Rabu, 30 November 2011

PULIH KEMBALI (26/2011)

Airrrrrrrrr sampai bila rakyat Kelantan kena nanti????????

WALAUPUN konsesi pengurusan bekalan air di Kelantan bertukar dari Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang membuat untung 'atas' darat berjumlah antara RM50 juta ke RM150 juta bertukar tangan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang bernaung dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), namun masalah air terus dihadapi rakyat hingga kini dan entah bila ianya akan selesai.

Atas nama Ketua Biro Harian Watan Kelantan (pada waktu itu), saya disaman RM8 juta kerana melepas-siarkan laporan wartawan saya tentang kegagalan KWSB berfungsi menguruskan pembekalan air kerana sepanjang memegang konsesi pengurusan air di Kelantan, KWSB tidak berbuat apa-apa pun untuk membaiki kualiti pembekalan air selain dari menjalankan gerakan memungut bil-bil tertunggak dari pengguna.

Bila pemegangan konsesi ditamatkan, KWSB mendapat bayaran kerana ditamatkan pemegangan konsesi. Sukar  untuk dipastikan status kes berkenaan kerana ianya telah berlalu selama kira-kira 14 tahun yang lampau. Saya sudah tidak bertugas dengan Harian Watan lagi manakala operasi Harian Watan telah pun diberhenikan atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak tahu kerana ketika operasi diberhentikan, saya sudah tidak bertugas dengan akhbar itu lagi.

Kerajaan pusat pernah menyumbangkan RM600 juta (pinjaman) bagi membiayai kos pengurusan air dan memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air yang bukan sahaja sempurna tetapi bersih. Tetapi kualiti air tetap buruk menjadikan industri penghasilan dan penjualan air yang dibotolkan berkembang pesat di Kelantan.

Ini adalah kerana walaupun ada kawasan yang bekalan air paipnya tidak terganggu, namun kualiti airnya tidak sesuai untuk dijadikan air minuman dan masak memasak, malah jika dibasuh kain baju berwarna putih, baju dan kain akan menjadi kekuning-kuningan.

Rakyat Kelantan terpaksa bayar bil air setiap bulan tetapi pada masa yang terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi membeli air untuk minum dan digunakan bagi masak memasak. Sebotol air botol yang dibeli harganya antara RM2 hingga RM7. Untuk satu keluarga paling kurang kena belim dua botol sehari. Banyak juga kawasan yang kepala paipnya banyak masanya hanya  keluar angin dari keluar air.

Turut menghadapi masalah bekalan air adalah hospital menyebabkan pembekalan air altenatif terpaksa diusakan dengan membuat telaga tiub sendiri. Exco berkaiatan dalam pengurusan air menjangkakan masalah air di Kelantan akan hanya dapat diselesaikan dalam tempoh 17 tahun akan datang tetapi saya yakin jika kerjaan sekarang kekal memerintah, 170 tahun lagi pun masalah air tidak akan selesai.

Ini adalah kerana telaga-telaga yang dibina bagi mendapatlan punca air gagal berfungsi sebagaimana yang sepatutnya sedangkan seandainya punca air disedut dan disuling dari Sungai Danau Toban yang mana kos penyedutan, penyulingan dan pembinaan batang-batang paip serta pembinaan pusat transit akan jauh lebih jimat berbanding dengan pembinaan telaga.

Kerana sikap cerdik tidak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar: pihak kerajaan yang kononnya diterajui oleh kalangan yang alim, ciptaan sungai oleh Allah yang mana sungai fungsinya adalah menakung air tidak cuba dimenfaatkan, sebaliknya dibazirkan wang menggali telaga yang lebih menyumbang kepada pembaziran dan gagal berfungsi mengatasi masalah air.

Ketika hampir pilihanraya umum ke-13 pemasangan batang paip bagi membeli undi kini dipasang di serta kampung dengan masalah muncung paip air kalau keluar air pun macam jantan kencing dedas terus dibiarkan tanpa diadakan usaha-usaha pemulihan dan prnambah-baikan.

Sebenarnya pemsanagan batang-batang paip itu bukannya akan menatasi masalah, sebaliknya akan menambahkan lai masalah kerana jumlah mereka yang akan menghadapi masalah bekalan air yang sering terbantut akan bertambah apabila penduduk di kawasan yang biasanya menggyunakan air telaga air atau telaga tiub bertukar kepada bergantung kepada air yang dibekalkan oleh AKSB.

Ini adalah kerana banyak kawasan yang telah lama meneruma bekalan air dari AKSB yang mengambil alih konsesinya dari KWSB masih menghadpi masalah bekalan air yang kronik. Penambahan jumlah kawasan pembekalan air oleh AKSB ibarat orang yang terkena penyakit purut ditambah pula dengan penyakit kurap.

3 ulasan:

  1. memang betul pun dgr cite nok buat telaga hok supo di jerman..gapo dio puak-puak pakar ni sebut telaga jejari..khabarnya kos sebutir telaga jejari termasuk peralatannya (pam)dekat ngan RM3.0 juta..isk-isk...ado juga dgr cite kontaktor-kontraktor hok buat projek bekalan air luar bandarpun dipaksa wat telaga jejari..kalu tok sir buat tok yah deal ngan AKSb...minta tolong Che Meli check betul ko lagu tu? harap2 ado kontraktor Projek air luar bandar bule bersuara atas nama kebenaran...

    BalasPadam
  2. Saya akan cuba, Berikan saya sedikit masa

    BalasPadam
  3. cuba pastikan....kalau tak silap ambo...pemasangan paip ke kampunr2 la ni tu buke bawah kerajaan negeri..kerajaan pusat bagi tender paa kementerian kesihatan untuk baik pulih kualiti air..tapi yg peliknya..tergamak puok2 pas tu pasang banner kat tepi2 jalan kata projek tu kerajaan klate yg buat...nampak gayanya lembu punya susu sapi dapat nama...maka berduyun duyun la ore kampung pangkah PAS lagi dale PR nanti...sebab apa??? sebab kerajaan PAS buat jasa kat demo2...itu la kerja Parti Isle...he he..

    BalasPadam