Rabu, 19 Oktober 2011

SAJAK ORANG DARAT (3)

Lade Rakyat 


ulu ilir timur barat lade rakyat
kebun getah, kebun duye, dokong, moktan duku lasat
kena sodok abih perat
air mata, peluh dan keringat rakyat
tak rok nak lawe lade rakyat
mugo hok dok alit lade rakyat
puak-puak wokil rakyat
hok pilih pulok adalah rakyat.


sakit urat sakit belikat
guna kapak, parang dan sadat
kerah kederat
masuk hutan keh toksir idup melarat
nak ngadu ko wokil rakyat
lepas mene pilihe rayo hile sat perat
mulo pakai motsikal buruk dan berkarat
lloni ppakat pakai kereto sedat
bbini 4 mugo biso bekecek dan jjanji ilat.


dah mula boleh makan hasil kederat
pohon duyan, moktan, dokong, duku lasat bbuah  lebat
getah pun boleh toreh kalu kedat-kedat
nyo sodok abih perat
atah namo jut-mokjut lade rakyat.


namo molek lade rakyat
mace lade milik sekalian rakyat
tapi hok dok sodok kebun rakyat
kebun getah, kebuh duye, kebun moktan, kebun dokong, duku, lasat
sapa jane likat
oghe-oghe mata sepit lu-gua punya cekat
payah nak pehe kito puak-puak oghe darat
hok dok raso tapi bokali cerat
lade rakyat hanya alat


nyo sanggup wat nyayo ko rakyat
kebun dan dusun nyo sodok perat
baso menate keparat.


lade rakyat untuk rakyat
atawo jut-mokjut minum daroh rakyat
demo puak-puak wokil rakyat
keno tulung ghoyat
jange wi kawe puak-puak oghe darat
ppakat sepat
pilihe rayo koho dekat
mari jjupo buat minta undi gat
puak kawe buwi penyekeh kalu pun tak sepat
atawo kawe suruh demo minta undi dari lade rakyat
kita ppakat tengok kelih boleh lagi ko demo jadi wokil rakyat
hok buke nok tolong rakyat
tapi dok isi perut sediri dan kronik ketat-ketat.


demo boleh la kato berkecek ikut sedat
puak kawe teroko tanoh secaro hare mugo demo wokil rakyat.
acu demo buat mmolek suruh rakyat idup sedat
tokke ada puak-puak kawe pelahat
masuk hute berpere denge pacat
kalu doh idup sedat
boktan berkat lade rakyat dan wokil rakyat.


ulu temiang
september 2011

SAJAK ORANG DARAT (2)

BERAT

berat
air paip berkarat
mucung paip tubik air mace kecing baru nak sejat
nak boring
takdok pitih sen kurat
mandi tokleh acat
oghe tokleh dok dekat
tubuh kita bau jebat.

berat
kito orang tua tak cekat
dari sega banyak maso deme sakit urat
serban poho sakit belikat
mugo make mugo takdok zat
nasi pun sakat gaul dengan kicat

takdok kijo berat
sokmo pitih takdok sen kurat
nak jual ubat
tubuh sediri penuh kurat
nak jjupo wokil rakyat
kedat kalu-kalu ada zakat
tapi lepas pilihan mulo dekat denge pilihanraya dok adat
wokil rakyat ile perat
bila dekat pilahanraya pulak baru cari rakyat
kita bau jebat pun nyo siun dakat
kalu ikut beken beraso nok sepat
tidokpun bahe nga pelepah nyo mamba atawo take nga sadat
tapi takut kena igat
kena sumbat dalam lokat
tube lokat oghe kata kito jahat.

Kota Bharu
3 Oktober,2011

SAJAK ORANG DARAT (1)

Sajak baru saya berjudul
Wokil rakyat
(garapan dari cetusan hati manusia yang tidak punya Kudrat menyalurkan suara hati atas nama rakyat)

kawe ni wokil rakyat
demo seremo tau doh kalu pun tak ghoyat
jange maghi dekat
kawe tak tahan bau jebat
demo seremo oghe darat
di tapak kaki ada puru atah belakang ada kurat

nak ajak kawe melawat
demo seremo hak dipangge rakyat
kena jamu makan bare sedat-sedat
sakat singge ikan selat
pucuk ubi kayu celur cicah sambal ppijat
kawe tak pelahat
demo semua kena tau darjat
kawe ni wokil rakyat
demo takpolah makan nasi gaul kicat makan tak sedat
bakar tawar ike sepat ule pucuk putat
makuk budu lepah petat...petat
mugo demo seremo oghe darat
tengok wokil rakyat pun muka jadi pucat
kalau pun yang jerkah hanya drebar wokil rakyat
demo buleh terkecin dale kain tak tau bila nak sejat.

mucung paip tok tubik air jange dok ghoyat
kalu tubik jare-jare pun air kkarat
pitih RM600 juta gi mmano bukan kkijo rakyat dok cari kedat
jange dok ddoli gat
nyo buat ilat kot juring mano hingga masalah air terus ssumbat
jange cepelag nak ambik tau ke mulut sapo disumbat padat
mugo demo seremo oghe darat
kalu habih hebat
masuk dewan undenge negeri atau dewan rakyat
hanya sebagai pelawat
mana hebatnyo demo seremo sebagai rakyat
tak mace kawe wokil rakyat
sokmo-sokmo tidur jenero make sedat
nak ambik ccaro rakyat tak berapo pelahat
jadi tok wokil sepenggal pun tak apo pencen akan dapat
rakyat tokleh sekat
cidik sapo antara demo seremo sebagai rakyat
dengan kawe sebagai wokil rakyat?

Kota Bharu,
Kelantan 18/10/2011

Jumaat, 14 Oktober 2011

KEMUNCULAN KHAS

Pembuat janji akan tersungkur dalam telaga taik sendiri


SAYA ada menerima SMS bertanyakan kenapa saya lama tidak muncul melalui blog Melikapakjangak. Saya sakitkah atau saya nekad untuk tamatkan blog saya sebagaimana yang pernah saya umumkan. Kononnya menjelang pilihanraya umu ke-13, Melikapakjangak diperlukan kerana corak persembahan yang terus terang tanpa selindung dan tanpa kompromi.
      Natijahnya saya memang mahu tamatkan dan mahu hilangkan diri dari dunia blog melikapakjangak yang kini boleh dibuka melalui alamat melikapajngak2 dan hanya akan muncul melalui facebook saja. Tetapi ada pihak yang beriya-iya mahu saya teruskan dengan ukiran janji-janji manis yang kalau tidak dibuat pun saya akan teruskan juga blog saya seandainya penjenguk merasakan saya perlu  teruskan blog saya.
     Saya berblog bukan untuk diri sndiri@untuk syok sendiri tetapi untuk kepentingan ramai dalam bentuk ilmu dan maklumat kerana ianya akan dipersembahkan dengan dipastikan menepati etika kewartawanan, sejajar dengan penglibatan saya sebagai pengamal media sejak tahun 1973.
     Malangnya pihak yang membuat janji hanya mempermainkan kata dan saya rasa amat terkilan kerana saya cuba diperbudak-budakkan. Kerana itu saya tunda buat seketika dalam memposting item-item terkini sehingga saya merasakan saya sudah bebas dari persendaan oleh janji penuh palsu piahk tertentu.
     Saya break-off  seketika supaya saya tidak muncul dengan posting-posting yang berunsur kecaman terhadap pihak yang mempersendakan saya. Sebagai manusua biasa bukan mudah untuk saya mewalikan diri dalam menghadapi kes-kes yang bersifat mempersenda maruah, harga diri dan prinsip hidup saya walaupun saya berusaha untuk mewalikan diri.
     Kini segala janji yang ditabur saya sudah melihat dan menilainya umpama kubang taik yang sangat menjijik dan meloyakan yang bukan sahaja saya tidak akan menghampirnya tetapi sekalian penjenguk blog saya dan mereka yang ada maruah, harga diri serta prinsip hidup akan merasa loya mendengar barinya.
     Saya kembali ke gelanggang melikapakjangak2 atas nama Meli yang para penjenguk kenal dan nikmati ulasan dan takelannya selama ini yang tanpa kompromi. Insyaallah saya akan terus muncul melalui blog saya ini bagi memenuhi tanggungjawab sosial dan menunaikan fardu kifayah untuk berkata benar walaupun pahit menjadam selagi saya ada kudrat.
     Secara peribadi saya mnta maaf kepada para penjenguk kerana tidak muncul ketika saya sendiri berdepan dengan pelbagai kehancuran kerana terpedaya dengan janji yang bunyinya amat manis dan sangat murni tetapi hakikat dan natijahnya lebh kotor dari telaga taik. Saya yakin pembuat janji pasti akan tersungkur dalam telaga taik sendiri!

PULIH KEMBALI (23/2011) - tulisan ini turut dihantar ke sebuah majalah terkemuka untuk pertimbangan siaran


Ego punca sesetengah nasionalis dilabel sebagai komunis
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

MUNGKIN penulis sama ada atas nama pengamal media mahu pun atas nama rakyat Malaysia dan atas nama individu barangkali tersenarai sebagai antara manusia Melayu yang bernasib baik kerana sempat bertemu dengan tokoh-tokoh penting anggota Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) ketika mereka masih hidup dan dapat bertanya tentang perjuangan mereka secara langsung.
            Antaranya Haji Che Dat Anjang Aki@Abdullah CD (masih hidup). Beliau adalah seorang wartawan (bekerja dengan Pelita Malaya) dan merupakan Pengerusi PKM menggantikan Musa Ahmad yang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa dan Abdullah CD masih menjawat jawatan itu hingga kini.
            Penulis juga sempat menemui Hajah Suriani Abdullah@Eng Meng (masih hidup). Beliau adalah Jawatankuasa Kerja Pusat PKM dan merupakan isteri Abdullah CD. Beliau menyambung perjuangan menentang penjajahan Jepun dan pernah dipenjarakan semasa Jepun berkuasa di Tanah Melayu.
            Haji Rashid Maidin yang merupakan orang Melayu pertama menyertai PKM bersama isterimya Hajah Selamah Abdullah (Cina Muslim) dan Haji Abu Samah Mohd. Kassim juga ditemui. Abu Samah adalah seorang pemidato hebat, keturunan Dato' Bahaman, pernah bertugas sebagai askar Melayu di Kem Pengkalan Chepa Kelantan.
            Abu Samah juga merupakan panglima perang terbilang Rejimen Kesepuluh PKM yang keseluruhan anggotanya adalah berbangsa Melayu beragama Islam dan aktif dalam Umno sebelum menyertai perjuangan bersenjata PKM, pernah menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Temerloh. Rashid Maidin dan isteri  serta Abu Samah sudah meninggal.
            Penulis sempat menemui Abdullah CD, Suriani, Rashid Maidin dan Abu Samah lebih dari sekali dan berkesempatan bercakap tentang kisah hidup mereka. Bagaimanapun isteri Abu Samah, Hajah Norkiah Mahmud Baginda yang bersaudara dengan Mukhtar Mahmud Baginda yang merupakan pegawai akhbar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Besar Pahang tidak pernah ditemui.
            Kunjungan pertama penulis ke penempatan bekas anggota Melayu PKM di Chulabhorn Pattana 12, Sukhirin, Weng, Selatan Thai adalah ketika Abdullah CD, Suriani dan Abu Samah serta isteri baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji di Mekkah yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Rashid Maidin yang ke Mekah bersama isteri ditemui beberapa bulan kemudian kerana beliau tinggal di Perkampung Malaysia, Yala yang merupakan sebuah lagi kawasan penempatan bekas anggota Melayu PKM.
            Keseluruhan anggota Melayu PKM yakni anggota Rejimen Kesepuluh atau Tentera Pembebasan Malaya yang sekolah latihannya di Temerloh pada keseluruhannya terdiri daripada orang Melayu bergama Islam, antaranya imam, bilal, siak, ustaz, ustazah dan guru di samping para pemuda dan pemudi.
            Rejimen Kesepuluh PKM yang diasaskan oleh Abdullah dan Rashid Maidin serta rakan-rakan yang lain dilahirkan di Temerloh dan merupakan cabang yang disegani  dalam PKM kerana mencipta kejayaan-kejayaan besar dan luar iasa dalam perjuangan, termasuk dalam pertempuran yang membabitkan jumlah lawan yang lebih besar dan pemilikan senjata yang lebih lengkap.
            Mereka masuk ke hutan dan memilih perjuangan bersenjata kerana enggan dipenjarakan oleh penjaja, sesetengahnya seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin masuk ke hutan selepas berjaya meloloskan diri dari tahanan penjajah. Matlamatnya adalah mahu menghalau penjajah dan memerdekakan negara.
            Seandainya mereka meninggalkan perjuangan senjata apabila negara diisytiharkan merdeka, pasti mereka akan dilihat sebagai wira serta  nasionalis dan tidak akan dilabel sebagai komunis.
Tetapi kerana tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh penjajah supaya mereka dilabel sebagai anasir subversif dan diminta menyerah diri  untuk dipenjarakan, maka perjuangan bersenjata diteruskan. Kerananya mereka dilabel sebagai komunis.
            Sebenarnya (berdasarkan kepada perbualan dengan Abdullah CD, Rashid Maidin dan Abu Samah) pada setiap 31 Ogos, anggota PKM, terutama anggota  berbangsa Melayu turut merayakan hari kemerdekaan dan mereka juga merayakan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
            Pemimpin utama anggota Melayu PKM enggan pulang ke tanahair selepas Perjanjian Damai PKM - Kerajaan Malaysia - Kerajaan Diraja Thai pada 2 Disember 1989  atas alasan mereka disuruh menandatangani kertas kosong tanda menyerah diri sedangkan bagi mereka tidak ada sebab untuk menyerah diri kerana mereka bukan musuh kepada agama, bangsa dan negara tetapi mereka adalah musuh kepada penjajah.
            Bagi mereka,  yang patut dipenjarakan adalah penjajah atas kesalahan menjajah dan memunggah balik hasil kekayaan negara sedangkan mereka telah mempertaruhkan darah dan nyawa untuk menghalau penjajahan dan memerdekakan negara, tidak adil kalau mereka dipenjara dikeranakan mereka berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
            Secara peribadi penulis nampak anggota Melayu PKM terlalu ego dengan prinsip mereka dan kerana itu mereka dilabel sebagai komunis walaupun anak bangsa tahu tidak ramai yang sanggup menjalani hidup sukar di hutan dan memperjudikan nyawa di hujung senjata atas nama perjuangan dan pengorbanan serta prinsip mereka yang sangat mulia.
            Walhal kalau pun mereka letak senjata bila negara merdeka dan menyerah diri kepada kerajaan, hukuman penjara bukannya lama kerana selepas penjajah 'nyah' dari bumi bertuah ini, maka kuasa untuk memendekkan tempoh tahanan adalah kuasa kerajaan yang berketuakan seorang Melayu.
            Alasan yang mereka berikan kenapa tidak balik ke Malaysia selepas perjanjian damai ditandatangani adalah munasabah kerana bumi yang mereka pijak dan langit yang mereka junjung adalah juga bumi warisan Melayu.
Yang pasti mereka sering balik mengunjungi sanak saudara, malah mereka juga sering dikunjungi oleh sanak saudara secara terbuka selepas perjanjian damai ditandangani.
            Apa pun setiap orang ada prinsip. Demikian juga dengan anggita Mekayu PKM dan prinsip mereka patut dihormati. Sewaktu mengunjungi mereka beberapa kali dan sepanjang pebualan penulis dengan Abdullah CD, arwah Rashid Maidin dan arwah Abu Samah yang mendakwa tidak menyebelahi mana-mana parti politik di Malaysia tetapi sentiasa mengikuti perkembangannya, bagi mereka Umno/BN lebih sesuai sebagai sebuah parti politik yang patut diberi mandat memerintah berbanding dengan Pas atau DAP atau PKR. – Penulis adalah pengamal media sejak tahun 1973 dan masih giat menulis di pelbagai akhbar dan majalah hingga kini.

Nama & alamat penuh penulis;
RAMLI AB. HALIM (K/P:561020-03-5201)
A/C Giro: 0310629835240253
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Email: meli_industry@yahoo.co.uk.

           
           

PULIH KEMBALI (22/2011) - tulisan ini turut dihantar ke sebuah majalah terkemuka untuk pertimbangan siaran


Pas tidak cukup keupayaan mencipta Hudud

SETELAH sekian lama tidak diperisukan, Hukum Hudud kini kembali menjadi perhatian dan percakapan umum apabila Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Hukum Hudud tetap menjadi keutamaan pelaksanaannya jika Kerajaan Umno/BN berjaya ditumbangkan.
Ianya sudah terang lagi berseluruh bercanggah dengan keputusan terbaru yang dibuat oleh parti itu untuk mewujudkan negara berkebajikan, bukannya negara Islam seperti yang diperjuangkan sebelumnya yang menyebabkan parti itu yang menghadapi ancaman sokongan kerana berkerjasama dengan DAP tambah menghadapi krisis sokongan yang meruncing dan kronik dengan keputusan terbaru parti itu.
Penegasan Nik Aziz itu yang sanggup kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dipercayai bermatlamat mahu membaik-pulih imej Pas pada mata pendukung dan penyokong telah mendapat tentangan dari Karpal Singh yang merupakan tokoh hebat DAP yang pernah menegaskan supaya dilangkah mayatnya terlebih dulu jika mahu mewujudkan pemerintahan secara Islam di negara ini, termasuk jika Hukum Hudud mahu dilaksanakan.
Bagaimanapun barangkali berpuluh juta rakyat Malaysia ‘terkejut beruk’ apabila  tidak lama dulu ada tokoh Pas yang bertaraf arkitek Pas Kelantan mahu mayatnya dilangkah terlebih dulu sebelum Karpal Singh mahu diapa-apakan. Sebagaimana ulangtayang mengenai Hudud, penegasan tokoh Pas itu secara tersiratnya adalah bertujuan mencari faedah dan laba politik kepartian.
Tidak hairanlah apabila percanggahan pendirian Nik Aziz (Pas) dengan rakan sepakatan dalam PR yakni Karpal Singh (DAP), telah cuba diambil kesempatan untuk menangguk dan menahan lukah di air keruh oleh pelbagai pihak, terutama Umno sebagai seteru Pas.
Mengeksploitasi dan memanipulasi isu-isu yang boleh menjejas imej dan reputasi lawan adalah antara rukun dan sifir dalam politik kepartian sebagai usahawa, ikhtiar dan strategi untuk mempengaruhi orang ramai supaya menerima parti yang didukung dan disokong adalah yang terbaik manakala parti lawan adalah yang terburuk.
Kerana itulah tanpa mengadvancekan pandangan tentang kemungkinan kesan buruk akan melantun kepada Umno dan tanpa merujuk kepada al-Quran dan Hadis, isu Hukum Hudud cuba diekspoloitasi dan dimanipulasi sebagai sebahagian dari senjata untuk mengurangkan sokongan terhadap Pas khususnya dan juga kepada PR amnya.
Maka Hukum Hudud pun dikaitkan dengan Pas, malah yang lebih jahil atau sengaja menjahilkan diri melabelkan Hukum Hudud sebagai ‘Hudud Pas’. Persoalannya bijak sangatkah Pas untuk mencipta Hukum Hudud?
Penulis berani katakan seandainya Pas berani mendabik dada mengatakan Hukum Hudud adalah miliknya atau hasil ciptaannya, maka ianya boleh membawa kepada amat berdosa kerana secara tidak langsung Pas cuba memindah-milikkan ciptaan Allah, sekali gus seakan menganggap parti itu lebih bijak dari Allah.
Tetapi seandainya apa yang didrafkan adalah dicedok dari al-Quran dan Hadis, bukan sahaja Pas tidak layak mengaku Hukum Hudud adalah ciptaannya tetapi mana-mana pihak tidak boleh melabelkannya sebagai ‘Hudud Pas’ kerana ia boleh membawa kepada berdosa dan kecacatan akidah.
Sebaliknya Pas dilihat cuba berhasrat menyempurnakan tuntutan fardu kifayah dan yang menentangnya secara tidak langsung adalah menentang usaha murni pihak yang mahu mengelakkan umat Islam di negara ini dari menanggung dosa kerana tidak ada yang menyempurnakan fardu kifayah berkaitan dengan pelaksaan Hukum Hudud.
Soal ada keupayaan atau tidak dan telah bersedia atau tidak bagi melaksanakan Hukum Hudud di negara ini tidak boleh dialasankan dengan ‘kerana’ dan ‘sebab’ Hukum Hudud disuara dan dituntut pelaksanaannya oleh Pas semata-mata kerana yang mendraf pelaksanaannya adalah Pas, lantas ianya dilabelkan sebagai ‘Hudud Pas’, antara faktornya kerana mahu menyekat sokongan terhadap parti itu.
Mudah atau payah setiap hukum Allah kena dilaksanakan mengikut kadar kemampuan sebagaimana tuntutan sembahyang ke atas setiap mukalaf yang siuman dan tidak dalam keadaan haid atau nifas bagi perempuan. Adalah diharamkan bagiperempuan yang haid dan nifas sembahyang.
Yang tidak mampu berdiri kena sembahyang sambil duduk, yang tidak mampu duduk kena sembahyang sambil baring manakala yang tidak mampu menggerakan anggotanya tetapi tidak koma, kena sembahyang melalui isyarat mata. Sembahyang dalam keadaan yang tidak cukup sihat menyusahkan tetapi tutntutan wajib sembahyang tetap tidak dikecualikan selagi akal dalam keadaan sempurna.
Kerana jahil dan sengaja menjahilkan diri, ramai di kalangan umat Islam di negara ini berhenti dari menunaikan fardu sembahayang apabila dalam keadaan sakit, seolah-olah masa sakit adalah tempoh bercuti dari menunaikan sembahyang fardu sedangkan dalam keadaan sakit itulah kena sembahyang dengan lebih tawadhu’ kerana sakit bermakna menghampiri kematian.
Demikianlah betapa beratnya tuntutan menunaikan titah perintah Allah: payah atau mudah kena dilaksanakan sekadar keupayaan. Pun begitu dengan Hukum Hudud, usaha-usaha ke arah pelaksanaannya adalah fardu kifayah yang mana kalau tidak ada usaha oleh mana-mana pihak atau individu untuk melaksanakannya, maka seluruh umat Islam di negara ini akan berdosa,
Justeru itu bila ada pihak yang cuba mahu melaksanakannya, maka ianya kena disokong dan menentangnya atas alasan apa sekali pun, termasuk kerana kepentingan politik kepartian, maka hukumnya tentulah haram dan berdosa seandainya Hukum Hudud itu memang dicedok dari al-Quran dan Hadis
Kalau apa yang dikatakan draf Hukum Hudud itu sengaja dicipta dan bercangah dengan apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, selain dari menyokong pelaksanaannya adalah berdosa, pihak yang membuat dan bersekongkol dalam penghasilan draf itu lebih berdosa lagi.
Tidak payah sebenarnya untuk memastikan draf Hudud yang kononnya  ‘Hudud Pas’ itu sama ada ianya selari dengan Hukum Hudud sejati atau ianya bercanggah dengan Hukum Hudud sebenar. Caranya adalah dengan menyemak al-Quran dan Hadis.
Ertinya sebelum membuat sebarang pelabelan terhadap draf Hudud, ianya hendaklah dibaca dan diteliti dengan ilmu dan dipastikan betul-btul faham. Jangan sekali-kali membuat penentangan semata-mata kerana kepentingan politik kepartian sedangkan draf yang dikatakan ‘Hudud Pas’ itu jangankan dibaca dan dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. melihatnya pun tidak pernah.
Soal Hukum Hudud pada dasarnya umat Islam tidak boleh menentang atau memberi pandangan dan kritikan sembarangan sebagaimana penentangan dan pandangan Karpal Singh kerana ianya diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya bagi pelaksanaannya.
Hanya kalangan yang pakar tentangnya sahaja boleh memberi pandangan dengan menambah mana-mana yang kurang dan membuang mana yang berlebihan setelah dirujuk kepada apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Apa pun perintah Allah dan Rasul-Nya adalah adil dan saksama. Itu yang wajib dipercayai dan diyakini.
Menentang hasrat pelaksanaan Hukum Hudud dengan apa tujuan dan maksud sekali pun, apatah lagi jika demi kepentingan politik kepartian adalah berdosa, malah membuat pelabelan dengan maksud supaya orang awam memandang lekeh atau menganggap Hudud bukan hukum Allah, maka penentangan itu amat berdosa.
Jika apa yang didrafkan tidak selari dengan Hukum Hudud sejati, maka fardu kifayah kepada mereka yang pakar membetulkan ketidak-selarian itu dan kena kekalkan bagi yang telah selari.
Percayalah Pas tidak ada kemampuan untuk mencipta Hudud, sebaliknya penulis yakin draf yang disediakan adalah dicedok dari al-Quran dan Hadis. Pasti dalam menyediakan draf, ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a,w. sebagaimana berikut dirujuk dan dicedok:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” - An-Nur:2
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hokum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim" - Al-Baqarah:229.
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam” Hadis riwayat Imam Muslim dan Bukhari daripada Ibnu Ma’ud.
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya” Hadis riwayat Ahmad dan Ashab Al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiallahu-anha
Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
  Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  Penderhaka  (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Berdasarkan ayat al-Quran dan Hadis berkaitan serta catatan jenis-jenis kesalahan yang wajib dihukum dengan hukuman Hudud,  maka bolehlah dibuat kesimpulan sendiri (lebih elok dirujuk kepada mereka yang pakar) sama ada penentangan terhadap draf Hudud yang dilakukan oleh penentang berpahala atau berdosa.
Jika didapati berdosa, maka segeralah bertaubat nasuha kerana Allah Maha Pengampun, lebih-lebih lagi jika dosa dibuat dalam keadaan tidak tahu ianya berdosa. Yang penting kena dipastikan hokum hakam jangan dipermainkan, termasuk bagi tujuan kepentingan politik kepartian. – Penulis adalah lepasan sekolah agama dan pengamal media sejak tahun 1973, masih giat menulis di pelbagai akhbar dan majalah hingga kini.

Nama & alamat penuh penulis;
RAMLI AB. HALIM (K/P:561020-03-5201)
A/C Giro: 0310629835240253
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Email: meli_industry@yahoo.co.uk.