Umno adalah pendominasinya.

Pas yang pada awalnya mengkafirkan Umno kerana bekejasama dengan parti-parti bukan Islam telah meniru cara Umno dengan menjalin kerjasama dengan DAP yang anti Islam tetapi malangnya Pas bukan jadi pendominasi, sebaliknya hanya jadi anggota pakatan yang suaranya sering dinafikan oleh pendominasi yakni DAP. Dalam Pakatan Rakyat (PR) Pas hanya menjadi tikus, bukannya menjadi kucing, Pas hanya menjadi anak ayam bukannyua menjadi helang.

Pun begitu saya tidak bergantung kepada kerana sokong Umno untuk masuk syurga, sebaliknya saya melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya serta menjauhi segala yang dilarang sekadar yang termampu oleh saya dengan menyerahkan kepada Allah untuk menilai kualiti ibadah saya. Bagi saya berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan.

Selebihnya terpulang kepada ihsan Allah sama ada penempatan saya nanti di syurga atau neraka tetapi saya tidak lupa berdoa supaya kedua ibubapa, saya, datuk nenek, isteri, anak-anak, cucu cicit serta mereka dibawah tanggungan saya dan sekalian kaum muslimin dan muslimat yang telah mati, yang masih hidup dan yang bakal lahir, akan disyurgakan, akan dihalalkan hidup di dunia ini, di alam kubur dan di akhirat nanti.