Pastikan media arus perdana tidak 'over' julang
ANTARA faktor kekalahan teruk Umno/BN di Kelantan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan beberapa buah negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umu ke-12 tahun 2008 adalah kerana para pengundi mahu membuktikan bahawa merekalah sebagai pemberi mandat yang berkuasa menentukan kalah menang mana-mana calon yang bertanding sama ada pendukung kerajaan atau mewakili parti pembangkang.
Pada pilihanraya umum ke-8 misalnya, para pengundi, terutama di Kelantan sangat bengang dengan laporan-laporan 'over' julang oleh media cetak arus perdana dan juga media elektronik menyebabkan Umno/BN gagal memperolehi sebranag kerusi DUN dan parlimen. Kini unsur-unsur yang serupa sedang nampak bibit-bibitnya.
Kalau Umno/BN gagal menawan Kelantan dan negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 nanti ianya bukan kerana Pas/PR kuat kerana Pas/PR tidak pernah kuat tetapi kerana Umno/BN gagal bersatu di samping kerana pengundi meluat dengan laporan-laporan 'over' julang media yang sesetengah bertindak lebih Umno/BN dari Umno/BN sebenar.
Sehubungan dengan itu, Umno/BN kena memastikan supaya pisang tidak berbuah dua kali dengan jangan membiarkan media menjahanamkan peluang Umno/BN melalui laporan-laporan 'over' julang, terutama oleh beberapa individu di sesebuah organisasi media cetak mahu pun elektronik.
Laporan media pro pembangkang dan media yang tidak brrpihak kepada mana-mana pihak patut diambil kira dengan telus dan tulus: yang baik diterima-pakai manakala yang tidak baik dijadikan sempadan. Kena terima hakikat bahawa yang paling pahit adalah ubat yang paling mujarab manakala yang manis lazimnya akan menyumbang kepada punca serangan pelbagai penyakit kronik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan