Rabu, 30 November 2011

PULIH KEMBALI (26/2011)

Airrrrrrrrr sampai bila rakyat Kelantan kena nanti????????

WALAUPUN konsesi pengurusan bekalan air di Kelantan bertukar dari Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang membuat untung 'atas' darat berjumlah antara RM50 juta ke RM150 juta bertukar tangan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang bernaung dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), namun masalah air terus dihadapi rakyat hingga kini dan entah bila ianya akan selesai.

Atas nama Ketua Biro Harian Watan Kelantan (pada waktu itu), saya disaman RM8 juta kerana melepas-siarkan laporan wartawan saya tentang kegagalan KWSB berfungsi menguruskan pembekalan air kerana sepanjang memegang konsesi pengurusan air di Kelantan, KWSB tidak berbuat apa-apa pun untuk membaiki kualiti pembekalan air selain dari menjalankan gerakan memungut bil-bil tertunggak dari pengguna.

Bila pemegangan konsesi ditamatkan, KWSB mendapat bayaran kerana ditamatkan pemegangan konsesi. Sukar  untuk dipastikan status kes berkenaan kerana ianya telah berlalu selama kira-kira 14 tahun yang lampau. Saya sudah tidak bertugas dengan Harian Watan lagi manakala operasi Harian Watan telah pun diberhenikan atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak tahu kerana ketika operasi diberhentikan, saya sudah tidak bertugas dengan akhbar itu lagi.

Kerajaan pusat pernah menyumbangkan RM600 juta (pinjaman) bagi membiayai kos pengurusan air dan memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air yang bukan sahaja sempurna tetapi bersih. Tetapi kualiti air tetap buruk menjadikan industri penghasilan dan penjualan air yang dibotolkan berkembang pesat di Kelantan.

Ini adalah kerana walaupun ada kawasan yang bekalan air paipnya tidak terganggu, namun kualiti airnya tidak sesuai untuk dijadikan air minuman dan masak memasak, malah jika dibasuh kain baju berwarna putih, baju dan kain akan menjadi kekuning-kuningan.

Rakyat Kelantan terpaksa bayar bil air setiap bulan tetapi pada masa yang terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi membeli air untuk minum dan digunakan bagi masak memasak. Sebotol air botol yang dibeli harganya antara RM2 hingga RM7. Untuk satu keluarga paling kurang kena belim dua botol sehari. Banyak juga kawasan yang kepala paipnya banyak masanya hanya  keluar angin dari keluar air.

Turut menghadapi masalah bekalan air adalah hospital menyebabkan pembekalan air altenatif terpaksa diusakan dengan membuat telaga tiub sendiri. Exco berkaiatan dalam pengurusan air menjangkakan masalah air di Kelantan akan hanya dapat diselesaikan dalam tempoh 17 tahun akan datang tetapi saya yakin jika kerjaan sekarang kekal memerintah, 170 tahun lagi pun masalah air tidak akan selesai.

Ini adalah kerana telaga-telaga yang dibina bagi mendapatlan punca air gagal berfungsi sebagaimana yang sepatutnya sedangkan seandainya punca air disedut dan disuling dari Sungai Danau Toban yang mana kos penyedutan, penyulingan dan pembinaan batang-batang paip serta pembinaan pusat transit akan jauh lebih jimat berbanding dengan pembinaan telaga.

Kerana sikap cerdik tidak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar: pihak kerajaan yang kononnya diterajui oleh kalangan yang alim, ciptaan sungai oleh Allah yang mana sungai fungsinya adalah menakung air tidak cuba dimenfaatkan, sebaliknya dibazirkan wang menggali telaga yang lebih menyumbang kepada pembaziran dan gagal berfungsi mengatasi masalah air.

Ketika hampir pilihanraya umum ke-13 pemasangan batang paip bagi membeli undi kini dipasang di serta kampung dengan masalah muncung paip air kalau keluar air pun macam jantan kencing dedas terus dibiarkan tanpa diadakan usaha-usaha pemulihan dan prnambah-baikan.

Sebenarnya pemsanagan batang-batang paip itu bukannya akan menatasi masalah, sebaliknya akan menambahkan lai masalah kerana jumlah mereka yang akan menghadapi masalah bekalan air yang sering terbantut akan bertambah apabila penduduk di kawasan yang biasanya menggyunakan air telaga air atau telaga tiub bertukar kepada bergantung kepada air yang dibekalkan oleh AKSB.

Ini adalah kerana banyak kawasan yang telah lama meneruma bekalan air dari AKSB yang mengambil alih konsesinya dari KWSB masih menghadpi masalah bekalan air yang kronik. Penambahan jumlah kawasan pembekalan air oleh AKSB ibarat orang yang terkena penyakit purut ditambah pula dengan penyakit kurap.

Selasa, 29 November 2011

PULIH KEMBALI (25/2011)

Pastikan media arus perdana tidak 'over' julang

ANTARA faktor kekalahan teruk Umno/BN di Kelantan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umu ke-12 tahun 2008 adalah kerana para pengundi mahu membuktikan bahawa merekalah sebagai pemberi mandat yang berkuasa menentukan kalah menang mana-mana calon yang bertanding sama ada pendukung kerajaan atau mewakili parti pembangkang.

Pada pilihanraya umum ke-8 misalnya, para pengundi, terutama di Kelantan sangat bengang dengan laporan-laporan 'over' julang oleh media cetak arus perdana dan juga media elektronik menyebabkan Umno/BN gagal memperolehi sebranag kerusi DUN dan parlimen. Kini unsur-unsur yang serupa sedang nampak bibit-bibitnya.

Kalau Umno/BN gagal menawan Kelantan dan negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 nanti ianya bukan kerana Pas/PR kuat kerana Pas/PR tidak pernah kuat  tetapi kerana Umno/BN gagal bersatu di samping kerana pengundi meluat dengan laporan-laporan 'over' julang media yang sesetengah bertindak lebih Umno/BN dari Umno/BN sebenar.

Sehubungan dengan itu, Umno/BN kena memastikan supaya pisang tidak berbuah dua kali dengan jangan membiarkan media menjahanamkan peluang Umno/BN melalui laporan-laporan 'over' julang, terutama oleh beberapa individu di sesebuah organisasi media cetak mahu pun elektronik.

Laporan media pro pembangkang dan media yang tidak brrpihak kepada mana-mana pihak patut diambil kira dengan telus dan tulus: yang baik diterima-pakai manakala yang tidak baik dijadikan sempadan. Kena terima hakikat bahawa yang paling pahit adalah ubat yang paling mujarab manakala yang manis lazimnya akan menyumbang kepada punca serangan pelbagai penyakit kronik.

PULIH KEMBALI (24/2011)

Siasah dah kembali ke pasaran, Wasilah bila lagi?

PERTAMA-TAMANYA saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Mohd. Sayuti Omar (MSO) kerana akhbar Mingguan Siasah kembali ke pasaran. Sebagai orang media yang turut terbabit dalam penerbitan, saya tumpang bangga dan gembira.

Ekoran dengan terbitnya Siasah, raamai yang bertremu saya bertanya bila pula Wasilah akan kembali menemui pembaca. Tergamam juga saya. Wasilah adalah akhbar mingguan kesayangan saya, sebuah nama penerbitan yang sangat-sangat saya banggai.

Secara jujur saya tegaskan sewaktu melafazkan cerai terhadap bekas bini saya yang menuntut cerai melalui mahkmah syariah, tidak setitik pun air mata saya tumpah. Tetapi ketika saya mengambil keputusan menukar nama Wasilah kepada seorang rakan (demi kepentingan hayatnya), berminggu-minggu saya menangis kerana terlalu sedih dan merasa kehilangan Wasilah.

Terbukti perhitungan saya silap, pergantungan saya bagi meneruskan hayat Wasilah umpama ibarat bergayut pada dahan mumut dan rapuh. Selain dari perniagaan saya lebur ekoran kurang bijak saya memindah-milik permit Wasilah, akhbar berkenaan turut hancur.

Pun begitu Wasiolah terus hidup di hati dan dalam hidup saya selagi hayat dikandung badan. Insyaallah jika segala usaha saya berhasil, Wasilah akan kembali bernafas. Tetapi untuk menafaskan sebuah akhbar bukan seperkara yang senang. Paling busuk pun saya perlukan RM1 juta untuk menfaskan Wasilah semula.

Dari mana saya akan dapatkan RM1 juta? Mungkin saya akan mati dalam angan-angan. Pun begitu saya tidak akan jemu berusaha dan berdoa supaya hasrat untuk kembali menafaskan Wasilah akan menjadi kenyataan.

Semuga Allah mempermudahkan usaha saya kerana sesungguhnya tidak ada yang mustahil dalam hidup ini. Otak SPM saya pada umumnya telah menerobos bidang-bidang yang sepatutnya diterokai oleh pemegang ijazah, pemegang Ph D. Saya memberanikan diri memeluk gunung atas keyakinan kejayaan adalah milik orang yang sedia berusaha tanpa jemu dan tidak lupa berdoa kepada-Nya.

Saya tidak pernah takut mempertaruhkan otak SPM saya untuk menerokai bidang-bidang yang sepatutnya diterokai oleh parta pemegang ijazah, pemegang Ph D atas kesedaran bahawa ada di kalangan usahawan/jutawan di negara ini terdiri dari kalangan buta huruf.

Ertinya berbanding dengan usahawan/jutawan buta huruf, saya lebih berilmu. Justeru tidak ada sebab untuk saya tidak dapat menafaskan kembali Wasilah semata-mata keranaa saya tidak ada diploma, ijaazah, apatah lagi Ph D. 

Saya sedar ada orang yang memperlekehkan saya kerana saya belajar setakat empat thanawi dan SPM tulisan saya termasuk yang menjadi kandungan Wasilah tidak ada unsur-unsur ilmiah. Memang pun sasaran saya bukan di kalangan para ilmiah.