Jumaat, 26 Ogos 2011

PULIH KEMBALI (20/2011)

 
Bolehkah Libya jadi lebih baik tanpa Gaddafi?      
PERKEMBANGAN mutakhir di Libya, negara ke-17 terbesar di dunia tetapi hanya mempunyai hampir enam juta penduduk dan letaknya di Afrika Utara itu menunjukkan sangat mustahil untuk pemimpin revolusi,  Kolonel Muammar Gaddafi mempertahankan rejimnya yang telah berkuasa sejak tahun 1969.
    Ini adalah kerana Gaddafi bukan hanya berdepan dengan pemberontak yang mengisytiharkan penubuhan kerajaan sementara pada 27 Februari 2011 tetapi juga diganyang oleh Pakatan Perjanjian Atlantik (NATO).Pemberontak menamakan mereka dengan Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council), dipimpin oleh Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang berpaling tadah dari rejim.
    Setelah kediamannya dan pusat pentadbiran Kerajaan Jamahiriyah yang diketuainya diserang oleh tentera udara NATO sebnyak 64 kali, Gaddafi berundur yang disifatkannya sebagai pengunduran teknikal dan taktikal dengan berikrar bersedia berdepan denan pemberontak untuk jangka panjang.
    Melalui jurucakapnya, Moussa Ibrahim, Rejim Gaddafi berikrar akan menjadikan Libya sebagai satu kawasan selepas gemba bumi yang penuh dengan lava dan kebakaran.
    Bagi Gaddafi pemberontak tidak akan aman jika mereka meneruskanrancangan memindahkan peaba mrka dari Benghazi ke Tripoli dan beliau bersedia mati syahid atau akan berjaya menghapuskan pemberontak.
    Benghazi adalah antara tiga bandar besar Libya. Selain dari Tripoli dan Benghazi, sebuah lagi bandar besarnya adalah Al-Bayda.
    Ertinya masih banyak jiwa yang akan terkorban, ramai yang akan tercedera serta banyak harta benda akan musnah.
    Mahu tidak mahu Libya yang mempunyai simpanan emas berilai USD168, 000 juta (USD168 bilion) dengan simpanan emas bernilai USD10,000 juta (USD10 bilion) hingga USD30,000 juta (USD30 bilion) berada di Tripoli akan dilanda kesusahan kesan dari pemberontakan dengan membenarkan kuasa asing sperti NATO melakukan kemusnahan, hanya kerana mahu me'nyah'kan seorang pemimpin dari tampuk pemerintahan.
    Pemberontak pastinya ada alasan kenapa mereka memberontak dan Rejim Gaddafi pula pasti ada alasan sendiri kenapa mesti bertahan mati-matian.
   Yang sukar untuk difahami kenapa dibuka pintu kepada NATO membantu pemberontak.
    Kenapa dibenarkan orang luar melakukan kemusnahan yang memerlukan belanja yang bukan sedikit untuk membaik-pulih kemusnahan atau untuk membangunkan semula kawasan yang musnah.
    Apa jiminan pemberontak bahawa Libya akan menjadi lebih baik seandainya Rejim Gaddafi berjaya di'nyah'kan dari tampuk pemerintahan dengan Gaddafi dan mereka yang setia kepadanya, termasuk tentera, ditembak atau disembelih?.
    Apakah NATO akan membayar ganti rugi terhadap kemusnahan angkara serangan udaranya atau Libya yang akan terpaksa membayar kos perkhidmatan Libya kepada NATO?
    Sepatutnya akyat Libya menjadikan Afghaistan, Iraq dan juga Mesir sebagai iktibar dan rujukan. Apakah negara-negara berkenaan menjadi lebih baik dari sebelum pemimpin kerajaan yang biberontaki ditumbangkan dengan bantuan asing.
    Apakah Iraq kini lebih maju. lbi baik, lebih membangun, lebih aman dan lebih dihormati oleh masyarakat antara bangsa dan lebih digeruni oleh musuh-nusuh Islam berbanding dengan era kepresidenan Saddan Hussein?.
    Apakah Afghanistan lebih aman dan selamat berbanding dengan era pemerintahan Taliban?.
    Apakah Afghanistan dan Iraq mendapat ganti rugi akibat kemusnahan yang dilakukan leh Amerika Syarikat dan sekutunya atau kedua-dua negara yang sudah terantuk baru tengadah itu yang terpaksa membayar kos perkhidmatan kemusnahan oleh pihak asing dengan rakyat jelata pula hidup dalam pertanyaan apakah masih ada esok untuk mereka kerana maut ada di mana-mana oleh ledakan bom.
    Pemberontakkan tidak sepatutnnya berlaku dan boleh dielakkan sekiranya al-Quran dan Hdis dijadikan rujukan dalam menyelesaikan apa jua masalah berbangkit kerana sebagai manusia, akan ada kelemahan dan ketidak-sempurnaan, termasuklah Muaamar Gaddafi.
    Apa-apa masalah sekali pun tidak boleh diselesaikan dengan maki hamun, tohmahan, apatah lagi dengan mata pedang, bedil atau bom. Sebaliknya Islam mengutamakan Sy-Syura yakni permesyuaratan dalam menyelesaikan pertikaian  dan Allah telah turunkan ayat-ayat al-Quran atas nama Asy-Syura untuk dijadikan rujukan jika berlaku pertikaian.
    Mana mungkin sesama Islam boleh berbalah sehingga membawa kepada penggunaan senjata sedangkan Allah ada berfirman yang bermaksud:
    "Hai orang-orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang mengucap salam kepadamu 'kamu bukan seorang mukmin' (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dulu, lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan. - An-Nisaa':94.
    Hakikat, hakiki dan natijahnya Allah tiak suka terhadap perusuh dan pengacau keamanan. Hukuman berat tehadap perusuh dan pengacau keamanan boleh dirujuk ayat 33 hingga 40 suran Al-Maa'idah.
    Pastilah pemberontakan berlaku di Libya atau mana-mana negara Islam di dunia kerana mereka yang menganjurkan pemberontakkan tidak merujuk ayat berkenaan walhal sebagai orang Islam, apa-apa pun yang mahu dibuat kena terlebih dahulu dirujuk kepada al-Quran dan Hadis bagi memastikan apa yang dilakukan akan berpahala atau berdosa, sama ada digalakan oleh Islam atau ditegah, sama ada halal atau haram.
    Sebenarnya dalam al-Quran disediakan tatacara untuk selesaikan masalah yang berlaku di Libya atau pertelagahan sesama manusia di mana-mana sahaja di muka bumi ini yang mana cara penyelesaiannya tekandung dalam ayat 9-10 surah Al-Hujuraat.
     Rasulullah s.a.w. meninggalkan pesan supaya umat baginda menjadikan al-Quran dan Hads sebagai rujukan mutlak untuk elak dari berlaku kesesatan tetapi tidak ramai yang mengambil peduli, masing-masing lebih suka menurut kata hati dan muda terpedaya oleh bisikan syaitan laknatullah.
    Semuga umat Islam Libya dan juga di mana-mana sahaja di muka bumi ini yang bertelagah sesama sendiri akan cepat sedar dari kesilapan yang dilakukan kerana terpengaruh dengan bisikan syaitan.
    Apa yang dilakukan mestilah dipastikan tidak bercanggah dengan tuntutan agar membina dan menjaga silatur-rahim. Pertelagahan berlaku barangkali kerana wujudnya sikap pandang lekeh atau timbulnya prasangka buruk terhadap pemimpin sebagai mana yang terkandung dalam firman Allah yang mafhumnya:
    "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya ia sebahagian dari dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalaian orang lain dan janganlah sebahagian dari kamu mempersenda sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya  Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" - Al-Hujuraat:12.
    Sebagaimana Iraq yang dimusnahkan bukan hanya kerana kekayaan minyak tetapi juga kerana kelantangan dan keberanian Saddam untuk tidak tunduk kepada kemahuan kuasa besar yang anti Islam, maka Libya juga menjadi sasaran kuasa besar yang memperlatakan kumpulan haluan kiri selain dari kerana memiliki kekayaan emas dan minyaknya, Libya juga adalah antara negara yang tidak tunjuk 'heran' terhadap musuh-musuh di kalangan bukan Islam.
     Andainya Libya hancur, pasti sasaran seterusnya adalah Iran kerana kuasa-kuasa besar yang anti Islam tahu kalau Saddam-Gaddafi-Mahmoud bekerjsama, Islam akan bangkit menjadi kuasa besar dunia.
     Libya sepintas lalu
    Libya atau rasminya Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, berbatasan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Nigeria di selatan serta Aljazair dan Tunisia di sebelah barat.
    Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah enam juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.
    Nama Libya berasal daripada bahasa Mesir iaitu 'Lebu' yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai 'Libya'. Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
    Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
    Libya adalah negara yang mempunyai Gross Domestic Products yang tertinggi di Afrika, disebabkan oleh kawasan simpanan petroleumnya yang besar.Pada 2011, Libya terjebak dalam Perang Saudara akibat daripada tempias Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir, pimpinan Hosni Mubarak.
    Pada 27 Februari 2011,Pihak Pro-Demokrasi mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Nasional(National Transitional Council,المجلس الوطني الإنتقالي, al-majlis al-waanī al-'intiqālī),yang dipimpin oleh Mustafa Abdul Jalil,bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi..

Rabu, 24 Ogos 2011

PULIH KEMBALI (19/2011)

Bangsa Melayu kena ambil iktibar dari kehancuran Kerajaan Melayu-Islam Pattani dan sebelumnya


SEJARAH mencatatkan Kerajaan Melayu Melaka dijajah kerana pengkhianatan dan sabotaj dari dalam. Kemasukkan tentera Kamekaze dan penawanan Jepun ke atas Tanah Melayu pun kerana ada lompang dan jalan dibuka secara khianat dari dalam.
            Empayar Jawaka sebagai benteng etnik Melayu yang merangkumi Tumasik (kini Singapura) sampai ke negara Prathana (hampir dengan Bangkok sekarang) serta Campa (Kemboja), Sri Lanka, Sumatera dan Sunda (Jawa Barat) yang gagah dan hebat sekitar tahun 1100-an hingga 1200-an lebur pun kerana masalah dalaman yakni persengketaan sesama sendiri.
            Padahnya Melayu kehilangan hak ke atas bumi warisan yang kini menajdi sebahagian dari negara Thailand dan dikenali dengan Selatan Thai manakala penduduk asalnya berdepan dengan pelupusan identiti apabila ditukar kepada Thai Muslim dan tidak memakai 'Melayu' lagi sebagai bangsa atau baka.
            Keadaan itu berlaku kerana ekoran dari masalah dalaman, sekali gus  telah mendorong bangsa Thai dari Sukhotai, bangsa India dari Pandya dan bangsa Khmer dari Annam (Burma) membuat ancaman terhadap Empayar Jawaka walaupun Raja Skranta selaku ketua kerajaan berhempas pulas mempertahankan wilayah-wilayah empayar demi kepentingan status quonya.
            Masalah dalam Empayar Jawaka juga telah diambil kesempatan oleh negara Cina Dinasti Sung menjalankan politik pecah belah di Asia Tenggara, Empayar Jawaka dan menjalankan juga politik aneksi terhadap wilayah Annam, malah cuba menyusupi jauh ke kawasan rantau Nusantara.
            Nasib yang sama akan berulang kepada Malaysia jika Melayu yang telah kehilangan banyak wialayah kerana persengketaan sesama sendiri dulu pada era mutakhir ini pun masih sengaja mengumpul kayu bagi membakar bangsa dan negara sendiri semata-mata kerana mahu memenuhi keinginan dan kepentingan individu dan puak tertentu sehingga sanggup membelakangi nasihat kerama orang tua-tua: 'buat baik berpada-pada.....' dengan bukan Melayu.
            Jika diteliti, diselami dan dihayati sejarah Melayu bermula pada abad pertama tahun 80 Masehi sehingga tahun 1785 Masehi, kita pasti bangga dengan besarnya saiz kekuasaan Melayu kerana Indocina adalah sebahagian dari wilayah yang dikuasai Melayu. Tetapi sehingga tahun 1292 empayar Melayu hanya  dari Patthalung sehingga ke sempadan Terengganu-Pahang sahaja, malah semakin mengecil selepas itu.
            Kalau pun boleh dibanggakan kerana kehebatannya walaupun saiznya kecil berbanding dengan Empayar Jawaka adalah Kerajaan Melayu-Islam Pattani, terutama pada era pemerintahan tiga dari empat raja-raja perempuannya yakni Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-124) dan Ratu Unggu (1624-1636) manakala pada era pemerintahan Ratu Kuning (1636-1651) Pattani jadi tidak stabil.
            Era pemerintahan Ratu Kuning agak lemah kerana beliau lebih cenderung kepada bidang perniagaan di samping beliau meghadapi masalah peribadi/masalah rumahtangga yang agak kronik dan tidak memberi komitmen penuh sebagai raja. Beliau dipaksa bercerai dengan suaminya oleh ibunya Ratu Unggu kerana tidak suka dengan kegemmaran menantunya itu yang suka memakan daging babi walaupun beragama Islam. Perkahwinan kali kedua Ratu Kuning adalah dengan Yam Tuan Muda Johor.
            Era pemerintahan raja-raja perempuan Pattani sebelum Ratu Kuning sangat hebat, termasuk dari sudut pertahanan dan persenjataan yang mana ketika itu Pattani sudah memiliki meriam gergasi sebagai lambang kehebatan kuasa dan banyak negara termasuk kuasa besar sanggup mengadakan hubungan diplomati dengan Pattani.
            Pada era pemerintahan Ratu Hijau umpamanya telah diadakan hubungan diplomatik dengan Britain, Belanda dan Jepun. Tahun 1592 Ratu Hijau menerima kedatangan wakil dari Maharaja Shogun Tokugawa Iyeyesu (1542-1616). Kunjungan pihak Pattani ke Jepun pula berlaku pada tahun 1599 dan 1602. Pattani turut jalini hubungan diplomatik dengan Cina.
            Sebenarnyan pada era pemerintahanMuzaffar Syah (1532-1565) lagi Kerajaan Melayu-Islam Pattani telah terkedepan dalam teknologi pembuatan dan pemilikkan senjata api bagi tujuan pertahanan dengan memiliki tiga meriam gergasi yakni 'Sri Pattani', 'Seri Negara' dan 'Mahalela' yang menjadi lambang kekuatan dan kehebatan pertahanan.
            Meriam-meriam yang diperbuat dari tembaga itu lubang larasnya boleh masuk duduk berdiri orang dewasa sehinggakan diriwayatkan bunyinya sahaja boleh menyebabkan ada yang mati terkejut, apatah lagi didatangi peluruhnya. Kehebatan Kerajaan Melayu-Islam Pattani dalam pembuatan dan pemilikkan sebjat mendorong Jepun menghantar ramai rakyatnya belajar menghasilkan senjata di Pattani yang juga terkenal sebagai pusat transit perdagangan antarabangsa.
            Kegagalan Siam menawan Pattani dalam misi serangan dan tawan pada tahun 1603, 1632,1633 dan1638 adalah kerana keampuhan pertahanannya apabila kapal-kapal perang Siam tenggelam terkena tembakan meriam gergasi. Pun begitu pada tahun 1785 berlakunya detik hitam apabila dalam serangan kelimanya, Siam berjaya menawan Pattani, malah istana dan pusat pemerintahan sebagai lambang kehebatan bertempat di Kerisek dimusnahkan.
            Kekalahan itu ekoran dari pengkhianatan dari dalam (ada pembesar telah dirasuah dengan pelbagai keistimewaan sebagai upah dan gajaran) terhadap bangsa dan tanahair sendiri sehinggakan tidak ada tembakan meriam gergasi dan meriam kecil dilepaskan ke arah musuh. Kerananya Melayu kehilangan hak ke atas tanahair warisan nenek moyang dan Pattani kini yang banyak menjana ekonomi kepada Thailand telah menjadi sebahagian dari negara Gajah Putih itu.
            Apa yang berlaku kepada Pattani boleh juga berlaku kepada Malaysia kalau ada manusia seperti Nai Chang Song yang telah menyusup masuk ke dalam istana dan berpura-pura memeluk Islam yang mana kerana tertarik dengan tingkah murninya, dia telah diberi jawatan penting dalam istana sehingga tidak ada rahsia baginya termasuk hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan dan pertahanan.
            Seorang panglima Melayu yang menjaga benteng di daerah Jering telah terpengaruh dengan tawaran pihak Siam yang menjanjikan pangkat dan kedudukan sehingga kepada anak cucunya telah melakukan pembelotan dengan membuka laluan kepada kemaraan tentera Siam, Sultan Muhammad selaku pemerintah Pattani mati dalam perang itu dan istana serta seluruh kota pusat pemeihtahan yakni Kota Kerisek dibakar menjadi abu oleh tentera Siam.
            Dua meriam gergasi yakni Seri Pattani dan Seri Negara dirampas dab kemudiannya dibawa ke Bangkok bersama tawaran perang. Ser iPattani diabadikan sebagai lambang kemenangan pihak Siam ke atas Kerajaan Melayu-Islam Pattani, ditempatkan di depan pejabat Kementerian Pertahanan di Bangkok. Bagaimanapun Seri Negara terjatuh ke dalam laut ketika tentera Siam hendak membawa naik ke atas kapal untuk dibawa ke Bangkok.
            Kemusnahan Empayar Jawaka, penjajahan ke atas Melaka dan kejatuhan Kerajaan Melayu-Islam Pattani patut dijadikan bahan renungan oleh rakyat negara ini supaya tidak cuba atau sengaja bermainan api dengan keselamatan negara dan ketenteraman awam gara-gara agenda-agenda bersifat kepetingan dan keperluan individu dan puak tertentu kerana orang bukan Melayu tidak akan jujur kepada Melayu manakala orang bukan Islam tidak akan berhenti mengkhianati Islam pada bila-bila masa dan dalam keadaan serta susana macam mana sekali pun.

Selasa, 23 Ogos 2011

PULIH KEMBALI (18/2011)

Wanita yang dimurkai Allah

KAUM wanita yang dikatakan paling ramai masuk neraka sebenarnya mudah masuk syurga sekiranya menjadi isteri yang taat kepada suami dan tidak berlumba-lumba dengan suami untuk menjadi lebih hebat.

Apa yang yang menjadi tuntutan kepada lelaki tidak menjadi tuntutan kepada kaum wanita.

Umpamanya kaum wanita tidak dituntut berjemaah di masjid tetapi mempermudahkan suami ke masjid, termasuk menyediakan pakaian atau memperingatkan suami tentang waktu sembahyang sudah dekat dan sang suami patut segera ke masjid, pahalanya sama dengan suami yang berjemaah di masjid.

Mememastikan suami dalam keadaan selesa di samping seorang isteri, termasuk dari sudut feel perangai isteri yang menyenangkan juga akan menyumbang pahala kepada isteri.
Pakaian yang dibasuh pakai tangan (bukan pakai mesin
basuh) setiap kali berkebas ditiup angin, ianya akan berzikrillah dan memberi kebajikan kepada isteri setiap kali berkebas di sidaian.

Setiap makanan yang masuk ke mulut suami dengan suami bergembira dengannya akan mendatangkan pahala kepada suami.

Kebanggaan suami menerima layanan di ranjang akan juga memberi pahala kepada isteri, malah apa jua perlakukan yang menjadikan suami membanggai isterinya akan mendatangkan pahala kepada isteri.

Pun begitu sesungguhnya sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita yang menjalani hidup dengan membelakangi apa yang dituntut oleh Islam.

Justeru sangat perlu bagi kita, khususnya kaum wanita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan-Nya supaya kita terhindar dari dilaknati-Nya.

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun disirahkan lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat tentang hakikat tersebut.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, semuga engkau mendapat kutukan Allah, maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun. Maka hapuslah semua amal kebaikannya".

Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya, termasuklah kaum perempuan dan terlalu menginginkan keselamatan baginda dari azab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan dalam usaha untuk mensyurgakan umat baginda.

Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayang baginda terhadap umat baginda. Oleh itu adalah amat pelik kalau kita sendiri sebagai umat baginda tidak berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

"Aku bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, mengapa tuan menangis wahai Rasulullah? Baginda menjawab, pada malam aku di Isra'kan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan.. .maka bila teringatkan mereka aku menangis". Aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dengan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakkum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya mampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku. .. ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab/tidak tutup aurat) di kalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Baginda juga bersabda: tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak di hari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Ada pun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

PULIH KEMBALI (17/2011)

Melihat keunggulan politik Rasulullah s.a.w.

RASULULLAH s.a.w. bukan sahaja nabi dan rasul serta penghulu bagi sekalian anbia tetapi baginda juga merupakan seorang ketua kerajaan, panglima dan pahlwan di medan juang, diplomatik, peniaga, penternak dan ahli politik maha ulung.
     Kerana tuntutan dan keperluan politiklah, baginda berhijrah dari Kota Mekah kota kelahiran baginda ke Madinah yang menjadi tempat persemadian baginda yang wafat pada 12 Rabiulawwal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi.
     Dengan khidmat petunjuk jalan oleh seorang orang Quraisy yang bukan beragama Islam bernama Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. bertemankan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyusuri pantai Laut Merah menuju Madinah yang ketika itu dikenali dengan Yasrib.
     Sebelumnya Rasulullah s.a.w. dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur untuk mengelak dari terserempak dengan para pemuda Quraisy yang mahu membunuh bagi mengekang kebangkitan Islam. Ekoran itu baginda menerima perintah berhijrah dari Allah.
     Kenapa lelaki Quraisy yang belum Islam sebaga penunjuk jalan? awabnya ialah ianya adalah sebagai sebahagian dari politik baginda untuk membuktikan bahawa mengeksploitasi bukan Islam demikepentingan Islam dibolehkan.
     Juga bagi menunjukkan bahasa Islam bukan ajaran buruk sangka, termasuk terhadap bukan Islam yang tidak memusuhi dan mendatangkan bahaya kepada Islam. Dengan kata lain kepakaran bukan Islam yang bermenfaat boleh dicedok-pakai.
     Abdullah bin Uraiqit adalah seorang yang arif dan pakar tentang perjalanan Mekah-Madinah. Perjalanan itu terpaksa melalui padang pasir yang luas dan panas serta merbahaya kepada yang tidak arif.
     Baginda yang berkenderaankan unta sampai di Quba yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari Kota Yasrib@Madinah pada hari Isnin 8 Rabiulawwal bersamaan dengan 20 September 622 Masehi.
     Ali bin Abi Talib yang secara politiknya menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. menyusul kemudiannya dan turut sampai di Quba bersama beberapa orang yang lain.
     Kenapa dipilih Ali menggantikan tempat tidur baginda yang mana rumah baginda dikepung oleh para pemuda Quraisy yang ditugaskan membunuh Rasulullah s.a.w.? Jawabnya kerana politik bagi mengelirukan pemuda Quraisy.
     Dengan menyangka Rasulullah s.a.w. masih nyenyak tidur, maka pemuda Quraisy tidak segera naik ke rumah baginda. Dalam keadaan para pemuda Quraiy itu leka, maka baginda meloloskan diri.
     Ali adalah anak kepada pembesar Quarisy yang sangat dihormati dan tidak akan ada yang berani apa-apakannya. Secara politiknya Ali dieksploitasi dan dimanipulasi demi menyelamatkan Rasulullah s.a.w. yang berbuat demikian bukan kerana utamakan kepentingan diri tetapi kerana itulah yang Allah perintahkan.
     Sepanjang tempoh berehat di Quba, baginda telah membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Quba. Itulah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam dan merupakan antara masjid yang akan besar pahalanya jika bersembahyang fardu atau sunat dan doa dimakbulkan.
     Kenapa masjid didirikan? Jawabnya masjid adalah rumah Allah dan ianya tempat umat Islam diberi pahala berganda berkumpul beramai-ramai untuk berjemaah. Sesungguhnya tidak kenal maka tidak cinta dan mesra.
      Antara politik sembahyang berjemaah dengan diberiganjaran 27 pahala berbanding dengan sembahyang secara solo adalah supaya saling kenal mengenal,mesra dan timbul rasa sayang menyayangi. hormat menghormati dan semangat kemuafakatan.
      Pada hari Jumaat 12 Rabiualawwall bersamaan dengan 24 September tahun 662 Masehi, Rasulullah s.a.w. yang disertai Abuk Bakar, Ali dan beberapa yang lain memasuki Kota Yasrib yang ditukar nama kepada Madinatun Nabiy yang bererti Kota Nabi.
      Bagi melahirkan rasa gembira dengan kedatangan Pesuruh Allah yang mereka rindu dan nanti-nantikan, penduduk Madinah telah menyanyikan puji-pujian sebagaimana yang terungkap sebagai apa yang kita kenali sekarang dengan 'selawat' sekarang ini yang mana selain dari diselawatkan sempena menyambut Maulidur-Rasul, juga diselamatkan pada majlis perarakkan pengantin di kalangan masyarakat Melayu.
      Pada hari itulah juga baginda mengadakan sembahyang Jumaat yang pertama dan berkhutbah. Penduduk Madinah berebut-rebut mahu menyediakan untuk Rasulullah s.a.w. tinggal dikediaman mereka atay membina kediaman dalam tanah milik mereka.
      Untuk mengelak dari ada yang berkecil hati dan nampak wujudkan amalan kronisme dan nepotisme, baginda terpaksa berpolitik dengan memberi alasan d mana tempat unta tunggangan baginda berhenti, maka di situlah akan didirikan kediaman baginda.
      Dengan itu tidak timbul soal baginda melebih dan mengistimewakan sesiapa atau mana-mana pihak. Ianya adalah antara politik bagi menjaga hati mereka yang mahu menyumbang bakti kepada baginda.
      Dalam pada hakikat, hakiki dan natijahnya, teori sahaja tidak cukup untuk memastikan umat Islam tanpa mengira bangsa, suku kaum, kabilah dan warna kulit adalah bersaudara bagaikan paha kanan dengan paha kiri yang mana jika paha kiri dicubit paha kanan, malah seluruh anggota badan akan rasa sakit manakala mulut yang senggang jauh dari paha akan mengaduh.
      Supaya persaudaraan itu benar-benar mantap. secara politiknya Rasulullah s.a.w. telah mempersaudarakan  antara kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan kaum Ansar yang merupakan pemastatutin asal Madinah.
      Abu Bakar dipersaudarakan dengan Harithah bin Zaid, Jaafar bin Abi Talib dipersaudarakan dengan Mu'az bin Jabal, Umar Al-Khttab dipesaudarakan dengan 'Itbah bin Malik dan setiap orang Muhajirin diersaudarakan dengan Ansar.
      Ada orang Ansar yang menceraikan isteri mereka untuk diperisterikan oleh saudara mereka dari kaum Muhajirin. Dengan demikian tidak timbulsoal perkauman kerana dalam darah anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan lelaki Muhajirin-Ansar dalam tubuh mereka mengalir darah Muhajirin + Ansar.
      Teori ini patut dipraktikkan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk supaya nanti akanlahir bangsa 1 Malaysia dan secara tidak langsung tidak akan timbul semangat polarisasi kaum yangn jika tidak dibendung boleh membahayakan negara.
      Kepada kaum Muhajirin yang miskin, kaum Ansar memberi pelbagai bantuan modal bagi pembinaan hidup berdasarkan kepada minat dan kepakaran. Ada yang berniaga dan ada yang bertani. Abu Bakar, Uthman 'Affan dan Ali bin Abi Talib memilih bertani.
      Bagi memastikan umat Islam tidak diganggu dalam menjalni ibadah dan pembinaan hidup, menyedari hakikat Madinah turut didiami oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizhah yang merupakan pemastautin asal dan bukan beragama Islam, Rasulullah s.a.w. telah menjalin perjanjian persahabatan dengan kaum Yahudi bagi ketiga-tiga bani.
      Bagaimanapun kerana akhlak buruk orang Yahudi, perjanjian itu akhirnya terbatal. Kaum Yahudi Bani Qanuqa' dan Bani Nadhir dihalau dari Madinah manakala lelaki Bani Quraizhah yang mengkhianati kerajaan dengan bersekongkol dengan musuh untuk menghnancurkan kerajaan diketuai Rasulullah s.a.a, dihukum bunuh manakala wanita dan kanak-kanak ditawan.
       Penghakiman terhadap mereka dibuat oleh Sa'ad bin Muadz dari bani mereka sendiri tetapi beragama Islam. Pemilihan Sa'ad sebagai hakim perbicraan dibuat oleh Bani Quraizhah sendiri dan dipersetuji oleh Rasulullah s.a.w. Adalah difahamkan kerana peristiwa itulah maka umat Islam dilarang menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai orang kepercayaan, yakni sebagai pemimpin dan sahabat dalam apa-apa jua perjanjian kerana ianya akan menjhata Islam dan penganutnya.

PULIH KEMBALI (16/2011)

Nilai-nilai kesepakatan ummah dalam ibadah sembahyang

ISLAM adalah agama yang mempersepakat, memperpadu, mempersaudara-mara dan mensedarah-sedenyut-nadikan ummah selain dari bermatlamatkan mensyurgakan hamba-Nya dengan diberi formula, petunjuk dan jalan melalui Pesuruh-Nya untuk mendapat hasanah di dunia dan akhirat. Hanya kalangan yang 'keras pdal' dalam menerima tawaran syurga sahaja akan dicampakkan ke neraka kerana itulah pilihan dan kehendaknya.
     Unsur-unsur kesepakatan, keperpaduanan, kepersaudara-maraan dan kesedarah-sedenyut-nadian dalam Islam itu boleh disilau-kelih sama ada dengan meneliti Rukun Iman atau Rukun Islam yang menuntut keseragaman ummah dalam mengimaninya tanpa mengira bangsa, bahasa pertuturan, batas sempadan negeri, adat resam, budaya, kaya atau miskin serta sempadan masa. Yang menjadi rukun semasa hayat Rasulullah s.a.w.ianya kekal menjadi hukum sampai kiamat.
     Mempercayai Allah sebagai rukun nombor wahid dalam pembentukkan, pembinaan dan pembangunan iman kena seragam yakni kena
mempercayai Allah yang satu, bukannya Allah bagi orang Melayu Islam lain, bagi orang Arab Islam dan sebagainya lain pula. Mempercayai selain dari Allah yang satu maka dengan sendiri akan rosaklah iman, punahlah keislaman seseorang.
     Semua bangsa beragama Islam juga wajib percayakan malaikat yang sama, qada' dan qadar yang sama,  hari qiamat yang sama , rasul yang sama yakni Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kitab yang sama yakni al-Quran nul-Karim. Kitab Zabur, Taurat dan Injil hanya untuk umat nabi Daud (Injil), Nabi Musa (Taurat) dan Isa (Injil). Umat Islam tidak boleh bernabikan nabi lain dengan membelakangi Nabi Muhammad s.a.w. sebagai umat baginda.
     Umat Islam tanpa mengira warna kulit, bangsa, bahasa pertuturan, sempadan negara serta darjat kena menggunakan lafaz syahadah yang sama, sembahyang dengan rukun perbuatan, bacaan dan menghadap kiblat yang sama, kena sama-sama wajib berpuasa sebulan pada bulan Ramadan, kena bayar zakat berdasarkan hukum yang sama dan kena menunaikan fardu haji pada tempat berkumpul yang sama dan kena hanya tawaf Ka'abah yang satu.
     Dengan itu nampak dengan jelas bahawa Islam menuntut, menganjur, mendorong, merangka dan mengkerangkakan kesepakatan, kerperpaduanan, epersaudara-maraan dan kepersederaha-sedenyut-nadian ummah. Justeru adalah amat songsang jika  ada apa jua tindakan, teori, praktikalisme, seruan dan saranan,  termasuk kerana kepentingan politik kepartian, diusahakan secara langsung dan tidak langsung bibit-bibit perpecahan, perbalahan, perseteruan dan ketidak-sepakatan ummah semata-mata kerana tidak sealiran fahaman dan pendekatan dalam berpolitik.
     Melalui tulisan kerdil ini, penulis mahu mengajak diri sendiri dan para pembaca melihat, merenungi, menyelami dan menghayati bahawa sembahyang yang merupakan Rukun Islam yang kedua mempunyai nilai-nilai kesepakatan yang mantap, kukuh, unggul dan utuh lagi teguh serta terserlah tuntutan mentaati pemimpin dan kepemimpinan.
    Bila melihat dari sisi tersebut, maka adalah tidak pelik kenapa sembahyang secara berjemaah dituntut dengan jumlah pahalanya meningkat kepada 26 kali lebih banyak dari sembahyang bersendirian bagi sembahyang fardu yang hanya diberi satu pahala sedangkan sembahyang berjemaah yang kena ada imam dan makmum diberi pahala sebanyak 27 dengan afdalnya berjemaah di masjid.
    Isteri dan anak-anak perempuan kepada suami dan bapa yang berjemaah turut mendapat jumlah pahala yang sama kerana menyediakan segala kemudahan kepada suami atau bapa ke masjid, surat ata madrasah untuk berjemaah walaupun mereka tidak ikut berjemaah hanya sembahyang sendirian di rumah.
     Celaka yang amat sangatlah bagi isteri dan anak-anak yang mengajak suami atau bapa ke pasaraya atau tempat-tempat berhibur dan berlibur sehingga suami atau bapa terlepas peluang sembahyang fardu berjemaah.
    Sesungguhnya sembahyang berjemaah bukan sahaja sarat dengan unsur-unsur perpaduan dan kesepakatan ummah teapi ianya juga ada unsur-unsur ketaatan kepada pemimpin kerana keperluan dalam kehidupan ini kena ada pemimpin dan yang dipimpin serta displin kepatuhan dan ketaatan kepada pemimpin manakala yang dipimpin berhak pula menegur pemimpin.
     Di samping itu seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, pangkat dan darjat kena sembahyang ikut rakaat yang telah ditetapkan yakni empat rakaat bagi Zohor, 'Asar dan Insyak, tiga rakaat bagi Maghrib dan dua rakaat bagi Subuh. Mana-mana bangsa pun tidak boleh sembahyang Zohor, 'Asar dan Isyak tiga rakaat, Maghrib empat rakaat, Subuh empat atau tiga rakaat di samping semuanya kena sembahyang dalam waktu.
    Antara syarat berjemaah pula bukan sahaja saf kena lurus tetapi makmun kena duduk dalam keadaan rapat dengan bahu kanan seseorang makmun kena bersentuhan bahu kirinya bahu kanan makmun di sebelah. Juga anak jari kaki makmun sebelah kanan kena bersentuhan dengan anak jari kaki kanan makmun sebelah kiri.
     Makmun tidak boleh duduk dalam keadaan renggang, malah kalau nampak kelompangan di saf depan umpamanya, makmun yang sedang dalam sembahyang pun kena melangkah masuk menutup kelompangan  itu dengan syarat jangan menjangkah lebih dari tiga langkah berturut-turut bagi tujuan itu.
    Dalam pada itu makmum juga kena mengaminkan doa secara serentak. Selain dari dituntut mengaminkan bacaan al-Fatihah imam secara serentak, adalah lebih afdal jika ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan memberi salam secara serentak di kalangan makmum kecualli bagi makmum yang masuk barisan jemaah ketika imam dan selesaikan satu raakat atau lebih.
    Makmun boleh tidak habiskan bacaan al-fatiah walaupun ianya bacaan wajib apabila imam ruku' dengan turut sama ruku'. Hilang afdal jika senggang terlalu jauh dengan perbuatan iman, malah dilarang melambat-lambat tuntutan mengikut imam sehingga melangkaui satu perbuatan. Misalnya tidak boleh makmum terus belum ruku' sedangkan iman sudah pun sujud.
      Dalam sembahyang juga menampakkan keperluan taat kepada pemimpin yang mana pemimpin dalam sembahyang adalah imam. Makmum kena ikut apa yang imam buat. Selain dilarang makmum menjarakkan perbauatan dengan imam, mamkum juga tidak boleh mendahului iman seperti qiam, takbirotul-ihram, ruku', i'tidal, sujud dan memberi salam menamatkan sembahyang.
      Pun begitu dalam kevetoan imam yang memimpin jemaah, makmum tetap dibolehkan, malah dituntut membuat teguran sekiranya imam melakukan kesalahan sama ada dalam bentuk bacaan atau rukun perbuatan dengan menyebut 'subahanallah' atau menepuk tangan tidak lebih dari tiga kali berturut-turut oleh makmum perempuan. Kalau imam tidak hiraukan juga teguran, bermakan imam jahil dan makmum kena mufarakah. Pelik dan songsanglah kalau di luar sembahyang, ada pemimpin yang melenting dan tidak boleh ditegur bila melakukan kesalahan.
      Seperkara lagi yang rasa perlu dicatatkan bahawa makmum juga digalakkan supaya bertakbirotul-ihram sebaik sahaja imam selesai melakukannya yang mana sama ada imam atau , masing-masingkena kena baca doa iftitah dan bacaan-bacaan lain sama ada yang wajib atau sunat menggunakan bahasa yang sama.
      Tidak boleh orang Melayu Islam membaca al-Fatihah dalam bentuk terjemahan bahasa Melayu, orang Inggeris Islam baca dalam bahasa Inggeri, orang German Islam baca dalam bahasa German, orang Islam Cina baca dalam Cina, orang India Islam baca dalam bahasa Tamil atau Urdu dan sebagainya.
       Demikianlah jika rajin diselami dan dihayati falsafah, tujuan, hikmah disebalik ibah sembahhyang, ianya syarat dengan unsur-unsur mempersepakat, memperpadu, mempersaudara-mara dan mensedarah-sedenyut-nadikan ummah selain dari bermatlamatkan mentaati perintah-NYA

PULIH KEMBALI (15/2011)


Semenanjung Tanah Melayu pernah diselamatkan oleh seorang wanita dari dijajah

JIKA disebut Puteri Urduga Wijaya Malasingha, pasti ramai yang bukan sahaja tidak tahu siapa orangnya tetapi akan mengaku tidak pernah mendengar nama itu walaupun jasanya sangat besar kepada bangsa dan tanahair. 

            Sebaliknya kalau disebut Cik Siti Wan Kembang, ramai yang tahu dan akan mengaku sering dengar nama berkenaan kerana ia dikaitkan dengan Kelantan yang rakyatnya terkenal dengan keunikan, termasuk dalam berpolitik.

            Sebenarnya Cik Siti Wan Kembang dengan Puteri Urduga Wijaya Malasingha adalah orang yang sama, batang tubuh yang serupa. 

Dia bukan sahaja hanya berjasa kepada Kelantan tetapi berjasa kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia adalah adik kepada Sultan Ismail Syah yang memerintah Langkasuka (1357-1398).

            Puteri Urduga berjasa dan berperanan mendayus dan membaculkan seorang raja yang terkenal dengan beraninya menyebabkan keturunan raja itu tidak mahu menaiki takhta pemerintahan.

Sebaliknya memilih menjadi 'tok raja' di ketik-ketik Siam. Keturunan raja itulah yang menjadi ketua di ketik-ketik Siam hingga kini. Tok raja adalah ketua kepada ‘tok ca’ pada setiap ketik dan merupakan yang paling dihormati dan keramat.

            Peristiwa itu berlaku pada tahun 1317 Masehi yang mana dalam satu peperangan antara bala tentera Sukhotai (Siam) dengan bala tentera Empayar Melayur yang berpusat pemerintahannya di Ligor (kini Nakhon Sithammarat, Thailand). rajanya adalah Raja Sang Tawal atau Raja Tilam, ayah kepada Puteri Urduga Wijaya Malasingha.

            Wira dan wirawati Empayar Melayur bertahan dngan berkubu di Chaiya, Segenting Kra bagi menghadang kemaraan bala tentera Rama Khamheng yang berhasrat mahu menakluki Semenanjung Tanah Melayu apabila kerajaan-kerajaan Melayu semakin kecil dan lemah kerana sering berlaku peperangan, pemberontakkan dan penaklukan sesama sendiri.

            Dalam pertempuran yang sangat dahsyat, Puteri Urduga Wijaya Malasingha telah membunuh Rama Khamheng yang terkenal sebagai Rama Yang Berani. Puteri itu yang bersenjatan seligi batang nibung melompat dari atas gajah tungggangannya ke atas gajah tunggangan Rama Khamheng dan menikam belakang rama itu hingga mati, sekaligus menyebabkan Sukhotai mengaku kalah.

            Raja Sang Tawal, cucu kepada Raja Skranta pemerintah Kerajaan Melayu Jawaka yang mempunyai kekuasaan dari Tumasek (kini Singapore) hingga ke negara Prathama (hampir dengan Bangkok sekarang), Campa (Kemboja), Sri Lanka, Sumatera dan Sunda (Jawa Barat) dengan pusat pemerintahan induknya di Kelantan, sangat bangga dengan kehebatan Puteri Urduga Wijaya Malasingha dan diberi gelaran WIRAWATI MELAYUR.

            Kesanggupan berdepan dengan Sukhotai yang jauh lebih besar kuasanya berbanding Empayar Melayur oleh bala tenteraa Kerajaan Melayu Jawaka pimpinan Raja Sang Tawal adalah sebagai menyambung perjuangan Kerajaan Melayu Jawaka yang semakin mengecil saiznya apabila berlaku pemberontakkan dan juga penaklukan oleh ancaman bangsa Thai dari Sukhotai, bangsa India dari Pandya dan bangsa Khmer dari Annan atau Yamana atau Die Viet.

            Kekuasaan Melayu turut berdepan dengan ancaman negara Cina Dinasti Sung yang menjalankan politik pecah belah di Asia Tenggara dan menjalankan politik aneksi di Wilayah Annan (Burma) serta menyusup masuk ke kawasan rantau nusantara.

            Apa yang berlaku di Indocina yang disebut sebagai 'Mendala Yuda' atau Kawasan Lompatan Kijang yang sentiasa bergolak secara tidak langsung mengancam kedudukan dan strategi negara Rumpun Melayu di Segenting Kra, Semenanjung Melayu, Campa dan negara-negara kepulauan.

            Walaupun Raja Skranta berjuang habis-habisan dalam mempertahankan Campa, Sri Lanka  dan Prathhaman untuk mempertahankan stats quonya (etnik bangsa jawa atau bangsa Melayu dalam erti kata yang lebih luas), namun selain dari berdepan dengan musuh dari luar, dia juga berdepan dengan pemberontakkan dari dalam, ianya adalah antara kesan dari politik anaksi/pecah belah Cina.

            Makanya dia terpaksa melepaskan negeri-negeri yang dikuasainya yang menuntut kemerdekaan dan menjadikan saiz Kerajaan Melayu Jawaka semakin kecil. Sempadannya hanya dari Wilayah Patthalong hingga ke sempadan Trengganu-Pahang sahaja. Kota pemerintahan dipindahkan dari Kelantan ke Bedelung (Patthalong).
 
            Bila Raja Skranta mati tampuk pemerintahan anaknya yang membawa gelaran Skrenta. Bila Skrenta mati, tampok pemerintahan diambil alih oleh menantunya yakni Lambo Tal tetapi tidak lama kemudiannya Lambo Tal gugur dalam peperangan.

Raja Sang Tawal pula menaiki takhta. Sebelumnya beliau ke Pasai menjadi penasihat kepada Sultan Malikul Salleh, Dia kembali ke tanahair ekoran kematian adik iparnya.

            Dibawah pemerintahannya, Sri Dharmaraja yang bertukar nama kepada Ligor (kini Nakhon Sithammarat yang dulunya adalah anatara Tanah Melayu) yang ditawan oleh Rama Khamheng Sukhotai pada tahun 1294,  berjaya ditawan balik pada tahun yang sama. Lanka yang ditawan Rama Khamheng pada tahun 1292 dengan bantuan Kublai Khan (Cina) juga berjaya ditawan semula pada tahun 1294.

            Raja Sang Tawal telah memantapkan kedudukan tentera bagi menghalang kemaraan trntera Sukhotai yang mara ke arah Semenanjung Tanah Melayu bagi memenuhi impian rajanya, Rama Khamheng yang berhasrat menakluki Semenanjung Tanah Melayu.

            Tetapi impian itu tidak kesampaian apabila Rama Khamheng habis nyawa di  tangan Putri Urduga Wijaya Malasingha, seorang perempuan yang kemudian diberi gelaran WIRAWATI MELAYUR kerana jasa besarnya menyelamatkan Semenanjung Tanah Melayu dari jatuh ke tangan Sukhotai atau Siam

            Sebagai imbuhan kepada jasa besarnya kepada bangsa dan Semenanjung Tanah Melayu, Puteri Urduga Wijaya Malasingha telah dianugerahkan oleh ayahnya yakni Raja Sang Tawal atau dikenali juga dengan Raja Tilam sebuah kerajaan di Kelantan berpusat di Kota Kuala Krai.

            Negeri itu kemudiannya dikenali dengan Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung atau Negeri Kisaran Payong dengan Puteri Urduga Wijaya Malasingha memakai gelaran Cik Siti Wan Kembang. 

Namanya barangkali senonim dengan Kelantan tetapi tentunnya tidak ramai yang mendapat  maklumat tentang jasa besarnya menyelamatkan Semenanjung Tanah Melayu dari dijajah oleh Sukhotai.

Amat malanglah kalau jasa besarnya itu menajdi antara fakta sejarah bangsa dan negara yang tidak tertinta.