Industri sawit negara merangkumi kawasan 4.9 juta hektar terancam?
SEBARANG tindakan yang membabitkan komiditi negara perlu dipastikan tidak menyumbang kepada keterjejasan pengeluaran dan pengeksportannya kerana keterencatan pengeluaran dan kegagalan memenuhi kuota pengeksportan mahu tidak mahu akan menjejaskan hasil tahunan negara.
Unjuran pendapatan eksport komoditi dan produk berasaskan komoditi negara meningkat kepada RM242.6 bilion (RM242,600 juta) pada tahun 2020 nanti berbanding dengan RM131.3 bilion (RM131,300 juta) pada tahun 2010 dengan huluran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM28.5 bilion (RM28,500 juta), meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding dengan RM21.8 bilion (RM21,800 juta) pada tahun 2010 bukan sahaja kena dipertahankan tetapi perlu diusahakan peningkatannya.
Sebarang usaha atau tindakan yang boleh menyebabkan nilai eksport dan huluran kepada KDNK disebabkan oleh apa factor sekali pun kena dilihat sebagai suatu pengkhianatan dan sabotaj kepada perolehan negara yang mana usaha-usaha ke arah membaiki keadaan secara proaktif dan perang terhadap pengkhianatan dan sabotaj yang menyumbang kepada keterjejasan perolehan negara perlu dilancarkan tanpa kompromi.
Selain dari hasil petroleum dan pelbagai produk berasaskan petroleum, negara bergantung kepada hasil komoditi berasaskan pertanian apabila seluas 6 juta hektar atau 87 peratus daripada keseluruhan keluasan 6.9 juta hektar tanah pertanian ditnaman dengan pelbagai tananan dengan 4,900,00 hektar daripadanya adalah tanaman sawit.
Disusuli dengan getah seluas 1,028,800 hektar, koko seluas 20,000 hektar, lada hitam seluas 14,000 hektar, tembakau seluas 2,900 hektar, sagu seluas 62,000 hektar dan kenaf seluas 1,700 hektar.
Pun begitu, memandangkan harga sawit mentah di pasaran kekal tinggi dan stabil, terdapat kecenderungan di kalangan pengusaha tanaman komoditi lain beralih kepada sawit. Umpamanya pada tahun 2000 keluasan tanaman getah adalah 1,400,000 hektar manakala koko pula 75,000 hektar tetapi menurun kepada 1,028,800 hektar manaka koko menurun kepada 20,000 hektar pada tahun 2010.
Seluas 28,800 hektar tanaman getah dan 57,000 hektar tanaman koko digantikan dengan tanaman sawit terutama bagi kawasan tanaman milik pekebun kecil. Komoditi negara meliputi sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada hitam dan tembakau manakala kenaf dan sagu adalah dua komoditi baru yang dikenalpasti untuk dibangunkan secara komersial.
Negara mensasarkan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 25,300.000 tan, getah (2,000,000 tan), kayu-kayan (14,000,000 meter padu), biji koko (60,000 tan) dan lada hitam (42,000 tan) menjelang tahu 2020. Seluas 940,000 hektar atau 94 peratus daripada keluasan tanaman 1,000,000 hektar sehingga tahun 2010 adalah diusahakan oleh pekebun kecil manakala seratus peratus keluasan tanaman koko, lada hitam, kenaf dan sagu adalah diusahakan oleh pekebun kecil.
Manakala pada tahun 2010 jumlah keluasan tanaman sawit yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti Felcra, Felda, Risda dan sebagainya adalah 1,300,000 hektar atau 26 peratus dari keseluruhan tanaman sawit negara manakala bagi tanaman getah pula adalah seluas 125,326 hektar atau 12.2 peratus daripada keluasan tanaman getah negara.
Apa yang disasarkan oleh kerajaan mungkin tidak akan tercapai seandainya kelancaran industry tanaman komoditi tergugat oleh masalah pengeluaran terutama sawit pokok tinggi milik Felcra yang buahnya tidak mampu dituai oleh rakyat tempatan dan memerlukan kepakaran lelaki Lombok yang mana jumlah mereka semakin berkurangan kerana ada di antara mereka kembali ke negara asal ekoran gerakan memburu dan menahan mereka oleh Jabatan Imigresen dan Rela ekoran program 6P manakala sesetengahnya berada di depoh-depoh tahanan atas kesalahan berada di negara ini tanpa dokumen yang lengkap.
Supaya tidak berlaku kerana mahukan untung secupak akan rugi berlori-lori, ada perlunya program 6P yang menyebabkan ramai pakar-pakar kait sawit dari Lombok memilih pulang ke negara asal manakala sebahagiannya pula tekurung dengan makan tanggung berak cangkung di depoh-depoh tahanan, perlu dibuat kaji terperinci kesan kepada program yang tidak musatahil akan menggugat industri sawit yang merupakan komoditi negara yang menyumbang perolehan RM80 bilion (RM80,000 juta) setahun.
Mencegah lebih baik dari berubat. Sebelum industry sawit terjejas sebagai kesan sampingan kepada program 6P, ada baiknya tinjauan dan gaji selidik tentang kesannya dibuat di kawasan pertanian seluas 6 juta hektar, terutama 4.9 juta hektar tanaman sawit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan