Isnin, 30 Januari 2012

PULIH KEMBALI (02/2012)

Betulkah Datuk Dr Hassan Ali tidak akan memberi bekas kepada Pas?

KERANA bebaskan diri dari kejumudan: antaranya telah menyertai dan menyokong Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk menyelamatkan umat Islam dari murtad yang dilarang supaya jangan hadir oleh parti dan kerana enggan menyerai perhimpunan untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes lewat Anwar Ibrahim) yang disuruh hadir oleh parti, Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari Pas.

Ekoran pemecatan itu, banyak luahan dibuat oleh Dr Hassan, termasuk tentang adanya orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat sewaktu beliau menjadi exco. Saya, malah rakyat Malaysia seluruhnya pasti tidak akan lupa macam mana arak yang dirampas oleh pihak berkuasa agama Islam di Selangor telah dikembalikan atas desakan exco dari DAP. Ianya adalah satu bentuk penghinaan terhadap keja-kerja yang melibatkan kepentingan Islam sebagai agama resmi negara. Pihak berkuasa agama Selangor ketika itu bawah portfolio Dr Hassan,

Bagi saya pemecatan Dr Hassan adalah satu malapetaka kepada perjuangan Pas tetapi rata-rata pimpinan Pas serta pendukung dan penyokong fanatik parti itu yang bagi saya sudah jauh terpesong dari matlamat dan tujuan penubuhan Pas nampaknya yakin pemecatan Hassan tidak akan memberi bekas kepada Pas. Betulkah begitu? Saya bukan baru dalam Pas tetapi agak lebih awal mufarakah dari Pas setelah kira-kira lapan tahun berada dalam kerajaan Pas Kelantan.

Sebelumnya saya banyak belasah Umno, terutama Dr Mahathir (kini Tun) sewaktu beliau jadi PM dan Presiden Umno. Kerana itulah agaknya maka saya dijemput masuk ke sebuah agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan dilantik ke jawatan perlantikan politik. Mungkin kerana saya dianggap boleh melabakan parti walaupun ketika dijemput masuk saya dah kata saya jenis TAK MAKAN BREAK.

Yang pasti saya ditakdirkan masuk ke dalam organ Kerajaan Pas Kelantan supaya saya yang tidak fanatik dan tidak jumud dapat melihat wajah sebenar Pas dan mencium bau sebenar Pas untuk ditulis setelah saya diberi sedikit kerajinan menulis walaupun tidak cukup berbakat di samping tidak berilmu berbanding dengan pimpinan dan juga pendukung serta penyokong Pas yang fanatik dan jumud.

Mungkin orang macam saya, Hussein Ceton, Pok Had Ceton Tembus, Cikgu Soh Tandak (cikgu saya) yang kerana kuat Pasnya pernah ditampar dalam kelas ketika sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi (ketika itu saya di darjah lima) dan beberapa kerat bekas orang Pas yang lain memang tidak memberi bekas kepada Pas kerana ilmu politik, ilmu agama dan standard akademiksme kami tidak sebalas mana. Tetapi saya yakin Dr Hassan tidak setamada yang cuba disogokkan kepada pendukung dan penyokong Pas oleh pimpinan Pas dan gerak-saraf Pas supaya para pengundi, terutama pengundi Pas/Pakatan Rakyat tidak melihat pemecatan Dr Hassan sebagai malapetaka kepada Pas.

Kepada orang Pas yang pemikirannya terbuka dan berpandangan jauh, mereka tidak akan menafikan ketokohan, keilmuan dan kewibawaan Dr Hassan. Berapa kerat tokoh dalam Pas mempunyai tahap ketokohan, keilmuan dan kewibawaan seperti Dr Hassan. Kalau bukan kerana beliau menjadi aset penting Pas, masakan beliau diterima masuk Pas tanpa sebarang curiga bahawa Dr Hassan yang kini dilabel oleh pimpinan Pas sebagai 'budak suruhan Umno' ketika beliau memilih menyertai Pas dulu.

Siapa yang menitiskan air mata kerana sangat terharu dengan penyertaan Dr Hassan menyertai Pas yang mana Padang Mini Stadium sendat dengan lautan manusia ketika Dr Hassan muncul bersama Nik Aziz berceramah. Semak kembali kaset/cd ucapan pimpinan Pas dan cuba semak kembali laporan akhbar Harakah ketika itu supaya boleh dibuat penilaian secara saksama sama Dr Hassan umpama gerek atau emas putih kepada Pas.

Hakikatnya Dr Hassan Ali, Ustaz Ismail Kamus, Dr Harun Din, Professsor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad, Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sejujuk nama yang membantu menarik minat pengundi untuk memberi kemenangan yang agak mewah kepada pakatan pembangkang pada pilihanraya umum ke-12 kerana mereka adalah merupakan antara nama-nama besar, termasuk dalam bidang dakwah. Penyertaan mereka menjadikan Pas dilihat lebih standard sebagai sebuah parti politik.

Pengundi memberi undi kepada mereka supaya negara dapat ditadbir-urus dengan lebih Islamik. Yang diharapkan adalah terbentuknya pemerintahan berwajah perjuangan Pas. Tetapi setelah diberi mandat menubuhkan kerajaan di beberapa buah negeri, terbukti harapan pemberi mandat meleset. Kerajaan yang diwujudkan bukan sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas, sebaliknya Pas hanya menjadi penampel, malah lebih bersifat gulai basi sahaja dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan yang diwujudkan lebih buruk dari kerajaan Umno/BN kerana kerajaan diwujudkan lebih banyak beretorik.

Matlamat menubuhkan negara Islam bertukar kepada negara berkebajikan, dakwaan haram bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti yang diamalkan oleh Umno telah menjadi halal apabila Pas bekerjasama dengan DAP yang anti Islam sedangkan parti-parti komponen BN tidak ada yang anti Islam secara terang-terangan. Bekerjasama dengan Umno yang ahlinya Melayu dan beragama Islam tidak boleh tetapi bekerjasama dengan DAP yang anti Islam boleh. Ada unsur kebengongan dan kebangangan di kalangan pimpinan Pas kerana hati dan pemikiran diseliputi kesombongan melampau.

Tentu rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana Ustaz Nasharuddin Mat Isa diseranah, dimaki hamun, dipersampah-sarap dan dipertaikkan apabila beliau yang ketika itu Timbalan Presiden Pas menyokong gagasan kerajaan perpaduan bersama Umno yang digagaskan oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Bila Ustaz Nasharuddin selaku timbalan presiden yang menyokong gagasan presiden di maki hamun, dipersampah-sarap serta dipertaikkan, secara tidak langsung presidenlah sebenarnya yang dimaki seranah, dipersampah-sarap dan dipertaikkan.

Saya yakin apa yang sedang berlaku kepada Pas sekarang sama ada pertukaran hala tuju perjuangan dari matlamat menubuhkan kerajaan Islam bertukar kepada kerajaan berkebajikan serta berlakunya kes pecat ahli yang saya yakin tidak akan hanya ternoktah setakat pemecatan Dr Hassan Ali sahaja, adalah kifarah terhadap sikap tokoh tertentu yang menganggap dirinya perfect dan suara serta apa yang dimahukannya cukup berpower dan boleh mengatasi power presiden, tidak boleh dibantah, kalau dibantah akan dianggap tahap Islamiksme akan tercalar dan pembantah akan terima padah.

Tidak mustahil dan tidak pelik perkara seumpama itu berlaku kerana sering disebut bahawa adakalanya apa yang disangka apa yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan adalah perbuatan ahli syurga tetapi hakikatnya adalah perbuatan ahli neraka manakala yang disangka seseorang individu atau kumpulan melakukan perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga. Patut diambil iktibar tentang bari alim ulamak akhirnya masuk neraka sedangkan seorang yang jahil dan hanya kerana mendahulukan pemberian air kepada anjing yang dahaga ketika dia juga dahaga telah menjadi ahli syurga.

2 ulasan:

  1. guano komen berat benar ni wei...
    abe meli soh-soh jadi ejen umno ni....
    gerenti dok masuk syurgo....hehehehe...
    PAS bukan ISLAM
    UMNO parti politik
    ISLAM itu adalah ISLAM....

    BalasPadam
  2. Biasalah...kawe akan katak mana yang patut katak...julang mana yang patut julang. Soal syurga ke neraka kawe nanti Allah yang tentukan dan kawe kena terima dengan redha. Tanggungjawab kawe buat apa yang disuruh semampu mungkin damn tinggalkan yang terlaranng di samping tidak berhenti beristighafar. Soal politiik nak dijadikan rel ke syurga takdok langsung dalam kepala kawe.

    BalasPadam