Selasa, 21 Jun 2011

PULIH KEMBALI (1/2011)

Pas akan terus kehilangan pendukung dan penyokong

SYUKURLAH setelah kira-kira sebulan berdepan dengan masalah teknikalisme, akhirnya hari ini saya dapat kembali berblog dan akan cuba untuk sentiasa aktifkan blog ini walaupun agak sibuk dengan urusan penyelenggaraan ladang setelah saya dan pasangan hidup baru saya dapat peluang bagi kerja-kerja mengait buah dan potong pelepah (prunning) sawit Felcra di kawasan seluas 16,000 ekar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kamaruddin Abdul Rahman Slow Machang, rakan yang juga antara petugas paling banyak berkorban masa, tenaga dan kepakaran semasa akhbar mingguan dan majalan bulanan saya masih on dulu. Insyaallah akhbar mingguan dan majalah bulanan saya akan kembali on nanti bila urusan permohonan pembaharuan permit selesai. Doakanlah untuk saya.

Dengan lebih banyak masa di ladang, barangkali saya banyak ketinggalan dari sudut maklumat semasa, termasuk yang berkaitan dengan politik. Pun begitu yang pasti saya amat jengkel, mual, dugal dan jijik dengan perkembangan terbaru Pas yang mahu mewujudkan NEGARA BERKEBAJIKAN dan menutup buku tentang matlamat penubuhan Pas serta prinsip dan dasar parti itu, malah yang didakwa dan dilelong merata oleh pemimpin Pas terkini tentang  hasrat mewujudkan negara Islam.

Apa yang menjadi kebimbangan saya dan kalangan yang melihat Pas dari sisi yang berbeza dengan kepimpinan Pas terkini, telah benar-benar berlaku. Dasar dan pendekatan Pas terkini banyak yang difotostat dari fail-fail lama Umno/BN. Keutamaan pimpinan Pas sekarang adalah bagi mendapatkan kuasa walaupun terpaksa menggadai dan melelong prinsip parti dan dasar serta matlamat penubuhan Pas itu sendiri.

Pada umumnya apa yang telah menjadi bahan sejarah kepada Umno/BN telah ditiru, difotocopy dan dire-aktif oleh Pas dengan rata-rata lebih bersifat umpama menyudu bermangkuk-mangkuk hingus dan geriak hijau + kuning dan menghirup, mengulum dan mengunyahnya dengan lahap lagi pelahap oleh pimpinan Pas terkini yang rata-rata beresmikan lalang, akan meliut mengikut tiupan angin.

Bahananya Pas telah, sedang dan akan terus berdepan dengan krisis keyakinan dan tidak mustahil kehilangan pendukung dan penyokong yang mahukan Pas kekal dengan prinsip, dasar dan matlamat asal penubuhannya, bukannya Pas yang rosak dan punah oleh pimpinan Pas terkini yang mengambil pendekatan 'tikus membaiki labu' dan 'tupai melorek buah sseto'.

Parti itu akan dibanjir oleh pendukung dan penyokong baru yang kalau ditanya sejarah dan matlamat penubuhan Pas akan tergagap-gagap, malah ada yang yang tidak kenal siapa Presiden Pas sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (masa masih di Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan  dulu saya cuba guna khidmat seorang kakitangan baru masuk bertaraf penolong pengarah dan anak gemulah tok wakil Pas bagi dapatkan gambar-gambar tokoh Pas untuk dimuatkan dalam Buletin Khas. Bayangkan tidak diketahui siapa itu Fuad Hassan, Zulkifli Muhammad, Burhanuddin Helmy, Yusoff Rawa dan Fadzil Noor).

Yang mereka tahu  Pas adalah parti 'tok guru'. Bila presiden parti kemukakan sesuatu gagasan, maka akan ditolak mentah-mentah gagasan itu jika 'tok guru' menolaknya. Bagi mereka 'top guru' serba benar. Ada yang percaya apa keputusan yang dibuat oleh 'tok guru' adalah selari dengan Kehendak Allah belaka. Kerana alim dalam jahil teropong, mereka lupa bahawa sikap mereka itu telah bersifat memBERHALAkan  sesama manusia kerana terlalu yakin 'tok guru' benar dalam semua perkara.

Saya pula secara peribadi melihat apabila Pas bersekongkol dengan DAP, parti itu kini ibarat ayam yang disembelih secara sah oleh penyembelih bertaraf wali digulai dalam satu kawah dengan ayam yang dimampuskan dengan dipulas tengkuknya. Walaupun dalam keadaan darurat, tidak ramai yang sanggup memakannya miskipun hanya sekadar menghirup kuah, samalah seperti kaki-kaki 'bbuje' Ggolok, masa nak makan akan dipilih makanan yang halal walhal berjubur/berkoca' dengan pelacur sama haramnya kalau makan daging babi atau makan ayam dan itik yang dimampuskan dengan dipulas tengkuknya.

Saya teringat kata seorang orang Pas Pasir Puteh (kini dah jadi wakil rakyat) yang ikut rombongan Speaker DUN Kelantan melawat Selatan Thai semasa saya masih bertugas dengan Urusetia Penerangan dulu, ramai anggota rombongan yang 'kembe' melihat beliau memakan dengan lahap kueh lembek yang masih panas yang dibeli di kaki lima tidak jauh dari hotel penginapan di Hadnyai dan dijual oleh penjual bukan Islam. Pagi itu anggota rombongan bersiap-siap untuk bertolak pulang.

Katanya nak makan kueh Siam 'kembe'...makan anak Siam tak 'kembe'. Maknanya menjuburi dan menkoca'i pelacur Siam tak 'kembe'. Ramai juga yang terhenti totok dari ketawa kena smasyannya tu. Pasti ada yang rasa tersigun agaknya. Sebagai perakam maklumat dan peristiwa, saya hanya tersenyum sendiri. Saya nampak ada penghuni yang juga anggota rombongan di bilik sebelah dengan penempatan saya dan rakan-rakan media yang lain, bawa masuk anak Siam lewat tengah malam. Entah untuk apa, saya pun tak berani nak firasat atau buat agakan dan tohmahan.

Kesimpulannya bila dikaitkan dengan kepimpinan terkini Pas,  pada saya hanya mereka yang boleh makan setalam  ayam yang disembelih secara halal dengan ayam yang dimampuskan dengan dipulas tengkuknya sahaja yang akan terus menyokong Pas, malah juga barangkali oleh kalangan yang tidak 'kembe' berjubur dengan anak Siam yang cari makan dengan perkhidmatan buka-katup kangkang tanpa mereka ketahui bahawa perkhidmatan mereka yang kononnya mahu mencari rezeki yang halal itu adalah perbuatan yang haram dan terkutuk!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan