Selasa, 29 November 2011

PULIH KEMBALI (24/2011)

Siasah dah kembali ke pasaran, Wasilah bila lagi?

PERTAMA-TAMANYA saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Mohd. Sayuti Omar (MSO) kerana akhbar Mingguan Siasah kembali ke pasaran. Sebagai orang media yang turut terbabit dalam penerbitan, saya tumpang bangga dan gembira.

Ekoran dengan terbitnya Siasah, raamai yang bertremu saya bertanya bila pula Wasilah akan kembali menemui pembaca. Tergamam juga saya. Wasilah adalah akhbar mingguan kesayangan saya, sebuah nama penerbitan yang sangat-sangat saya banggai.

Secara jujur saya tegaskan sewaktu melafazkan cerai terhadap bekas bini saya yang menuntut cerai melalui mahkmah syariah, tidak setitik pun air mata saya tumpah. Tetapi ketika saya mengambil keputusan menukar nama Wasilah kepada seorang rakan (demi kepentingan hayatnya), berminggu-minggu saya menangis kerana terlalu sedih dan merasa kehilangan Wasilah.

Terbukti perhitungan saya silap, pergantungan saya bagi meneruskan hayat Wasilah umpama ibarat bergayut pada dahan mumut dan rapuh. Selain dari perniagaan saya lebur ekoran kurang bijak saya memindah-milik permit Wasilah, akhbar berkenaan turut hancur.

Pun begitu Wasiolah terus hidup di hati dan dalam hidup saya selagi hayat dikandung badan. Insyaallah jika segala usaha saya berhasil, Wasilah akan kembali bernafas. Tetapi untuk menafaskan sebuah akhbar bukan seperkara yang senang. Paling busuk pun saya perlukan RM1 juta untuk menfaskan Wasilah semula.

Dari mana saya akan dapatkan RM1 juta? Mungkin saya akan mati dalam angan-angan. Pun begitu saya tidak akan jemu berusaha dan berdoa supaya hasrat untuk kembali menafaskan Wasilah akan menjadi kenyataan.

Semuga Allah mempermudahkan usaha saya kerana sesungguhnya tidak ada yang mustahil dalam hidup ini. Otak SPM saya pada umumnya telah menerobos bidang-bidang yang sepatutnya diterokai oleh pemegang ijazah, pemegang Ph D. Saya memberanikan diri memeluk gunung atas keyakinan kejayaan adalah milik orang yang sedia berusaha tanpa jemu dan tidak lupa berdoa kepada-Nya.

Saya tidak pernah takut mempertaruhkan otak SPM saya untuk menerokai bidang-bidang yang sepatutnya diterokai oleh parta pemegang ijazah, pemegang Ph D atas kesedaran bahawa ada di kalangan usahawan/jutawan di negara ini terdiri dari kalangan buta huruf.

Ertinya berbanding dengan usahawan/jutawan buta huruf, saya lebih berilmu. Justeru tidak ada sebab untuk saya tidak dapat menafaskan kembali Wasilah semata-mata keranaa saya tidak ada diploma, ijaazah, apatah lagi Ph D. 

Saya sedar ada orang yang memperlekehkan saya kerana saya belajar setakat empat thanawi dan SPM tulisan saya termasuk yang menjadi kandungan Wasilah tidak ada unsur-unsur ilmiah. Memang pun sasaran saya bukan di kalangan para ilmiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan