Selasa, 28 Februari 2012

PULIH KEMBALI (08/2012)


Dasar komoditi negara penting, perlu direalisasikan

APA jua kejayaan yang mahu dibina yang mahu dicapai memerlukan pelan, rangka dan kerangka ke arah kewujudan dasar.
                Untuk mengimbangi pencapaian dan penguatkuasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dengan bukan Bumiputera, dilahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
                Demikian juga dengan bidang pertanian, ada dasarnya. Pun begitu dengan belia dan sebagainya, ada dasar sebagai landasan pelaksanaan serta stesen matlamatnya.
                Justeru apabila Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Industri (MPIC) merasakan sudah sampai masanya Dasar Komoditi Negara (DKN) diwujudkan, maka ianya patut disokong dan direalisasikan.
                Alasan MPIC cukup munasabah dan realistik untuk negara mempunyai DKN memandangkan komoditi dan produk berasaskannya menjadi antara pemangkin kepada perolehan pendapatan negara.
                Penulis diberi maklum unjuran pendapatan eksport komoditi dan produk berasaskan komoditi negara meningkat kepada RM242.6 bilion (RM242,600 juta) pada tahun 2020 nanti berbanding dengan RM131.3 bilion (RM131,300 juta) pada tahun 2010.
                Manakala sumbangan industri komoditi diperingkat huluran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak RM28.5 bilion (RM28,500 juta), meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding dengan RM21.8 bilion (RM21,800 juta) pada tahun 2010.
                Hakikat  dan natijahnya, sebagaimanan kata MPIC, perubahan senario semasa memperlihatkan perlunya industri komoditi mempunyai satu dasar bersaingan dan khusus bagi menggariskan hala tuju pembangunannya ke arah mencapai status Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020, dirangka dan direalisasikan.
                Sudah tentu melalui DKN, pembangunan industri komoditi yang mempunyai kawasan tanaman meliputi hampir 6,000,000 hektar atau 87 peratus daripada keseluruhan 6,900, 000 hektar tanah pertanian negara akan lebih tersusun dan seimbang mengikut perancangan yang dipelan, dirangka dan dikerangkakan.
                Pecahan mengikut jenis tanaman pada tahun 2010 ialah; keluasan tanam sawit 4,900,000  hektar, getah (1,028,800  hektar), koko (20,000 hektar), lada hitam (14,000 hektar), tembakau (2,900 hektar), kenaf (1,700 hektar) dan sagu (62,000 hektar).
                Bagaimanapun memandangkan harga sawit mentah di pasaran kekal tinggi dan stabil, terdapat kecenderungan di kalangan pengusaha tanaman komoditi lain beralih kepada sawit. Umpamanya pada tahun 2000 keluasan tanaman getah adalah RM1,400,000 hektar manakala koko pula 75,000 hektar.
                Tanaman getah pada tahun 2010 hanya tinggal seluas 1,000,000 hektar manakala koko hanya 20,000 hektar kerana 28,800 hektar tanaman getah dan 57,000 hektar tanaman koko digantikan dengan tanaman sawit.
                Komoditi negara meliputi sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada hitam dan tembakau manakala kenaf dan sagu adalah dua komoditi baru yang dikenalpasti untuk dibangunkan secara komersial.
Sesuatu tanaman dianggap sebagai tanaman komoditi sekiranya berpotensi memberi hasil tinggi kepada pengusaha dan produk yang dihasilkan mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.
                Sebelum ini pembangunan industri komoditi perladangan digariskan melalui Dasar Pertanian Negara (DPN) yang mana sejak tahun 1984 sebanyak tiga DPN dilakasanakan menjadikan industri komoditi perladangan berkembang sehingga menjadi di antara penyumbang utama hasil eksport negara, meningkatkan KDNK dan membuka banyak peluang pekerjaan.
                Dari sudut perancangan dan pelaksanaan pembangunan industri komoditi perladangan pula, sebelum ini ianya adalah mengikut keperluan semasa.
Dengan adanya DKN seandainya apa yang dihasratkan oleh MPIC direalisasikan, maka strategi, pelan, rangka, kerangka dan unjuran disasarkan sudah tentu dapat diperolehi melalui peningkatan penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan input tanaman berkualiti dan produk komoditi bernilai tambah tinggi.
                MPIC, menurut menterinya, Tan Sri Bernad Dompok yang dipetik dari laporan media sebagai berkata, melalui DKN mensasarkan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 25,300.000 tan, getah (2,000,000 tan), kayu-kayan (14,000,000 meter padu), biji koko (60,000 tan) dan lada hitam (42,000 tan) menjelang tahu 2020.
                Dompok juga dipetik sebagai berkata, walaupun sektor korporat bertindak sebagai pemain utama dalam industri komoditi, namun MPIC tidak memandang remeh peranan pekebun kecil dan MPIC berpendirian usaha mereka sangat penting terutama dalam tanaman getah, koko, lada hitam, tembakau, kenaf dan sagu.
                Bagi tanaman getah umpamanya, sebanyak 940,000 hektar atau 94 pertaus daripada keluasan tanaman 1,000,000 hektar sehingga tahun 2010 adalah diusahakan oleh pekebun kecil manakala seratus peratus keluasan tanaman koko, lada hitam, kenaf dan sagu adalah diusahakan oleh pekebun kecil.
                Di samping itu bagi Dompok, peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan seperi Felcra, Felda dan Risda sangat penting dalam industri komiditi perladangan.
Selain menyumbang kepada perluasan kawasan tanaman, agensi-agensi itu juga membantu menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar, terutama golongan peneroka dan peserta skim.
                Penulis diberi maklum, pada tahun 2010 jumlah keluasan tanaman sawit yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan adalah 1,300,000 hektar atau 26 per
                Kerana itulah DKN diperlukan dan kewujudannya perlu direalisasikan bagi membolehkan aktiviti penyelidikan dapat lebih diperkasakan dan memastikan produktiviti tanpa perluasan kawasan dapat dilakukan tetpai hadsilnya bertambah dengan MPIC melalui DKN dapat memainkan peranan menggalakkan penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi dan memperluaskan Amalan Pertanian Baik, terutama di kalangan pekebun kecil supaya target pengeluaran tercapai.
atus dari keseluruhan tanaman sawit negara manakala bagi tanaman getah pula adalah seluas 125,326 hektar atau 12.2 peratus daripada keluasan tanaman getah negara.
                Hakikat dan natijahnya permintaan bagi menampung keperluan semasa bagi hasil komoditi negara sentiasa bertambah ekoran jumlah penduduk dunia sentiasa menokok, maka hasil pengeluaran kenalah ditingkatkan tetapi kawasan tanaman tidak mungkin dapat diluaskan kerana keluasan negara tidak akan bertambah jumlahnya.

PULIH KEMBALI (07/2012)

Industri sawit negara merangkumi kawasan 4.9 juta hektar terancam?

SEBARANG tindakan yang membabitkan komiditi negara perlu dipastikan tidak menyumbang kepada keterjejasan pengeluaran dan pengeksportannya kerana keterencatan pengeluaran dan kegagalan memenuhi kuota pengeksportan mahu tidak mahu akan menjejaskan hasil tahunan negara.
Unjuran pendapatan eksport komoditi dan produk berasaskan komoditi negara meningkat kepada RM242.6 bilion (RM242,600 juta) pada tahun 2020 nanti berbanding dengan RM131.3 bilion (RM131,300 juta) pada tahun 2010 dengan huluran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  sebanyak RM28.5 bilion (RM28,500 juta), meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding dengan RM21.8 bilion (RM21,800 juta) pada tahun 2010 bukan sahaja kena dipertahankan tetapi perlu diusahakan peningkatannya.
Sebarang usaha atau tindakan yang boleh menyebabkan nilai  eksport dan huluran kepada KDNK disebabkan oleh apa factor sekali pun kena dilihat sebagai suatu pengkhianatan dan sabotaj kepada perolehan negara yang mana usaha-usaha ke arah membaiki keadaan secara proaktif dan perang terhadap pengkhianatan dan sabotaj yang menyumbang kepada keterjejasan perolehan negara perlu dilancarkan tanpa kompromi.
                Selain dari hasil petroleum dan pelbagai produk berasaskan petroleum, negara bergantung kepada hasil komoditi berasaskan pertanian apabila seluas 6 juta hektar atau 87 peratus daripada keseluruhan keluasan 6.9 juta hektar tanah  pertanian ditnaman dengan pelbagai tananan dengan 4,900,00 hektar daripadanya adalah tanaman sawit.
                Disusuli dengan getah seluas 1,028,800 hektar, koko seluas 20,000 hektar, lada hitam seluas 14,000 hektar, tembakau seluas 2,900 hektar, sagu seluas 62,000 hektar dan kenaf seluas 1,700 hektar.
                Pun begitu, memandangkan harga sawit mentah di pasaran kekal tinggi dan stabil, terdapat kecenderungan di kalangan pengusaha tanaman komoditi lain beralih kepada sawit. Umpamanya pada tahun 2000 keluasan tanaman getah adalah 1,400,000 hektar manakala koko pula 75,000 hektar tetapi menurun kepada 1,028,800 hektar manaka koko menurun kepada 20,000 hektar pada tahun 2010.
                 Seluas 28,800 hektar tanaman getah dan 57,000 hektar tanaman koko digantikan dengan tanaman sawit terutama bagi kawasan tanaman milik pekebun kecil. Komoditi negara meliputi sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada hitam dan tembakau manakala kenaf dan sagu adalah dua komoditi baru yang dikenalpasti untuk dibangunkan secara komersial.
Negara mensasarkan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 25,300.000 tan, getah (2,000,000 tan), kayu-kayan (14,000,000 meter padu), biji koko (60,000 tan) dan lada hitam (42,000 tan) menjelang tahu 2020. Seluas 940,000 hektar atau 94 peratus daripada keluasan tanaman 1,000,000 hektar sehingga tahun 2010 adalah diusahakan oleh pekebun kecil manakala seratus peratus keluasan tanaman koko, lada hitam, kenaf dan sagu adalah diusahakan oleh pekebun kecil.
                Manakala pada tahun 2010 jumlah keluasan tanaman sawit yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti Felcra, Felda, Risda dan sebagainya adalah 1,300,000 hektar atau 26 peratus dari keseluruhan tanaman sawit negara manakala bagi tanaman getah pula adalah seluas 125,326 hektar atau 12.2 peratus daripada keluasan tanaman getah negara.
                Apa yang disasarkan oleh kerajaan mungkin tidak akan tercapai seandainya kelancaran industry tanaman komoditi tergugat oleh masalah pengeluaran terutama sawit pokok tinggi milik Felcra yang buahnya tidak mampu dituai oleh rakyat tempatan dan memerlukan kepakaran lelaki Lombok yang mana jumlah mereka semakin berkurangan kerana ada di antara mereka kembali ke negara asal ekoran gerakan memburu dan menahan mereka oleh Jabatan Imigresen dan Rela ekoran program 6P manakala sesetengahnya berada di depoh-depoh tahanan atas kesalahan berada di negara ini tanpa dokumen yang lengkap.
                Supaya tidak berlaku kerana mahukan untung secupak akan rugi berlori-lori, ada perlunya program 6P yang menyebabkan ramai pakar-pakar kait sawit dari Lombok memilih pulang ke negara asal manakala sebahagiannya pula tekurung dengan makan tanggung berak cangkung di depoh-depoh tahanan, perlu dibuat kaji terperinci kesan kepada program yang tidak musatahil akan menggugat industri sawit yang merupakan komoditi negara yang menyumbang perolehan RM80 bilion (RM80,000 juta) setahun.
                Mencegah lebih baik dari berubat. Sebelum industry sawit terjejas sebagai kesan sampingan kepada program 6P, ada baiknya tinjauan dan gaji selidik tentang kesannya dibuat di kawasan pertanian seluas 6 juta hektar, terutama 4.9 juta hektar tanaman sawit.

Ahad, 12 Februari 2012

PULIH KEMBALI (06/2012)

Nilai pasaran hartanah bernilai RM44 bilion mengalir ke kocek siapa?

DATUK moyang warisan pertiwi dalam membariskan sebutan empat keperluan induk kepada kehidupan di dunia ini yakni tanah, air, api, angin: tabah disebut paling awal, malah mereka sanggup hanya berbekalkan garam dan kapak membuka tanah berhutan rimba dalam usaha untuk memiliki hartanah.

Sebutan akan menjadi songsang dan janggal jika dimulakan dengan air, tanah api, angin atau api, angin, tanah angin atau angin, api, air tanah atau sebagainya dengan tidak membariskan tanah sebagai sebutan paling awal.

Maknanya dalam barisan keperluan induk kepada kehidupan di dunia ini, tanah adalah keperluan utama, disusuli dengan air, api dan angin. Kerana itu bangsa yang bermaruah akan sanggup berputih tulang demi mempertahankan tanahair. Mati pun perlukan tanah untuk persemadian.

Selain dari tanah diperlukan sebagai tempat berpijak yakni tempat pemastautinan, ianya juga diperlukan untuk untuk bercucuk tanam bagi menghasilkan makanan kerana untuk hidup manusia perlu makan dengan secukupnya.

Tanaman yang ditanam di atas tanah memerlukan air supaya dapat hidup dengan subur selain dari manusia sendiri perlukan air untuk diminum, memasak, mandi manda dan sebagainya. Air juga perlu bagi pembetukkan lautan, sungai, tasik, alur, parit, kubang dan sebagainya untuk menjadi tempat kehidupan ikan sebagainya yang diperlukan sebagai makanan manusia.

Pada umumnya makananan yakni untuk dapatkan nasi, bagi membolehkan ikan, daging dan sayur-sayuran dimakan ianya perlu dimasak. Untuk itu perlukan api di samping api juga diperlukan bagi memberi cahaya kepada kegelapan malam.

Dalam pada itu angin atau udara diperlukan kerana tanpanya manusia tidak boleh hidup. Bagaimanapun sama ada air, api mahu pun amgin hanya ada fungsinya kalau ada tanah kerana tempat yang tidak ada tanah yang mana dari tanahlah diciptakan-Nya Adam a.s., lazimnya bukan menjadi tempat pemastautinan manusia.

Kerana tanah menjadi keperluan paling induk dari segala yang induk, maka tidak hairanlah kalau ianya sentiasa ada nilai dari sudut komersial. Adalah amat tidak wajar kalau peluang mengumpul kekayaan melalui urusniaga hartanah tidak direbut oleh warisan pertiwi di tanahair sendiri yang diwarisi dari nenek moyang.

Persoalannya, berapa ramai di kalangan warisan pertiwi di negara bertuah ini mengambil peduli tentang peluang menjadi senang melalui urusniaga hartanah, apatah lagi mempedulikan tentang nialaian pasaran hartanah setiap tahun.

Jumlah RM44 bilion (RM44,000 juta) jangkaan nilaian pasaran hartanan bukannya satu angka yang kecil. Itu adalah nilaian  pasaran hartanah tempatan di negara ini pada tahun ini yang diramalkan oleh  Perunding Hartanah CH William Talhah & Wong Sdn Bhd  yang menjangkakan berlaku lonjakan nilaian sebanyak sepuluh peratus. Tahun lepas pasaran hartanah yang mengalami kemerosotan satu peratus mempunyai nilai pasaran RM40 bilion (RM40,000 juta).

Dengan angka sedemikian yang nampaknya nilai pasarannya hampir separuh dari nilaian perolehan urusniaga sawiy yang merupakan antara komoditi negara yang diramalkan berjumlah RM85 bilion (RM85,000 juta) tahun ini, maka setiap rakyat negara ini, terutama warisan pertiwi bukan sahaja perlu mengambil tahu tentang pasaran hartanah, tetapi juga kena berusaha untuk memampukan diri dalam urusaniaga hartanah.

Jangan hanya ghairah menjual kerana tawaran harga yang tinggi tetapi juga mesti merancang dan memampukan membeli dan memajukannya supaya tidak berlaku nanti dalam kita berbangga dengan projek-projek pembangunan yang pesat, kita warisan pertiwi hanya mampu menjadi penghuni kaki lima pada bangunan indah dan meagah yang dibina di tanah yang asalnya milik kita atau saudara mara kita.

Kena dipastikan sebiangan besar, kalau pun tidak mungkin sertaus peratus menjadi milik warisan pertiwi, jumlah nialai pasaran hartanah bernilai RM44 bilion (RM44,000 juta) tahun ini biarlah masuk ke kocek kita warisan pertiwi, sekaligus akan membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dasar itu kini barangkali hanya menjadi lipatan sejarah.

Khamis, 9 Februari 2012

PELIH KEMBALI (05/2012)

Kesan sampingan kepada buru, tangkap dan hantar pulang PATI

JUMLAH rakyat asing yang berada di negara ini bukan kecil bilangannya. Berdasarkan kepada perangkaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisammuddin Tun Hussein, seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos 2011.
Sehingga rencana ini ditulis, penulis dimaklumkan bahawa  proses pendaftaran melalui sistem biometrik dilanjutkan sehingga10 Januari 2012,  ada yang memaklumatkan kata akan dibuka kembali pada 2 Febuari 2012, malah  majikan  yang  memerlukan  tenaga kerja rakyat asing boleh melakukan pendaftaran pada sepanjang masa.
Bersandarkan kepada fakta Hishammuddin, daripada 2,320.034 yang didaftar secara proses melalui sistem biometrik, hanya 1,016,908 adalah pekerja asing yang sah manakala 1,303,126 lagi adalah PATI, maka ternyata jumlah PATI melebih jumlah rakyat asing yang sah.
Dalam pada itu berpaksikan maklumat rambang yang dimaklumatkan kepada penulis jumlah PATI di negara ini sekitar 4 juta orang, maka jumlah PATI yang belum berdaftar adalah sekitar 3 juta lagi.  Itu adalah hakikat.
Sebagai warganegara yang sangat mencintai negara bertuah ini, penulis bersetuju dengan Hishammudin bahawa angkat jumlah rakyat asing di negara ini sangat besar kerana menurut kata Hishammuddin,  jumlah itu tidak termasuk  pelarian serta PATI di Sabah dan Sarawak serta pembantu rumah.
Penulis juga bersetuju dengan Hishammudin bahawa seandainya tidak ambil tindakan, sekiranya tidak melakukan proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang kerana negara mungkin terbabit dalam memberi perlindungan kepada penjenayah atau pengganas.
 Itu jika dilihat  limpahan PATI dari sudut negatif tetapi pada masa yang sama dilihat dari sudut positifnya, kalaulah  tanpa tenaga kerja asing di negara ini, hakikat dan natijahnya  banyak sektor akan terjejas, terutama sektor perladangan.
Seandainya tanpa tenaga pekerja rakyat asing, terutama dari Lombok, Indonesia: sektor perladangan sawit yang tahun ini sahaja dikatakan memberi hasil sebanyak RM85 bilion (RM85,000 juta) kepada negara mahu tidak mahu akan terbantut.
Ini adalah  kerana bukan sahaja tenaga tempatan atau tenaga asing bukan dari Indonesia tidak ada keupayaan dan kemahiran mengait sawit pada ketinggian 40 hingga 50 kaki tetapi orang Indonesia bukan Lombok pun tidak mampu dan  tidak memiliki kemahiran untuk itu.
Secara kebetulan pula, pokok-pokok sawit yang tinggi adalah dalam kawasan Felcra Berhad  yang mana pihak Felcra Berhad  pula menguruskannya secara mini estet kebun-kebun milik pekebun kecil.
Buah dari pokok yang tinggi dikatakan lebih berkualiti. Sukar untuk dipastikan daripada 640,609 PATI atau daripada 405,312 rakyat Indonesia yang  berada di negara ini secara sah, berapa ramai daripadanya orang Lombok berada di negara ini sama ada secara sah atau sebaliknya.
Berpaksikan pengalaman yang masih rebung dalam bidang kontraktor kait sawit dan telah mencuba mengguna khidmat lelaki tempatan yang menyebabkan syarikat penulis kerugian berpuluh ribu ringgit di samping penggunaan tenaga dari Nepal, Bangla dan Myammar yang menyebabkan syarikat terpaksa menganggung rugi, hanya lelaki Lombok sahaja yang paling mampu dan paling berkemahiran dalam kerja-kerja kait dan prunning sawit pokok tinggi.
Demi memastikan industri sawit, terutama pengeluaran sawit dari pokok tinggi yang rata-rata di kawasan Felcra Berhad tidak terjejas dan tidak akan terbantut, maka sukacita penulis menyarankan supaya lelaki Lombok diberi sedikit kelonggaran bagi memutihkan mereka sekiranya mereka berada dalam keadaan hitam.
Penulis diberi maklumat, untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan kerja dengan gaji lumayan, kos tambang menambangnya sahaja mereka kena membelanjakan RM3,000. Jumlah sebanyak itu bagi jumlah di negara mereka adalah sangat besar.
Mereka juga terpaksa men yediakan wang untuk buat kos passport dan bayar upah kepada agen. Mahu tidak mahu ada yang terpaksa jual tanah, jual lembu manakala yang tidak ada tanah atau lembu kena buat pinjaman dan terpaksa membayar balik pinjaman.
Untuk pinjaman bejumlah RM3,000, jumlah pinjaman yang kena dibayar balik setiap bulan adalah  adalah sekitar RM400 sebulan. Jika tidak dibayar, anak bini, saudara mara dan anggota keluarda di kampong akan diancam oleh pemberi pinjaman.
Mangsa Penganiayaan
Sampai di Malaysia, rata-rata mereka terniaya oleh sikap majikan yang tidak bertanggungjawab dan yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Gaji dipotong setiap bulan kononnya untuk proses pemutihan tetapi usaha-usaha pemutihan tidak pun dibuat. Ada yang dibuat pemutihan dan sudah ada permit, gajinya pula tidak dibayar sehingga empat bulan.
Barangkali sukar untuk dipercayai tetapi ianya benar berlaku apabila seorang lelaki dari Indonesia hanya dibayar gaji pada kadar 35 sen sehari oleh majikannya di Pahang. Kerana tidak tahan, lelaki itu larikan diri seorang diri berbulan-bulan lamanya meredah hutan.
Sepanjang dalam pelarian itu, lelaki berkenaan hanya memakan pucuk kayu dan umbut-umbut untuk hilangkan lapar dan meminum air dari takungan tapak gajah untuk hilangkan dahaga.
Lelaki itu dijumpai tertiarap dalam keadaan yang sangat tidak bermaya dan hampir-hampir digilis oleh Toyota Hilux (pacuan 4 roda) seorang pemburu, yang kemudiannya membawa lelaki berkenaan keluar dari hutan dan ditinggalkan di perhentian keretapi.
Kini lelaki itu bekerja untuk seorang penduduk tempatan di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, Pahang. Beliau berhasrat mahu balik ke kampong asalnya tetapi beliau takut untuk zahirkan diri kerana beliau tidak memiliki sebarang dokumen, malah nama kampong halaman sendiri pun diingat-ingat lupa kerana menjalani hidup yang sangat tertekan.
Penulis sendiri menemui lima lelaki Lombok yang menjadi mangsa penganiayaan majikan yang tidak bertanggungjawab,  yang tidak membayar gaji pekerja selama empat bulan dengan majikan berjanji  akan membuat pemutihan tetapi tidak dibuat pun sebagaimana yang dijanjikan  manakala yang memiliki permita pula permitnya dipegang oleh majikan.
Mereka adalah pekerja yang gigih dan mahir. Dengan pakatan tenaga lima orang, mereka mampu menurunkan buah sawit sekitar 10 tan sehari dan darinya Felcra Berhad memperolehi hasil tidak kurang dari RM7,500 sehari. Bagaimanapun kerana masalah dokumen,  mereka ditangkap pada awal pagi 10 Januari 2012 dan dibebaskan pada pukul 4.30 petang pada hari yang sama.
Gambar mereka dalam keadaan digari berantai ditonton oleh keluarga dan kesisi kampong mereka di kampong sehinggakan ibu kepada seorang lelaki berkenaan jatuh pengsan. Seisi kampong bersembahyang hajat mendoakan pembebasan mereka.
Pada 18 Januari, mereka ditangkap lagi dan kini ditahan di Depoh Tahanan PATI di Ajil Terengganu. Sehingga rencana ini ditulis, mereka masih gagal dibebaskan kerana atas alasan yang sudah ada permit hanya majikan asal mereka sahaja yang berhak menuntut pembesanan mereka.
Manakala dua orang daripada mereka hanya ada slip 6P dan dua lagi hanya ada passpot dan visa untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini sudah tamat. Pihak Imgresen pastinya menjalankan tugas berdasarkan peraturan yang telah termaktub.
Anak isteri, ibubapa, saudara mara dan seisi keluarga lelaki berkenaan di Lombok Timur mengharapkan penulis membebaskan mereka dan seterusnya memutihkan mereka supaya lelaki berkenaan dapat terus mencari rezeki di negara ini bagi membaiki nasib keluarga dan seisi kampong.
Lelaki Lombok itu menghadapi masalah berdepan dengan buruan pihak berkuasa kerana mereka menjadi mangsa majikan yang tidak beretanggungjawab manakala penulis yang mengambil risiko atas nama kemanusiaan terdedah kepada ancaman dikenakan tindakan undang-undang kerana melindungi dan menggunakan khidmat rakyat asing  tanpa dokumen yang  sah.
Mereka sebagai  rakyat asing, anak bini, keluarga dan seisi kampung tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan tentang nasib malang mereka berlima, justeru mereka mengharapkan usaha penulis untuk pembebasan dan penulis hanya mampu menjanjikan akan berusaha kerana penulis hanyalah umpama melukut tepi gantan sahaja sebagai warganegara.
Penulis mendapat maklumat, di Gua Musang (Kelantan) sahaja terdapat lebih 200 orang PATI hidup dalam  keadaan ketakutan dan terbiar dan menjadi hamba abdi kepada majikan yang tidak bertanggungjawab, jika cuba bersuara akan diugut untuk diserah kepada pihak berkuasa.
PATI-PATI itu  memerlukan pengecualian dan tolak ansur peraturan dan perundangan pihak berkuasa negara ini bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal dengan selamat atau mereka diputihkan dan dapat menyumbangkan keringat untuk mencari rezeki dengan bernaung dibawah majikan yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai kemanusiaan.
Di samping mahu mencari rezeki halal berstatus pekerja asing yang  berada di negara ini secara halal, secara tidak langsung negara ini  turut mendapat faedah hasil dari ketekunan mereka bekerja serta kecekapan dan kemahiran mereka dalam bidang kait sawit dan pruning sawit pokok tinggi.

Imej rakyat dan negara kena dipulihkan  pada  kacamata rakyat asing

Tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab mahu tidak mahu akan dimaklumkan kepada anak isteri, saudara mara dan jiran sekampung bila mereka pulang ke negara asal nanti atau melalui perhubungan telefon dan internet.
Justeru itu demi imej rakyat dan negara ini, sebagai warganegara yang cintakan negara bertuah ini, penulis menjelaskan kepada para pekerja rakyat asing yang penulis gunakan khifmat mereka bahawa majikan yang memangsakan mereka tanpa ada nilai kemanusiaan hanya parasit kepada rakyat dan negara ini. Ianya bukan cermin sebenar ime kerajaan rakyat dan negara ini.
Hakikatnya kerajaan, rakyat dan peraturan serta perundangan negara ini bukan sahaja sentiasa adil kepada wargannya tetapi juga kepada rakyat asing yang terlantar di negara ini. Kerajaan, rakyat dan negara ini mengutamakan toleransi daripada penguatkuasaan peraturan dan perundangan, kecalui bagi mereka yang melakukan jenayah, terlibat dalam kegiatan dadah dan mengancam keselamatan dan ketenraman awam negara ini.
Sekiranya majikan yang tidak bertanggungjawab dapat dikesan, mereka pasti akan dikenakan tindakan sewajarnya. Sebenarnya untuk mengesan  majikan yang kejam, tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan nama baik kerajaan, rakyat dan negara ini bukannya payah kerana pada slip 6P dan permit ada dicatatkan nama majikan.
Supaya keadilan benar-benar terlaksana di negara ini, maka dalam mengesan, memburu dan memberkas PATI, tindakan tegas tanpa kompromi juga patut ditujukan kepada para majikan yang kejam, tidak bertanggungjawab dan tidak berperikamanusiaan demi memelihara imej kerajaan, rakyat dan negara ini.

PULIH KEMBALI (04/2012)

Pemutihan dan kesan sampingan terhadap sektor perladangan

APA pun dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang kerajaan adalah untuk kebaikan negara dan rakyat kerana memberi keselesaan dan jasa kepada rakyat pemberi mandate  adalah menjadi kewajipan kepada sesebuah kerajaan.

Dalam tujuan dan matlamat baik kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat itu pula, adakalanya kerajaan terlupa tentang kesan sampingan ekoran dari dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang ke arah penambah-baikan negara dan rakyat.

Penulis yang kini terlibat sebagai kontraktor mengait buah dan prunning sawit, melihat kesan sampingan kepada industri perladangan sawit ekoran pemutihan pendatang asing tanpa izin. khususnya dari Lombok (Indonesia), Bangladesh dan Myammar.

Anak muda tempatan bukan sahaja tidak bersedia untuk berada jauh di pedalaman kerana ladang sawit lazimnya adalah merupakan kawasan tersendiri dan terpisah dari dunia luar gara-gara kawasannya yang luas dan letaknya di pedalaman tetapi mereka tidak mampu serta tidak ada keupayaan untuk mengait sawit pada ketinggian 40 hingga 50 kaki.

Warga asing selain dari Lombok juga tidak cukup mahir untuk mengait buah atau prunning bagi pokok setinggi 40 hingga 50 kaki. Hanya Lombok yang mampu dan berkemahiran  melakukannya kerana mereka melakukannya dengan niat untuk mendapat upah yang tinggi bagi membaiki nasib keluarga. Untuk memahirkan diri, mereka mengambil masa lima tahun.

Tanpa lelaki Lombok, hasil sawit dari pokok yang tinggi dengan tandan lebih besar dan buahnya lebih bermutu akan terbiar dan buah sawit yang bernilai puluhan juta ringgit akan reput dan busuk setiap bulan. Pokok-pokok tinggi lazimnya di kawasan milik Felcra Berhad yang ditanaman pada tanah milik pekebun kecil.

Juga tanpa lelaki Lombok tidak mustahil perolehan negara dari hasil sawit bernilai sekitar RM80 bilion setahun akan merudum, sekaligus catatan umum perolehan Negara akan merosot kerana sawit adalah antara hasil komoditi Negara.

Yang pasti, antara yang tidak mampu dihadapi oleh tenaga kerja tempatan untuk mencari rezeki di ladang-ladang sawit adalah bagi menghadapi peperangan dengan pacat yang jumlahnya bukan berpuluh, beratus atau beribu, tetapi jumlahnya tidak terkira banyaknya.

Sehari bersama lelaki Lombok berada di ladang pada 14 Januari lepas membantu penulis mendapat jawapan kenapa lelaki tempatan tidak sanggup mengait buah sawit. Lelaki Lombok menghadapi kehilangan darah yang bukan sedikit setiap hari kerana disedut oleh ribuan pacat.

Ianya adalah suatu hakikat walaupun sangat pahit untuk diperakukan. Seandainya ekoran gerakkan pemutihan yang dibuat oleh pihak berkuasa, maka lelaki Lombok tanpa dokumen dihantar balik atau dikurung di depo-depo penahanan pendatang asing tanpa izin, apatah lagi sekiranya mereka dilayan diperlakukan seperti penjenayah menyebabkan mereka melihat mereka dilabel sebagai ‘hidung tak mancung pipi tersoroing-sorong’ datang ke Malaysia dan mengambil keputusan untuk tidak akan lagi menumpahkan keringat di negara ini, mahu tidak mahu industri sawit akan terjejas teruk, malah tidak mustahil akan lumpuh.

Lagi pun di Indonesia sendiri sudah wujud banyak ladang sawit yang pastinya akan member saingan kepada negara dalam pemasaran. Sepanjang pergaulan penulis sebagai majikan kepada mereka mendapati lelaki Lombok adalah manusia yang sensitif dan tidak mahu dianggap mereka menyusahkan sesiapa.

Andainya kedatangan mereka ke Malaysia dianggap menyusahkan, penulis YAKIN mereka tidak akan datang lagi, tambah-tambah di negara mereka industri perladangan sawit sedang berkembang. Walaupun mereka memilih bekerja di ladang-ladang yang terpisah dari kemodenan tetapi mereka rata-rata adalah manusia terpelajar.

Kenapa lelaki Lombok sanggup masuk ke ladang sawit tanpa izin?

Matlamat utama adalah untuk mencari rezeki yang halal. Mereka tahu ladang-ladang sawit yang pokoknya berukuran 40 hingga 50 kaki tinggi adalah lubuk emas bagi mereka kerana lelaki tempatan atau pendatang asing dari negara lain tidak mampu untuk melakukannya. Justeru itu mereka berusaha memahirkan diri untuk merebut dan mengisi keperluan itu.

Untuk datang ke Malaysia dari Lombok menelan belanja RM3,000. Jumlah itu dalam bentuk mata wang Indonesia angkanya berjuta-juta, satu jumlah yang bukan kecil. Untuk dapatkan jumlah wang sebanyak itu, terpaksa dibuat pinjaman berbunga dengan bayaran balik pinjaman sekitar RM400 sebulan.  Di samping itu pelbagai ‘pau’ kena dibayar, termasuk semasa di Malaysia. Bertahun-tahun kerja belum tentu mampu bayar balik hutang.

Ada majikan yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja tidak bayar gaji tetapi bekalan makanan pun tidak dihantar. Lazimnya yang dijadikan mangsa adalah mereka yang ada dokumen lengkap yang mana segala dokumen disimpan oleh majikan. Kerana tidak tahan diperbinatangkan, maka mereka larikan diri, menjadikan mereka pendatang tanpa sebarang dokumen.

Kerana hutang perlu dibayar, mereka tidak boleh balik ke negara asal dan terpaksa juga mendapatkan pekerjaan di Malaysia, sekurang-kurangnnya sehingga segala hutang dapat dilunasi. Jika pinjaman/hutang di negara asal tidak dibayar, anak isteri dan keluarga akan dipengapakan oleh pihak yang memberi pinjaman.

Mereka mahu berada di negara ini dalam keadaan halal  kerana bagi mereka Negara ini banyak punca rezeki tetapi dengan kenaan bayaran pemutihan sehinga RM5,000 (oleh agen?) bagi bayaran  biometrik, penyediaan passport dan permit kerja, ianya adalah sangat membebankan.

Jumlah RM5,000 dicamnpur dengan hutang pinjaman RM3,000 atau RM5,000 dengan bunga pinjaan RM400 yang mungkin sudah setahun tidak dibayar, jumlah hutang yang mereka kena tanggung tentulah tinggi. Setahun bekerja tanpa gaji pun belum tentu segala hutang dapat dilunasi.

Dalam pada itu kebanyakan majikan yang mendapat kontrak mengait buah dan prunning sawit adalah terdiri daripada kontraktor kecil. Kalau kos memutihkan pekerja menelan belanja RM5,000 seorang, untuk 10 orang sudah menelan belanja RM50,000.

Potongan yang boleh dibuat barangkali sekitar RM100 sebulan seorang yakni sekitar RM1,000 sebulan untuk 10 orang. Maknanya majikan kena mengambil masa 50 bulan untuk dapatkan kembali kos pemutihan pekerja berjumlah 10 orang.

Dengan 10 orang pekerja majikan tidak mampu menanggung kos pengurusan. Paling sedikit pun kena ada 20 orang. Maknanya untuk kos pemutihan 20 pekerja, majikan kena mengorbankan RM100,000 yang akan mengambil masa 100 bulan untuk dapatlan kembali kos pemutihan.

Kos makanan minum untuk 20 orang pula mencecah RM1,600 sebulan yakni pada kadar RM160 seorang. Itu tidak termasuk kos rokok, ubat gigi, sabun dan keperluan lain. Maknanya kalau kos makan dicampur dengan kos potongan bayaran untuk pemutihan, jumlah yang kena dibayar sebulan adalah RM260 dicampur dengan bayaran balik hutang/pinjaman di negara asal sebanyak RM400, jumlahnya sudah mencedcah RMRM660.

 Mereka ada anak bini yang kena ditanggung makanan minum, biaya persekolah anak-anak dan sebagainya. Paling tinggi pun hasil kerja mereka sebulan sekitar RM1,000.  Kerana itulah lelaki Lombok kalau boleh akan bekerja tujuh hari seminggu, termasuk dalam hujan lebat walaupun kerjanya sangat merbahaya.

Atas alas an itu, maka penulis yang kini terlibat menguruskan pekerja lelaki Lombok atas niat mahu memastikan  pengeluaran buah sawit di ladang-ladang milik Felcra Berhad tidak terbantut, maka sukacita mencadangkan supaya syarat-syarat pemutihan dilonggarkan, paling patut prosesnya dipercumakan buat pertama kali, terutama bagi mereka yang bekerja di ladang-ladang sawit memandangkan sawit adalah antara komoditi negara.

Percayalah, jika syarat ketat dikenakan dan lelaki Lombok memilih untuk kembali ke negara asal mereka atau pun mereka dihantar pulang atas nama PATI tanpa dokumen, industri sawit akan terjejas dengan teruk dalam tempoh yang singkat, kecuali seandainya anggota RELA yang dikerah memburu para pekerja ladang tanpa dokumen atau pun anak-anak muda tempatan bersedia untuk menjadi pengait sawit terlaltih.

Nota: penulis mendapat maklum, selain dari sering dimaki dengan kata-kata kesat, mereka yang ditahan di depoh juga dikasar dengan ditampar atau dipijak, seolah-olah mereka melakukan jenayah sedangkan mereka datang untuk mencari kerja. Ada tahanan yang kerana terlalu lama ditahan menghadapi masalah mental.

PULIH KEMBALI (03/2012)

Demi kepentingan agama, bangsa dan negara: Pas perlu kembali ke matlamat dan tujuan asal penubuhannya

SEBELUM didaftarkan sebagai sebuah parti politik (pendaftarannya diluluskan ole pegawai berbangsa India beragama Hindu yang merupakan rakan akrab Haji Fuad Hassan selaku yang dipertua Pas yang pertama), Pas adalah merupakan sebuah badan dakwah yang mempersatukan para ulamak dalam satu gerakan menuju kesehalaan matlamat.
Kewujudannya adalah hasil inisiatif Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahmi (ayahnda kepada mantan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi) mengadakan persidangan di madrasah berkenaan pada 24 November 1951. Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah bertempat di Butterworth diasaskan oleh Syeikh Abdullah Fahim pada tahun 1924 (Datuk kepada Tun Abdullah).
Ahmad Badawi sebelumnya adalah ketua bahagian agama dan pelajaran Umno yang mana selepas Hizbulmuslimin yang diwujudkan bagi memelihara dan menyelamatkan akidah umat Islam dengan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dijadikan markas, maka sebilangan besar para alim ulamak telah menyertai bahagian agama dan pelajaran Umno.
Penubuhan Pas sebagai badan dakwah yang kemudiannya didaftarkan sebagai parti politik bagi membolehkannya menyertai pilihanraya umum pertama pada tahun 1955 adalah sebagai kesinambungan kepada usulan Majlis Agama Hilir Perak kepada Majlis Agama Perak  supaya mengadakan Persidangan Ulamak Malaya pada tahun 1950.
Hasilnya pada 21 Febuari 1950, satu persidangan ulamak yang dihadiri oleh guru-guru SAR diadakan di Muar. Usulan itu dibuat kerana didapati tindak tanduk penjajah boleh menyebabkan umat Islam renggang dari pegangan agama di samping akidah terdedah kepada kepunahan oleh penangan penjajah.
Ekoran daripada itu, maka pada tahun yang sama, pengasas Madrasah al-Khairiah Kuala Terengganu, Haji Fuad Hassan yang dilantik mengetuai Bahagian Agama Dan Pelajaran Umno menggantikan Haji Ahmad Badawi, telah menginisiatfkan satu lagi persidangan ulamak yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Persidangan itu mensepakatkan satu keputusan untuk menyatukan gerakan dakwah dibawah satu penyelarasan.
Persidangan itu jugalah yang memutuskan satu persidangan bagi penubuhan sebuah badan dakwah yang kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang kekal wujud hingga kini dengan jenama Pas perlu diadakan.  Cadangan persidangan itu diputuskan diadakan di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniah, Butterworth pada 24  November 1951 yang mana seluruh SAR menyertainya.
Matlamat penubuhan Pas pada awalnya bukannya untuk mendominasi kerajaan, sebaliknya bertujuan memainkan peranan mempertahankan akidah umat Islam, mengembangkan syiar Islam dan menegur secara berhemah, memberi pandangan dan peringatan secara berhikmah dari sudut keagamaan kepada Umno sebagai pendominasi kerajaan di negara ini yang telah menjadikan Islam sebagai agama resmi negara dan dimaktubkan dalam perlembagaan negara.
Bagaimanapun ekoran dari penyertaan/keanggotaan dalam Pas, termasuk barisan kepemimpinannya datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan tidak lagi hanya terdiri dari guru dan para pelajar SAR dan sekolah-sekolah seperti sebelumnya (terutama pada awal penubuhannya), maka matlamat, tatacara dan pendekatan Pas yang lebih berorentasikan dakwah Islamiyah telah bertukar kepada wajah parti politik kepartian yang turut menyebabkan matlamat dan tujuannya terpinda dan tergelincir jauh dari landasan matlamat asal penubuhannya.
Sekitar tahun 1990-an, perubahan tujuan dan matlamat Pas mula ketara dan tambah ketara pada tahun-tahun 2000-an, terutama dalam tempoh lima tahun ke mari sehingga berlaku kes-kes perebutan jawatan kepemimpinan sebagaimana yang berlaku dalam parti-parti politik kepartian yang dilabel sebagai secular.
Paling induk kepada ketergelinciran Pas dari rel matlamat dan tujuan asal penubuhannya apabila parti itu telah bergabung dengan DAP yang anti Islam secara terang lagi jelas dan seterusnya menukar matlamat menukar matlamat penubuhan NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN.
Pemimpin Pas  terkini barangkali terlupa dengan peringatan berupa amaran Allah s.w.t. yang melarang umat Islam berteman akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani dan akibatnya jika larangan itu diingkari. Larangan itu antaranya terkandung dalam ayat 118 Surah Ali-‘Imran yang bermaksud:
            “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”
Juga barangkali diterlepas-pandangani ayat 51 Surah Al-Maaidah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang yang zalim”
Dalam konteks di Malaysia, DAP adalah fotostat kepada orang Yahudi dan Nasrani kerana parti itu secara teerang-terang menentang hasrat penubuhan negara Islam dan pemerintahan secara Islam. Kerana Pas ingkar dan membelakangi larangan Allah, maka parti itu menerima padah apabila exco dari Pas buat rampasan arak di Selangor, exco dari DAP memulangkannya kepada penjual semula.
Pas juga terus ditimpa musibah dan kifarah. Antaranya berlaku kegagalan bermesyuarah dalam membuat keputusan sebagaimana yang dituntut dalam Islam, sebaliknya wujud unsur-unsur kevetoan kepimpinan dalam membuat sesuatu keputusan, malah telah wujud unsur-unsur pemberhalaan sesama manusia apabila berlaku kes seorang individu boleh membatalkan keputusan yang dibuat oleh muktamar dan juga presiden.
Lagi bukti kifarah menimpa Pas apabila parti it uterus dilanda krisis sehingga berlaku pemecatan ahli yang mahukan Pas kekal pada landasan asal matlamat dan tujuan penubuhannya. Sebelumnya berlaku kes menobatkan tokoh yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama sebagai pemimpin nombor dua terpenting parti manakala yang mendalam ilmu agamanya dinyahkan.
Secara peribadi penulis memfirasatkan seandanya Pas tergelincir lagi menggelincirkan diri dari landasan asal matlamat dan tujuan asal penubuhannya, parti itu dan barisan kepemimpinannya mahu tidak mahu akan dikifarah dan didatangi musibah demi musibah kerana turut laknat dan dilaknanti gara-gara bersahabat baik kalangan yang bukan sahaja dilarang bersahabat tetapi juga dilaknati.
Terjemahan ayat 78 Surah Al-Maaidah patut dirujuk sebagai panduan supaya Pas dalam keghairahan untuk membina kehebatan tidak terjatuh ke dalam lubang laknat kerana bersepakat dengan kalangan yang dilaknati. Ayang berkenaan bermaksud:
            “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Meriam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas”
            Bani Israel yang kafir adalah Zionis@Yahudi, bangsa yang bukan sahaja merampas bumi rakyat Palestin tetapi juga menyiksa bangsa Palestin tanpa adanya nilai-nilai kemanusiaan. Parti yang pemimpinnya kata langkah mayatnya dulu kalau mahu wujudkan negara Islam adalah DAP. Bila Pas jalin kerjasama dengan parti seumpama itu, maka bermakna Pas pun mahu dilaknati.
Melalui firman Allah dalam Surah Al-Maaidah pada sebahagian dari  ayat 82 yang bermaksud; “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan musyrik……”. Maka munasabahlah kenapa Pas sepatutnya tidak bersepakat dengan DAP, apatah dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan yang berdominasikan Umno yang merupakan sebuah parti milik Melayu beragama Islam.
            Barangkali atas beberapa faktor tertentu, maka Pas menyukai DAP sanggup bersepakat dengan DAP sedangkan ini Pas sangat menentang kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan parti-parti lain milik bukan Islam kerana dari sudut kepentingan politiknya DAP pada kacamata Pas lebih baik dari Umno. Tetapi harus diingat firman Allah  firman Allah s.w.t. melalui Surah Ali-‘Imran dalam sebahagian ayat ke-119 yang bermaksud:
            “Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu…..” yang mana melalui surah yang sama dalam sebahagian ayat 120 Allah berfirman  yang bermaksud;
            “Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu menghadapi bencana, mereka bergembira kerananya………”
            Pemecatan Datuk Dr Hassan Ali sebagai ahli Pas dan seterusnya bekas Naib Presiden Pas dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu jawatan exco tentulah menepati sebahagia dari ayat 120 Surah Ali-Imran setelah agak lama bersedih hati kerana keberadaan Dr Hassan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh membantutkan apa jua usaha untuk menjejaskan imej Islam dan penganutnya yang supaya Pas sentiasa dilandah padah dan kerananya matlamat  serta tujuan penubuhan Pas akan terus berubah.
            Apabila perjuangan ke arah mewujudkan negara diperintah secara Islam yang sangat tidak disukai oleh kalangan yang bukan Islam bertukar kepada memperjuangkan kewujudan negara berkebajikan, juga berlakunya padah dan musibah pergeseran di kalangan pimpinan serta pendukung dan penyokong Pas sudah tentulah ianya mengembirakan rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, terutama DAP.
            Tindak tanduk terkini Pas pada umumnya bersifat menggali lubang menimbus diri sendiri. Usaha-usaha untuk mengembalikan Pas kepada tujuan dan matlamat asal penubuhannya perlu diinisiatifkan kerana Pas perlu terus wujud untuk berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan, terutama dalam soal kepentingan Melayu dan Islam. Sebagaimana negara memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, maka di negara yang mengamalkan demokrasi, negara juga memerlukan pembangkang yang kuat dan mantap.