Khamis, 9 Februari 2012

PULIH KEMBALI (04/2012)

Pemutihan dan kesan sampingan terhadap sektor perladangan

APA pun dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang kerajaan adalah untuk kebaikan negara dan rakyat kerana memberi keselesaan dan jasa kepada rakyat pemberi mandate  adalah menjadi kewajipan kepada sesebuah kerajaan.

Dalam tujuan dan matlamat baik kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat itu pula, adakalanya kerajaan terlupa tentang kesan sampingan ekoran dari dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang ke arah penambah-baikan negara dan rakyat.

Penulis yang kini terlibat sebagai kontraktor mengait buah dan prunning sawit, melihat kesan sampingan kepada industri perladangan sawit ekoran pemutihan pendatang asing tanpa izin. khususnya dari Lombok (Indonesia), Bangladesh dan Myammar.

Anak muda tempatan bukan sahaja tidak bersedia untuk berada jauh di pedalaman kerana ladang sawit lazimnya adalah merupakan kawasan tersendiri dan terpisah dari dunia luar gara-gara kawasannya yang luas dan letaknya di pedalaman tetapi mereka tidak mampu serta tidak ada keupayaan untuk mengait sawit pada ketinggian 40 hingga 50 kaki.

Warga asing selain dari Lombok juga tidak cukup mahir untuk mengait buah atau prunning bagi pokok setinggi 40 hingga 50 kaki. Hanya Lombok yang mampu dan berkemahiran  melakukannya kerana mereka melakukannya dengan niat untuk mendapat upah yang tinggi bagi membaiki nasib keluarga. Untuk memahirkan diri, mereka mengambil masa lima tahun.

Tanpa lelaki Lombok, hasil sawit dari pokok yang tinggi dengan tandan lebih besar dan buahnya lebih bermutu akan terbiar dan buah sawit yang bernilai puluhan juta ringgit akan reput dan busuk setiap bulan. Pokok-pokok tinggi lazimnya di kawasan milik Felcra Berhad yang ditanaman pada tanah milik pekebun kecil.

Juga tanpa lelaki Lombok tidak mustahil perolehan negara dari hasil sawit bernilai sekitar RM80 bilion setahun akan merudum, sekaligus catatan umum perolehan Negara akan merosot kerana sawit adalah antara hasil komoditi Negara.

Yang pasti, antara yang tidak mampu dihadapi oleh tenaga kerja tempatan untuk mencari rezeki di ladang-ladang sawit adalah bagi menghadapi peperangan dengan pacat yang jumlahnya bukan berpuluh, beratus atau beribu, tetapi jumlahnya tidak terkira banyaknya.

Sehari bersama lelaki Lombok berada di ladang pada 14 Januari lepas membantu penulis mendapat jawapan kenapa lelaki tempatan tidak sanggup mengait buah sawit. Lelaki Lombok menghadapi kehilangan darah yang bukan sedikit setiap hari kerana disedut oleh ribuan pacat.

Ianya adalah suatu hakikat walaupun sangat pahit untuk diperakukan. Seandainya ekoran gerakkan pemutihan yang dibuat oleh pihak berkuasa, maka lelaki Lombok tanpa dokumen dihantar balik atau dikurung di depo-depo penahanan pendatang asing tanpa izin, apatah lagi sekiranya mereka dilayan diperlakukan seperti penjenayah menyebabkan mereka melihat mereka dilabel sebagai ‘hidung tak mancung pipi tersoroing-sorong’ datang ke Malaysia dan mengambil keputusan untuk tidak akan lagi menumpahkan keringat di negara ini, mahu tidak mahu industri sawit akan terjejas teruk, malah tidak mustahil akan lumpuh.

Lagi pun di Indonesia sendiri sudah wujud banyak ladang sawit yang pastinya akan member saingan kepada negara dalam pemasaran. Sepanjang pergaulan penulis sebagai majikan kepada mereka mendapati lelaki Lombok adalah manusia yang sensitif dan tidak mahu dianggap mereka menyusahkan sesiapa.

Andainya kedatangan mereka ke Malaysia dianggap menyusahkan, penulis YAKIN mereka tidak akan datang lagi, tambah-tambah di negara mereka industri perladangan sawit sedang berkembang. Walaupun mereka memilih bekerja di ladang-ladang yang terpisah dari kemodenan tetapi mereka rata-rata adalah manusia terpelajar.

Kenapa lelaki Lombok sanggup masuk ke ladang sawit tanpa izin?

Matlamat utama adalah untuk mencari rezeki yang halal. Mereka tahu ladang-ladang sawit yang pokoknya berukuran 40 hingga 50 kaki tinggi adalah lubuk emas bagi mereka kerana lelaki tempatan atau pendatang asing dari negara lain tidak mampu untuk melakukannya. Justeru itu mereka berusaha memahirkan diri untuk merebut dan mengisi keperluan itu.

Untuk datang ke Malaysia dari Lombok menelan belanja RM3,000. Jumlah itu dalam bentuk mata wang Indonesia angkanya berjuta-juta, satu jumlah yang bukan kecil. Untuk dapatkan jumlah wang sebanyak itu, terpaksa dibuat pinjaman berbunga dengan bayaran balik pinjaman sekitar RM400 sebulan.  Di samping itu pelbagai ‘pau’ kena dibayar, termasuk semasa di Malaysia. Bertahun-tahun kerja belum tentu mampu bayar balik hutang.

Ada majikan yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja tidak bayar gaji tetapi bekalan makanan pun tidak dihantar. Lazimnya yang dijadikan mangsa adalah mereka yang ada dokumen lengkap yang mana segala dokumen disimpan oleh majikan. Kerana tidak tahan diperbinatangkan, maka mereka larikan diri, menjadikan mereka pendatang tanpa sebarang dokumen.

Kerana hutang perlu dibayar, mereka tidak boleh balik ke negara asal dan terpaksa juga mendapatkan pekerjaan di Malaysia, sekurang-kurangnnya sehingga segala hutang dapat dilunasi. Jika pinjaman/hutang di negara asal tidak dibayar, anak isteri dan keluarga akan dipengapakan oleh pihak yang memberi pinjaman.

Mereka mahu berada di negara ini dalam keadaan halal  kerana bagi mereka Negara ini banyak punca rezeki tetapi dengan kenaan bayaran pemutihan sehinga RM5,000 (oleh agen?) bagi bayaran  biometrik, penyediaan passport dan permit kerja, ianya adalah sangat membebankan.

Jumlah RM5,000 dicamnpur dengan hutang pinjaman RM3,000 atau RM5,000 dengan bunga pinjaan RM400 yang mungkin sudah setahun tidak dibayar, jumlah hutang yang mereka kena tanggung tentulah tinggi. Setahun bekerja tanpa gaji pun belum tentu segala hutang dapat dilunasi.

Dalam pada itu kebanyakan majikan yang mendapat kontrak mengait buah dan prunning sawit adalah terdiri daripada kontraktor kecil. Kalau kos memutihkan pekerja menelan belanja RM5,000 seorang, untuk 10 orang sudah menelan belanja RM50,000.

Potongan yang boleh dibuat barangkali sekitar RM100 sebulan seorang yakni sekitar RM1,000 sebulan untuk 10 orang. Maknanya majikan kena mengambil masa 50 bulan untuk dapatkan kembali kos pemutihan pekerja berjumlah 10 orang.

Dengan 10 orang pekerja majikan tidak mampu menanggung kos pengurusan. Paling sedikit pun kena ada 20 orang. Maknanya untuk kos pemutihan 20 pekerja, majikan kena mengorbankan RM100,000 yang akan mengambil masa 100 bulan untuk dapatlan kembali kos pemutihan.

Kos makanan minum untuk 20 orang pula mencecah RM1,600 sebulan yakni pada kadar RM160 seorang. Itu tidak termasuk kos rokok, ubat gigi, sabun dan keperluan lain. Maknanya kalau kos makan dicampur dengan kos potongan bayaran untuk pemutihan, jumlah yang kena dibayar sebulan adalah RM260 dicampur dengan bayaran balik hutang/pinjaman di negara asal sebanyak RM400, jumlahnya sudah mencedcah RMRM660.

 Mereka ada anak bini yang kena ditanggung makanan minum, biaya persekolah anak-anak dan sebagainya. Paling tinggi pun hasil kerja mereka sebulan sekitar RM1,000.  Kerana itulah lelaki Lombok kalau boleh akan bekerja tujuh hari seminggu, termasuk dalam hujan lebat walaupun kerjanya sangat merbahaya.

Atas alas an itu, maka penulis yang kini terlibat menguruskan pekerja lelaki Lombok atas niat mahu memastikan  pengeluaran buah sawit di ladang-ladang milik Felcra Berhad tidak terbantut, maka sukacita mencadangkan supaya syarat-syarat pemutihan dilonggarkan, paling patut prosesnya dipercumakan buat pertama kali, terutama bagi mereka yang bekerja di ladang-ladang sawit memandangkan sawit adalah antara komoditi negara.

Percayalah, jika syarat ketat dikenakan dan lelaki Lombok memilih untuk kembali ke negara asal mereka atau pun mereka dihantar pulang atas nama PATI tanpa dokumen, industri sawit akan terjejas dengan teruk dalam tempoh yang singkat, kecuali seandainya anggota RELA yang dikerah memburu para pekerja ladang tanpa dokumen atau pun anak-anak muda tempatan bersedia untuk menjadi pengait sawit terlaltih.

Nota: penulis mendapat maklum, selain dari sering dimaki dengan kata-kata kesat, mereka yang ditahan di depoh juga dikasar dengan ditampar atau dipijak, seolah-olah mereka melakukan jenayah sedangkan mereka datang untuk mencari kerja. Ada tahanan yang kerana terlalu lama ditahan menghadapi masalah mental.

45 ulasan:

  1. Program 6P yg kerajaan laksanakan memang secara percuma kalau di buat melalui jabatan imigresen. Kalau dah tahu nak barang percuma kenapa pergi guna agen. pergi sendirilah ke pejabat imigresen.

    Kerajaan dah tetapkan untuk ambil pekerja asing bukan tak boleh, tp mohonlah terlebih dahulu. Dah dapat kelulusan baru ambil pekerja asing bukannya ambil dulu baru nak mohon. Kan satu kesalahan undang2 tu. Kata warga yang bertanggungjawab. Kalau bertanggungjawab kenapa dilanggar undang2.

    Kalau jumpa dengan pekerja asing yang lari dari majikan asal sepatutnya lapor kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut, bukannya ambil, simpan untuk kegunaan sendiri. Kalau perlu untuk tambah dan timbun harta kekayaan sendiripun, ikutlah prosedur yang betul jangan main hentam keromo saja. Macam nilah sikap manusia, undang2 kalau tak serasi dengan dia semua tak nak ikut termasuklah undang2 yang Allah tetapkan. Main bantai nak lawan saja.

    Pihak penguatkuasa buat kerja pun nak kena marah jugak ke? agak2 la sikit. Kalau dia orang tak buat kerja dia orang, cuba fikir manalah tahu pendatang dari lombok yang tak ada dokumen tu seorang penjenayah. Bukankah timbul risiko keselamatan pada masyarakat dan diri anda sendiri. Tujuan penguatkuasaan dibuat sebab untuk mengawal. Begitu jugak dengan tujuan di buat pendaftaran dan juga dokumen yang sah, supaya pendatang yang boleh bekerja ni hanyalah yang telah lulus tapisan keselamatan. Penguatkuasa pun tangkap yang tak ada dokumen saja ataupun sekurang-kurangnya tangkap sebab majikan gagal kemukakan dokumen. Kalau yang sah2 terbukti ada dokumen buat apa nak tangkap. Buat menyemak dekat kem2 tahanan. Tak pasal2 kerajaan nak kena tanggung makan minum orang asing ni termasuklah dari lombok yang anda pertahankan sangat tu.

    Yang sebenarnya kebanyakan majikan ni termasuklah kontraktor atau sub2 kontraktor ni semuanya nak cari keuntungan diri sendiri saja. Bukan peduli sangatpun pasal undang-undang. Yang penting poket mesti penuh. Betul tak.

    Kalau dengar kata warga asing yang pernah kena tahan di kem2 tahanan tu, jangan terus nak terima saja. Kalau warga asing kesayangan tu beritahu kena maki dengan kata2 kesat, ditampar atau dipijak tu, silalah tunjukkan bukti. Kalau setakat tuduhan tapi tak ada bukti, itukan fitnah namanya. Kalau rasa diri tu beragama Islam tentu tahu bukan hukumnya membuat dan menyebarkan fitnah.

    Masalah mental ni kita tak tahu apa punca dia. Jangan main nak tuduh tahanan jadi mental sebab lama kena tahan. Kadang-kadang masalah mental tu dah sedia ada dari luar lagi sebelum ditahan dan kadang2 orang yang tak pernah kena tahanpun boleh kena serangan mental. Kalau tak di periksa tahap kesihatan mental, tiada siapa boleh tahu kita ada penyakit mental atau tidak termasuklah penulis blog ini sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju3 sgt dengan apa anda ckp kan..
      penulis blog ni ckp ley la..ape pun boley..sbb ckp tu tak berbayar.. kalo bayar..tak berani derrrrr nk ckp..sayang sgt lombok die..cettt.. t bwk lari anak dara @ bini eh baru taw...huhu

      Padam
  2. Hebat tanpa nama.... Penulis nak tuduh tu... biar ilmu di dada tu meluas tentang kerajaan dan undang2.... ni tak... wat malu jer kalau org2 arif undang2 dan kakitangan kerajaan bace..huhuhu.. malu.... malu....

    BalasPadam
  3. amboi3.. pandainye komen..
    penah duduk dlm depot tahanan ke??
    dgr sgt ckp pekerja kaw tu..
    percaya idup2 rupanya..
    ingat org yg keje tu takde otak n peri kemanusiaan ker??? pandai2 je komplen..
    manusia bese la.. tak penah bersyukur..
    arini ko agungkan pekerja2 kaw tu..
    sok die rogol anak ko..jgn ko marah sana-sini lak kata warga asing tu jahat la ape la..huhu
    ko ade pikir tak yg bagi makan kat depot tahanan tu duit kaw???
    lagi satu.. yg lama2 tu ko ade siasat ke sapa??warganegara ape.. ko bukan taw pun.. tp ckp cm taw..cm penah masuk dlm je... hek eleh... ko ada taw ke warganegara yg lama tu ade mslh ke kedutaan die..ape ke.. ko bukan taw punnnn... tapi ckp cm serba-serbi taw... sudah la... nnt kalo family ko dpt keje imigresen ke..rela ke..polis ke... ko taw la... tu pun kalo ko rajin bertanya.. kalo tak..main tuduh je la...

    BalasPadam
  4. Setelah meneliti artikel penulis diatas,ianya pada saya lebih bersifat peribadi kerana penulis mempunyai "interest" dalam hal tersebut..adalah lebih adil sekiranya penulis tidak terlibat secara langsung dalam hal diatas..janganlah kerana kepentingan peribadi semata-mata penulis sanggup menggadaikan maruah negara sendiri demi mempertahankan golongan tertentu sahaja.Negara Malaysia kita ini ada undang2 nya samalah juga di negara sumber tenaga saudara penulis,masing2 ada undang2 bagi tujuan2 tertentu dan jika penulis kesana pun dengan memasang niat yang sama untuk mencari "rejeki yang halal"..memang sah2 sama la juga akibatnya.Penulis juga harus tahu bahawa matlamat tidak menghalalkan cara..walaupun dengan niat untuk mencari rezeki yang halal tetapi jika masuk ke negara ini dengan cara yang salah ia tetap haram namanya..ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan..saya percaya penulis lebih matang dan waras dalam hal ini..sifat prejudis terhadap kerajaan perlu di kikis dalam diri setiap warganegara Malaysia yang totok dan saya masih lagi percaya layanan terhadap para tahanan di kem tahanan di negara kita ini jauh lebih baik jika dibandingkan mana2 negara jiran kita..mereka juga ada prosedur2 standard yang ditetapkan dan perlu dipatuhi..barang diingat..mereka bukannya "cap ayam"..Malaysia,Tanah tumpah darahku!!

    BalasPadam
  5. salam utk penulis.....
    tergerak hati saya utk mbaca blog penulis ini kerana kelantangan saudara penulis menyampaikan ketidakpuasan hati di facebook kementerian dalam negeri kerana lombok kesayangan penulis tlh ditangkap oleh pihak imigresen dan rela.
    pada pemikiran bodoh sy, ade sebab kenapa lombok kesayangan penulis ditangkap oleh pihak berkuasa, kerana secara terang2ngan salah disisi undang2 saudara penulis telah mgaji pekerja yg tiada permit. tetapi kenapa saudara penulis melenting apabila hal ini berlaku...pada penulisan saudara diatas ternyata saudara penulis ini terlalu memikirkan keuntungan sehingga mengenepikan keselamatan negara dgn mbenarkan lombok kesayangan penulis menetap dinegara malaysia ini secara haram.jangan hanya kerana ingin menolong org lombok itu sehingga saudara penulis sanggup melanggar undang2 di tanah air penulis sendiri. sy cuma berpesan, sesuci mane pon matlamat penulis xkan mhalalkan cara saudara penulis itu...
    saudara penulis mmg ade hak utk bersuara tp jangan smpai menunjukkan kebodohan diri sendiri. jgn kerana ingin mmbela 5org lombok sesayangan, saudara mndapat maki hamun dari berjuta rakyat malaysia. berfikirlaa secara rrasional. biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka kerana mereka dibayar gaji utk itu.sy simpati dgn saudara penulis. bawaklaa bertaubat dan bykkan amalan. lebih bgs dri saudara menulis fitnah tanpa usul periksa d dlm blog saudara ini.
    MALAYSIA NEGARA TERCINTA, TANAH TUMPAH DARAH KU.........

    BalasPadam
  6. oleh: saya rakyat Malaysia yang tulen.

    apa yang saya nak kata, semuanya sudah dinyatakan oleh "rakyat Malaysia" tulen yang lain diatas. penulis harus berasa MALU dengan pendedahan kurang bijaksana penulis. saya was-was dengan ketulenan warganegara penulis. penulis ni rakyat Malaysia? jika Ya, penulis adalah pengkhianat negara. memalukan.

    saya tertarik dengan ayat ini:
    "Nota: penulis mendapat maklum, selain dari sering dimaki dengan kata-kata kesat, mereka yang ditahan di depoh juga dikasar dengan ditampar atau dipijak, seolah-olah mereka melakukan jenayah sedangkan mereka datang untuk mencari kerja. Ada tahanan yang kerana terlalu lama ditahan menghadapi masalah mental."

    wahai penulis.. "Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah"-sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah

    diharap penulis sudah faham maksud JENAYAH, dan penulis telahpun tergolong dalam kategori PENJENAYAH kerana melanggar undang-undang negara dengan menggaji pendatang haram. bukan saya yang reka cerita, tetapi penulis sendiri mengaku di laman sosial.

    penulis telah melakukan "jenayah terhadap keselamatan negara"

    2. jika benar ada tindakan salah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan Malaysia seperti yg dimaklumkan penulis. lapor kpd pihak bertanggungjawab dan biarlah ia disiasat dengan adil. saya berasa hairan, apa niat penulis menghebahkan hal ini tanpa ada bukti dan sekadar "mendapat maklum"? penulis harus ingat dan tahu, tidak mustahil penulis pula akan menanggung tuduhan jenayah iaitu memfitnah atau cuba menghasut. semuanya terbukti dari penulisan penulis sendiri di dlm blog ini. jadi, bertindak bijak.. jangan terlalu emosi dan luah segalanya tanpa memikirkan akibatnya. untuk makluman penulis, saya jauh lagi muda dari penulis dan saya berasa malu dengan sikap penulis yang boleh dikatakan sebaya dengan bapa saya tetapi tidak patriotik dan tidak sayangkan negara.

    BalasPadam
  7. PAKCIK TAU TAK ORANG YG MENGINAP LAMA KAT DEPOH TU SAMPAI BERTAHUN2 APA SEBABNYE?
    PAKCIK PENAH DOK DLM DEPOT KE?
    KALAU PAKCIK NAK TAU PENDATANG YG DITAHAN LAMA DALAM DEPOT TU DISEBABKAN KEDUTAAN NEGARA NYA PUNYA PROSEDUR..ADA KEDUTAAN NEGARA NYE TAK MAU MENGAKU PENDATANG TU WARGANEGARA NYA..SEBAB TU PENDATANG TU TERPAKSA MERINGKUK DALAM DEPOT LAMA..SO TERPAKSA LA PIHAK IMIGRESEN MENJAGA MAKAN MINUM DIORANG (HARUS DI IGT MAKAN MINUM TU DUIT RAKYAT MALAYSIA TERMASUK DUIT PAKCIK TAU)..SO PAKCIK JGN NAK TUDUH2 BAHAWA PIHAK PENGUATKUASA MELAMBAT-LAMBATKAN PENAHANAN MEREKA..LAGI LAMA MEREKA DOK DALAM LAGI BYK DUIT RAKYAT YG TERPAKSA DIGUNA UTK BAGI MEREKA MAKAN..KALAU PAKCIK TAK TAU APA-APA TOLONG JGN BUAT TUDUHAN MELULU TANPA USUL PERIKSA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..
      pakcik...kalo pakcik wt kesalahan imigresen kat mana2 negara pun.. tak mustahil pakcik pun akan dimasukkan ke dalam depot tahanan negara2 tersebut.. malahan akan disuruh buat kerja berat.. tapi tidak di depot negara kita.,hanya duduk makan tido sahaja.. sakit siap di'eskot' lagi ke hospital.. jgn tak tahu yg sakit HIV, TIBI sme tu la kite tetap jaga tak ketinggalan juga yg melahirkan anak di hospital.. ckp jgn sembarangan pakcik.. ramai rakyat Malaysia tgk sndri bagaimana pihak berkuasa bekerja menjaga PATI2 ni wlupun di hadapan org awam..ckp siang pandang2..ckp mlm dengar2.. pakcik ni memalukan rakyat MALAYSIA je sebab syg kan duit n sayangkan LOMBOK lebih dr sayangkan negara dan keluarga.. huh!~

      Padam
  8. satu je dalam banyak2 hal..setelah saya baca dan teliti apa yang saudara harungi,saya rasa saudara ni bukan WARGANEGARA MALAYSIA ASLI..mesti saudara ni pakai I/C MERAH..malu la nak pertahankan ORANG LOMBOK..baik saudara datang ke JPN tukar I/C buat passport tukar warganegara kepada INDONESIA..dan kesimpulannya..saudara tidak tahu apa2 tentang undang2 yg telah sedia ada..bukannya kita boleh gubal undang2 utk kpntingan sendiri..

    BalasPadam
  9. wah!sy amat tertarik dgn penulisan anda..memang anda mempunyai ciri2 seorg penulis yg hebat, menulis dgn penuh perasaan.

    tp syg, anda menulis tanpa menggunakan akal fikiran!

    BalasPadam
  10. anda akan didakwa kerana memfitnah kerajaan Malaysia.

    BalasPadam
  11. berat nanang mu meli..

    BalasPadam
  12. salam pok cik...ambe bkn nok mende pun..nok srh wat novel cinta lombok biru...bleh dop...napok pok cik syg sngt ker lombok,bleh wat novel senaskah,pah jual bleh pitih..dop payoh kait woh sawit lg.nok bg advise sket kt pok cik nie,..dop baik tabur finoh ker org,,dosa besor..kn hadis oyak da,fitnoh tu lebih jahat dr membunuh...pok cik ckp bab agama napok sedap sngt dekpung,..ambe buwi la...ambe pun berahi gak ker indon,dop super pok cik...ambe layan nada cinta....base pok cik nie nebeng snggh da...syg ker lombok.napok bela sngt ker lombok,baik buwi bini pok cik ker lombok tu...wane pok cik rase kalu anok dara pok cik wat lari d lombok hok pok cik syg tu..nangis wase..nok karate dop lombok pok cik tu..da gtu r pok cik ehh..kire settle r nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saloh2 pok cik..tajuk novel tu.."lombok rindu" tp jgn tiru jln citer ombak rindu plok..kan mrh plok org kate pok cik ciplak hok org..pok cik nok kene jail ker 10 tahun..mrh plok pok aaron aziz ngan mek maya karim tgk "lombok rindu".wat movie lalu...bereh pok cik..mitok maaf bnyk deh..

      Padam
  13. meli... akalmu x sematang umur mung

    BalasPadam
  14. ehem... penulis blog... sila respon ye klu anda rasa anda di pihak y benar... wat karangan panjang sgt, xkn nk jwb komen pom xleh...

    BalasPadam
  15. salam pok cik meli jongang kapak,,.sya tgk pok cik meli nie wat kuar novel bnyk da,..tp tahap pemikiran yang bodoh..nok oyak wi nie...pok cik amik lombok nie atas dasar perikemanusian,tp bg sya pok cik amik kesempatan plok ker lombok nie...pasal ape sya oyak gtu..pasal pok cik amik dye keje ngan pok cik plok..nie bkn dasar perikemanusiaan da tp amik kesempatan plok...kalu pok cik kesian ker lombok nie,pok cik kene serah ker imigresen bkn amik dye keje ngan pok cik plok..mmg salah la dr segi undang2.nie se lg nk oyak,,kerugian yg pok cik alami pasal lombok nie kene igat,tu hal pok cik sediri,,cr la alternatif lain srh org kait sawit tu..wat malu korang jer,,budak tadika bleh mikir waras dr pok cik...dop ker bodo tu..nie srh imigresen ngan rela g kait woh sawit tu..ade ker patut..da kalo lombok mu nie mapuh,,mu nok g gali mula dalam kubur srh kait woh sawit tu..mcm xdop org da dlm dunia nie...kalo public tgk statement pok cik nie,,public dop kate org kerajaan bodo tp org kate ker pok cik plok bodo pasal dop tau undang2..komen la pok cik,org bg jawapan seme da nie..dop kan snyp kot...ker tgh makan woh sawit atas pokok...gini la pok cik,baik pok cik tarik balik tuduhan pok cik tu,pasal kite nok dakwa pok nie..takut abih pitih pok cik plok..bereh r pok cik jongang kapak...jongang...jongang..jongang...meli gigi jongang...huhuhu sdp aku nyanyi..

    BalasPadam
  16. MeliKAPAKJANGAKBODOHBANGANG..

    BalasPadam
  17. salah sorg org malaysia yg bangang...mari datang depot klau lu bagus...

    BalasPadam
  18. Pakcik Meli..
    ustaz sy slalu ckap, niat tak menghalalkan cara..kalu niat kite nk tlong org skalipun, kite x boleh buat benda2 yg salah..kita bkan kat zaman robin hood, nak tolong org miskin tp mencuri..salah ttp salah walau ape pun niat kite..

    dlm kes pakcik ni, pakcik ttp salah sbb mnggaji pekerja asing tnpa permit..walau ape pun alasan pakcik, sesuci mana pun niat pakcik, pakcik ttp juga melakukan ksalahan..dan mungkin juga rezeki yg pakcik dpt, yg pakcik bg makan kat anak bini cucu cicit pakcik tu boleh dikatakan tak berkat kerana dtng dr sumber yg salah..

    renung2kan dan selamat beramal..

    BalasPadam
  19. assalam..
    cian ke mu boh..sembang sedap sungguh..tp dok balas2 pun komen org ni..klu pok cik ni rasa betul..komen la boh..klu betul ilmu tu penuh didada..stakat buat novel apa barang..cite pok meli bnyak auta dari faktakut..hargailah apa yang kerajaan buat ni..klu pok cik ni duk senyap gitu mmg napo sgt la pok cik ni saloh..berat nanang jute nang pok ni..komen la..komen la..komen la pok cik oi klu betul pok cik ni rakyat malaysia..ke pok cik ni penduduk tetap dok berani komen langsung..

    BalasPadam
  20. Saya baru buka blog pagi ini. Akhir-akhir ini saya jarang buka blog, lebih kepada FB. Tapi menjelang pilihanraya blog saya akan kembali aktif. tambah-tambah saya akan berada di rumah sepenuh masa kerana tidak lagi ke ladang-ladang sawit seperti sebelumnya. Kerana masalah pekerja saya rasa tidak perlu saya ambil risiko walaupun pada niat asalnya saya nak ikut sama terlibat dalam mencergaskan hasil komoditi negara.

    Saya teliti 22 komen yang bukan sahaja saya tahu dibuat oleh hanya seorang tetapi saya juga tahu siapa orangnya dan di mana lokasinya pun saya tahu. Tuan jangan terkejut kalau satu hari saya terjongol depan tangganya semata-mata untuk memberi peluang kepada pengomen yang tidak jujur, tidak telus dan tidak tulus dalam memberi komen dengan menyembunyikan identitinya tahu dan lihat sendiri sikap dan perwatakan saya. Insyaallah dengan izin-Nya akan tiba saat itu.

    Pengomen sebenarnya tidak tahu perjalanan cerita sebenar tetapi cuba untuk ikut campurtangan semata-mata nak bodek orang atasan dan pihak kerajaan yang saya yakin tidak bodoh dan bangang seperti saya. Orang macam ni kalau diberi kedudukan yang lebih baik bermakna memberi malapetaka kepada jabatan dan majikan.

    Saya dah jawab segala soalan jabatan imigrsen dalam ssesi merakam percakapan saya di bilik siasatan 1 bahagian pendakwaan dan penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Terengganu di Wisma Maidam. Saya datang dari Kota Bharu ke Kuala Terenganu, bukan imigresen yang datang jumpa saya. Saya murahkan harga diri untuk memudah dan mempercepatkan kerja imigresen.

    Saya tahu imigresen sedang berusaha untuk dakwa saya dan saya memang bersedia pun untuk didakwa. Saya bukan sahaja bersedia untuk dipenjara atau dirotan tetapi saya sanggup dihukum mati kerana matlamat saya adalah untuk memurnikan imej kerajaan, rakyat dan negara ini selain dari untuk memperingatkan tentang kesan sampingan kepada ketagih dan gigihnya buruan dan tahanan ke atas PATI supaya apa yang berlaku ke atas industri sayur-sayuran di Cameron Highland tidak akan menimpa industri sawit.

    Saya bukan utamakan isi kocek saya. Kalau tidak saya tak akan bagi upah untuk pekerja sehingga RM32 setan untuk kerja-kerja mengait buah. Cuba tanya Felcra dan Felda atau agensi-agensi kerajaan yang lain berapa upah kerja yang mereka bagi setan kepada pekerja yang kerja terus bermajikkan agensi-agensi berkenaan (kecuali ladang-ladang milik swasta dan orang perseorang). Juga tanyalah para kontraktor lain berapa yang mereka bayar untuk pekerja mereka.

    Apa yang saya bongkarkan adalah ibarat membangunkan seseorang dari tidur lena. Pihak kerajaan kena buat siasatan, jangan percaya dengan laporan yang molek-molek dari jabatan dan pegawai tertentu sahaja demi kemurniaan imej kerajaan, rakyat dan negara. Harus disedari bahawa benda yang paling pahit adalah ubat yang paling mujarab manakala yang manis-manis lazimnya menyumbangkan kepada pelabagai penyakit kronik. Jabatan dan kakitangan kerajaan adalah jentera kerajaan, kalau ada yang tak kena oleh sesebuah jabatan, imej kerajaan akan tercdemar. Saya pun ada pengalaman kerja dengan kerajaan selain dari 31 tahun saya habiskan masa dalam dunia kemediaan.

    Kalau pembongkaran saya tidak benar, dakwa saya dan hukumlah saya. Seandainya apa yang saya bongkar, malah apa yang saya firasatkan akan berlaku ke atas industri sawit ada asasnya, maka perbetulkan keadaan sebelum retak menjadi belah. Tak guna dah terantuk baru nak tengadah, jangan tunggu nasi menjadi bubur. Jangan melihat teguran itu semuanya berniat jahat dan khianat, apatah lagi menganggap datangnya dari orang bodoh dan bangang. - RAMLI ABDUL HALIM, K/P:561020-03-5201

    BalasPadam
  21. 1) Pengomen sebenarnya tidak tahu perjalanan cerita sebenar tetapi cuba untuk ikut campurtangan semata-mata nak bodek orang atasan dan pihak kerajaan yang saya yakin tidak bodoh dan bangang seperti saya. Orang macam ni kalau diberi kedudukan yang lebih baik bermakna memberi malapetaka kepada jabatan dan majikan.-PADA PENDAPAT SAYA MEREKA W/PN XSEMUA KOMEN LEBIH BEDASARKAN FAKTA

    2)Saya dah jawab segala soalan jabatan imigrsen dalam ssesi merakam percakapan saya di bilik siasatan 1 bahagian pendakwaan dan penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Terengganu di Wisma Maidam. Saya datang dari Kota Bharu ke Kuala Terenganu, bukan imigresen yang datang jumpa saya. Saya murahkan harga diri untuk memudah dan mempercepatkan kerja imigresen.- MMG ANDA PATUT BERBUAT DEMIKIAN KERANA UNTUK PENGETAHUAN ANDA,ITULAH PROSEDUR Y TLH DITETAPKAN BKN OLEH SAYA,BKN OLEH ANDA,TP KERAJAAN

    3)Saya tahu imigresen sedang berusaha untuk dakwa saya dan saya memang bersedia pun untuk didakwa. Saya bukan sahaja bersedia untuk dipenjara atau dirotan tetapi saya sanggup dihukum mati kerana matlamat saya adalah untuk memurnikan imej kerajaan, rakyat dan negara ini selain dari untuk memperingatkan tentang kesan sampingan kepada ketagih dan gigihnya buruan dan tahanan ke atas PATI supaya apa yang berlaku ke atas industri sayur-sayuran di Cameron Highland tidak akan menimpa industri sawit.- ANDA MMG PATUT DIDAKWA KERANA ANDA DENGAN SEDAR @ TANPA SEDAR ADALAH SEORANG PENJENAYAH,BKN PENCURI DUIT,BKN PEROMPAK BANK TP ANDA PENCURI DAN PEROMPAK HARTA NEGARA DAN RAKYAT DGN MENGGAJI PEKERJA ASING TANPA MEMBAYAR PERMIT KEPADA KERAJAAN, WANG SEPATUTNYA MENJADI HAK KERAJAAN SETERUSNYA DISALURKAN KEPADA RAKYAT TELAH ANDA GELAPKAN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN LOMBOK2 ANDA YANG TERSAYANG

    4)Kalau pembongkaran saya tidak benar, dakwa saya dan hukumlah saya. Seandainya apa yang saya bongkar, malah apa yang saya firasatkan akan berlaku ke atas industri sawit ada asasnya, maka perbetulkan keadaan sebelum retak menjadi belah. Tak guna dah terantuk baru nak tengadah, jangan tunggu nasi menjadi bubur. Jangan melihat teguran itu semuanya berniat jahat dan khianat, apatah lagi menganggap datangnya dari orang bodoh dan bangang.- TIDAK SALAH MEMBONGKAR TP PERLU BERASAS DAN BUKTI YANG KUKUH,BKN KERANA ANDA TERHANTUK SEBAB KELALAIAN SENDIRI CUBA PULA SALAHKAN PIHAK LAIN YANG BETUL2 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. TANPA PENGUATKUASA UNDANG2 SEPERTI MEREKA DAN MEREBAKNYA ORANG BERKEPENTINGAN SEPERTI ANDA, HURU HARALAH NEGARA BERDAULAT INI... SEKIAN DR SAYA...

    BalasPadam
  22. pokcik tetap kata yg pokcik wk dop saloh!~ heh
    huk aloh la... pokcik2..

    BalasPadam
  23. RASANYA PAKCIK NEY FRUST KOT, MUNGKIT DULU PAKCIK TAK DAPAT KERJA IMIGRESEN DAK PUN PAKCIK NEY PUTUS CINTA DENGAN ORANG IMIGRESEN, PAKCIK TAK PAYAH LA NAK UGUT TAHU KAT MANA PARA PEMBALAS KOMEN ANDA, KAMI TAHU YANG PACKCIK TAHU DIMANA KAMI BERADA, CUMA FIKIR-FIKIRKAN LAH..... ANDAI INSAN TERSAYANG PAKCIK DILARIKAN PEMUDA LOMBOK ATAU PAKISTAN KARPET... MASA TU TERFIKIRKAH PAK CIK.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. stuju dgn tanpa nama. andai suatu hari nanti, ada anak bini pak cik @ saudara mara pak cik dilarikan oleh puak lombok kesayangan pak cik tu, jgn lak terhegeh-hegeh cari org kerajaan utk minta bantuan.

      Padam
  24. Pendapat peribadi owner blog boleh bagi, tuduhan liar harap jangan sama sekali.

    Wang CY
    Timbalan Penolong Pengarah Imigresen

    BalasPadam
  25. bukan pakcik sahaja rakyat malaysia,ramai juga yang prihatin,kita bukan boleh puaskan hati semua orang,kalo pakcik kena gigit semut,semua semut pakcik pijak,kalau ada yang terlepas,terlepas la,nasib2,pakcik jgn obses sgt,pakcik bole pjuangkn hak pcik,tpi biar berasas,rasanya pihak imigresen pon xnk kaco pcik,tpi dh nama kje,nk buat mcm mne kn,pcik dri pcik perabis tok org yg xsah,bek pcik cri pekerja yg sah..jimat skit duit,pelan2 pcik,,sorang ppon xpe,,pcik bkn nk penuhkan duit sgt kn...cuma nk teruskn hidup,,xpon pcik je kje kt lombok ke...

    BalasPadam
  26. http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/bimbang-anak-dilarikan-1.28425

    BalasPadam
  27. Maaf la pokcik meli.. Inilah blog paling lawak yg pernah saya jumpa! Buat rakan2 yg bg komen.. Jgnlah kita berdebat dgn org yg bodoh krn ianya akan menyakiti kita.. Wakakakaka!!!

    BalasPadam
  28. PAK CIK KALAU TAK PUAS HATI BOLEH BUAT KOMPLEN PADA KETUA PENGARAH IMIGRESEN, TAK PERLU BUAT PANGLIPURLARA SEHINGGA JADI BAHAN JENAKA

    DARI SAYA

    ZURAIME MD IDRIS
    (SOMDEJ LUANG ANOTHAI JESADA MAHASENA DHI RAJ NAA AYUTTAYA)
    TIMBALAN PENOLONG PENGARAH IMIGRESEN (II)

    BalasPadam
  29. SUDAH LAH MELANGGAR UNDANG-UNDANG IMIGRESEN... NAMANYA PUN UNDANG-UNDANG..JIKA SESEORANG ITU TELAH MELANGGAR SEBARANG AKTA ATAU UNDANG-UNDANG YANG SEDANG BERKUATKUASA, MAKA SESEORANG ITU BOLEHLAH DIANGGAP SEBAGAI PESALAH ATAU PENJENAYAH..

    SAYA RASA, PACIK SENDIRI NI PUN TELAH MELAKUKAN KESALAHAN IMIGRESEN, MUNGKIN TELAH MELINDUNGI PTI.

    BAGITAHULAH KAMI ALAMAT TEMPAT PACIK LETAK PTI TU.. BOLEHLAH BAHAGIAN PENGUATKUASA DATANG MELAWAT UNTUK BERAMAH MESRA DENGAN PACIK DAN PTI YANG PACIK LINDUNGI TUU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu dtng tu jgn lupa bg salam,sblum naik umah tnggal kasut, mcam tu la adab nak buat operasi..betul x pakcik meli?

      pakcik meli ni patut msuk maharaja lawak mega la..nampak kereta imigresen je bersepah smua pati lari..lagi nak suruh diorg bg salam, tanggal kasut sblm naik umah?tuhan kurnia otak utk berfikir. so fikir la guna otak, bkan kepala lutut.. hahahaha

      Padam
  30. haha...pelawok...pelawokkkk...

    BalasPadam
  31. assalamualaikum..
    aku juga seorang lombok.aku kaget bangat sama pak meli.teruskan perjuanganmu pak meli.aku datang ke m'sia utk nyari rejeki halal.aku juga tiada permit sah.tapi niatku tuk cari rejeki.ambilku jd pkerjamu pak meli.aku juga punya teman di lombok yg bisa berkhdmat utkmu.tp nggak ada permit nggak apa2 kan pak meli?kerja dulu nanti lama2 bisa bikin permitnya..baiklah pak meli,ambil aja aku sama teman2ku tuk jadi pengait buah mu di ladang dan tuk jadi menantumu mu juga aku bisa.aku sayang ma kamu.sampai di sini aja dan aku ingin berpesan jika memandu jangan lupa pakai tali kledar anda dan jangan cilokk mencilokk...;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduh2..terkesima hatiku bila mmbaca karanganmu meliku syg..aku juga org lombok..aku syg sama kamu meli..dan juga anak prempuanmu,isterimu juga..

      Padam
  32. Memalsukan surat kementerian utk kepentingan peribadi, mengambil pkerja asing tnpa parmit yg sah, serta membuat tuduhan palsu ke atas jabatan kerajaan (fitnah)..itu antara kesalahan nyata yg telah kamu lakukan wahai meli kapak jangak. Cukuplah menunding jari kpd org lain dn mereka2 cerita utk menutup kesalahan sndiri. Semua org tahu kamu ni penglipurlara pencen, hentikan segala sandiwara dan lawak jenaka kamu

    BalasPadam
  33. Aku sedang menunggu pedakawaan atas apa juga kesalahan yang aku lakukan. Aku tak pernah gentar, berani buat berani tanggung.

    Pengomen-pengomen tidak tahu bagaimana aku uruskan pekerja tu. Aku bukan ambil dan biarkan mereka bekerja. Selain dari mereka diambil dengan sejumlah bayaran, aku usahakan urusan pemutihan mereka. Aku tak ada lesen untuk uruskannya, aku serahkan pada agen berdaftar.

    Tempat pekerja Lombokku di berek pekerja Felcra Berhad Padang Bual Jertih. Aku dah bagi tahun maklumat lengkap kepada pegawai dari KDN yang hubungi aku. Penguatkuasa imigresen tentulah tahu lokasi tu, kalau tidak macam mana mereka boleh ditangkap. Sekarang dah tak ada, yang ada slip 6P dua orang tu pun Felcra suruh bawa keluar kerana takut diserek sama dalam pendakwaan terhadap aku nanti.

    Yang aku ada itulah hanya lima orang sebagai perucubaan sama ada mereka boleh diputihkan atau tidak. Kalau yang jenis mereka itu ada formula boleh diputihkan, barulah nak ambil ramai lagi. Itu cadanganku. Kerana itu aku pesan pada mereka, bila imigresen datang jangan lari, layan mereka baik-baik, bagi kerjsama. Aku ingatkan mereka kamu bukan penjenayah atau pemain dadah, kamu hanya tidak mempunyai dokuman yang sempurna. Saya akan cuba ikhtiarkan untuk pulihkan kamu. Kerana itu mereka tak lari, walhal kalau mereka nak lari macam rakan Bangla di bilik sebelah, mereka boleh berbuat demikian.

    Kalau nak yang tanpa dokumen aku dimaklumkan di Gua Musang pada satu tempat sahaja ada 200 orang, malah di Gua Musang yang tak ada apa-apa jumlahnya ribuan orang. Konmonnya laporan ada dibuat tetapi tindakan dibuat tetapi tidak diambil tindakan kerana majikan bukan Melayu mempunyai kuasa kewangan yang kuat. Hal itu aku tak peduli kerana tidak ada kaitan denganku.

    Di ladang-ladang di Terengganu ada ribu-ribu, malah di seluruh negara ada juta-juta. Pendek kata tak tertampung oleh depoh-depoh yang ada.

    Surat rayuan bukan setakat ditulis kepada ketua pengarah imigresen dan KSU-KDN tetapi kepada menteri dan perdana menteri juga. Malah aku baru terima salinan surat setiausaha sulit menteri dalam negeri yang dihantar kepada Ketua Pengarah Imigresen.

    Negara amalkan demokrasai, aku berhak bersuara. Aku yakin pihak menteri akan buat siasatan terperinci. Selain dari menjadi orang media, aku pun pernah jadi kakitangan kerajaan. Kalau aku didakwa aku terus mengaku salah dan aku akan sedia dipenjarakan kerana mungkin dengan itu aku akan dapat pelbagai maklumat secara langsung.

    Kalau tak masuk penjara atau dihukum mati pun aku akan mati juga, jadi apa takut kepada kematian?

    BalasPadam
  34. Apa kes pakcik meli skrg ni dah jatuh hukum ke

    BalasPadam
  35. Belum. Bicara pun belum lagi. Tapi ada yang mahu saya dihukum. Saya bersedia untuk itu.

    BalasPadam
  36. Lagi banyak kau tulis lg terserlah kebodohan kau. Nak buat pemutihan kena start dgn pendaftaran. Kalau x daftar mana boleh dipuyihkan, walaupun kau palsukan surat KDN. Cuba kau cerita kat sini tentang penipuan kau dalam surat tu. Berani?

    BalasPadam
  37. Macam mana penulis boleh katakan yang penulis tiada lesen untuk menguruskan hal berkaitan 6p pekerja2 kesayangannya lalu terus diserahkan bulat2 kepada ejen?Penulis pada awalnya menunjukkan dirinya seorang yang sentiasa "up to date" dalam isu2 semasa negara seperti isu komuditi sawit dan sebagainya tetapi kenapa hal berkaitan 6p ini boleh terlepas dari pandangan penulis?

    Bukankah pihak kerajaan melalui K.D.N dan agensi pelaksana 6p iaitu Jabatan Imigresen telah memaklumkan bahawa majikan boleh terlibat dalam program 6p ini dengan 2 cara iaitu MENGURUSKAN SENDIRI semua proses dari "A" hingga "Z" ATAU boleh MENGUPAH EJEN sekiranya majikan terlalu sibuk dengan lain-lain hal. Bagaimana hal ini boleh terjadi kepada penulis yang boleh dianggap sebagai seorang rakyat yang sayangkan tanah air, peka dan teliti dengan hal-hal semasa dalam negara?

    Penulis juga ada mengatakan segala proses telah diserahkan kepada ejen, dan untuk pengetahuan saudara-saudari sewaktu operasi diadakan, pihak berkuasa menjumpai sesalinan surat daripada K.D.N yang memaklumkan bahawa pekerja2 lombok penulis sedang diproses dalam program 6p TETAPI surat tersebut bukanlah datang dari Bahagian Imigresen, K.D.N tetapi ianya datang dari BAHAGIAN KAWALAN PERCETAKAN TEKS DAN AL-QURAN, K.D.N. Bukankan menjadi 1 kehairanan kenapa Bahagian yang lain buat kerja untuk Bahagian lain? Ibarat pihak TNB baca meter air, yang mana itu adalah bidang tugas JBA, SATU, SYABAS. Pernakah penulis pernah melihat surat yang diberikan itu dari lombok2 nya? Sekiranya ada, pernahkah penulis buat tindakan susulan mengenai surat itu seperti bertanya kembali kepada ejen tersebut status sebenar surat itu atau boleh berhubung terus dengan Imigresen atau K.D.N. Atau adakah penulis terlepas pandang mengenai surat itu kerana surat tersebut mempunyai "Letter Head" K.D.N. Mustahil penulis boleh terlepas pandang kerana seperti yang dikatakan, penulis seorang rakyat yang sayangkan tanah air, peka dan pernah berkhidmat dalam Kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya skong komen di atas..dan sy cabar penulis,jika benar2 anak jantan, upload dan siarkan surat yg dinyatakan tersebut di sini, sbgaimana penulis siarkan semua surat2 rayuan tu..kalau anak jantan la..kalau dlm seluar tu dah x de telur abaikan je la..

      Padam
  38. Blog yg paling mengarut.... Pegi lah komplen ketua pengarah imigresen malaysia... Jumpa sendiri ke? Ni mcm betina takut2 tulis dlm blog.. Anak jantan kan mesti kena berani... Oppps pondan lombok mungkin....

    BalasPadam