Kalau dirasakan kerjasama Pas-PKR-DAP boleh menyebabkan Pas kalah, kenapa pula dicadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR) yang boleh memungkinkan sokongan dan simpati para pengundi kembali kepada Pas kerana nama dan perjuangan diakitan dengan Islam walaupun pada hakikatnya perjuangan Pas itu sendiri belum selari dengan Pas.
Jika Pas keluar dari PR, saya yakin dengan sendirinya kemerosotan sokongan terhadap Pas yang goyah kerana silap strategi bekerjasama dengan DAP yang anti Islam, sudah tentu akan menyebabkan Pas kembali kuat dan utuh kerana identiti Pas itu yang dilihat Islamik. Saya yakin calon-calon Pas menang pada PRU-12 bukan hanya kerana menerima undi dari ahli dan penyokong Pas semata-mata tetapi juga dari ahli dan penyokong Umno dan begitulah sebaliknya.
Setiap orang Melayu beragama Islam tidak mahu Pas atau Umno hancur kerana kedua-duanya merupakan wadah politik utama mereka dan peranan kedua-duanya sama-sama penting dan sama-sama diperlukan bagi memikul tugas kekerajaanan dan kepembangkangan.
Punca kebencian Melayu terhadap kedua-dua parti adalah kerana adanya kerjasama dengan parti lain yang dilihat cuba mencabuli hak ketuanan Melayu di samping cuba mengkhianati Islam yang bukan diturunkan untuk orang Pas atau Umno atau mana-mana bangsa atau suku kaum tetapi adalah untuk semua manusia dan juga jin.
Orang Melayu Islam tahu jika Pas berada dalam PR dan jika PR menerima mandat untuk menubuhkan kerajaan, yang mendomenasi keajaan itu nanti bukan Pas, tetapi sama ada PKR atau DAP. Melihat kepada keadaan, DAP lebih berkemungkinan ada mendominasi kerajaan PR.
Kalau pun PKR yang mendomenasi kerajaan PR, pasti tidak ada apa bezanya dengan DAP kerana keanggotaan PKR bersifat cacamarba yang secara tidak langsung akan mewujudkan pemerintahan dan pentadbiran bersifat cacamarba.
Ertinya kalau mahukan Pas kalah dan PR ditolak majoriti rakyat dan pengundi, Pas kena terus dibiarkan berada dalam PR supaya tidak timbul ketidak-seragaman parti-parti dalam PR dan padahnya bukan sahaja PR akan lemah tetapi Pas dan PKR akan lemah tetapi DAP pasti akan tetap kuat kerana orang DAP yang rata pendukung dan penyokong terdiri dari kaum Cina bermain politik tidak sama dengan orang Melayu.
Kalau Umno/BN cuba mngungkit punca dan faktor yang menjadi penyebab kekalahan Pas, pasti parti itu akan membaiki segala kelemahan, sekali gus ia akan kembali menjadi mantap dan kuat serta akan payah untuk digugat.
Demikian juga kalau Pas asyik menwarwarkan faktor penyebab yang memungkinkan Umno/BN boleh tumbang, maka Umno/BN sudah pasti akan membaiki segala kelemahan. Padahnya hasrat Pas/PR nak tumbang kerajaan Umno/BN akan menjadu umpama anjing salak bukit, jangan bukit nak runtuh, serpihan batu sebesar taik mata pun tidak akan teralih tempat letaknya kerana salakan anjing.
Padahnya bila tiba pilihanraya, Umno/BN akan terus mnerima mandat rakyat dan pas terus kekal dalam angan-angan untuk menjadi kerajaan. Untuk tuntut malu maka SPR dituduh tidak telus, pengundi hantu menangkan Umno/BN dan orang yang dah mati pun mengundi, satu alas an yang tidak masuk akal bagi pengundi yang tahap kewarawan berskala besar dan sederhana.
Sepatutnya tradisi mengajar itik berenang dengan mengutamakan menwarwarkan kelemahan lawan tanpa mengkaji secara terperinci kelemahan parti sendiri tidak berlaku kerana tindak sedemikian rupa tidak akan membantu menjadikan rakyat sebagai pengundi melihat pemain politik lebih cerdik dari mereka.
Keghairahan menyelongkar dan menwarwarkan kelemahan lawan tetapi tidak cuba memuhasabah, mencari dan mengatasi kelemahan parti sendiri menyebabkan bila berlaku pilihanraya, keputusannya sering bercangah dengan apa yang dirangka dan dikerangkakan oleh para pakar.
|
Kerjaya politik satu pekerjaan untuk kesinambungan hidup. Kalau dalam kerjaya lain seperti guru, doktor dan sebagainya, tempoh kerjaya melebihi 30 tahun tetapi wakil rakyat hanya 5 tahun. Kalau tidak berjuang mempertahankan kedudukan, maknanya 'makan angin'lah 5 tahun lagi.
BalasPadam( Adakah mereka pemimpin Pas tidak faham frasa " over my dead body " itu kerana ia disebut dalam BI oleh Karpal Singh. Saya pun kadang2 fikir itu macam juga. Sebab kalau faham, jangan lah buat rakan2 dalam PR ini macam tunggul yang tak ada perasaan dan yang tak ingat apa yang pernah diucapkan )
BalasPadamSaya copy paste warning daripada seorang penyokong PR kepada Pas. Dia bengang sebab Pas ni sekejab Negara Islam sekejab Negara Kebajikan. Dia rasa macam Pas nak main2 dengan DAP pula.
DAP dah bagi warning pun masih duk sebut isle isle lagi. Tak reti bahsa kah ?