Ahad, 4 Mac 2012

PEMAKLUMAN

BAGI mengisi masa yang banyak terluang, saya akan memulakan portal saya yang diberi nama REDAS & REDAH yang akan menyelongkar segala penyelewengan yang berkaitan dengan politik, salah guna kuasa, rasuah, curi tulang dan sebagainya. Keutamaan posting item adalah rintihan rakyat, terutama pemasalahan yang perlukan perhatian dan penyelesaian.

Lensa kamera still dan movie skuad serang hendap REDAS & REDAH akan merakam kenderaan-kenderaan kerajaan yang digunakan untuk urusan peribadi atau bila mendapati kakitangan awam berada di kedai-kedai kopi atau melakukan urusan peribadi pada waktu pejabat.

Melalui slot KAPAK-BINJAI-MANIS, saya akan tarah apa sahaja bentuk penyelewengan yang boleh mencemarkan imej kerajaan, rakyat dan negara supaya imej kerajaan, rakyat dan negara sentiasa murni di mata rakyat jelata dan di mata masyarakat dunia.

AMBIL PERHATIAN: skuad serang hendap REDAS & REDAH tidak akan memungut atau mengenakan bayaran kerana laporan, aduan, rintihan dan apa-apa jua item akan diposting secara percuma. Yang hanya perlu dibayar adalah iklan yang akan digunakan bagi kos pengurusan, termasuk gaji kakitangan. Tujuan utama REDAS & REDAH adalah dakwah melalui kemajuan IT. Petugas-petugas terdiri daripada individu yang sentiasa rela dan redha dengan apa jua risiko, pelaksanaan tugas berpasak-paksikan surah Al-Asyr.

AMARAN:  MEREKA YANG MENGALAMI SAKIT JANTUNG DILARANG MELAYARI PORTAL REDAS & REDAH.

4 ulasan:

  1. Pok pok demo jugok4 Mac 2012 pada 1:15 PTG

    1. Mana link portalnyah?

    2. Awas nanti geng kapak gedebe wi se duo ke palo lutuk mu

    BalasPadam
  2. افكلما جآءكم رسول بما لا تهوى انفسكم استكبرتم ففريقا كذّبتم وفريقا تقتلون - سورة البقرة
    ٨٧ Semoga tulus dan bermanfaat dunia akhirat, kerja diberkati Allah dan sifar bias.

    BalasPadam
  3. Pok pok demo jugok: 1. Portal tu masih dalam proses pembinaan. Bukan mudah nak wujudkan sesuatu portal. Tapaknya kena bayar dan rekabentunya kena menarik. Mohon bersabar untuk melayarinya. Nanti akan dilinkan dengan blog ni. Tekan saja terus boleh layari.

    2. Hal-hal gegebe ni saya tak berapa takut. Sejak tahun 1973 bergelumang dengan dunia kemediaan, macam-macam ugutan saya terima. Kalau nak kira mati kena belasah oleh geng-geng gedebe, saya sepatutnya dah kena mati lebih dari 10 kali dah. Nak kata berani sangat pun tidaklah...tapi saya ni jarang rasa takut, kecuali pada Allah.

    Dariana: Kita sebagai hamba-Nya kena melakukan sesuatu yang bermenfaat untuk mendapat kepentingan dunia dan akhirat. Setiap apa yang kita buat sama secara terang atau tersembunyi akan dicatat oleh malaikat di kanan dan kiri kita. Malah apa yang terdetak di hati pun dalam pengetahuan Yang Maha Agong.

    BalasPadam
  4. Portal tu ditukar nama kepada http://wasilahonline.com. Redas dan Redah hanya jadi sebahagian dari kontennya sahaja. Sekarang baru dalam proses pembinaan tapak dan belum diaktif dalam erti kaa sebenar kerana masih dalam proses pemilihan para petufas

    BalasPadam