Nilai pasaran hartanah bernilai RM44 bilion mengalir ke kocek siapa?
DATUK moyang warisan pertiwi dalam membariskan sebutan empat keperluan induk kepada kehidupan di dunia ini yakni tanah, air, api, angin: tabah disebut paling awal, malah mereka sanggup hanya berbekalkan garam dan kapak membuka tanah berhutan rimba dalam usaha untuk memiliki hartanah.
Sebutan akan menjadi songsang dan janggal jika dimulakan dengan air, tanah api, angin atau api, angin, tanah angin atau angin, api, air tanah atau sebagainya dengan tidak membariskan tanah sebagai sebutan paling awal.
Maknanya dalam barisan keperluan induk kepada kehidupan di dunia ini, tanah adalah keperluan utama, disusuli dengan air, api dan angin. Kerana itu bangsa yang bermaruah akan sanggup berputih tulang demi mempertahankan tanahair. Mati pun perlukan tanah untuk persemadian.
Selain dari tanah diperlukan sebagai tempat berpijak yakni tempat pemastautinan, ianya juga diperlukan untuk untuk bercucuk tanam bagi menghasilkan makanan kerana untuk hidup manusia perlu makan dengan secukupnya.
Tanaman yang ditanam di atas tanah memerlukan air supaya dapat hidup dengan subur selain dari manusia sendiri perlukan air untuk diminum, memasak, mandi manda dan sebagainya. Air juga perlu bagi pembetukkan lautan, sungai, tasik, alur, parit, kubang dan sebagainya untuk menjadi tempat kehidupan ikan sebagainya yang diperlukan sebagai makanan manusia.
Pada umumnya makananan yakni untuk dapatkan nasi, bagi membolehkan ikan, daging dan sayur-sayuran dimakan ianya perlu dimasak. Untuk itu perlukan api di samping api juga diperlukan bagi memberi cahaya kepada kegelapan malam.
Dalam pada itu angin atau udara diperlukan kerana tanpanya manusia tidak boleh hidup. Bagaimanapun sama ada air, api mahu pun amgin hanya ada fungsinya kalau ada tanah kerana tempat yang tidak ada tanah yang mana dari tanahlah diciptakan-Nya Adam a.s., lazimnya bukan menjadi tempat pemastautinan manusia.
Kerana tanah menjadi keperluan paling induk dari segala yang induk, maka tidak hairanlah kalau ianya sentiasa ada nilai dari sudut komersial. Adalah amat tidak wajar kalau peluang mengumpul kekayaan melalui urusniaga hartanah tidak direbut oleh warisan pertiwi di tanahair sendiri yang diwarisi dari nenek moyang.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan warisan pertiwi di negara bertuah ini mengambil peduli tentang peluang menjadi senang melalui urusniaga hartanah, apatah lagi mempedulikan tentang nialaian pasaran hartanah setiap tahun.
Jumlah RM44 bilion (RM44,000 juta) jangkaan nilaian pasaran hartanan bukannya satu angka yang kecil. Itu adalah nilaian pasaran hartanah tempatan di negara ini pada tahun ini yang diramalkan oleh Perunding Hartanah CH William Talhah & Wong Sdn Bhd yang menjangkakan berlaku lonjakan nilaian sebanyak sepuluh peratus. Tahun lepas pasaran hartanah yang mengalami kemerosotan satu peratus mempunyai nilai pasaran RM40 bilion (RM40,000 juta).
Dengan angka sedemikian yang nampaknya nilai pasarannya hampir separuh dari nilaian perolehan urusniaga sawiy yang merupakan antara komoditi negara yang diramalkan berjumlah RM85 bilion (RM85,000 juta) tahun ini, maka setiap rakyat negara ini, terutama warisan pertiwi bukan sahaja perlu mengambil tahu tentang pasaran hartanah, tetapi juga kena berusaha untuk memampukan diri dalam urusaniaga hartanah.
Jangan hanya ghairah menjual kerana tawaran harga yang tinggi tetapi juga mesti merancang dan memampukan membeli dan memajukannya supaya tidak berlaku nanti dalam kita berbangga dengan projek-projek pembangunan yang pesat, kita warisan pertiwi hanya mampu menjadi penghuni kaki lima pada bangunan indah dan meagah yang dibina di tanah yang asalnya milik kita atau saudara mara kita.
Kena dipastikan sebiangan besar, kalau pun tidak mungkin sertaus peratus menjadi milik warisan pertiwi, jumlah nialai pasaran hartanah bernilai RM44 bilion (RM44,000 juta) tahun ini biarlah masuk ke kocek kita warisan pertiwi, sekaligus akan membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dasar itu kini barangkali hanya menjadi lipatan sejarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan