Pulihkan sungai bantu selesaikan masalah air di Kelantan
KOTA BHARU: Tanah, air, api dan angin adalah keperluan mutlak dalam kehidupan. Jika salah satu daripadanya tidak sempurna, maka akan cacatlah keperluan kehidupan. Menjadi tanggungjawab pihak yang menguruskannya untuk menjaga kesempurnaan keempat-empat keperluan mutlak itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Sungai, Kayu Kayan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan (JBMSKDASNK), Encik Mohd. Noor Ibrahim.
Dalam satu kenyataan akhbarnya di sini hari ini, beliau berkata yang bertanggungjawab dalam pengurusan keemat-empat keperluan mutlak itu adalah kerajaan yang menerima mandat rakyat. Kegagalan dalam mengurus-tadbir salah satu daripada keempat-empat keperluan mutlak itu adalah merupakan kegagalan sesebuah kerajaan, apatah lagi kalau tidak sempurna keempat-empatnya sekali.
"Kalau didapati gagal mendapat keperluan mutlak dengan sempurna dan rakyat bertindak menarik balik mandat, kerajaan yang diberi mandat jangan pelik, apatah lagi menyifatkan rakyat silap dalam membuat pemilihan, sebaliknya kenalah memperakukan kesilapan dam kegagalan sendiri" ujarnya yang mendakwa Kerajaan Kelantan kini sedang menghadapi krisis kegagalan mengurus-tadbir keperluan mutlak rakyat.
Yang paling ketara, katanya, adalah air yang merupakan satu daripada empat keperluan mutlak. Masalah air tidak sepatutnya berlaku di Kelantan yang banyak punca bekalan air yang boleh dieksploitasi terana terdapat banyak sungai yang mana bila musim tengkujuh airnya cepat melimpah dan akan berlaku banjir. Sepatutnya industri pembotolan air di Kelantan menjadi industri pelik dan tidak berpelanggan, bukannya menjadi industri yang melabakan kerana pembekalan air dibawah tanggungjawab kerajaan tidak bermutu.
"Kerana gagal menguruskan sungai, kayu kayan dan alam sekitar, air menjadi masalah yang agak kronik gara-gara sungai gagal dan tidak dijaga serta diselia dengan bijaksana, bertanggunhgjawab dan profesional sehingga sungai sempit dan cetek serta airnya kerana kawasan tadahan hujan dimusnahkan oleh angkara kerakusan pembukaan ladang dan pembalakan serta pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal. Dulu air sungai, termasuk Sungai Kelantan sebagai sungai induk mengalir jernih tetapi sekarang apa yang berlaku" tanya beliau.
"Aliran air Sungai Kelantan khususnya kini keruh pekat dan alirannya lesu. Airnya bukan sahaja tidak lalu diminum tetapi nak mandi pun tak tergamak. Sungai pula semakin sempit dan cetek. Itu semua berlaku kerana kerakusan aktiviti pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir yang tanpa mematuhi peraturan dan perundangan. Sungai adalah adalah antara anugerah Allah yang tidak patut dimusnahkan" tokoknya.
Mohd.Noor berkata seandainya tidak ada usaha dibuat bagi menjaga dan memulihara sungai, masalah yang dialami sama ada yang berkaitan dengan air, kayu kayan dan juga alam sekitar yang dihadapi sekarang akan lebih kronik bagi generasi akan datang kerana bilangan mereka akan lebih ramai sedangkan sungai bukan sahaja tidak akan bertambah tetapi akan semakin sempit dan cetek jika tidak dijaga dan dipulihara secara pro-aktif.
"Atas kesedaran itulah maka JBMSKDASNK dengan dinaungi Koperasi Petani dan Nelayan Kelantan Berhad dan Persatuan Perlindungan Pengguna Kelantan diwujudkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO bebas politik kepartian untuk menjadi wasilah penyampaian buah fikiran, cadangan dan teguran membina kepada pihak kerajaan berkaitan dengan sungai, kayu kayan dan alam sekitar. Anggota JBMSKDASNK adalah individu yang rapat dan bergelumanng dengan sungai, kayu kayan dan alam sekitar" tegasnya.
Katanya, melihat kepada keadaan sungai, kayu kayan dan alam sekitar sangat terdedah kepada pemusnahan kronik dan generasi akan datang terdedah kepada kemungkinan hilang hak bagi mendapatkan kesempurnaan keperluan mutlak, JBMSKDASNK telah membuat kunjungan ke beberpa buah jabatan. Antaranya Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar.
"Kami terkejut apabila diberitahu memang ada peraturan dan perundangan dalam pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir tetapi tidak dipatuhi dan telah menjadi punca kepada pemusnahan sungai, kayu kayan dan alam sekitar. Tambah memeranjatkan apabila JPS dan Jabatan Alam Sekitar tidak dibolehkan bertindak ke atas pihak yang melanggar peraturan dan perundangan. Ini adalah kerana yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir itu dinaungi oleh pihak kerajaan juga" ujar.
Bagi maksud menyelamatkan sungai, kayu kayan dan alam sekitar dan penyediaan keperluan mutlak kehidupan tidak terbantut, JBMSKDASNK berpandangan peraturan dan perundangan yang sedia ada dikuatkuasakan dan jabatan-jabatan berkaitan seperti JPS dan Jabatan Alam Sekitar kena diberi kuasa menahan dan mendakwa tanpa kompromi mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan perundangan dalam pembukaan ladang, pembalakan dan pengambilan pasir.
Bagaimanapun, katanya, JBMSKDASNK hanya boleh membuka jalan cadangan, para wakil rakyat yang menerima mandatlah yang kena usahakannya dengan dipersidangkan di dalam dewan dan diminitkan untuk pelaksanaan. Hal yang sangat kronik ini perlu disegerakan perbincangan dan berbahasannya.Hentikan dari terlalu mementingkan politik kepartian.Wakil-wakil rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang kena bersatu dalam membela kepentingan rakyat dan negeri yang turut menjadi kepentingan mereka juga sebagai wakil rakyat.
Mohd Noor berkata JBMSKDASNK dengan kerjasama badan naungan pada masa ini akan memberi tumpuan kepada menyuarakan, mencadangkan dan membuat teguran membinaan berkaitan masalah air dengan menekan kepercayaan bahawa sekiranya sungai-sungai dapat dikembalikan dalam keadaan asal, soal bekalan air tidak akan menjadi masalah di Kelantan kerana sungai boleh dijadikan punca air tanpa perlu menggali telaga seperti yang dilakukan sekarang dengan menelan belanja yang besar tetapi gagal menghasilkan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna.
Katanya harus disedari oleh semua pihak bahawa sungai ada penjaganya sebagaimana pokok kayu kayan dan tumbuhan-tumbuhan ada penjaga. Penjaga sungai adalah Nabi Khaidir kerana itu bila mahu diambil air sungai kena diberi salam kepada Nabi Khiadir manakala untuk mengambil pokok dan tumbuh-tumbuhan kena memberi salam pada nabi Ilias. Kalau dimusnahkan sungai,kayu kayan dan alam sekitar mahu tidak mahu kita akan berdepan dengan kemarahan penjaganya. Bila penjaga marah pasti perkara buruk akan berlaku.
Sabtu, 17 Disember 2011
Ahad, 11 Disember 2011
PULIH KEMBALI (36/2011) - DIKEMASKINI SEMULA DENGAN PEMBETULAN EJAAN
Kelantan terpaksa swastakan semula konsesi air
ABANG LI kuat main isu air. Abang Li tahu ke bahawa isi air sangat menakutkan kerajaan Pas Kelantan kerana ianya boleh menghanyutkan kerajaan pimpin Dato' Nik Aziz dalam PRU-13 nanti. Abang tok kesian ke pada exco dan tok-tok wakil Pas.
Terperanjat saya bila orang dalam SUK yang kenal saya dan mendakwa meminati blog saya dan tulisan-tulisan saya di akhbar, majalah mahu pun di portal detikperubahan.com membangkitkan tentang kerajaan pimpinan Nik Aziz akan lebur gara-gara isu air.
Saya agak bengang dengan masalah air kerana sejak tiga bulan yang lampau, masalah air di rumah saya dan dimklumkan bahawa rumah sekitar rumah saya, terutama di bahagian tingkat atas belum selesai, banyak masa hanya keluar angin di muncungnya dari keluar air.
Kalau keluar pun hanya sekejap dan tidak boleh digunakan untuk minum dan memasak. Dibasuh pakaian berwarna putih akan menjadikan pakaian ada warna kekuning-kuningan. Bayangkan kalau air yang sedemikian kualitinya diminum atau digunakan untuk memasak.
Untuk minum dan masak saya kena beli air jebo. Orang lain juga tentunya macam saya. Kerana itu industri pembotolan dan pemasaran air jebo mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Orang berniaga air jebo berpeluang jadi kaya.
Harga sejebo sederhana besarnya adalah RM7, sehari kena guna dua jebo. Makanya kena habiskan RM14 sehari untuk beli air jebo sahaja. Bagi menteri besar, exco dan wakil-wakil rakyat jumlah secumak itu umpama sisa makanan lekat celah gigi sahaja. Tetapi macam mana dengan rakyat marhain macam saya, lebih-lebih lagi yang lebih marhain dari saya?
Selama ini saya melihat ladang rakyat dan masalah Melayu sedang kehakisan hak ke atas tanah milik mereka serta isu Pas bekerjasama dengan DAP dan pertukaran matlamat dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan yang akan hancurkan Pas di Kelantan.
Rupanya masalah air yang kata exco berkaitan hanya mampu diatasi dalam tempoh 17 tahun akan datang, turut menjadi jerangkap samar kpada Kerajaan Pas Kelantan. Maknanya kerajaan pimpinan Nik Aziz ibarat bukan sahaja akan jatuh ditimpa tangga tetapi tempayan air akan turut menghentak kepala.
Dengan hanya dijamu sepinggan nasi, Nik Aziz selaku MB telah menandantagani perjanjian pengswataan air kepada Kelantan Water Sdn Bhd Bhd (KWSB) yang tidak berbuat apa-apa selain dari menjalankan gerakan memungut bil tertunggak.
Bila KWSB dinyahkan dari tanggungjawab membaiki kualiti air dan sisten pembekalan kerana tidak berbuat apa-apa, Kerajaan Pas Kelantan didenda/terpaksa bayar ganti rugi RM150 juta kepada KWSB kerana menamatkan kontrak. Bayamkan kalau Datuk Seri Najib yang berbuat demikian, sudah pasti 150 kali demonstrasi jalanan diadakan menuntut Datuk seri Najib letak jawatan.
Saya sebagai Ketua Biro Harian Watan ketika itu dan majikan saya disaman dan dituntut RM8 juta oleh KWSB kerana laporan wartawan saya sepanjang 8 paragraf dikatakan boleh merosakkan reputasi KWSB yang memang tidak berfungsi pun.
Konsesi pengurusan air kemudiannya diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMKB). Dibawah AKSB telaga digali bagi mendapatkan punca air, namun air tetap jadi masalah.
Mula-mula Kerajaan Pas Kelantan, termasuk Nik Aziz memberi pelbagai alasan bagi menutup kelemahan. Akhirnya beliau terpaksa mengaku dan khabarnya (khabar dari dalam) perbincangan sedang dibuat untuk diswastakan kembali pengurusan air di Kelantan.
Soalnya mampukah syarikat yang akan diberi konsesi itu nanti menguruskan air dengan lebih baik dan para pengguna akan menerima bekalan air yang bukan sahaja sentiasa ada tetapi kualitinya terjaga. Apakah tidak mungkin akan berlaku kerana dijamu sepinggan nasi, maka perjanjian ditandatangani tanpa mengambil kira standard dan kemampuan pihak yang diberi konsesi.
Bukankah kerajaan pusat mempunyai cukup tenaga kepakaran dalam isu air. Dari terus memberi mandat yang akan menswastakan pengurusan air, kenapa tidak diberi peluang kepada kerajaan pusat membaiki sistem pembekalan dan kualiti air di Kelantan. Supaya kerajaan pusat ada kuasa di Kelantan, maka kerajaannya kenalah dari parti yang sama dengan pusat.
Oleh itu adalah lebih baik jika Kerajaan Pas yang serba gagal dinyahkan dan diganti dengan Kerajaan BN yang terbukti besar jasanya sepanjang kira-kira 12 tahun memerintah dengan kewujudkan Kota Darulnaim, Kompleks Balai Islam, jalanraya Kuala Krai Gua Musang dan banyak lagi kemudahan yang jauh lebih banyak dari zaman Pas diberi mandat membentuk kerajaan yang sudah mencecah usia lebih 20 tahun.
Lagi pun jika pengurusan air diswastakan, tentulah takrif harga air akan dinaikkan kerana matlamat sesebuah perniagaan adalah untuk mendapat keuntungan dan seboleh mungkin akan tidak mentelibatkan diri dari menjadi badan kebajikan.
Justeru demi rakyat dan negeri Kelantan, maka tugas rakyat Kelantanlah untuk membuat penentuan melalui kuasa undi yang mereka miliki sama ada mereka sanggup hadapi pelbagai masalah, termasuk masalah air jika terus ditadbir oleh kerajaan sekarang atau menanggung beban kenaikan takrif air jika benar akan kembali diswastakan atau cuba selesaikan masalah dengan nyahkan kerajaan yang ada dan diganti dengan kerajaan Umno/BN.
Yang boleh buat keputusan adalah rakyat Kelantan sendiri.

Jumaat, 9 Disember 2011
PULIH KEMBALI (35/2011)
Wanita Melayu membuktikan kemampuan sebagai pemerintah
PATTANI adalah antara nama penting bila dibicara, dibahas, diforum, diwacana dan didiskusikan bangsa, bahasa, budaya, adat resam,agama Islam dan kerajaan Melayu.
Ianya pada suatu ketika dulu pernah bersama Kelantan dalam pemerintahan. Dengan kata lain keduanya terangkumdalam satu kesatuan dan sama-sama mempunyai tamadun lebih awal berbanding kerajaan Melayu lain di semenanjung Tanah Melayu.
Sewaktu Pattani bernama Langkasuka dan Kelantan dinamakan Medang Ghana dalam abad pertama, keduanya berada dalam Negara Yawadwipa atau Chryse Chersonesos, keduanya telah muncul sebagai ibu kepada sejarah Melayu atau Al-Jawiyyun di Nusantara.
Sebagaimana Kelantan yang mempunyai pelbagai nama seperti Medang Ghana, Medang Bhumi, Kunjarakunja, Raktamrittika, Empayar Cermin, Serendah Sekebun Bunga dan sebagainya, Pattani juga mempunyai pelbagai nama seperti Langkasuka dan Wurawari.
Nama Pattani mula digunakan antara selepas 1419 dan 1512 Masehi. Nama Pattani itu diberikan oleh Phya Tu Nakpa, anak kepada Phya Tu Kurup Mahajana,ketua kerajaan yang beribu kota di Mahligai. Phya Tu Nakpa atau Raja Merkah Dada telah bertukar nama kepada Sultan Ismail Zilullah fil-Islam selepas memeluk Islam.
Kalau Kelantan yang pernah dikenal dengan Empayar Cermin terkenal dengan Cik Siti Wan Kembang (nama asalnya Puteri Urduga Wijaya Malasingha) sebagai raja, Pattani juga terkenal dengan raja perempuannya yakni Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-1624), Ratu Unggu (1624-16360 dan Ratu Kuning (1636-1651).
Tiga lagi Raja Perempuan Pattani adalah Raja Mas Kelantan (1670-1698). Raja Mas Kelantan adalah permaisuri kepada Raja Bahar yang telah meninggalkan Pattani kerana mengikut abangnya Raja Umar ke Jawa bagi membantu pejuang Bugis melawan Belanda di Jawa.
Setelah kematia Raja Mas Kelantan, tempatnya digantikan dengan anakanya bersama Raja Bahar, Raja Mas Cyam (1689-1708). Kerana berlaku pergolakan dalaman, Raja Mas Cayam telah digantikan dengan Raja Dewi, kerabat D’Raja Kedah yang lari ke Pattani selepas Aceh menawan Kedah (1619). Pada tahun 1716 Raja Mas Cayam kembali menaiki takhta sehingga kematiannya pada tahun 1719. Selepas itu tampuk pemerintahan Pattani yang bergabung dengan Kelantan dan kerajaan pusatnya bermarkas di Kelantan, diperintah oleh raja/sultan lelaki.
Dalam pada itu Aceh juga pernah diperintah oleh empat raja perempuan. Tetapi selepas para ulamak merujuk kepada Syeikhul Islam di Mekah untuk mendapatkan ketetapan hukum mengenai perlantikkan ratu-ratu itu, pihak Mekah menfatwakan tidak sah di sisi hukum negara berketuakan seorang wanita dan Aceh pun kembali kepada lelaki sebagai pemerintah.
Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Unggu dan Ratu Kuning yang memerintah Pattni adalah dari keturunan Maharaja Bukit Siguntang melalui moyangnya Sultan Muhammad Tahir manakala Raja Mas Kelantan dan Raja Mas Cayam adalah baka Kelantan manakala Raja Dewi pula baka Kedah.
Apa yang mahu ditekankan dalam tulisan kecil adalah wanita Melayu pernah mencipta kehebatan sebagai ketuakerajaan sama ada di Pattani, Aceh mahu pun Kelantan. Maka tidak ada sebab untuk wanita Melayu kini boleh terkedepan dalam apa jua bidang.
Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Unggu bukan sahaja meletakkan mertabat Pattni pada tahap tinggi pada mata dunia semasa memerintah tetapi juga mertabat Melayu dan Islamsekali gus. Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Kuning berjaya mengagalkan hasrat Siam menakluki Pattani.
Serangan-serangan Seram untuk tawan dan jajah Pattani ialah pada tahun 1603 (pada era pemerintahan Rtu Hijau), 1632 dan 1633 (pada era pemerintahan Ratu Biru) dan tahun 1638 (pada era pemerintahan Ratu Kuning). Bagaimanpun pada era pemerintahan Ratu Unggu tidak ada serangan percubaan penaklukkan dari Siam.
Hanya pada tahun 1785 yakni kira-kira 34 tahun selepas berakhirnya era pemerintahan Raja-Raja Perempuan Patani dari keturunan Maharaja Bukit Siguntang berakhir, barulah Pattani ditawan Siam, yakni ketika lelaki (Sultan Muhammad Pattani) menduduki takhta yag mana baginda gugur dalam usaha mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Kehebatan raja-raja perempuan Pattani adalah kerana masing-masing fokus kepada tanggungjawab pemerintahan. Era pemerintahan raja perempuan Pattani mulai goyah pada era Ratu Kuning menduduki takhta bila beliau yang meminati bidang perniagaan dan tanaman bunga-bungaan tidak member fokus kepada tanggungjawab sebagai raja dengan lebih banyak masa diberikn kepada urusan pernigaan di samping dibaluti masalah dengan suaminya yang ketika itu dikatakan mengilai gundek.
Kesimpulannya, apa pun yang dilakukan akan menjadi hebat dan berjaya jika diberi fokus dan komitmen tetapi keadaan sebaliknya akan berlaku jika hilang fokus. Apa pun, hakikat dan natijahnya, wanita Melayu patut bangga kerana melalui Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Unggu, Ratu Kuning, Raja Mas Kelantan, Raja Mas Cyam, Raja Dewi mahu pun empat raja perempuan Acheh telah membuktikan kepada dunia malah menjadi catatan sejarah bahawa wanita Melayu mampu menjadi peneraju kepemimpinan jika diberi peluang.
PULIH KEMBALI (34/2011)
Biar Bik Aziz bertanding supaya dia rasa keperitan kekalahan
SEINGATsayalah, Dato' Nik Aziz Nik Mat kata kalau Dr Mahathir bersara hari ini, maka hari ini jugalah dia akan bersara sebagai Menteri Besar Kelantan.
Dr Mahathir dah bersara ke bulum? Boleh ke bercakap bohong? Atau kalau jadi orang Pas berbohong tak apa. tak jadi munafik.
Kes-kes macam ini buat saya keliru, malah saya yakin ramai orang lain pun keliru kenapa seorang yang kononnya alim boleh tidak tepati janj.
Tambah mengelirukan apabila dalam PRU-13 nanti Nik Aziz kata dia tetap akan bertanding, ertinya dia masih mahu MB manakala anaknya, Nik Abduh pula kata tak apa main politik/calon anak beranak.
Sebelum ini Pas paling menentang kronisme dan nepotisme. Khairy Jamaluddin sebagai menatu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diserang teruk kerana kononnya Pak Lah mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Bagi saya, molek juga Nik Aziz terus bertanding supaya dia akan rasa perit menanggung kekalahan dalam PRU-13 nanti.
Tidak mustahil dia akan kalah kerana dia pernah kalah kepada Mohd Zain Abdullah di Parlimen Bachok. Mohd. Zain dilabel sebagai calon lekeh.
PULIH KEMBALI (33/2011)
Tidak akan berlaku ketaksuban jika al-Quran dan Hadis jadi rujukan mutlak
RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya". Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.
Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.
Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.
Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.
Kalau Quran dan Hadis dijadikan rujukan mutlak, tidak akan berlaku ketaksuban melampau sehingga sanggup samakan ulamak termasuk Nik Aziz (pemain politik kepartian) sama dengan nabi.
RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintama
lantadhilluu-abadan-kitaaballa

Rabu, 7 Disember 2011
PULIH KEMABLI (32/2011)
Nik Aziz tidak akan kondem Ustaz Budak demi kepentingan politik
KALAU benar Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan seorang ilmuan Islam yang layak berstatus ulamak, beliau akan segera memanggil, menasihat dan tampil di pentas ceramah bersama Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak dan meminta budak yang ceramah-ceramah serta kuliahnya banyak celupar itu bertaubat dan mengakui keterlanjuran menyamakan dan menserupakan ulamak dan Nik Aziz dengan Nabi.
Malah bertolak-titik dari tragedi itu, Nik Aziz pasti akan mengingatkan para ceramah Pas supaya jangan melampau dalam ketaksuban terhadap parti, apatah lagi ke atas dirinya sebagai individu yang bukan sahaja tidak cukup layak untuk disamakan dan diserupakan dengan nabi tetapi untuk menyama dan menserupakannya dengan ulamak tamada, bukan lagi ulamak muktabar, belum tentu layak pun.
Bagi saya kalangan yang boleh dikategorikan sebagai ulamak-ulamak muktabar paling koman pun adalah para pengasas Mazhad yang empat manakala ulamak-ulamak selepas ulamak muktabar itu hanya layak dikategorikan sebagai ulamak dahan dan ranting kepada ulamak muktabar, malah boleh distatuskan sebagai ulamak 'tamada' atau ulamak 'batat' pada zaman mutkahir ini.
Ini adalah kerana ilmu yang dimiliki oleh ulamat 'batat' atau ulamak 'tamada' adalah yang ditimba dari para ilmuan yang sudah banyak lapis, banyak peringkat atau banyak tangga, bukannya diambil dari para sahabat atau alim ulamak yang hidup semasa hayat Rasulullah s.a.w. atau pada hayat para sahabat yang telah diperakukan sebagai ahli syurga yang mana sebagai ahli syurga, ilmu amal pasti tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Apa yang difatwakan, pandangan dan pendirian ulamak-ulamak pada era selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. serta selepas kematian para sahabat dan ilmuan yang hidup selepas hayat Rasulullah s.a.w. perlu dirujuk al-Quran dan Hadis supaya ada keselarian dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis sebelum diterima atau ditolak.
Percaya bulat-bulat kepada ulamak 'tamada' atau ilamak 'batat' tanpa merujuk al-Quran dan Hadis boleh menyumbang kepada kemungkinan tidak selari dengan ajaran Islam sebenar. Lagi pun merujuk al-Quran dan Hadis adalah sangat dituntut. Ini bersandarkan pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa jika umat baginda berpegang kepada keduanya, pasti akan selamat dari sebarang kesesatan.
Maknanya pada zaman yang kerana feseyen berpakaian atau fesyen rambut sahaja yang kononnya ikut trend dan sejajar dengan ketamadunan dan kemajuan pemikiran dan keilmuan manusia, kita boleh bertukar antara lelaki dengan perempuan, maka dalam menerima, menstatus dan mengiktirafkan ulamak pun perlu hati-hati dan jangan ikut bulat-bulat apa yang dikatakan oleh apa yang dinamakan ulamak sebelum disah-pastikan apa yang dikatakan oleh ulamak 'tamada' atau ulamak 'batat' benar-benar selari dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.
Secara jujurnya saya agak ragu tentang kelayakkan kepatutan Nik Aziz untuk distatus dan diiktirafkan sebagai ulamak kerana banyak apa yang dipercakap dan yang menjadi pendiriannya bukan sahaja tidak disebut oleh Rasulullah s.a.w., tetapi juga oleh para sahabat dan ulamak 'jamen ghitu' (ulamak yang mendapat ilmu hukum hakam dari para sahabat yang hidup pada hayat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat).
Sebaliknya Nik Aziz lebih condong kepada seorang ahli politik kepartian. Dalam mengulas isu Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak uang menyama dan menserupakannya dan ulamak dengan nabi misalnya, beliau berkata beliau tidak berasa dukacita dengan tindakan Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak walaupun ia menyentuh soal akidah sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 6 Disember.
Kalau tidak berdukacita bermakna beliau tidak membantah, sebaliknya merestui tindakan Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak. Kerestuannya itu semakin jelas apabila beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub kepada pemimpin. Pendapatnya itu secara tidak langsung memberi kefahaman kepada umum bahawa ketaksuban kepada pemimpin tidak salah dalam Pas, malah mungkin ianya suatu keperluan.
Pun begitu Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak akan tanggung risiko dan padahnya sendiri atas apa yang dilakukannya apabila Nik Aziz kata beliau tidak bertanggungjawab, sebaliknya Shamsul Zaman Sukri sendiri yang kena bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Nik Aziz memperakukan beliau tidak menghubungi Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak. Ada unsur-unsur keangkuhan dan kesombongan serta kenafsi-nafsian bila kalangan yang taksub kepadanya berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan musibah ekoran dari ketaksuban itu.
Nik Aziz juga cuba mempalitkan kesilapan, keterlanjuran dan kekufuran yang dilakukan oleh pihak yang taksub kepadanya dengan mengaitkan dengan orang lain apabila beliau berkata: "Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang yang tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kufur serupa jugalah...."
Pada kefahaman saya (kalau tersilap saya memohon keampunan kepada Allah), Nik Aziz tidak menganggap menyama dan menserupakan dirinya dan ualamak dengan nabi tidak salah dan tidak membawa kepada kekufuran apabila beliau berkata: ".....Saya tidak ada apa-apa (dukacita), dia kata". Maknanya bagi Nik Aziz Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak tidak melakukan kekufuran walaupun para mufti, termasuk Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Muhamad Shukri Mohamad mahukan Shamsul Zaman Sukri@Budak Budak bertaubat kerana menyamakan ulamak dan Nik Aziz dengan nabi.
Nik Aziz semacam menyanggah panadangan para mufti dan berdasarkan rekod masa lalu memang beliau sering berbuat demikian, pastinya kerana beliau menganggap para mufti tidak mencapai status ulamak di samping keilmuan para mufti tidak mencapai taraf keilmuannya, apatah lagi di kalangan mufti yang tidak menyokong Pas yang mana beliau adalah mursyidul amnya.
Sesungguhnya tidak pelik kalau Nik Aziz tidak menganggap menyamakan dan menserupakan ulamak dan dirinya dengan nabi satu kesalahan, satu kekufuran dan tindakan yang boleh merosakkan akidah kerana sebagai pemain politik, pendewaan, pemujaan, pemberhalaan dan ketaksuban terhadap dirinya dan parti yang didukunginya tentulah menjadi satu keperluan supaya dilihat hebat dan berpengaruh olrh pengundi.
Terpulanglah kepada orang ramai sebagai pengundi untuk bersetuju atau menolak pendirian Nik Aziz. Bagaimanapun adalah lebih elok kalau al-Quran dan Hadis dirujuk sebelum menyokong atau menolak pendirian Nik Aziz atau mana-mana ilmuan Islam supaya kita tdak akan hanya laba di dunia tetapi rugi di akhirat, sebaliknya biarlah kita untung di dunia dan untung juga di akhirat.
Isnin, 5 Disember 2011
PULIH KEMBALI (31/2011)
Nabi dengan ulamak tidak boleh diserupakan
PASTINYA kerana mahu melindungkan bangkai seekor gajah di sebalik sehelai daun lalang dan mahu menegakkan benang basah kerana menyamakan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, maka Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak telah menserupakan ulamak dengan nabi.
Tindakannya menserupakan Menteri Besar Kelantan itu dengan nabi yang mana bagi Pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Haji Abdullah Sa'amah boleh membawa kufur, pastilah kerana Ustaz Budak itu terlalu taksub dan ditaksubkan dengan Nik Aziz yang pasti dianggap ulamak bagi sekalian ulamak.
Kalau seorang ilmuan yang dikatakan hafal Mustika Hadis boleh taksub melampau dengan ketokohan Nik Aziz yang darjat resminya sekarang dalam kerajaan yang diketuainya adalah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka apatah lagi di kalangan pendukung dan penyokong Pas yang bacaan al-Fatihah pun belum tentu betul.
Nik Aziz berstatus 'Tuan Guru' hanya setelah beliau dilantik sebagai Menteri Besar. Sebelumnya beliau berstatus 'ustaz'. Status 'Tuan Guru'nya lebih terkemudian dari Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (kini Presedin Pas) walaupun Nik Aziz jauh lebih tua dari Haji Hadi yang memiliki pusat pengajian pondok di Marang, Terengganu.
\
Lazimnya gelaran 'Tuan Guru' distatuskan kepada mereka yang menjadi ketua kepada pusat pengajian pondok. Nik Aziz tidak pernah menjadi ketua kepada tenaga pengajar pusat pengajian pondok walaupun beliau tinggal dalam kawasan pusat pengajian pondok yang diasaskan oleh ayahnya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar.
\
Beliau pernah mengajar sekolah buta (sekolah untuk celik-hurufkan orang dewasa) yang terletak dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kalau sekarang ini di samping menjadi 'ustaz' di Maahad Muhammadi sebelum dipilih bertandiung di Kawasan Parlimen Kota Bharu Pantai/Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) atas tiket Pas apabila diadakan pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan pada tahun 1967.
Sebenarnya penstatusan Nik Aziz dengan 'Tuan Guru' adalah bertujuan dan berkepentingan politik. Ianya dari idea Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini adalah Ahli Parlimen Kota Bharu yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Menteri Kelantan dan juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan supaya Kerajaan pas Kelantan nampak Islamik.
Penstatusan itu dari sudut keperluan dan kepentingan politik sangat sesuai dan amat kena dengan tujuan perjuangan Pas yang mahu mewujudkan pemerintahan secara Islam dan sesuai dengan slogan yang lebih bersifat retorik yakni Membangun Bersama Islam apabila rakyat Kelantan memberi mandat kepada Pas memerintah Kelantan.
Apabila beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Wan Abdul Rahim telah menggezetkan status 'Tuan Guru' sebagai nama resmi Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun beliau seorang aktivis Pas tegar, namun Wan Abdul Rahim bukan berpendidikan agama, apatah lagi bertaraf ilmuan Islam. Sebaliknya beliau adalah seorang ahli politik yang mendapat pendidikan tinggi sekular.
Wan Rahim adalah orangnya yang memberi status 'Tuan Guru' kepada Nik Aziz yang kini Nik Aziz telah diserupakan dengan nabi oleh Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak. Sedalam dan secumak mana ilmu Ustaz Budak berbanding dengan para ilmuan Islam yang masih hidp pada waktu ini terutama di negara ini, termasuklah para mufti, sukar untuk dipastikan.
Bagi penulis walaupun Nik Aziz tidak dinabikan dan hanya sekadar diserupakan dengan nabi semata-mata kerana Nik Aziz dianggap sedbagai ulamak adalah sesuatu yang tidak patut dan boleh mempunah-ranahkan akidah, malah boleh bersetuju dengan pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, bole menyumbang kepada kufur.
Hakjikat dan natijahnya ulamak dengan nabi tidak sama walaupun fungsi dan peranan keduanya seakan serupa, yakni sama-sama mengajak manusia ke syurga dan jauhkan diri dari neraka.
Pun begit nabi maksum, yakni bersih dari dosa tetapi ulamak tidak. Nabi tidak ada yang dinerakakan tetapi ada sirah yang mengatakan ada alim ulamak yang masuk neraka kerana dosa yang dilakukan. Nabi dan rasul menerima arahan dakwah terus dari Allah dalamm bentuk wahyu atau melalui Jibril yang suci dari dosa sedangkan ulamak menerima ilmu dan membina kealiman serta ketakwaan dari guru-guru di kalangan manusia yang tidak maksum macam nabi.
Penulis yakin Ustaz Budak yang masih budak silap pemahaman, maka beliau serupakan antara ulamak dengan nabi sebagaimana ramai di kalangan orang politik, terutama orang Pas yang keliru dengan menganggap menolak Pas bermakna menolak Islam atas alasan politik tidak boleh dipisahlkan dari Islam.
Memang betul politik tidak boleh dipisahkan dari agama tetapi bukan nya parti politik atau poltik kepartian. Antara politik dengan parti politik atau politik kepartian adalah dua perkara yang berbeza walaupun sebutannya agak serupa. Politik adalah cara atau pendekatan manakala parti politik atau politik kepartian adalah wadah atau alat.
Allah dan rasul berpolitik tetapi Allah dan nadi tidak bereparti politik atau b erpolitik kepartian. Penciptaan Adam a.s. adalah antara politik Allah untuk menguji ketaat-setiaan malaikat, syaitan dan iblis dengan meminta Adam a.s. diterima sebagai ciptaan yang serba istimewa,
Malaikat akur dengan perintah Allah tetapi syaitan dan iblis ingkar. Kalau Adam a.s. tidak dicipta, makhluk ciptaan-Nya yang lain tidak akan tahu sejauh mana kesetiaan syaitan dan iblis kepada Allah. Secara politiknya Allah telah mendedahkan kepada makhluk-Nya feel perangai syaitan dan iblis laknatullah.
Dalam menegur Rasulullah s.a.w. yang asyik mendakwah pembesar Quraisy yang enggan terima Islam sehingga mengabaikan Ibnu Maktum yang buta dan daif yang datang untuk mendapatkan formula bagi meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaannya, Allah berpolitik dalam membuat dengan memulakan firman-Nya dalam Surah Abas yamg bermaksud "Hai orang yang memalingkan mukanya......"
Rasulullah s.a.w. jugq berpolitik tetapi tidak berparti politik. Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijahg Binti Khuwalid yang merupakan seorang armalah dan lebih tua dari baginda adalah merup[akan antara politik Rasulullah s.a.w. kerana terbukti Khadijah banyak membantu dan memudahkan kerja dakwah baginda. Selain dari berketurunan bangsawan Quraisy yang disegani, Khadijah adalah tokoh korporat Kota Mekkah yang hebat.
Penghijaran baginda dari Mekkah ke Madinah, pembinaan Masjid Quba, mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin serta perjanjian kedrjsama dengan qabilah-qabilah kaum Yahudi yang tidak menerima Islam adalah merupakan antara politik Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas-tugas kenabian dan kerasulan baginda. Baginda juga berpolitik dalam usaha memasuki Kota Mekah.
Tidakkah Islam boleh dinamakan parti politik kepada Rasulullah s.a.w. atau apakah tidak boleh Pas distatuskan kepada jemlaan Islam? Bagi penulis jawabnya tidak, kerana untuk menjawat jawatan nabi dan rasul, baginda Junjungan Besar tidak melalui proses pengundian, tidak berkempen, apatah lagi memaki hamun lawan untuk menangi jawatan.
Justeru kalau ada politik yang mendakwa menyokong dan mengundinya mendapat pahala dan menolaknya berdosa, maka ianya adalah dakwaan palsu dan kesilap-fahaman yang sangat jelas antara politik dengan parti politik atau politik kepartian sebagaiman kesilap-fahaman dengan ulamak dianggap sama dengan nabi atau sengaja buat-buat tidak faham demi keperluan dan keuntungan poltik kepartian.
Kalau para sahabat pun tidak ada yang disamakan dengan nabi, siapa Nik Aziz untuk disamakan dengan nabi? Mana lebih ulamak antara para sahabat dengan Nik Aziz. Betulkah Nik Aziz teralim dari yang teralim pada dekad ini dan siapa yang membuat pengiktirafan sedangkan kerap kali ungkapan dan bahasa yang digunakannya tidak mencerminkan seorang yang alim dan takwa.
Sesuungguhnya bukan sedikit orang alim yang sesat kerana terlalu ditaksubi oleh pengikut. Pengasas agama Sikh asalnya orang Islam yang alim dan pakar al-Quran. Pun demikian dengan pemimpin tariqat Ahmadiah dan sebagainya. Kerana itulah kita jangan terlalu yakin bahawa apa yang kita buat adalah betul kerana kemungkinan apa yang kita buat yang kita sangkakan perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan perbuatan ahli neraka manakala orang yang kita sangka melakukan perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.
Justeru itu orang ramai kena yakin bahawa menyamakan Nik Aziz dengam nabi ianya adalah suatu kekufuran yang nyata dan perlu bertaubat nasuha.
Langgan:
Catatan (Atom)