Khamis, 9 Februari 2012

PULIH KEMBALI (03/2012)

Demi kepentingan agama, bangsa dan negara: Pas perlu kembali ke matlamat dan tujuan asal penubuhannya

SEBELUM didaftarkan sebagai sebuah parti politik (pendaftarannya diluluskan ole pegawai berbangsa India beragama Hindu yang merupakan rakan akrab Haji Fuad Hassan selaku yang dipertua Pas yang pertama), Pas adalah merupakan sebuah badan dakwah yang mempersatukan para ulamak dalam satu gerakan menuju kesehalaan matlamat.
Kewujudannya adalah hasil inisiatif Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahmi (ayahnda kepada mantan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi) mengadakan persidangan di madrasah berkenaan pada 24 November 1951. Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah bertempat di Butterworth diasaskan oleh Syeikh Abdullah Fahim pada tahun 1924 (Datuk kepada Tun Abdullah).
Ahmad Badawi sebelumnya adalah ketua bahagian agama dan pelajaran Umno yang mana selepas Hizbulmuslimin yang diwujudkan bagi memelihara dan menyelamatkan akidah umat Islam dengan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dijadikan markas, maka sebilangan besar para alim ulamak telah menyertai bahagian agama dan pelajaran Umno.
Penubuhan Pas sebagai badan dakwah yang kemudiannya didaftarkan sebagai parti politik bagi membolehkannya menyertai pilihanraya umum pertama pada tahun 1955 adalah sebagai kesinambungan kepada usulan Majlis Agama Hilir Perak kepada Majlis Agama Perak  supaya mengadakan Persidangan Ulamak Malaya pada tahun 1950.
Hasilnya pada 21 Febuari 1950, satu persidangan ulamak yang dihadiri oleh guru-guru SAR diadakan di Muar. Usulan itu dibuat kerana didapati tindak tanduk penjajah boleh menyebabkan umat Islam renggang dari pegangan agama di samping akidah terdedah kepada kepunahan oleh penangan penjajah.
Ekoran daripada itu, maka pada tahun yang sama, pengasas Madrasah al-Khairiah Kuala Terengganu, Haji Fuad Hassan yang dilantik mengetuai Bahagian Agama Dan Pelajaran Umno menggantikan Haji Ahmad Badawi, telah menginisiatfkan satu lagi persidangan ulamak yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Persidangan itu mensepakatkan satu keputusan untuk menyatukan gerakan dakwah dibawah satu penyelarasan.
Persidangan itu jugalah yang memutuskan satu persidangan bagi penubuhan sebuah badan dakwah yang kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang kekal wujud hingga kini dengan jenama Pas perlu diadakan.  Cadangan persidangan itu diputuskan diadakan di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniah, Butterworth pada 24  November 1951 yang mana seluruh SAR menyertainya.
Matlamat penubuhan Pas pada awalnya bukannya untuk mendominasi kerajaan, sebaliknya bertujuan memainkan peranan mempertahankan akidah umat Islam, mengembangkan syiar Islam dan menegur secara berhemah, memberi pandangan dan peringatan secara berhikmah dari sudut keagamaan kepada Umno sebagai pendominasi kerajaan di negara ini yang telah menjadikan Islam sebagai agama resmi negara dan dimaktubkan dalam perlembagaan negara.
Bagaimanapun ekoran dari penyertaan/keanggotaan dalam Pas, termasuk barisan kepemimpinannya datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan tidak lagi hanya terdiri dari guru dan para pelajar SAR dan sekolah-sekolah seperti sebelumnya (terutama pada awal penubuhannya), maka matlamat, tatacara dan pendekatan Pas yang lebih berorentasikan dakwah Islamiyah telah bertukar kepada wajah parti politik kepartian yang turut menyebabkan matlamat dan tujuannya terpinda dan tergelincir jauh dari landasan matlamat asal penubuhannya.
Sekitar tahun 1990-an, perubahan tujuan dan matlamat Pas mula ketara dan tambah ketara pada tahun-tahun 2000-an, terutama dalam tempoh lima tahun ke mari sehingga berlaku kes-kes perebutan jawatan kepemimpinan sebagaimana yang berlaku dalam parti-parti politik kepartian yang dilabel sebagai secular.
Paling induk kepada ketergelinciran Pas dari rel matlamat dan tujuan asal penubuhannya apabila parti itu telah bergabung dengan DAP yang anti Islam secara terang lagi jelas dan seterusnya menukar matlamat menukar matlamat penubuhan NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN.
Pemimpin Pas  terkini barangkali terlupa dengan peringatan berupa amaran Allah s.w.t. yang melarang umat Islam berteman akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani dan akibatnya jika larangan itu diingkari. Larangan itu antaranya terkandung dalam ayat 118 Surah Ali-‘Imran yang bermaksud:
            “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”
Juga barangkali diterlepas-pandangani ayat 51 Surah Al-Maaidah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang yang zalim”
Dalam konteks di Malaysia, DAP adalah fotostat kepada orang Yahudi dan Nasrani kerana parti itu secara teerang-terang menentang hasrat penubuhan negara Islam dan pemerintahan secara Islam. Kerana Pas ingkar dan membelakangi larangan Allah, maka parti itu menerima padah apabila exco dari Pas buat rampasan arak di Selangor, exco dari DAP memulangkannya kepada penjual semula.
Pas juga terus ditimpa musibah dan kifarah. Antaranya berlaku kegagalan bermesyuarah dalam membuat keputusan sebagaimana yang dituntut dalam Islam, sebaliknya wujud unsur-unsur kevetoan kepimpinan dalam membuat sesuatu keputusan, malah telah wujud unsur-unsur pemberhalaan sesama manusia apabila berlaku kes seorang individu boleh membatalkan keputusan yang dibuat oleh muktamar dan juga presiden.
Lagi bukti kifarah menimpa Pas apabila parti it uterus dilanda krisis sehingga berlaku pemecatan ahli yang mahukan Pas kekal pada landasan asal matlamat dan tujuan penubuhannya. Sebelumnya berlaku kes menobatkan tokoh yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama sebagai pemimpin nombor dua terpenting parti manakala yang mendalam ilmu agamanya dinyahkan.
Secara peribadi penulis memfirasatkan seandanya Pas tergelincir lagi menggelincirkan diri dari landasan asal matlamat dan tujuan asal penubuhannya, parti itu dan barisan kepemimpinannya mahu tidak mahu akan dikifarah dan didatangi musibah demi musibah kerana turut laknat dan dilaknanti gara-gara bersahabat baik kalangan yang bukan sahaja dilarang bersahabat tetapi juga dilaknati.
Terjemahan ayat 78 Surah Al-Maaidah patut dirujuk sebagai panduan supaya Pas dalam keghairahan untuk membina kehebatan tidak terjatuh ke dalam lubang laknat kerana bersepakat dengan kalangan yang dilaknati. Ayang berkenaan bermaksud:
            “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Meriam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas”
            Bani Israel yang kafir adalah Zionis@Yahudi, bangsa yang bukan sahaja merampas bumi rakyat Palestin tetapi juga menyiksa bangsa Palestin tanpa adanya nilai-nilai kemanusiaan. Parti yang pemimpinnya kata langkah mayatnya dulu kalau mahu wujudkan negara Islam adalah DAP. Bila Pas jalin kerjasama dengan parti seumpama itu, maka bermakna Pas pun mahu dilaknati.
Melalui firman Allah dalam Surah Al-Maaidah pada sebahagian dari  ayat 82 yang bermaksud; “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan musyrik……”. Maka munasabahlah kenapa Pas sepatutnya tidak bersepakat dengan DAP, apatah dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan yang berdominasikan Umno yang merupakan sebuah parti milik Melayu beragama Islam.
            Barangkali atas beberapa faktor tertentu, maka Pas menyukai DAP sanggup bersepakat dengan DAP sedangkan ini Pas sangat menentang kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan parti-parti lain milik bukan Islam kerana dari sudut kepentingan politiknya DAP pada kacamata Pas lebih baik dari Umno. Tetapi harus diingat firman Allah  firman Allah s.w.t. melalui Surah Ali-‘Imran dalam sebahagian ayat ke-119 yang bermaksud:
            “Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu…..” yang mana melalui surah yang sama dalam sebahagian ayat 120 Allah berfirman  yang bermaksud;
            “Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu menghadapi bencana, mereka bergembira kerananya………”
            Pemecatan Datuk Dr Hassan Ali sebagai ahli Pas dan seterusnya bekas Naib Presiden Pas dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu jawatan exco tentulah menepati sebahagia dari ayat 120 Surah Ali-Imran setelah agak lama bersedih hati kerana keberadaan Dr Hassan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh membantutkan apa jua usaha untuk menjejaskan imej Islam dan penganutnya yang supaya Pas sentiasa dilandah padah dan kerananya matlamat  serta tujuan penubuhan Pas akan terus berubah.
            Apabila perjuangan ke arah mewujudkan negara diperintah secara Islam yang sangat tidak disukai oleh kalangan yang bukan Islam bertukar kepada memperjuangkan kewujudan negara berkebajikan, juga berlakunya padah dan musibah pergeseran di kalangan pimpinan serta pendukung dan penyokong Pas sudah tentulah ianya mengembirakan rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, terutama DAP.
            Tindak tanduk terkini Pas pada umumnya bersifat menggali lubang menimbus diri sendiri. Usaha-usaha untuk mengembalikan Pas kepada tujuan dan matlamat asal penubuhannya perlu diinisiatifkan kerana Pas perlu terus wujud untuk berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan, terutama dalam soal kepentingan Melayu dan Islam. Sebagaimana negara memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, maka di negara yang mengamalkan demokrasi, negara juga memerlukan pembangkang yang kuat dan mantap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan