Atas alasan apa Kerajaan Pas Kelantan boleh terus bertahan?
KERJASAMA denggan DAP menyebabkab sokongan terhadap Pas barat hakisan pantai di Sabak yang mana Kampung Kemerruk tempat aku sering beli kepala ikan haruan tasik, kini sudah menjadi sebahagian dari laut.
Terkejut beruk aku bila ditanya penduduk tempatan mana tempat jual air batu campur yang tersohor, orang ditanya telah menuding jari jauh berkilometer dan kelihat ada perahu kecil sedang memasang pukat. Kampung Kemeruk dan Tanjung Kuala telah menjadi sebahagian dari lautan.
Bila perjuangan bagi mewujudkan negara Islam bertukar kepada mahu mewujudkan negara berkebajikan, sokongan terhadap Pas di Kelantan menjadi gondol sebagaimana gondolnya kawasan bukit bukau dan kawasan hutan di Ulu Kelantan yang balaknya sudah dipapas.
Permohonan dibuat kononnya untuk tanaman sawit atau getah klon, tetapi ianya hanya muslihat bagi membolehkan balak dibaham kemudian tanah yang sudah gondol dijual kepada pihak yang benar-benar ada kemampuan untuk mewujudkan ladang sawit dan getah klon.
Selagi tidak ada pembeli, maka tanah yang gondol akan terus gondol, pemohon asal yang sudah metankedarah balak hidup senang linang dan bergaya dengan rumah baru dan kereta baru dan mula menikmati hidup mewah dan bergaya sakan.
Pencapaian kemajuan? Apa kemajuan yang dibuat? Berapa buah masjid yang telah dibina oleh Kerajaan Pas. Kalau ada pun masjid dibina adalah hasil dari pungutan derma daripada orang ramai. Masjid-masjid yang ada macam juga Kompleks Kota Darulnaim (dulu orang Pas kata ketik tokca) dan Kompleks Balai Islam adalah peninggalan Kerajaan Umno/BN dulu.
Nak kata kejayaan mendakwah: berapa orang kalangan bukan Islam yang berjaya diislamkan dalam tempoh lebih 20 tahun memerintah. Dakwahnya tak seberapa tetapi asyik menyenarai-nerakakan orang yang sudah Islam yang tidak sokong Pas. Kalau difiikirkan apa jasa yang telah Kerajaan Pas buat. Kalau boleh dibanggakan pun hanya Bazzar Tengku Anis dan Bazzar Tok Guru. Yang lain kalau ada pun dibuat oleh co-ya-nun alif.
Aku setuju sangat dengan pertanyaan seorang rakan yang asalnya kuat Pas tetapi sekarang mendakwa kini sudah tidak kuat lagi: atas alasan apa Kerajaan Pas Kelantan boleh terus bertahan dalam pilihanraya umum nanti apabila para pengundi pada umumnya terdiri dari kalangan yang bukan lagi buta maklumat seperti dulu, tambahan pula apa yang dulunya ditentang kerana Umno/BN buat, kini Pas pula yang buat, sudah terbalik kot jadinya.
Ambo dok pikir tak dok sebab doh PAS harus kekal memeintah Kelantan..memang tak dok sebab walau sekecil huma sekalipun..Nik Aziz patut berenti insaf ko diri taubat byk2..ko lagu mana.
BalasPadampok nik jln ipoh kl