Cuba jadikan puasa kali ini untuk mengubah pendekatan
berpolitik
MEMAKI hamun,
mencaci, memperlekeh, mentohmah, menfitnah dan berprasangka buruk dan
memburukkan lawan, termasuk yang bersifat peribadi menjadi asam garam, rempas
ratus lumrah dan budaya kepada pemain politik di negara ini.
Masing-masing
semacam lupa dengan firman Allah melalui ayat 148 surah Al-Maaidah yang
bermaksud;
“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang
kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”
Kalau dianiaya pun tetapi
dimaafkan orang yang buat aniaya, Allah lebih suka. Ini terbukti kalau
diperhatikan ayat 149 surah Al-Maaidah yang bermaksud;
“Jika kamu menyakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan
sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha
Kuasa”
Merujuk kepada pemain politik di
negara ini, bukan setakat di pentas-pentas ceramah di luar musim pilihanraya
serta di lama-laman sosial mahu dan di akhbar-akhbar lidah resmi parti politik
sahaja, tetapi di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri juga budaya melanyak
parti lawan dan menjulang parti sendiri turut menjadi budaya.
Sepatutnya di parlimen atau
dewan-dewan undangan negeri kena disifarkan bayangan politik kepartian kerana di
parlimen atau dewan-dewan undangan negeri bukan untuk gelanggang pertikaman
lidah atas nama wakil parti-parti politik.Kerana itu lambang parti tidak boleh
dibawa masuk.
Di parlimen dan dewan-dewan
undangan negeri adalah gelanggang perbahasan antara pihak kerajaan dengan pihak
pembangkang, tidak kiralah apa parti pun yang membentuk kerajaan kerana diberi
mandat oleh pengundi maka ianya adalah kerajaan manakala yang diberi menang
sebagai pembangkang, ianya adalah mewakili pembangkang.
Sama ada pihak kerajaan atau
pembangkang, masing-masing menerima mandate rakyat dan masing-masing memainkan
peranan dan meminkul tanggungjawab yang sama penting dengan kerajaan kena
memberi khidmat terbaik kekerajanan manakala pembangkang pula kena membei
khidmat terbaik dari sudut kepembangkangan.
Malangnya
di Malaysia , hakikat dan natijahnya walaupun pahit diperakukan, ialah
pemain-pemain politik lebih banyak menghabiskan masa berpolitik kepartian
dengan melanyak parti dan pemimpin lawan serta menjulang parti dan pemimpin
sendiri, termadu di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang sepatutnya
soal-soal politik kepartian tidak dibawa masuk.
Apabila
politik kepartian dibawa masuk ke dalam perbahasan di parlimen atau dewan-dewan
undangan negeri, ianya bukannya akan menyumbangkan kepada menyelesaikan masalah
negara dan rakyat tetapi akan menimbul kekalutan dan kecelaruan yang tidak aka
nada penghujungnya kerana dalam keadaan apa sekali pun parti sendiri akan
dipertahankan manakala pari lawan akan dilanyak habis-habisan.
Ekoran
dari itu maka mandate yang diberikan oleh pengundi sama ada kepada calon yang
mewakili parti yang membentuk kerajaan mahu pun yang mewakili pembangkang tidak
banyak memberi menfaat dan faedah kepada
pengundi, sekali gus tidak menepati tujuan dan matlamat pemberian mandat oleh
para pengundi.
Sepatutnya
setelah selesainya pilihanraya, tugas wakil-wakil rakyat adalah menyempurnakan
mandate rakyat yang mengharapkan kehidupan mereka dan negara pada penggal baru jauh
lebih baik dari penggal-penggal sebelumnya. Tugas itu menjadi tanggungjawab
kerajaan yang kena menjadi kerajaan yang sentiasa lebih baik kerana rakyat yang
memegang kuasa untuk sentiasa memerhati.
Tugas
pembangkang pula adalah menegur segala kelemahan supaya dapat dibaiki oleh
kerajaan di samping mengemukakan cadangan bagi penambah-baikan untuk menjadikan
yang tidak sempurna menjadi sempurna, yang lambat menjadi cepat, yang lemah
menjadi kuat.
Kerajaan
tentu akan menerima kritikan, teguran dan cadangan pembangkang kerana memang
itu tugas pembangkang yang menerima mandate dari pengundi. Tetapi mana mungkin
kerajaan akan menerima teguran dan cadangan yang dibuat atas nama politik
kepartian.
Demikian
juga pihak pembangkang, sudah tentulah hujjah-hujjah mahu pun rangka dan
kerangka bagi pembangunan negara dan rakyat yang dibayangi kepentingan politik
kepartian akan ditolak. Mungkin secara kasarnya nampak yang dimaki hamun adalah
wakil rakyat yang mewakili kerajaan atau pembangkang, tetapi hakikat dan
natijah pengundi selaku pemberi mandatlah yang dimaki hamun. Kalau demonstrasi
dan perhimpunan haram diadakan bagi tujuan mencabar dan melawan kerajaan
umpamanya secara tidak langsung ianya bererti berdemonstrasi dan berhimpun
melawan majoriti rakyat yang memberi mandate kepada penubuhan kerajaan.
Justeru, yang patut menjadi
perbahasan dalam di parlimen atau dewan-dewan undangan negeri adalah yang ada
kepentingan rakyat dan negara serta negeri, yang berkaitan dengan politik
kepartian kena dirancakkan hanya semasa kempen pilihanraya sahaja.
Pihak kerajaan mahu pun
pembangkang sepatutnya kena berlumba-lumba menunjukkan prestasi dan reputasi
yang terbaik kerana rakyat akan membuat penilaian sama ada kerajaan yang
memerintah patut terus jadi kerajaan atau pembangkang yang patut menjadi
kerajaan dan kerajaan yang ada kena bertukar jadi pembangkang.
Sesungguhnya
tidak ada kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan. Sempena bulan puasa tahun
kali yang tentunya masing-masing bergencatan-senjata dari memaki hamun lawan di
kalangan pemain politik dijadikan titik permulaan bagi mengubah pendekatan
politik kepada budaya maki hamun yang dangkal dengan pendekatan yang lebih
profosional tanpa maki hamun tetapi masing-masing cuba tunjuk kelebihan secara
bersopan, beradat, beradab dan bersih dari maki hamun, mencaci, memperlekeh,
menfitnah, mentohmah dan berprasangka buruk.
Ini
penting supaya rakyat bukan sahaja tidak melihat politik dan orang politik
tidak memberi faedah ke arah penyatuan ummah tetapi membawa kepada permusuhan
dan pemusnahan silatur-rahim.