Semenanjung Tanah Melayu pernah diselamatkan oleh seorang wanita dari dijajah
JIKA disebut Puteri Urduga Wijaya Malasingha, pasti ramai yang bukan sahaja tidak tahu siapa orangnya tetapi akan mengaku tidak pernah mendengar nama itu walaupun jasanya sangat besar kepada bangsa dan tanahair.
Sebaliknya kalau disebut Cik Siti Wan Kembang, ramai yang tahu dan akan mengaku sering dengar nama berkenaan kerana ia dikaitkan dengan Kelantan yang rakyatnya terkenal dengan keunikan, termasuk dalam berpolitik.
Sebenarnya Cik Siti Wan Kembang dengan Puteri Urduga Wijaya Malasingha adalah orang yang sama, batang tubuh yang serupa.
Dia bukan sahaja hanya berjasa kepada Kelantan tetapi berjasa kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia adalah adik kepada Sultan Ismail Syah yang memerintah Langkasuka (1357-1398).
Puteri Urduga berjasa dan berperanan mendayus dan membaculkan seorang raja yang terkenal dengan beraninya menyebabkan keturunan raja itu tidak mahu menaiki takhta pemerintahan.
Sebaliknya memilih menjadi 'tok raja' di ketik-ketik Siam. Keturunan raja itulah yang menjadi ketua di ketik-ketik Siam hingga kini. Tok raja adalah ketua kepada ‘tok ca’ pada setiap ketik dan merupakan yang paling dihormati dan keramat.
Peristiwa itu berlaku pada tahun 1317 Masehi yang mana dalam satu peperangan antara bala tentera Sukhotai (Siam) dengan bala tentera Empayar Melayur yang berpusat pemerintahannya di Ligor (kini Nakhon Sithammarat, Thailand). rajanya adalah Raja Sang Tawal atau Raja Tilam, ayah kepada Puteri Urduga Wijaya Malasingha.
Wira dan wirawati Empayar Melayur bertahan dngan berkubu di Chaiya, Segenting Kra bagi menghadang kemaraan bala tentera Rama Khamheng yang berhasrat mahu menakluki Semenanjung Tanah Melayu apabila kerajaan-kerajaan Melayu semakin kecil dan lemah kerana sering berlaku peperangan, pemberontakkan dan penaklukan sesama sendiri.
Dalam pertempuran yang sangat dahsyat, Puteri Urduga Wijaya Malasingha telah membunuh Rama Khamheng yang terkenal sebagai Rama Yang Berani. Puteri itu yang bersenjatan seligi batang nibung melompat dari atas gajah tungggangannya ke atas gajah tunggangan Rama Khamheng dan menikam belakang rama itu hingga mati, sekaligus menyebabkan Sukhotai mengaku kalah.
Raja Sang Tawal, cucu kepada Raja Skranta pemerintah Kerajaan Melayu Jawaka yang mempunyai kekuasaan dari Tumasek (kini Singapore) hingga ke negara Prathama (hampir dengan Bangkok sekarang), Campa (Kemboja), Sri Lanka, Sumatera dan Sunda (Jawa Barat) dengan pusat pemerintahan induknya di Kelantan, sangat bangga dengan kehebatan Puteri Urduga Wijaya Malasingha dan diberi gelaran WIRAWATI MELAYUR.
Kesanggupan berdepan dengan Sukhotai yang jauh lebih besar kuasanya berbanding Empayar Melayur oleh bala tenteraa Kerajaan Melayu Jawaka pimpinan Raja Sang Tawal adalah sebagai menyambung perjuangan Kerajaan Melayu Jawaka yang semakin mengecil saiznya apabila berlaku pemberontakkan dan juga penaklukan oleh ancaman bangsa Thai dari Sukhotai, bangsa India dari Pandya dan bangsa Khmer dari Annan atau Yamana atau Die Viet.
Kekuasaan Melayu turut berdepan dengan ancaman negara Cina Dinasti Sung yang menjalankan politik pecah belah di Asia Tenggara dan menjalankan politik aneksi di Wilayah Annan (Burma) serta menyusup masuk ke kawasan rantau nusantara.
Apa yang berlaku di Indocina yang disebut sebagai 'Mendala Yuda' atau Kawasan Lompatan Kijang yang sentiasa bergolak secara tidak langsung mengancam kedudukan dan strategi negara Rumpun Melayu di Segenting Kra, Semenanjung Melayu, Campa dan negara-negara kepulauan.
Walaupun Raja Skranta berjuang habis-habisan dalam mempertahankan Campa, Sri Lanka dan Prathhaman untuk mempertahankan stats quonya (etnik bangsa jawa atau bangsa Melayu dalam erti kata yang lebih luas), namun selain dari berdepan dengan musuh dari luar, dia juga berdepan dengan pemberontakkan dari dalam, ianya adalah antara kesan dari politik anaksi/pecah belah Cina.
Makanya dia terpaksa melepaskan negeri-negeri yang dikuasainya yang menuntut kemerdekaan dan menjadikan saiz Kerajaan Melayu Jawaka semakin kecil. Sempadannya hanya dari Wilayah Patthalong hingga ke sempadan Trengganu-Pahang sahaja. Kota pemerintahan dipindahkan dari Kelantan ke Bedelung (Patthalong).
Bila Raja Skranta mati tampuk pemerintahan anaknya yang membawa gelaran Skrenta. Bila Skrenta mati, tampok pemerintahan diambil alih oleh menantunya yakni Lambo Tal tetapi tidak lama kemudiannya Lambo Tal gugur dalam peperangan.
Raja Sang Tawal pula menaiki takhta. Sebelumnya beliau ke Pasai menjadi penasihat kepada Sultan Malikul Salleh, Dia kembali ke tanahair ekoran kematian adik iparnya.
Dibawah pemerintahannya, Sri Dharmaraja yang bertukar nama kepada Ligor (kini Nakhon Sithammarat yang dulunya adalah anatara Tanah Melayu) yang ditawan oleh Rama Khamheng Sukhotai pada tahun 1294, berjaya ditawan balik pada tahun yang sama. Lanka yang ditawan Rama Khamheng pada tahun 1292 dengan bantuan Kublai Khan (Cina) juga berjaya ditawan semula pada tahun 1294.
Raja Sang Tawal telah memantapkan kedudukan tentera bagi menghalang kemaraan trntera Sukhotai yang mara ke arah Semenanjung Tanah Melayu bagi memenuhi impian rajanya, Rama Khamheng yang berhasrat menakluki Semenanjung Tanah Melayu.
Tetapi impian itu tidak kesampaian apabila Rama Khamheng habis nyawa di tangan Putri Urduga Wijaya Malasingha, seorang perempuan yang kemudian diberi gelaran WIRAWATI MELAYUR kerana jasa besarnya menyelamatkan Semenanjung Tanah Melayu dari jatuh ke tangan Sukhotai atau Siam
Sebagai imbuhan kepada jasa besarnya kepada bangsa dan Semenanjung Tanah Melayu, Puteri Urduga Wijaya Malasingha telah dianugerahkan oleh ayahnya yakni Raja Sang Tawal atau dikenali juga dengan Raja Tilam sebuah kerajaan di Kelantan berpusat di Kota Kuala Krai.
Negeri itu kemudiannya dikenali dengan Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung atau Negeri Kisaran Payong dengan Puteri Urduga Wijaya Malasingha memakai gelaran Cik Siti Wan Kembang.
Namanya barangkali senonim dengan Kelantan tetapi tentunnya tidak ramai yang mendapat maklumat tentang jasa besarnya menyelamatkan Semenanjung Tanah Melayu dari dijajah oleh Sukhotai.
Amat malanglah kalau jasa besarnya itu menajdi antara fakta sejarah bangsa dan negara yang tidak tertinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan