PAS perlu kembali ke landasan asal penubuhannya untuk memartabatkan Islam yang sebenar
SAYA sangat bersetuju dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali bahawa Pas perlu kembali ke landasan asal penubuhannnya, yakni memertabatkan Islam yang sebenar.
Pandangan Hasan yang juga Exco kerajaan Selangor yang menyifatkan Pas tidak berada dilandasan yang betul disebabkan kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya, juga bagi saya adalah benar.
Juga sangat tepat dan benar dakwaan bahawa Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.
Bukan sahaja Hassan tetapi setiap pendukung dan penyokong Pas kena berjuang memastikan matlamat Pas diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan Pas.
Malah beliau tanpa berselindung Pendedahkan tanpa berselindung Hasan bahawa polisi Pas untuk menengakkan Islam berubah sejak menyertai Pakatan Rakyat biarpun ia bukannya faktor utama adalah suatu hakikat.
Kerana polisi yang bertukar dan ‘persekitaran’ yang tidak enak telah menyebabkan penyokong Pas semakin berkurangan dan penyertaan Pas ke dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP menjadi punca perubahan polisi parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan, tetapi itu bukanlah faktor utama, terdapat lagi faktor lain yang mempengaruhi perubahan tersebut, adalah juga suatu hakikat.
Kenyataan Hasan bahawa penyokong mula menarik diri dari Pas, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati adalah sangat benar.
Pas akan kembali diminati dan disimpati oleh para pengundi jika ia kembali kepada perjuangan asal dan mufarakah dari kerjasama dengan DAP yang anti Islam dan PKR yang sekularisme sifatnya. Tanpa DAP dan PKR Pas akan bersih dari wabak angan-angan Mat Jenin.
PAS sekarang memang dah terkeluar dari landasan perjuangan yang mulia,..membangun bersama Islam.Pemimpinya juga, pendapat saya,dah tergelincir dari Islam.
BalasPadamSemasa membela novel Shit Shahnon,TGNA kata, Allah pun mencarut.Ini syirik khafi namanya.Allah berfirman antaranya..ketahuilah syaitan itu musuh kamu yang nyata.Tapi Nik Aziz kata syaitan boleh dibuat kawan bukan DAP je. Mengkafirkan sesama Islam dgn menghentam penyokong UMNO sebagai kafir, syirik ,tidak mengutuk 'ustaz budak' yang menyanjung dia (TGNA) sebagai nabi dan banyak lagi.
Dr Hassan telah bertindak betul tapi berlawanan dengan cita2 pemimpin PAS untuk ke Putra Jaya walaupun perlu menjual agama dan maruah.Nik Aziz pulak kutuk Dr Hassan sebagai tak senonoh.Membiarkan PAS ditunggang oleh DAP dan PKR tak apa pulak.
YaAllah kembalikanlah PAS kepada perjuangan asal lindunganlah PAS dari kesesatan.Aminnn.
Sebagai orang Islam yang sayangkan agama Islam kita/saya perlu hentikan 'kegilaan' ini hatta dengan darah sekali pun.