Jumaat, 26 Ogos 2011

PULIH KEMBALI (20/2011)

 
Bolehkah Libya jadi lebih baik tanpa Gaddafi?      
PERKEMBANGAN mutakhir di Libya, negara ke-17 terbesar di dunia tetapi hanya mempunyai hampir enam juta penduduk dan letaknya di Afrika Utara itu menunjukkan sangat mustahil untuk pemimpin revolusi,  Kolonel Muammar Gaddafi mempertahankan rejimnya yang telah berkuasa sejak tahun 1969.
    Ini adalah kerana Gaddafi bukan hanya berdepan dengan pemberontak yang mengisytiharkan penubuhan kerajaan sementara pada 27 Februari 2011 tetapi juga diganyang oleh Pakatan Perjanjian Atlantik (NATO).Pemberontak menamakan mereka dengan Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council), dipimpin oleh Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang berpaling tadah dari rejim.
    Setelah kediamannya dan pusat pentadbiran Kerajaan Jamahiriyah yang diketuainya diserang oleh tentera udara NATO sebnyak 64 kali, Gaddafi berundur yang disifatkannya sebagai pengunduran teknikal dan taktikal dengan berikrar bersedia berdepan denan pemberontak untuk jangka panjang.
    Melalui jurucakapnya, Moussa Ibrahim, Rejim Gaddafi berikrar akan menjadikan Libya sebagai satu kawasan selepas gemba bumi yang penuh dengan lava dan kebakaran.
    Bagi Gaddafi pemberontak tidak akan aman jika mereka meneruskanrancangan memindahkan peaba mrka dari Benghazi ke Tripoli dan beliau bersedia mati syahid atau akan berjaya menghapuskan pemberontak.
    Benghazi adalah antara tiga bandar besar Libya. Selain dari Tripoli dan Benghazi, sebuah lagi bandar besarnya adalah Al-Bayda.
    Ertinya masih banyak jiwa yang akan terkorban, ramai yang akan tercedera serta banyak harta benda akan musnah.
    Mahu tidak mahu Libya yang mempunyai simpanan emas berilai USD168, 000 juta (USD168 bilion) dengan simpanan emas bernilai USD10,000 juta (USD10 bilion) hingga USD30,000 juta (USD30 bilion) berada di Tripoli akan dilanda kesusahan kesan dari pemberontakan dengan membenarkan kuasa asing sperti NATO melakukan kemusnahan, hanya kerana mahu me'nyah'kan seorang pemimpin dari tampuk pemerintahan.
    Pemberontak pastinya ada alasan kenapa mereka memberontak dan Rejim Gaddafi pula pasti ada alasan sendiri kenapa mesti bertahan mati-matian.
   Yang sukar untuk difahami kenapa dibuka pintu kepada NATO membantu pemberontak.
    Kenapa dibenarkan orang luar melakukan kemusnahan yang memerlukan belanja yang bukan sedikit untuk membaik-pulih kemusnahan atau untuk membangunkan semula kawasan yang musnah.
    Apa jiminan pemberontak bahawa Libya akan menjadi lebih baik seandainya Rejim Gaddafi berjaya di'nyah'kan dari tampuk pemerintahan dengan Gaddafi dan mereka yang setia kepadanya, termasuk tentera, ditembak atau disembelih?.
    Apakah NATO akan membayar ganti rugi terhadap kemusnahan angkara serangan udaranya atau Libya yang akan terpaksa membayar kos perkhidmatan Libya kepada NATO?
    Sepatutnya akyat Libya menjadikan Afghaistan, Iraq dan juga Mesir sebagai iktibar dan rujukan. Apakah negara-negara berkenaan menjadi lebih baik dari sebelum pemimpin kerajaan yang biberontaki ditumbangkan dengan bantuan asing.
    Apakah Iraq kini lebih maju. lbi baik, lebih membangun, lebih aman dan lebih dihormati oleh masyarakat antara bangsa dan lebih digeruni oleh musuh-nusuh Islam berbanding dengan era kepresidenan Saddan Hussein?.
    Apakah Afghanistan lebih aman dan selamat berbanding dengan era pemerintahan Taliban?.
    Apakah Afghanistan dan Iraq mendapat ganti rugi akibat kemusnahan yang dilakukan leh Amerika Syarikat dan sekutunya atau kedua-dua negara yang sudah terantuk baru tengadah itu yang terpaksa membayar kos perkhidmatan kemusnahan oleh pihak asing dengan rakyat jelata pula hidup dalam pertanyaan apakah masih ada esok untuk mereka kerana maut ada di mana-mana oleh ledakan bom.
    Pemberontakkan tidak sepatutnnya berlaku dan boleh dielakkan sekiranya al-Quran dan Hdis dijadikan rujukan dalam menyelesaikan apa jua masalah berbangkit kerana sebagai manusia, akan ada kelemahan dan ketidak-sempurnaan, termasuklah Muaamar Gaddafi.
    Apa-apa masalah sekali pun tidak boleh diselesaikan dengan maki hamun, tohmahan, apatah lagi dengan mata pedang, bedil atau bom. Sebaliknya Islam mengutamakan Sy-Syura yakni permesyuaratan dalam menyelesaikan pertikaian  dan Allah telah turunkan ayat-ayat al-Quran atas nama Asy-Syura untuk dijadikan rujukan jika berlaku pertikaian.
    Mana mungkin sesama Islam boleh berbalah sehingga membawa kepada penggunaan senjata sedangkan Allah ada berfirman yang bermaksud:
    "Hai orang-orang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang mengucap salam kepadamu 'kamu bukan seorang mukmin' (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dulu, lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan. - An-Nisaa':94.
    Hakikat, hakiki dan natijahnya Allah tiak suka terhadap perusuh dan pengacau keamanan. Hukuman berat tehadap perusuh dan pengacau keamanan boleh dirujuk ayat 33 hingga 40 suran Al-Maa'idah.
    Pastilah pemberontakan berlaku di Libya atau mana-mana negara Islam di dunia kerana mereka yang menganjurkan pemberontakkan tidak merujuk ayat berkenaan walhal sebagai orang Islam, apa-apa pun yang mahu dibuat kena terlebih dahulu dirujuk kepada al-Quran dan Hadis bagi memastikan apa yang dilakukan akan berpahala atau berdosa, sama ada digalakan oleh Islam atau ditegah, sama ada halal atau haram.
    Sebenarnya dalam al-Quran disediakan tatacara untuk selesaikan masalah yang berlaku di Libya atau pertelagahan sesama manusia di mana-mana sahaja di muka bumi ini yang mana cara penyelesaiannya tekandung dalam ayat 9-10 surah Al-Hujuraat.
     Rasulullah s.a.w. meninggalkan pesan supaya umat baginda menjadikan al-Quran dan Hads sebagai rujukan mutlak untuk elak dari berlaku kesesatan tetapi tidak ramai yang mengambil peduli, masing-masing lebih suka menurut kata hati dan muda terpedaya oleh bisikan syaitan laknatullah.
    Semuga umat Islam Libya dan juga di mana-mana sahaja di muka bumi ini yang bertelagah sesama sendiri akan cepat sedar dari kesilapan yang dilakukan kerana terpengaruh dengan bisikan syaitan.
    Apa yang dilakukan mestilah dipastikan tidak bercanggah dengan tuntutan agar membina dan menjaga silatur-rahim. Pertelagahan berlaku barangkali kerana wujudnya sikap pandang lekeh atau timbulnya prasangka buruk terhadap pemimpin sebagai mana yang terkandung dalam firman Allah yang mafhumnya:
    "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya ia sebahagian dari dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalaian orang lain dan janganlah sebahagian dari kamu mempersenda sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya  Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" - Al-Hujuraat:12.
    Sebagaimana Iraq yang dimusnahkan bukan hanya kerana kekayaan minyak tetapi juga kerana kelantangan dan keberanian Saddam untuk tidak tunduk kepada kemahuan kuasa besar yang anti Islam, maka Libya juga menjadi sasaran kuasa besar yang memperlatakan kumpulan haluan kiri selain dari kerana memiliki kekayaan emas dan minyaknya, Libya juga adalah antara negara yang tidak tunjuk 'heran' terhadap musuh-musuh di kalangan bukan Islam.
     Andainya Libya hancur, pasti sasaran seterusnya adalah Iran kerana kuasa-kuasa besar yang anti Islam tahu kalau Saddam-Gaddafi-Mahmoud bekerjsama, Islam akan bangkit menjadi kuasa besar dunia.
     Libya sepintas lalu
    Libya atau rasminya Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, berbatasan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Nigeria di selatan serta Aljazair dan Tunisia di sebelah barat.
    Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah enam juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.
    Nama Libya berasal daripada bahasa Mesir iaitu 'Lebu' yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai 'Libya'. Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
    Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
    Libya adalah negara yang mempunyai Gross Domestic Products yang tertinggi di Afrika, disebabkan oleh kawasan simpanan petroleumnya yang besar.Pada 2011, Libya terjebak dalam Perang Saudara akibat daripada tempias Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir, pimpinan Hosni Mubarak.
    Pada 27 Februari 2011,Pihak Pro-Demokrasi mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Nasional(National Transitional Council,المجلس الوطني الإنتقالي, al-majlis al-waanī al-'intiqālī),yang dipimpin oleh Mustafa Abdul Jalil,bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan