Melihat keunggulan politik Rasulullah s.a.w.
RASULULLAH s.a.w. bukan sahaja nabi dan rasul serta penghulu bagi sekalian anbia tetapi baginda juga merupakan seorang ketua kerajaan, panglima dan pahlwan di medan juang, diplomatik, peniaga, penternak dan ahli politik maha ulung.
Kerana tuntutan dan keperluan politiklah, baginda berhijrah dari Kota Mekah kota kelahiran baginda ke Madinah yang menjadi tempat persemadian baginda yang wafat pada 12 Rabiulawwal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi.
Dengan khidmat petunjuk jalan oleh seorang orang Quraisy yang bukan beragama Islam bernama Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. bertemankan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyusuri pantai Laut Merah menuju Madinah yang ketika itu dikenali dengan Yasrib.
Sebelumnya Rasulullah s.a.w. dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi dalam Gua Thur untuk mengelak dari terserempak dengan para pemuda Quraisy yang mahu membunuh bagi mengekang kebangkitan Islam. Ekoran itu baginda menerima perintah berhijrah dari Allah.
Kenapa lelaki Quraisy yang belum Islam sebaga penunjuk jalan? awabnya ialah ianya adalah sebagai sebahagian dari politik baginda untuk membuktikan bahawa mengeksploitasi bukan Islam demikepentingan Islam dibolehkan.
Juga bagi menunjukkan bahasa Islam bukan ajaran buruk sangka, termasuk terhadap bukan Islam yang tidak memusuhi dan mendatangkan bahaya kepada Islam. Dengan kata lain kepakaran bukan Islam yang bermenfaat boleh dicedok-pakai.
Abdullah bin Uraiqit adalah seorang yang arif dan pakar tentang perjalanan Mekah-Madinah. Perjalanan itu terpaksa melalui padang pasir yang luas dan panas serta merbahaya kepada yang tidak arif.
Baginda yang berkenderaankan unta sampai di Quba yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari Kota Yasrib@Madinah pada hari Isnin 8 Rabiulawwal bersamaan dengan 20 September 622 Masehi.
Ali bin Abi Talib yang secara politiknya menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. menyusul kemudiannya dan turut sampai di Quba bersama beberapa orang yang lain.
Kenapa dipilih Ali menggantikan tempat tidur baginda yang mana rumah baginda dikepung oleh para pemuda Quraisy yang ditugaskan membunuh Rasulullah s.a.w.? Jawabnya kerana politik bagi mengelirukan pemuda Quraisy.
Dengan menyangka Rasulullah s.a.w. masih nyenyak tidur, maka pemuda Quraisy tidak segera naik ke rumah baginda. Dalam keadaan para pemuda Quraiy itu leka, maka baginda meloloskan diri.
Ali adalah anak kepada pembesar Quarisy yang sangat dihormati dan tidak akan ada yang berani apa-apakannya. Secara politiknya Ali dieksploitasi dan dimanipulasi demi menyelamatkan Rasulullah s.a.w. yang berbuat demikian bukan kerana utamakan kepentingan diri tetapi kerana itulah yang Allah perintahkan.
Sepanjang tempoh berehat di Quba, baginda telah membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Quba. Itulah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam dan merupakan antara masjid yang akan besar pahalanya jika bersembahyang fardu atau sunat dan doa dimakbulkan.
Kenapa masjid didirikan? Jawabnya masjid adalah rumah Allah dan ianya tempat umat Islam diberi pahala berganda berkumpul beramai-ramai untuk berjemaah. Sesungguhnya tidak kenal maka tidak cinta dan mesra.
Antara politik sembahyang berjemaah dengan diberiganjaran 27 pahala berbanding dengan sembahyang secara solo adalah supaya saling kenal mengenal,mesra dan timbul rasa sayang menyayangi. hormat menghormati dan semangat kemuafakatan.
Pada hari Jumaat 12 Rabiualawwall bersamaan dengan 24 September tahun 662 Masehi, Rasulullah s.a.w. yang disertai Abuk Bakar, Ali dan beberapa yang lain memasuki Kota Yasrib yang ditukar nama kepada Madinatun Nabiy yang bererti Kota Nabi.
Bagi melahirkan rasa gembira dengan kedatangan Pesuruh Allah yang mereka rindu dan nanti-nantikan, penduduk Madinah telah menyanyikan puji-pujian sebagaimana yang terungkap sebagai apa yang kita kenali sekarang dengan 'selawat' sekarang ini yang mana selain dari diselawatkan sempena menyambut Maulidur-Rasul, juga diselamatkan pada majlis perarakkan pengantin di kalangan masyarakat Melayu.
Pada hari itulah juga baginda mengadakan sembahyang Jumaat yang pertama dan berkhutbah. Penduduk Madinah berebut-rebut mahu menyediakan untuk Rasulullah s.a.w. tinggal dikediaman mereka atay membina kediaman dalam tanah milik mereka.
Untuk mengelak dari ada yang berkecil hati dan nampak wujudkan amalan kronisme dan nepotisme, baginda terpaksa berpolitik dengan memberi alasan d mana tempat unta tunggangan baginda berhenti, maka di situlah akan didirikan kediaman baginda.
Dengan itu tidak timbul soal baginda melebih dan mengistimewakan sesiapa atau mana-mana pihak. Ianya adalah antara politik bagi menjaga hati mereka yang mahu menyumbang bakti kepada baginda.
Dalam pada hakikat, hakiki dan natijahnya, teori sahaja tidak cukup untuk memastikan umat Islam tanpa mengira bangsa, suku kaum, kabilah dan warna kulit adalah bersaudara bagaikan paha kanan dengan paha kiri yang mana jika paha kiri dicubit paha kanan, malah seluruh anggota badan akan rasa sakit manakala mulut yang senggang jauh dari paha akan mengaduh.
Supaya persaudaraan itu benar-benar mantap. secara politiknya Rasulullah s.a.w. telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan kaum Ansar yang merupakan pemastatutin asal Madinah.
Abu Bakar dipersaudarakan dengan Harithah bin Zaid, Jaafar bin Abi Talib dipersaudarakan dengan Mu'az bin Jabal, Umar Al-Khttab dipesaudarakan dengan 'Itbah bin Malik dan setiap orang Muhajirin diersaudarakan dengan Ansar.
Ada orang Ansar yang menceraikan isteri mereka untuk diperisterikan oleh saudara mereka dari kaum Muhajirin. Dengan demikian tidak timbulsoal perkauman kerana dalam darah anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan lelaki Muhajirin-Ansar dalam tubuh mereka mengalir darah Muhajirin + Ansar.
Teori ini patut dipraktikkan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk supaya nanti akanlahir bangsa 1 Malaysia dan secara tidak langsung tidak akan timbul semangat polarisasi kaum yangn jika tidak dibendung boleh membahayakan negara.
Kepada kaum Muhajirin yang miskin, kaum Ansar memberi pelbagai bantuan modal bagi pembinaan hidup berdasarkan kepada minat dan kepakaran. Ada yang berniaga dan ada yang bertani. Abu Bakar, Uthman 'Affan dan Ali bin Abi Talib memilih bertani.
Bagi memastikan umat Islam tidak diganggu dalam menjalni ibadah dan pembinaan hidup, menyedari hakikat Madinah turut didiami oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizhah yang merupakan pemastautin asal dan bukan beragama Islam, Rasulullah s.a.w. telah menjalin perjanjian persahabatan dengan kaum Yahudi bagi ketiga-tiga bani.
Bagaimanapun kerana akhlak buruk orang Yahudi, perjanjian itu akhirnya terbatal. Kaum Yahudi Bani Qanuqa' dan Bani Nadhir dihalau dari Madinah manakala lelaki Bani Quraizhah yang mengkhianati kerajaan dengan bersekongkol dengan musuh untuk menghnancurkan kerajaan diketuai Rasulullah s.a.a, dihukum bunuh manakala wanita dan kanak-kanak ditawan.
Penghakiman terhadap mereka dibuat oleh Sa'ad bin Muadz dari bani mereka sendiri tetapi beragama Islam. Pemilihan Sa'ad sebagai hakim perbicraan dibuat oleh Bani Quraizhah sendiri dan dipersetuji oleh Rasulullah s.a.w. Adalah difahamkan kerana peristiwa itulah maka umat Islam dilarang menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai orang kepercayaan, yakni sebagai pemimpin dan sahabat dalam apa-apa jua perjanjian kerana ianya akan menjhata Islam dan penganutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan