Khamis, 1 Disember 2011

PULIH KEMBALI (27/2011)

Ladang rakyat memusibahkan rakyat?

BERBEKALKAN garam, tembakau, gula, serbuk kopi dan beras, hutan rimba diredah. Bila dipastikan sesuatu kawasan rimba belum diteroka, maka kawasan berkenaan ditebas-tebang. Lazimnya kawasan yang dipilih berhampiran dengan sungai bagi memudahkan mendapat sumber air, sumber lauk dan juga untuk memudahkan keluar masuk ke dunia luar.

Mereka yang sanggup mempetaruhkan nyawa dan mengerah kederat menggunakan 'parang bon' untuk menebas dan kapak bagi menebang adalah mereka yang hidup merempat di kampung kelahiran dan berhasrat mahu merubah taraf hidup demi masa depan anak cucu.

Langkah pertama adalah membuka huma untuk ditugal padi dan ditanaman sayur-sayuran untuk dijadikan sumber makanan. Kemudian ditebas-tebang kawasan yang lebih luas untuk tanaman pokok getah dan buah-buahan. Kerana hanya dengan mnenggunakan parang dan kapak, proses menebas-menebang, memerun dan membakar, apatah lagi menanam anak pokok getah dan pokok buah-buahan memakan masa yang panjang.

Untuk menukar hutan rimba kepada kebun getah seluar 10 ekar misalnya, belum tentu berhasil dalam tempoh sepuluh tahun. Untuk mewujudkan kebun buah-buahan bagi kawasan seekar, belum tentu ianya dapat diwujudkan dalam tempoh setahun. Pokok getah atau buah-buahan yang ditanam terdedah kepada ancaman babi dan gajah, malah nyawa terdedah kepada ancaman harimau, gajah, ular, beruang dan pelbagai binatang liar lagi.

Setelah kalau keringat dikumpul boleh menjadi sebuah terusan dan air mata yang tumpah boleh menjadi sebuah anak sungai, barulah kebun getah dan pokok buah-buahan yang ditanam membuahkan  hasil dengan masa yang diambil berbelas hingga berpuluh tahun.

Dari sebuah kawasan terpencil dan terasing menjadi sebuah perkampungan walaupun tidak mempunyai kemudahan asas kerana perkampungan, kebun getah dan kebun buah-buahan diwujudkan secara haram dari sudut penstatusan kerajaan. Hidup mula senang berbanding dengan semasa tinggal di kampung dalam keadaan serba merempat.

Tetapi alangkah luluhnya hati apabila kebun getah dan pokok buah-buahan yang telah menselesakan hidup setelah berpuluh tahun bermandi keringat dan air mata dan terdedah kepada ancaman, harimau, gajah dan pelbagai binatang buas disodok, pokok getah dan pokok buah-buahan ranap.

Yang meranapkan adalah jentolak-jentolak milik kalangan bermata sepet dengan bahasa dan cara bercakapnya sukar difahami yang mengaku bahawa pokok-pokok getah dan pokok buah-buahan yang disodok termasuk dalam kawasan projek penanaman sawit dan getah klon yang diluluskan atas nama syarikatnya dengan kerjasama Ladang Rakyat.

Sesetengahnya mendakwa kelulusan kawasan yang disodok adalah atas nama syarikatnya dengan kerjasama YAKIN, YIK, Akademik Yakin, Tabung Tok Kenali, Perbadanan Pondok Berhad dan Perbadanan Menteri Besar (PMBK). Paling banyak dapat kelulusan adalah atas nama kerjasama dengan Ladang Rakyat. Yang dapat laba taukeh-taukeh bermata sepet yang hanya ketawa melihat tangisan dan raungan amarah kalangan yang distatuskan sebagai peneroka haram.

Ladang rakyat? Kenapa dinamakan Ladang Rakyat? Apakah keseluruhan rakyat mendapat faedah dan menafaatnya. Jawabnya tidak. Hakikatnya Ladang Rakyat memusibahkan rakyat. Yang dapat pengagihan yang kononnya bonus adalah kalangan yang rapat dengan wakil-wakil rakyat, paling koman pun emak dan anak-anak Tok Penghulu. Kalau berani yang berani nafikan, sanggupkah bersumpah dipanah petir?

Yang sah mendapat faedah adalah kalangan bermata sepet yang mana wakil-wakil rakyat dan para pegawai Ladang Rakyat, YIK, YAKIN, Akademik Yakin, Tabung Tok Kenali, Perbadanan Pondok, PMBK dan sebagainya akan memandang tinggi dan menghormatinya lebih dari diri sendiri, apatah lagi dengan bangsa sendiri yang rosak hati kerana kebun getah dan kebun buah-buahan bertukar identiti.

1 ulasan:

  1. ..UNDI PAS = UNDI DAP
    ..UNDI PAS = UNDI ANUWAR AL JUBURI
    ..UNDI PAS = UNDI AMBIGA PENYOKONG PEMBELA MURTAD
    ..UNDI PAS = DAPAT TIKET KESORGA ???????

    BalasPadam