Jumaat, 6 Januari 2012

PULIH KEMBALI (01/2012)

Anwar mengisu-negarakan masalah peribadinya

SAMA ADA Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atau tidak oleh mahkamah pada 9 Januari nanti ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan yang memerintah kerana bekas timbalan perdana itu pada hakikat dan hakikinya berdepan dengan masalah peribadinya.

Yang mendakwa diliwati adalah anak muda bernama Saiful, bukannya kerajaan, bukan Umno atau mana-mana parti politik. Bila ada laporan polis dibuat dan diudapati ada kes, maka mahu tidak akan dibicarakan supaya yang mendakwa akan mendapat keadilan.

Sebagai orang yang didakwa, Anwar pula berhak mempertahankan diri. Kerana mahu Saiful yang mendakwa dan Anwar yang didakwa mendapat keadilan, maka perbicaraan berlangsung dengan mengambil masa yang panjang, malah mahkamah telah memberi  peluang kepada mereka dari luar negara turut babitkan diri.

Terpulanglah kepada kemunasabahan hujjah berdasarkan bukti dan saksi sama ada Saiful akan mendapat pembelaan atau Anwar yang akan mendapatlannya. Kalau kerajaan berkonspirasi mahu hancurkan Anwar, perbicaraan kes tidak perlu panjang, boleh saja dibicarakan untuk tempoh berbulan-bulan dan terus dipenjarakan, bukannya mengambil masa bertahun-tahun.

Yang peliknya kenapa Anwar sanggup mengisu-negarakan masalah peribadinya dengan mengerah kalangan yang taksub kepadanya serta mereka yang kemarukkan huru-hara berdemontrasi untuk selamatkannya dari dijatuhkan hukuman jika mahkamah mendapati beliau memang bersalah.

Apakah Anwar tidak mengambil kira tentang nilai moral dan reputsainya apabila hanya berdepan dengan seorang anak muda bernama Saiful, maka orang ramai dikerah untuk membantunya. Tambah pelik lagi kenapa Saiful yang mendakwa diliwat, kerajaan oula yang Anwar dan penyokong fanatik serta pendukung dan penyokong kerajaan marahkan.

Sepatutnya demonstrasi dibuat di depan rumah Saiful, bukannya di perkarangan mahkamah atau di mana-mana kawasan atau tempat yang tidak ada kaitan dengan Saiful. Mahkamah kena bicarakan, yakni memenuhi tanggungjawab kehakiman bila ada pendakwaan.

Kalau dah tak bersalah apa nak takut, kalau menjadi mangsa konspirasi, tak bolehkah Anwar menerimanya dengan reda dan dalam menghadapi penganiayaan, maka berdoalah kepada Allah agar dimerdekakan dari penganiayaan kerana doa orang yang teraniaya sangat makbul.

Seandainya dalam keadaan teraniaya doa tidak dimakbulkan, maka Anwar sendiri perlu memuhasabah diri dan para penyokong fanatik patut membuat penilaian tentang siapa sebenarnya Anwar yang mungkin disangka intan permata tetapi hakikatnya beliau hanya gerek.

2 ulasan:

  1. "Anwar yang mungkin disangka intan permata tetapi hakikatnya beliau hanya gerek"

    Kughang hajor le tuuee...

    BalasPadam
  2. Di mata saya Anwar tidak ubah seperti taik buruk tepi jalan sahaja. Saya masih ingat masa buat liputannya di Sekolah Vokasional Tanah Merah, Kelantan. Masa tu saya masih bertugas sebagai wartawan. Celuparnya dia menghina Tun Ghafar yang cuba dinyahkan dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Hampir keseluruhan menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen (kini dimansuhkan) saya berpengalaman mendampingi mereka walaupun mereka barangkali tak kenal saya. Setidak-tidanya saya dapat cium bau perilaku mereka. Hanya dalam kabinet Datuk Seri Najib, terdapat muka-muka baru yang saya tidak pernah dampingi kerana mereka muncul dan aktif selepas saya tidak lagi terlibat dengan dunia kewartawanan secara langsung. Sebahagian besar wakil rakyat Pas di Kelantan pun saya ada maklumat tentang mereka, sesetengahnya pernah dalam satu rombongan semasa ke Thailand dan Kemboja

    BalasPadam