----- Forwarded Message -----
From: meli halim <meli_industry@yahoo.co.uk>
To: "hishammuddin@moha.gov.my" <hishammuddin@moha.gov.my>
Cc: "ksu@moha.gov.my" <ksu@moha.gov.my>; "alwi@moha.gov.my" <alwi@moha.gov.my>; "mustafa@moha.gov.my" <mustafa@moha.gov.my>; "rohani_s@moha.gov.my" <rohani_s@moha.gov.my>; "zaitun@moha.gov.my" <zaitun@moha.gov.my>; "syuhaidah@moha.gov.my" <syuhaidah@moha.gov.my>; "mohamadizani@moha.gov.my" <mohamadizani@moha.gov.my>; "zuriah@moha.gov.my" <zuriah@moha.gov.my>
Sent: Sunday, 1 January 2012, 21:02
Subject: POHON PENGECULIAN TERHADAP PEKERJA LELAKI LOMBOK
From: meli halim <meli_industry@yahoo.co.uk>
To: "hishammuddin@moha.gov.my" <hishammuddin@moha.gov.my>
Cc: "ksu@moha.gov.my" <ksu@moha.gov.my>; "alwi@moha.gov.my" <alwi@moha.gov.my>; "mustafa@moha.gov.my" <mustafa@moha.gov.my>; "rohani_s@moha.gov.my" <rohani_s@moha.gov.my>; "zaitun@moha.gov.my" <zaitun@moha.gov.my>; "syuhaidah@moha.gov.my" <syuhaidah@moha.gov.my>; "mohamadizani@moha.gov.my" <mohamadizani@moha.gov.my>; "zuriah@moha.gov.my" <zuriah@moha.gov.my>
Sent: Sunday, 1 January 2012, 21:02
Subject: POHON PENGECULIAN TERHADAP PEKERJA LELAKI LOMBOK
RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201
& NORSITA ABD RAHIIM (K/P:671105-08-5694)
Perniagaan Agro Hijau
d/a. Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan. Tel:017-9871322 (Ramli)/014702511 (Norsita)
Tarikh: 1hb. Januari, 2012 Email:meli_industry@yahoo.co.uk
YB Dato' Hishamuddin Datuk Tun Hussein Onn
Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Putrajaya. sk/makluman/tindakan:
1. YBhgTan Sri Mahmood Adam
Ketua Setiausaha Kementerian
2. YBhg Dato’ Alwi Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pendaftaran & Imigresen)
3. YBhg Dato’ Mustafa Ibrahim
Ketua Pengarah Rela
4. YBhg Rohani Salleh
Setiausaha Bahagian Pengurusan Tenaga Asing
5. YBhg Dato’ Zaitun Abu Samah
Setiausaha Bahagian Imigresen
6. YBhg Suhaida Abdul Wahab
Setiuasaha Bahagian Seketeriat Majlis Anti Pemenagangan orang
7. YBhg Mohamad Izani Abd Ghafar
Timbalan Setiuasa Bahagian Kepolisian dan Keselamatan Sempadan
8. YBhg Zuriah Dollah
Timbalan Setiausaha Bahagian Parlimen Dan Kabinet
YB Datuk
MOHON PENGECUALIAN BAGI TINDAKAN TERHADAP PEKERJA LELAKI LOMBOK YANG BEKERJA MENGAIT SAWIT DI LADANG FELCRA BERHAD
Adalah saya denngan sukacitanya merujuk.
2. Untuk makluman YB, kami diberi kontrak mengait sawit di ladang milik Felcra Berhad. Tenaga keraja yang paling mahir dan produkif adalah lelaki Lombok. Setelah berusaha hampir setahun, baru beberapa bulan lepas kami mendapat pekerja Lombok yang menyembunyikan diri di kawasan ladang di Ulu Kelantan dalam keadaan sangat daif kerana majikan mereka tidak membayar gaji dan tidak diberi maklumat tentang adanya gerakan pemutihan.
3. Mereka mahu bekerja dan menganggap Malaysia adalah lubuk emas. Lagi pun tanpa guna tenaga mereka dalam industri perladangan, terutama sawit sebagai antara komoditi negara akan terjejas. Kami sudah menggunakan tenaga anak-anak muda tempatan tetapi mereka tidak mampu di samping tidak ada minat sebagaimana pencapaian lelaki Lombok. Kami memperolehi mereka selepas tempoh pemutihan tamat dan jika serbuan dibuat pasti mereka akan ditangkap kerana mereka tidak mempunyai dokumen kerana dipegang oleh bekas majikan terdahulu.
4. Kami sudah menemui pihak Imigresen di Kota Bharu untuk mengatasi masalah kami. Bagaimanapun kami dinasihatkan supaya membawa lelaki Lombok berkaitan bersama tiket untuk dihantar balik ke Lombok. Masalahnya jika kami berbuat demikian, kerja-kerja mengait sawit akan terjejas dan bukan sahaja Felcra Berhad akan rugi tetrapi pihak kerajaan juga akan rugi. Rekod dan reputasi kami dengan Felcara Berhad juga akan rosak.
5. Sebagaimana yang kita semua maklum, tujuan pemutihan dibuat adalah untuk memastikan rakyat asing yang masuk ke negara ini secara haram dipastikan memiliki dokumen yang sah, termasuk bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun tanpa mereka industri perladangan akan terjejas teruk. Demi memastikan industri perladangan tidak terjejas, pihak kementerian YB dan agensi berkaitan patut mewujudkan tatacara untuk membolehkan mereka didokumenkan kerana hasil soal siasat yang kami jalankan, lelaki Lombok yang kami gunakan bersih dari kegiatan jenayah dan salahguna dadah. Mereka juga bukan tidak mahu buat pemuithan tetapi mereka tidak dimaklumkan tentangnya kerana selama ini mereka berada juah di pedalaman.
6. Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik YB dan agensi-agensi terlibat bagi membantu menyelesaikan masalah kami dan memastikan Felcra Berhad dan negara tidak akan mengalami kerugian apabila buah-buah sawit busuk tanpa dikait kerana tidak ada tenaga kerja.
7. Saya memerlukan segera respon dari YB dan agensi-agensi berkaitan sebelum serbuan memburu warga asing dilakukan oleh imigresen. Pihak YB dan kerajaan perlu mengambil kira kesan sampingan apabila warga asing yang bekerja di ladang-ladang dihantar pulang kerana anak muda tempatan tidak mampu dan tidak berminat mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh lelaki Lombok di ladang-ladang yang rata-rata jauh di pedalaman. Para kontraktor seperti kami juga akan berdepan dengan kemungkinan gulung tikar.
Sekian, atas perhatian dan tindakan segera terhadap surat kami ini, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Kami Yang Berharap
RAMLI ABDUL HALIM
& ABD RNORSITA AHIM
# Surat ini dihantar melalui email, tidak perlu tandatangan
Nota: surat ini turut diemail kepada YAB Perdana Menhteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan