Jumaat, 14 Oktober 2011

KEMUNCULAN KHAS

Pembuat janji akan tersungkur dalam telaga taik sendiri


SAYA ada menerima SMS bertanyakan kenapa saya lama tidak muncul melalui blog Melikapakjangak. Saya sakitkah atau saya nekad untuk tamatkan blog saya sebagaimana yang pernah saya umumkan. Kononnya menjelang pilihanraya umu ke-13, Melikapakjangak diperlukan kerana corak persembahan yang terus terang tanpa selindung dan tanpa kompromi.
      Natijahnya saya memang mahu tamatkan dan mahu hilangkan diri dari dunia blog melikapakjangak yang kini boleh dibuka melalui alamat melikapajngak2 dan hanya akan muncul melalui facebook saja. Tetapi ada pihak yang beriya-iya mahu saya teruskan dengan ukiran janji-janji manis yang kalau tidak dibuat pun saya akan teruskan juga blog saya seandainya penjenguk merasakan saya perlu  teruskan blog saya.
     Saya berblog bukan untuk diri sndiri@untuk syok sendiri tetapi untuk kepentingan ramai dalam bentuk ilmu dan maklumat kerana ianya akan dipersembahkan dengan dipastikan menepati etika kewartawanan, sejajar dengan penglibatan saya sebagai pengamal media sejak tahun 1973.
     Malangnya pihak yang membuat janji hanya mempermainkan kata dan saya rasa amat terkilan kerana saya cuba diperbudak-budakkan. Kerana itu saya tunda buat seketika dalam memposting item-item terkini sehingga saya merasakan saya sudah bebas dari persendaan oleh janji penuh palsu piahk tertentu.
     Saya break-off  seketika supaya saya tidak muncul dengan posting-posting yang berunsur kecaman terhadap pihak yang mempersendakan saya. Sebagai manusua biasa bukan mudah untuk saya mewalikan diri dalam menghadapi kes-kes yang bersifat mempersenda maruah, harga diri dan prinsip hidup saya walaupun saya berusaha untuk mewalikan diri.
     Kini segala janji yang ditabur saya sudah melihat dan menilainya umpama kubang taik yang sangat menjijik dan meloyakan yang bukan sahaja saya tidak akan menghampirnya tetapi sekalian penjenguk blog saya dan mereka yang ada maruah, harga diri serta prinsip hidup akan merasa loya mendengar barinya.
     Saya kembali ke gelanggang melikapakjangak2 atas nama Meli yang para penjenguk kenal dan nikmati ulasan dan takelannya selama ini yang tanpa kompromi. Insyaallah saya akan terus muncul melalui blog saya ini bagi memenuhi tanggungjawab sosial dan menunaikan fardu kifayah untuk berkata benar walaupun pahit menjadam selagi saya ada kudrat.
     Secara peribadi saya mnta maaf kepada para penjenguk kerana tidak muncul ketika saya sendiri berdepan dengan pelbagai kehancuran kerana terpedaya dengan janji yang bunyinya amat manis dan sangat murni tetapi hakikat dan natijahnya lebh kotor dari telaga taik. Saya yakin pembuat janji pasti akan tersungkur dalam telaga taik sendiri!

2 ulasan:

  1. bukan semua mereka yang membuat janji tahu menepati janji. mereka hanya pandai berjanji bagaikan menanam tebu di tepi bibir. seandainya kita ini memberi kepentingan kepada mereka maka kita akan dipergula-gulakan dengan berbagai janji. tak kira dari kerajaan mahu pun pembangkang semua sama. mereka lebih memikirkan kepentingan peribadi mereka sahaja. kerana itu adalah lebih baik anda berhati-hati dgn janji mereka. teruskan prinsip anda selama ini yang tidak menyebelahi mana-mana parti. biarkan mereka yg berjanji dgn anda terjun dalam kubang taik dan makan taik mereka dan taik org lain biar jadi sebagaimana cogan mereka 1 malaysia. saya berharap anda terus menulis dan berpeganglah kepada prinsip dan etika kewartawanan anda.

    BalasPadam
  2. munafiq ialah sifat berpura2 briman, bermuka2, berkepentingan jahat, menolak kebenaran, yakin kuat dia atau pihak dia saja yang betul... ia lebih jahat dari kekafiran. tempatnya ppatat neraka. tanda2 munafiq sebagaimana diberitahu Nabi s.a.w: suka berbohong, tidak amanah, mungkir janji dan suka berbalah. na'uzubillah minzaalik.

    BalasPadam