Selasa, 28 Februari 2012

PULIH KEMBALI (08/2012)


Dasar komoditi negara penting, perlu direalisasikan

APA jua kejayaan yang mahu dibina yang mahu dicapai memerlukan pelan, rangka dan kerangka ke arah kewujudan dasar.
                Untuk mengimbangi pencapaian dan penguatkuasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dengan bukan Bumiputera, dilahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
                Demikian juga dengan bidang pertanian, ada dasarnya. Pun begitu dengan belia dan sebagainya, ada dasar sebagai landasan pelaksanaan serta stesen matlamatnya.
                Justeru apabila Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Industri (MPIC) merasakan sudah sampai masanya Dasar Komoditi Negara (DKN) diwujudkan, maka ianya patut disokong dan direalisasikan.
                Alasan MPIC cukup munasabah dan realistik untuk negara mempunyai DKN memandangkan komoditi dan produk berasaskannya menjadi antara pemangkin kepada perolehan pendapatan negara.
                Penulis diberi maklum unjuran pendapatan eksport komoditi dan produk berasaskan komoditi negara meningkat kepada RM242.6 bilion (RM242,600 juta) pada tahun 2020 nanti berbanding dengan RM131.3 bilion (RM131,300 juta) pada tahun 2010.
                Manakala sumbangan industri komoditi diperingkat huluran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak RM28.5 bilion (RM28,500 juta), meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding dengan RM21.8 bilion (RM21,800 juta) pada tahun 2010.
                Hakikat  dan natijahnya, sebagaimanan kata MPIC, perubahan senario semasa memperlihatkan perlunya industri komoditi mempunyai satu dasar bersaingan dan khusus bagi menggariskan hala tuju pembangunannya ke arah mencapai status Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020, dirangka dan direalisasikan.
                Sudah tentu melalui DKN, pembangunan industri komoditi yang mempunyai kawasan tanaman meliputi hampir 6,000,000 hektar atau 87 peratus daripada keseluruhan 6,900, 000 hektar tanah pertanian negara akan lebih tersusun dan seimbang mengikut perancangan yang dipelan, dirangka dan dikerangkakan.
                Pecahan mengikut jenis tanaman pada tahun 2010 ialah; keluasan tanam sawit 4,900,000  hektar, getah (1,028,800  hektar), koko (20,000 hektar), lada hitam (14,000 hektar), tembakau (2,900 hektar), kenaf (1,700 hektar) dan sagu (62,000 hektar).
                Bagaimanapun memandangkan harga sawit mentah di pasaran kekal tinggi dan stabil, terdapat kecenderungan di kalangan pengusaha tanaman komoditi lain beralih kepada sawit. Umpamanya pada tahun 2000 keluasan tanaman getah adalah RM1,400,000 hektar manakala koko pula 75,000 hektar.
                Tanaman getah pada tahun 2010 hanya tinggal seluas 1,000,000 hektar manakala koko hanya 20,000 hektar kerana 28,800 hektar tanaman getah dan 57,000 hektar tanaman koko digantikan dengan tanaman sawit.
                Komoditi negara meliputi sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada hitam dan tembakau manakala kenaf dan sagu adalah dua komoditi baru yang dikenalpasti untuk dibangunkan secara komersial.
Sesuatu tanaman dianggap sebagai tanaman komoditi sekiranya berpotensi memberi hasil tinggi kepada pengusaha dan produk yang dihasilkan mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.
                Sebelum ini pembangunan industri komoditi perladangan digariskan melalui Dasar Pertanian Negara (DPN) yang mana sejak tahun 1984 sebanyak tiga DPN dilakasanakan menjadikan industri komoditi perladangan berkembang sehingga menjadi di antara penyumbang utama hasil eksport negara, meningkatkan KDNK dan membuka banyak peluang pekerjaan.
                Dari sudut perancangan dan pelaksanaan pembangunan industri komoditi perladangan pula, sebelum ini ianya adalah mengikut keperluan semasa.
Dengan adanya DKN seandainya apa yang dihasratkan oleh MPIC direalisasikan, maka strategi, pelan, rangka, kerangka dan unjuran disasarkan sudah tentu dapat diperolehi melalui peningkatan penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan input tanaman berkualiti dan produk komoditi bernilai tambah tinggi.
                MPIC, menurut menterinya, Tan Sri Bernad Dompok yang dipetik dari laporan media sebagai berkata, melalui DKN mensasarkan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 25,300.000 tan, getah (2,000,000 tan), kayu-kayan (14,000,000 meter padu), biji koko (60,000 tan) dan lada hitam (42,000 tan) menjelang tahu 2020.
                Dompok juga dipetik sebagai berkata, walaupun sektor korporat bertindak sebagai pemain utama dalam industri komoditi, namun MPIC tidak memandang remeh peranan pekebun kecil dan MPIC berpendirian usaha mereka sangat penting terutama dalam tanaman getah, koko, lada hitam, tembakau, kenaf dan sagu.
                Bagi tanaman getah umpamanya, sebanyak 940,000 hektar atau 94 pertaus daripada keluasan tanaman 1,000,000 hektar sehingga tahun 2010 adalah diusahakan oleh pekebun kecil manakala seratus peratus keluasan tanaman koko, lada hitam, kenaf dan sagu adalah diusahakan oleh pekebun kecil.
                Di samping itu bagi Dompok, peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan seperi Felcra, Felda dan Risda sangat penting dalam industri komiditi perladangan.
Selain menyumbang kepada perluasan kawasan tanaman, agensi-agensi itu juga membantu menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar, terutama golongan peneroka dan peserta skim.
                Penulis diberi maklum, pada tahun 2010 jumlah keluasan tanaman sawit yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan adalah 1,300,000 hektar atau 26 per
                Kerana itulah DKN diperlukan dan kewujudannya perlu direalisasikan bagi membolehkan aktiviti penyelidikan dapat lebih diperkasakan dan memastikan produktiviti tanpa perluasan kawasan dapat dilakukan tetpai hadsilnya bertambah dengan MPIC melalui DKN dapat memainkan peranan menggalakkan penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi dan memperluaskan Amalan Pertanian Baik, terutama di kalangan pekebun kecil supaya target pengeluaran tercapai.
atus dari keseluruhan tanaman sawit negara manakala bagi tanaman getah pula adalah seluas 125,326 hektar atau 12.2 peratus daripada keluasan tanaman getah negara.
                Hakikat dan natijahnya permintaan bagi menampung keperluan semasa bagi hasil komoditi negara sentiasa bertambah ekoran jumlah penduduk dunia sentiasa menokok, maka hasil pengeluaran kenalah ditingkatkan tetapi kawasan tanaman tidak mungkin dapat diluaskan kerana keluasan negara tidak akan bertambah jumlahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan