Jumaat, 2 Disember 2011

PULIH KEMBALI (28/2011)

Ciri-ciri Israel nyahkan bangsa Palestin bertunas dan menjalar di Kelantan

SELAIN dari  faktor pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah. kejatuhan Kerajaan Umno/BN yang gagal mendapat sebarang kerusi dewan undangan negeri adalah kerana kes Bandar Satelite Kubang Kerian yang membenarkan penempatan bukan Melayu kerana kediaman dan gudang-gudang yang dirangka pembinaannya bukan sahaja tidak mampu dibeli tetapi  juga tidak mmpu disewa oleh orang Melayu kerana kos dan kadarnya yang tinggi.

Sehubungan itu jasa besar kerajaan Umno/BN seperti pembinaan Kota Darulnaim, Jalan Jeli-Gerik, Jalan Kuala Krai Gua Musang-Merapoh dan pelbagai kemudahan  asas lagi tidak dilihat sebagai suatu jasa, sebaliknya Umno/BN dilihat mahu mencina-townkan Bandar Satelite Kubang Kerian, menyebabkan Umno/BN yang dikafirkan kerana bekerjasama dengan MCA. MIC dan parti-parti komponen milik bukan Islam lagi dipelupuh hingga lumpuh.

Umpama lari dari mulut harimau masuk mulut singa atau buaya, apa yang ditakuti dan ditentang oleh rakyat Kelantan yang kononnya Unmno/BN mencina-townkan Bandar Satelite Kubang Kerian bukan setakat mencina-townkan Kubang kerian tetapi juga dibawah Pas hampir  keseluruhan bandar Kota Bharu dicina-townkan.

Seksyen 9, Parit Dalam, Badar Kubang Kerian, Seri Semilang, Lembah Sireh dan pelbagai kawasan lagi dapat dilihat dikuasai oleh siapa sekarang. Tawaran pembelian tanah yang tinggi menjadikan ramai Melayu terhalau dari tanah air milik mereka. Pendekatan, taktik dan teknik yang sama digunakan oleh bangsa Israel sehinggakan bangsa Palestin terhalau dari tanahair sendiri.

Bila ada rakyat yang gagal dibuta-kepekkan mata mereka bercakap  tentang pertukaran status tanah-tanah milik Melayu di Kota Bharu, maka diberi alasan bahawa segala-galanya atas kehendak istana sehinggakan institusi keistanaan menjari cukup tercemar pada mata rakyat jelata.

Demikian juga apabila kawasan hutan belantara di kawasan selatan Kelantan, termasuk kawasan  tadahan hujan dimusnahkan kerana kegiatabn pembalakan, maka nama istana diakaitkan, menyebabkan nama istana dilihat cemar dan kerajaan Pas dilihat bersih dan mandat rakyat ditolak tepi oleh istana.

Kesannya ramai orang Pas terutama para proksi wakil rakyat, khususnya proksi anggota exco muncul sebagai orang kaya baru dan pula istana terus dipandang buruk sehingga ada yang menggelarkan Raja Perempuan dengan MEK SIAM semata-mata kerana baginda berasal dari Selatan Thai (Saiburi).

Sultan Muhammad Ke-V yang terpaksa menaiki takhta kerana keuzuran paduka ayahnda baginda juga kini mula dikaitkan dengan kawasan nalak dan penjualan tanah untuk tanaman sawit dan getah klon di kawasan Ulu Kelantan. Turut dijaja sekarang dalam hal-hal yang berkaitan dengan kawasan balak dan ladang adalah Tengku Mahkota yang merupakan paduka adinda kepada Sultan Muhammad Ke-V.

Pas yang kini menghalalkan kerjasama dengan DAP yang anti Islam membuka peluang cukup luas kepada bukan sahaja bangsa asing tetapi juga rakyat asing dalam pembukaan ladang sawit dan getah klon yang mana ada antaranya melibatkan kebun getah dan kebuah buah-buhan peneroka yang distatuskan sebagai 'peneroka haram' yang telah berdepan dengan kesusahan berbelas dan berpuluh tahun memasuki hutan rimba bagi mengubah nasib diri.

Dengan menggunakan Ladang Rakyat, YIK, YAKIN, Perbadanan Pondok Berhad, Tabung Tok Kenali dan Perbadanan Menteri Besar (PMBK) sebagai rakan niaga, hutan simpan dilulus-teroka untuk tnaman sawit dan getah klon, banyak yang ditinggalkan terbiar setelah hasil balaknya dibelasah, tanah kosong kemudiannya dijual kepada syarikat lain yang mana kemudiannya akan dijual dan dijual lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan