Khamis, 1 September 2011

PULIH KEMBALI (21/2011)

Mat Sabu 'tulah'

ORANG Melayu, terutama Melayu Kelantan, sering menyebut tentang 'tulah', yakni ketidak-serasian. Umpamanya bila seseorang yang bukan pewaris takhta sebenar cuba jadi raja, ianya akan ditimpa pelbagai petaka dan masalah kepada diri sendiri, keluarga, rakyat jelata dan negeri.
    Orang yang tidak layak sebagai pemimpin tetapi dilantik atau melantik diri sendiri melalui apa cara sekali pun akan 'tulah',akan menimbulkan pelbagai masalah kepada dirinya sendiri, keluarga, orang yang dipimpin dan yang bernaung dibawah kepimpinannya. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. tidak melantik mereka yang berhajtakan sesuatu jawatan.
    Haji Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang pernah menggemparkan negara dengan kes ditangkap berhalwat dengan isteri orang mengaitkan bilik 121 hotel ternama di Kota Bharu, Kelantan, kini berdepan dengan masalah besar kepada diri sendiri dan partinyaapabila cara dan pendekatannya mencari publisiti murahan umpama telah menggali lubang kubur untuk mempusarakan diri sendiri dan Pas yang mana beliau adalah timbalan presiden kepada parti berkenaan yang telah menukar dasar dari perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan setelah makan setalam dengan DAP.
    Beliau berdepan dengan kebencian yang saya yakin datang dari kalangan orang Pas sendiri dan keceluparan ibarat senjata makan tuan apabila cuba menafikan jasa dan bakti serta pertaruhan darah dan nyawa demi agama, bangsa dan negara, sebaliknya menyanjung komunis sebagai pejuang sebenar kemerdekaan negara yang bukan sahaja telah merobek hati dan perasaan institusi ketenteraan dan kepolisan tetapi juga seluruh rakyat jelata.
    Pada saya apa yang tidak patut berlaku dan tidak wajar dilakukan oleh Mat Sabu atas nama Timbalan Presiden Pas adalah gara-gara 'ketulahan' kerana pada asasnya Mat Sabu bukannya tokoh yang berkelayakkan untuk menjadi orang nombor dua paling berkuasa bagi sebuah parti yang kononnya perjuangannya berteraskan Islam. Kalau jadi Timbalan Pengerusi DAP barangkali amat layak baginya.
    Ini adalah kerana tokoh yang dikatakan penyedia teks ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP itu bukannya berlatarbelakangkan pendidikan agama selain berkecenderungan kepada agama kerana bergerak dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Anwar Ibrahim. Justeru itu beliau tidak memikirkan soal kesan sampingan kepada Pas melakukan kemunafikkan.
    Mendakwa kecederaan yang dialaminya pada perhimpunan BERSIH kerana dilanggar landrover polis sedangkan hakikatnya beliau terjatuh motor ketika buat pusingan U adalah suatu kemunafikkan yang nyata dan pasti orang Pas sendiri boleh agak macam mana akhlak tokoh yang mana kalau berlaku mati-relai ke atas Presiden Pas, maka Mat Sabu adalah tokoh yang akan memangku jawatan itu.
    Tayangan video membuktikan bahawa  beliau berbohong dan munafik dalam kes kecederaan pada perhimpunan BERSIH. Mungkin kerana beliau mahu mengalih isu dan menutupk kemunafikkannya itu, maka komunis pula didewa-dewakan sebagai pejuang sebenar kemerdekaan negara tanpamengambilkira kesan sampingan kepada parti yang kena serba suci kerana dilabel sebagai parti yang perjuangan berlandaskan Islam.
    Mungkin beliau seronok kerana tiba-tiba beliau popular tahap gaban yang mana timbalan-timbalan sebelumnya, malah presiden sendiri dan sepopular beliau apabila kini semua orang bercakap tentang beliau manakalamedia cetak dan elektronik berlumba-lumba menyiarkan reaksi perlbagai pihak terhadapnya. Kalangan dalam Pas sendiri yang kurang senang dengan kemenangan dalam pertandingan merebut kerusi timbalan presiden dengan sendiri tertempelak ketersohoran oleh kemewahan publisitinya sekarang.
    Tetapi bagaimana dengan Pas?
    Apa labanya kepada Pas ekorang kepopularitian tahap gaban Mat Sabu sekarang ketika edah Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) yang kian hampir. Mahu tidak mahu sokongan dan simpati bekas anggota tentera dan polis serta keluarga masing-masing dan juga anggota dan tentera yang masih dalam perkhidmatan serta keluarga masing-masing akan hilang selera untuk sokong dan bersimpati kepada Pas selagi Mat Sabu menjadi timbalan presiden.
    Menafikan sumbangan dan peranan tentera dan polis yang mempertaruhkan darah dan nyawa demi agama, bangsa dan negara  dengan mendewakan komunis adalah suatu bentuk penghinaan tahap gaban dan boleh menyebabkan Pas terkorban dalam PRU-13 nanti. Mungkin betul orang dalam serban, jubah dan janggut tetap ada syaitan, dalam bilangan pejuang Islam masa hayat Rasulullah s.a.w. lagi ada si munafik dan kumpulannya, tenulah tidak musthail dan Pas pun berlaku perkara yang sama.
    Gara-gara kerana tokoh yang tidak sepatutnya dan tidak sesuai diberi kepercayaan dan dinobatkan menduduki kerusi kepimpinan menyebabkan berlaku 'ketulahan' yang mahu tidak mahu parti akan menghadapi masalah berdepan dengan rasa benci dan permusuhan, terutama oleh pasukan tentera dan polis sedangkan parti politik kena lebih banyak mempunyai pesimpati dan penyokong untuk menang. Mahu tidak mahu akan terjawablah kenapa apa sebab dan musabab kenapa Rasulullah s.a.w.tidak akan melantik mana-mana individu yang berkandakkan sesuatu jawatan dan kedudukan.