Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob mendakwa Kelantan memerlukan RM2
bilion (RM2,000 juta) bagi menyelesaikan krisi air bersih di negeri itu yang merupakan masalah berpanjangan dan
memasalahkan seluruh rakyat tidak kira sama ada ianya orang muda, warga emas atau bayi.
Air
merupakan keperluan asas terpenting bukan sahaja untuk mandi manda, minum,
memasak makanan dan mencuci pakaian tetapi juga diperlukan untuk wuduk, mandi hadas terutama bagi pasangan suami isteri dan
mandikan mayat. Tanpa air pelbagai kesusahan dan kesulitan akan dihadapi.
Manakala
Pengerusi Jawatankuasa Perancang
Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato’ Husam Musa pula merancang
untuk mendapatkan sumbangan derma dari jutawan Asia Barat di samping derma dari
rakyat sedang dipungut bagi merealisasikan pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota
Bharu-Kuala Krai sepanjang 78 kilometer.
Lebuhraya
berkenaan menelan kos pembinaan RM1.8
bilion (RM1,800 juta), kurang RM200 juta lagi untuk mencecah angka RM2 bilion
yang diperlukan bagi menyelesaikan krisis air bersih dan masalah muncung paip
hanya keluar angin di banyak kawasan di Kelantan.
Jika
direnung dalam-dalam, nampaknya berbanding dengan masalah yang menjadi masalah
harian rakyat tanpa mengira usia dan
taraf kedudukan, Kerajaan Negeri Kelantan lebih memberi tumpuan dan keutamaan kepada pembinaan
lebuhraya rakyat manakala masalah krisis air tidak sepeduli sebagaimana lebuhraya dipedulikan.
Selain
dari derma telah, sedang dan akan dipungut dari rakyat di samping dicadangkan
bagi mendapatkan sumbangan derma dari jutawan
Asia Barat, perletakan batus asas pembinaan lebuhraya berkenaan telah dilakukan
oleh Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz
Nik Mat ketika cadangan projek pembinaan lebuhraya itu belum lagi diluluskan
dalam mesyuarat exco.
Sudah
pasti ramai yang sukar untuk mendapatkan jawapan bagi pertanyaan kenapa antara air yang menjadi
keperluan sepanjang masa rakyat Kelantan
dengan lebuhraya bagi mengatasi masalah lalulintas hanya pada musim
perayaan, tumpuan dan keutamakan lebih diberikan kepada pembinaan lebuhraya.
Tumpuan
dan keutamaan dalam pembinaan lebuhraya nampak jilah apabila walaupun mesyuarat
exco belum luluskan cadangan pembinaan lebuhraya rakyat, perletakkan batus asas
telah dibuat dan pungutan derma bagi menampung kos pembinaan telah dan sedang berjalan.
Pelik,
aneh dan ajaibnya apabila kontraktor juga dikatakan sanggup kerugian RM100,000
sebulan kerana penempatan jentera pembinaan sedangkan kerja-kerja pembinaan
belum bermula kerana mesyuarrat exco belum meluluskannya. Jumlah kerugian itu tidak termasuk kos insurans dan bayaran elaun
pasukan keselamatan bertugas.
Kenapa
kalau bagi membina lebuhraya boleh dapat dipungut derma daripada rakyat dan
dicadangkan untuk mendapat sumbangan dari jutawan Asia Barat, pasal apa perkara yang sama
, yakni pungutan derma dari rakyat dan dari jutawan Asia Barat tidak dilakukan
bagi mengatasi krisis air sejak lama
dulu?.
Memandangkan
jumlah pinjaman tanpa faedah dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta (ketika itu
harga bahan binaan masih murah berbanding sekarang) tidak mencukupi kerana yang
diperlukan adalah RM2 bilion, ertinya bagi atasi krisi air di Kelantan, jumlah yang
diperlukan RM1.4 bilion sahaja lagi, satu jumlah yang lebih rendah berbanding
kos yang diperlukan bagi pembinaan lebuhraya berjumlah RM1.8 bilion.
Rasanya
rakyat Kelantan akan lebih ringan tangan menderma jika pungutan dibuat bagi
mengatasi krisis air kerana mereka semua guna air berbanding dengan lebuhraya
yang hanya akan menjadi keperluan kepada mereka yang berkereta dan bukannya
satu keperluan bagi yang tidak memiliki
kenderaan, atau pun kalau kenderaan yang dimiliki hanya sekadar basikal tua.
Malah rakyat terbanyak tentu bertanya mana yang lebih berpahala antara memungut derma untuk kos pembinaan lebuhraya rakya dengan seanfainya derma dipungut bagi mengatasi masalah air yang agak kronik di Kelantan.
Malah rakyat terbanyak tentu bertanya mana yang lebih berpahala antara memungut derma untuk kos pembinaan lebuhraya rakya dengan seanfainya derma dipungut bagi mengatasi masalah air yang agak kronik di Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan