Ahad, 11 Mac 2012

PULIH KEMBALI (12/2012)

Panggilan dari Lombok Timur


AWAL  pagi tadi 910/3/2012) aku menerima panggilan telefon dari SUDIR mewakili AMAT RIPALDI dan BAKRI yang kini berada di kampung halamannya di Lombok Timur setelah dibebaskan oleh Imigresen. Mereka ditahan di Berek Pekerja Felcra di Padang Bual Jertih Terengganu  kerana tidak mempunyai dokumden yang lengkap dan ditempatkan di Depoh Imigresen Ajil Terengganu dari 18 Januari 2012 hingga 15 Febrauri 2012 dan mereka yang sepatutnya dihantar pulang pada 16 Februari 2012 telah ditahan di Depoh Imigresen Pekan Nenas sehingga dibebaskan beberapa hari lepas. Segala usahaku untuk mencari jalan bagi memuitihkan mereka dibebaskan agal.

Sudir telefon kerana dia, Amat Ripaldi dan Bakri mahu aku uruskan pemutihan mereka bagi membolehkan mereka datang bekerja denganku semula. Tapi aku kata aku dah tak buat kerja sawit lagi kerana kalau semakin lama berada dalam industri itu, lebih banyak pembongkarfan akan berlaku dan akan menyusahkan banyak pihak sedangkan aku ntidak boleh bersekongkol dengan kemungkaran dan ketidak-adilan dalam pelaksanaan peraturan dan perundangan.

Ladang Padang Bual pun telah diisi dengan pekerja dari kontraktor lain dan baki pekerjaku telah dihalau keluar. Sejujurnya aku rasa terhina dan tindakan yang dikenakan keatasku yang mengambil risiko demi kepentingan industri sawit yang merupakan penyumbang perolehan kepada negara berjumlah RM80 bilion (RM80,000 juta) setahun.

Aku sendiri mungkin akan menghadapi pendakwaan oleh pihak imigresen yang telah memanggilku membuat rakaman percakapan. Felcra Pondok Nyamuk tamatkan kontrak Perniagaan Agro Hijau ekoran dari surat yang diterima dari pihak imigresen. Kalau ketika Perniagaan Agro Hijau mula-mula datang bawa pekerja Lombok setelah pekerja tempatan dan Nepal yang  dibawa gagal melaksanakan kerja, disambut dengan ramah mesra tetapi ekoran terima surat dari imigresen susulan kepada penahanan pekerja Lombok yang dibekalkan, Perniagaan Agro Hijau dilihat lebih hina dari anjing kurap buruk kepala.

Bila aku kata aku dah tak ada kerja untuknya dan rakan-rakan, SUDIR kata kenapa dia dan rakan-rakan (termasduk rakan yang ada slip 6P) sebagai pekerja aku sahaja ditangkap sedangkan aku layan pekerja macam anak-anak sendiri, tidak pernah majikan lain melayan pekerja seperti aku melayan perkerja berdasarkan pengalamannya  yang ketika usia belasan tahun lagi sudah mencari rezeki di Malaysia.

Kenapa tidak pekerja yang bekerja dengan kontraktor lain yang sama status denganya di Sungai Kemia, Jabi dan Bukit Marak yang sama-sama dalam kawasan Felcra Pondok Nyamuk seperti Padang Bual tidak diserbu dan ditahan walaupun ianya sama-sama terletak bawah Felcra Pondok Nyamuk.

Katanya masih ramai rakan-rakannya yang tidak ada sebarang dokumen (kosong terus) sedangkan dia dan Bakri ada pasport manakala Amat Ripaldi ada salinan permit, masih juga bebas dan berek mereka tidak diserbu dan mereka tidak ditangkap. Aku kata itu urusan imigresen dan RELA. Dia punya hallah. Aku tak boleh peduli lagi kerana aku sudah tidak ada kaitan lagi dengan Felcra.

Aku tak akan repot kerana aku sayangkan bangsaku yang mahu cari makan walaupun imigresen menyerbu dan menahan pekerjaku kerana ada aduan dibuat. Pekerjaku ada dalam keadaan salah kerana tidak ada dokumen walaupun aku  berusaha melalui pelbagai saluran untuk menjadikan mereka berada dalam keadaan halal, maka imigresen berhak tangkap.

Aku dah buat pelbagai rayuan, tetapi aku gagal mendapatkan kembali pekerjaku, malah aku ditendang keluar dengan secara terhina dari Ladang Felcra Padang Bual. Judsteru aku kena terima hakikat bahawa aku hanyalah ibarat melukut tepi gantang di negara tumpah darahku ini.

Kepada SUDIR, AMAT RIPALDI dan BAKRI serta keluarga masing-masing aku terpaksa minta maaf kerana tidak dapat membantu mereka untuk datang dalam keadaan putih ke Malaysia dan terus bermajikan aku. Lagi pun kalau mereka dapat diputihkan pun, aku sudah tidak ada peluang kerja untuk mereka.

Aku cadangkan mereka ke Irian Jaya kerana banyak ladang sawit dibuka oleh para pelabur dari Malaysia di sana. Selagi mereka sanggup gerakan tulang empat kerat, di mana-mana pun mereka boleh cari rezeki kerana rezeki bukan hanya ada di Malaysia.

5 ulasan:

  1. Lain kali kalau nak ambil pekerja Indonesia ikut la saluran undang-undang yang betul.Kalau ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta paspot,jangan salahkan pihak imigren kerana mereka hanya menjalankan tugas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Padam
  2. Ramli Abdul Halim26 Mac 2012 7:59 PG

    Mereka pada asalnya ada dokumen tetapi dipegang oleh majikan lama yang tidak bayar gaji mereka selama 4 bulan. Saya sedang dalam proses untuk memastikan mereka ada dokumen semula. Saya tak ada autgoriti untuk buat itu semnua, maka guna izin berdaftar. Duit ambil dokumen tak dapat-dapat sehingga pekerja ditangkap. Bercakap semua mudah. Hampiur setahun saya cari pekerja Lombok baru dapat. Guna pekerja tempatan, tak sampai seminggu cabut, banyak tidur dari kerja, kena bagi advance. Padahnya saya rugi berbelas ribu. Kerana itu saya ambil keputusan tinggalkan bidang itu kerana kalau saya berada dalam tu banyak pembongkaran akan saya buat dan ramai pihak yang akan menerima musibah/ Tapi percayalah tanpa Lombok industri akan terjejas teruk.

    BalasPadam
  3. Sepatutnya pihak kerajaan lebih prihatin dengan masalah pekerja asing yang ditindas oleh majikan yang memegang dokumen dan tidak membayar gaji.Sepatutnya En Ramli dedahkan saja siapa manusia tidak bertanggungjawab tu.Berani dia buat dia kena beranilah tanggung.

    BalasPadam
  4. Itulah akibatnya mencari rezeki dalam berbuat maksiat..hahaha
    konon bakal binimu baik sangat..aku dengar dia songlap duit koperasi di changkat petai

    BalasPadam