Jumaat, 9 Disember 2011

PULIH KEMBALI (33/2011)


Tidak akan berlaku ketaksuban jika al-Quran dan Hadis  jadi rujukan mutlak

RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".
Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.

Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.

Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.

Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.

Kalau Quran dan Hadis dijadikan rujukan mutlak, tidak akan berlaku ketaksuban melampau sehingga sanggup samakan ulamak termasuk Nik Aziz (pemain politik kepartian) sama dengan nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan