Jumaat, 2 Mac 2012

POSTING KHAS (3)

--- Forwarded Message -----
From: meli halim <meli_industry@yahoo.co.uk>
To: "Hishamuddin@moha.gov.my" <Hishamuddin@moha.gov.my>
Cc: "ksu@moha.gov.my""" <ksu@moha.gov.my>; """alwi@moha.gov.my""" <alwi@moha.gov.my>; """mustafa@moha.gov.my""" <mustafa@moha.gov.my>; """rohani_s@moha.gov.my""" <rohani_s@moha.gov.my>; """zaitun@moha.gov.my""" <zaitun@moha.gov.my>; """syuhaidah@moha.gov.my""" <syuhaidah@moha.gov.my>; """mohamadizani@moha.gov.my""" <mohamadizani@moha.gov.my>; """zuriah@moha.gov.my""" <zuriah@moha.gov.my>
Sent: Thursday, 12 January 2012, 14:05
Subject: PEKERJA LELAKI LOMBOK



RAMLI ABDUL HALIM (K/P:561020-03-5201
& NORSITA ABD RAHIIM (K/P:671105-08-5694)
Perniagaan  Agro Hijau
d/a. Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd
2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.


Tarikh: 12hb. Januari, 2012                                            Tel:017-9871322(ramli)/014-7402511 (norsYB  


YB Datuk Hishamuddin Tun Hussein
Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Putrajaya.

YB

RAKAMAN TERIMA KASIH

SUKACITA saya merujuk perlara berkaitan.

2. Pada kesempatan ini saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada YB dan KSU, ketua-ketua  pengarah, pengarah-pengarah, ketua-ketua unit dan kakitangan jabatan yang berkaitan. Lelaki Lombok pekerja saya yang ditahan kira-kira pukul 1.00 pagi dibebaskan selamat dibebaskan kira-kira pukul 4.30 petang semalam. Mereka walaupun terpaksa bergari kira-kira 15 jam sangat gembira dengan pembebasan merela dan mengangap Malaysia adalah yang terbaik. Mereka mendesak saya segerakan pemutihan mereka supaya mereka dapat begerak dengan bebas untuk mencari rezeki yang halal. Saya akan usahakan melalui proses-proses yang sewajarnya. Mereka pula berikrar akan meningkatkan pengeluaran sawit di ladang-ladang Felcra Berhad. Saya memohon maaf bagi pihak kerajaan kerana penahanan mereka atas alasan mereka berada dalam negara ini dalam keadaan bersalah. Soal mereka ditipu oleh pihak yang tidak bertanggunjawab, ianya adalah satu perkara yang lain. Lelaki Lombok mendakwa untuk datang ke Malaysia mereka terpaksa membelanjakan RM3,000 manakala lelaki Nepal pula membelanjakan RM6,000 dengan kenaan bunga dari peminjam adalah pada kadar RM400 sebulan. Apabila mereka tidak mendapat gaji dan tidak dapat hantar wang pulang ke negara, peminjam akan mengancam keluarga mereka di kampung. 

3. Pada kesempatan ini rasanya perluk saya yakatakan (walaupun mereka tidak mahu diungkit) adalah tindakan penguatkauas yang membuat serbuan yang bukan sahaja masuk ke dalam kediaman, termasuk tempat tidur tanpa membuang kasut berlumpur tetapi rokok dan wang tunai mereka dikebas. Mungkin ianya dilakukan oleh segelinitr penguatkuasa yang tohor iman tanpa pengetahuan pihak yang mengetuai serbuan. Saya maklumkan kepada mereka bahawa ianya adalah perlakuan individu dan ianya bukan gambaran amalan kerajaan negara ini yang mengamalkan konsep BERSIH, CEKAP dan AMANAH.

4. Seperkara lagi walaupun dikumpulkan di perkarangan masjid dalam keadaan bergari beramai-ramai, namun permintaan tanahan yang beragama Islam untuk sembahyang tidak dibenarkan. Ini pada saya amat tidak wajar kerana negara kita dikenali sebagai sebuah negara Islam. Demi imej negara, saya cuba terangkan kepada pekerja saya bahawa atas alasan letih kerana semalaman tidak tidur, mungkin pegawai penguatkuasa dalam keadaan hilang pertimbangan. Mujur;ah mereka faham dan gembira kerana merasakan mereka telah dilayan dengan baik. Saya ingatkan mereka dan tahanan yang lain, bila diserbu oleh pihak berkuasa, jangan sekali-kali cuba lari. Menyerah dan ceritakanlah dengan jujur status mereka kerana mereka akan tetap dilayan sebagai manusia asalkan mereka tidak terlibat dengan jenayah dan dadah. Saya katakan bahawa kerajaan pasti sedar tentang betapa besarnya sumbangan mereka terhadap industri perladangan dan pembinaan.

5. Bagi pihak mereka, sekali lagi  saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas tolak ansur. Saya  tetap yakin sekiranya lelaki Lombok dihantar balik kerana masalah dokumen, industru sawit akan lumpuh. Mereka mahir dalam bidang sawit, kecuali yang terbabit dengan jenayah dan dadah, mereka patuty diberi kelonggaran untuk memutihkan diri pada kadar bayaran yang tidak membebankan mereka demi memastikan industri sawit yang merupakan antara komoditi negara tidak terjejas.

Sekian, terima kasih

Ramli Abdul Halim
Kolumnis portal DETIKPERUBAHAN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan