Bangsa Melayu kena ambil iktibar dari kehancuran Kerajaan Melayu-Islam Pattani dan sebelumnya
SEJARAH mencatatkan Kerajaan Melayu Melaka dijajah kerana pengkhianatan dan sabotaj dari dalam. Kemasukkan tentera Kamekaze dan penawanan Jepun ke atas Tanah Melayu pun kerana ada lompang dan jalan dibuka secara khianat dari dalam.
Empayar Jawaka sebagai benteng etnik Melayu yang merangkumi Tumasik (kini Singapura) sampai ke negara Prathana (hampir dengan Bangkok sekarang) serta Campa (Kemboja), Sri Lanka, Sumatera dan Sunda (Jawa Barat) yang gagah dan hebat sekitar tahun 1100-an hingga 1200-an lebur pun kerana masalah dalaman yakni persengketaan sesama sendiri.
Padahnya Melayu kehilangan hak ke atas bumi warisan yang kini menajdi sebahagian dari negara Thailand dan dikenali dengan Selatan Thai manakala penduduk asalnya berdepan dengan pelupusan identiti apabila ditukar kepada Thai Muslim dan tidak memakai 'Melayu' lagi sebagai bangsa atau baka.
Keadaan itu berlaku kerana ekoran dari masalah dalaman, sekali gus telah mendorong bangsa Thai dari Sukhotai, bangsa India dari Pandya dan bangsa Khmer dari Annam (Burma) membuat ancaman terhadap Empayar Jawaka walaupun Raja Skranta selaku ketua kerajaan berhempas pulas mempertahankan wilayah-wilayah empayar demi kepentingan status quonya.
Masalah dalam Empayar Jawaka juga telah diambil kesempatan oleh negara Cina Dinasti Sung menjalankan politik pecah belah di Asia Tenggara, Empayar Jawaka dan menjalankan juga politik aneksi terhadap wilayah Annam, malah cuba menyusupi jauh ke kawasan rantau Nusantara.
Nasib yang sama akan berulang kepada Malaysia jika Melayu yang telah kehilangan banyak wialayah kerana persengketaan sesama sendiri dulu pada era mutakhir ini pun masih sengaja mengumpul kayu bagi membakar bangsa dan negara sendiri semata-mata kerana mahu memenuhi keinginan dan kepentingan individu dan puak tertentu sehingga sanggup membelakangi nasihat kerama orang tua-tua: 'buat baik berpada-pada.....' dengan bukan Melayu.
Jika diteliti, diselami dan dihayati sejarah Melayu bermula pada abad pertama tahun 80 Masehi sehingga tahun 1785 Masehi, kita pasti bangga dengan besarnya saiz kekuasaan Melayu kerana Indocina adalah sebahagian dari wilayah yang dikuasai Melayu. Tetapi sehingga tahun 1292 empayar Melayu hanya dari Patthalung sehingga ke sempadan Terengganu-Pahang sahaja, malah semakin mengecil selepas itu.
Kalau pun boleh dibanggakan kerana kehebatannya walaupun saiznya kecil berbanding dengan Empayar Jawaka adalah Kerajaan Melayu-Islam Pattani, terutama pada era pemerintahan tiga dari empat raja-raja perempuannya yakni Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-124) dan Ratu Unggu (1624-1636) manakala pada era pemerintahan Ratu Kuning (1636-1651) Pattani jadi tidak stabil.
Era pemerintahan Ratu Kuning agak lemah kerana beliau lebih cenderung kepada bidang perniagaan di samping beliau meghadapi masalah peribadi/masalah rumahtangga yang agak kronik dan tidak memberi komitmen penuh sebagai raja. Beliau dipaksa bercerai dengan suaminya oleh ibunya Ratu Unggu kerana tidak suka dengan kegemmaran menantunya itu yang suka memakan daging babi walaupun beragama Islam. Perkahwinan kali kedua Ratu Kuning adalah dengan Yam Tuan Muda Johor.
Era pemerintahan raja-raja perempuan Pattani sebelum Ratu Kuning sangat hebat, termasuk dari sudut pertahanan dan persenjataan yang mana ketika itu Pattani sudah memiliki meriam gergasi sebagai lambang kehebatan kuasa dan banyak negara termasuk kuasa besar sanggup mengadakan hubungan diplomati dengan Pattani.
Pada era pemerintahan Ratu Hijau umpamanya telah diadakan hubungan diplomatik dengan Britain, Belanda dan Jepun. Tahun 1592 Ratu Hijau menerima kedatangan wakil dari Maharaja Shogun Tokugawa Iyeyesu (1542-1616). Kunjungan pihak Pattani ke Jepun pula berlaku pada tahun 1599 dan 1602. Pattani turut jalini hubungan diplomatik dengan Cina.
Sebenarnyan pada era pemerintahanMuzaffar Syah (1532-1565) lagi Kerajaan Melayu-Islam Pattani telah terkedepan dalam teknologi pembuatan dan pemilikkan senjata api bagi tujuan pertahanan dengan memiliki tiga meriam gergasi yakni 'Sri Pattani', 'Seri Negara' dan 'Mahalela' yang menjadi lambang kekuatan dan kehebatan pertahanan.
Meriam-meriam yang diperbuat dari tembaga itu lubang larasnya boleh masuk duduk berdiri orang dewasa sehinggakan diriwayatkan bunyinya sahaja boleh menyebabkan ada yang mati terkejut, apatah lagi didatangi peluruhnya. Kehebatan Kerajaan Melayu-Islam Pattani dalam pembuatan dan pemilikkan sebjat mendorong Jepun menghantar ramai rakyatnya belajar menghasilkan senjata di Pattani yang juga terkenal sebagai pusat transit perdagangan antarabangsa.
Kegagalan Siam menawan Pattani dalam misi serangan dan tawan pada tahun 1603, 1632,1633 dan1638 adalah kerana keampuhan pertahanannya apabila kapal-kapal perang Siam tenggelam terkena tembakan meriam gergasi. Pun begitu pada tahun 1785 berlakunya detik hitam apabila dalam serangan kelimanya, Siam berjaya menawan Pattani, malah istana dan pusat pemerintahan sebagai lambang kehebatan bertempat di Kerisek dimusnahkan.
Kekalahan itu ekoran dari pengkhianatan dari dalam (ada pembesar telah dirasuah dengan pelbagai keistimewaan sebagai upah dan gajaran) terhadap bangsa dan tanahair sendiri sehinggakan tidak ada tembakan meriam gergasi dan meriam kecil dilepaskan ke arah musuh. Kerananya Melayu kehilangan hak ke atas tanahair warisan nenek moyang dan Pattani kini yang banyak menjana ekonomi kepada Thailand telah menjadi sebahagian dari negara Gajah Putih itu.
Apa yang berlaku kepada Pattani boleh juga berlaku kepada Malaysia kalau ada manusia seperti Nai Chang Song yang telah menyusup masuk ke dalam istana dan berpura-pura memeluk Islam yang mana kerana tertarik dengan tingkah murninya, dia telah diberi jawatan penting dalam istana sehingga tidak ada rahsia baginya termasuk hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan dan pertahanan.
Seorang panglima Melayu yang menjaga benteng di daerah Jering telah terpengaruh dengan tawaran pihak Siam yang menjanjikan pangkat dan kedudukan sehingga kepada anak cucunya telah melakukan pembelotan dengan membuka laluan kepada kemaraan tentera Siam, Sultan Muhammad selaku pemerintah Pattani mati dalam perang itu dan istana serta seluruh kota pusat pemeihtahan yakni Kota Kerisek dibakar menjadi abu oleh tentera Siam.
Dua meriam gergasi yakni Seri Pattani dan Seri Negara dirampas dab kemudiannya dibawa ke Bangkok bersama tawaran perang. Ser iPattani diabadikan sebagai lambang kemenangan pihak Siam ke atas Kerajaan Melayu-Islam Pattani, ditempatkan di depan pejabat Kementerian Pertahanan di Bangkok. Bagaimanapun Seri Negara terjatuh ke dalam laut ketika tentera Siam hendak membawa naik ke atas kapal untuk dibawa ke Bangkok.
Kemusnahan Empayar Jawaka, penjajahan ke atas Melaka dan kejatuhan Kerajaan Melayu-Islam Pattani patut dijadikan bahan renungan oleh rakyat negara ini supaya tidak cuba atau sengaja bermainan api dengan keselamatan negara dan ketenteraman awam gara-gara agenda-agenda bersifat kepetingan dan keperluan individu dan puak tertentu kerana orang bukan Melayu tidak akan jujur kepada Melayu manakala orang bukan Islam tidak akan berhenti mengkhianati Islam pada bila-bila masa dan dalam keadaan serta susana macam mana sekali pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan