Ahad, 11 Disember 2011

PULIH KEMBALI (36/2011) - DIKEMASKINI SEMULA DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Kelantan terpaksa swastakan semula konsesi air

ABANG LI kuat main isu air. Abang Li tahu ke bahawa isi air sangat menakutkan kerajaan Pas Kelantan kerana ianya boleh menghanyutkan kerajaan pimpin Dato' Nik Aziz dalam PRU-13 nanti. Abang tok kesian ke pada exco dan tok-tok wakil Pas.

Terperanjat saya bila orang dalam SUK yang kenal saya dan mendakwa meminati blog saya dan tulisan-tulisan saya di akhbar, majalah mahu pun di portal detikperubahan.com membangkitkan tentang kerajaan pimpinan Nik Aziz akan lebur gara-gara isu air.

Saya agak bengang dengan masalah air kerana sejak tiga bulan yang lampau, masalah air di rumah saya dan dimklumkan bahawa rumah sekitar rumah saya, terutama di bahagian tingkat atas belum selesai, banyak masa hanya keluar angin di muncungnya dari keluar air.

Kalau keluar  pun hanya sekejap dan tidak boleh digunakan untuk minum dan memasak. Dibasuh pakaian berwarna putih akan menjadikan pakaian ada warna kekuning-kuningan. Bayangkan kalau air yang sedemikian kualitinya diminum atau digunakan untuk memasak.

Untuk minum dan masak saya kena beli air jebo. Orang lain juga tentunya macam saya. Kerana itu industri pembotolan dan pemasaran air jebo mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Orang berniaga air jebo berpeluang jadi kaya.

Harga sejebo sederhana besarnya adalah RM7, sehari kena guna dua jebo. Makanya kena habiskan RM14 sehari untuk beli air jebo sahaja. Bagi menteri besar, exco dan wakil-wakil rakyat jumlah secumak itu  umpama sisa makanan lekat celah gigi sahaja. Tetapi macam mana dengan rakyat marhain macam saya, lebih-lebih lagi yang lebih marhain dari saya?

Selama ini saya melihat ladang rakyat dan masalah Melayu sedang kehakisan hak ke atas tanah milik mereka serta isu Pas bekerjasama dengan DAP dan pertukaran matlamat dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan yang akan hancurkan Pas di Kelantan.

Rupanya masalah air yang kata exco berkaitan hanya mampu diatasi dalam tempoh 17 tahun akan datang, turut menjadi jerangkap samar kpada Kerajaan Pas Kelantan. Maknanya kerajaan pimpinan Nik Aziz ibarat bukan sahaja akan jatuh ditimpa  tangga tetapi tempayan air akan turut menghentak kepala.

Dengan hanya dijamu sepinggan nasi, Nik Aziz selaku MB telah menandantagani perjanjian pengswataan air kepada Kelantan Water Sdn Bhd Bhd (KWSB) yang tidak berbuat apa-apa selain dari menjalankan gerakan memungut bil tertunggak.

Bila KWSB dinyahkan dari tanggungjawab membaiki kualiti air dan sisten pembekalan kerana tidak berbuat apa-apa,  Kerajaan Pas Kelantan didenda/terpaksa bayar ganti rugi RM150 juta kepada KWSB  kerana menamatkan kontrak. Bayamkan kalau Datuk Seri Najib yang berbuat demikian, sudah pasti 150 kali demonstrasi jalanan diadakan menuntut Datuk seri Najib letak jawatan.

Saya sebagai Ketua Biro Harian Watan ketika itu dan majikan saya disaman dan dituntut RM8 juta oleh KWSB kerana laporan wartawan saya sepanjang 8 paragraf dikatakan boleh merosakkan reputasi KWSB yang memang tidak berfungsi pun.

Konsesi pengurusan air kemudiannya diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMKB). Dibawah AKSB telaga digali bagi mendapatkan punca air, namun air tetap jadi masalah.

Mula-mula Kerajaan Pas Kelantan, termasuk Nik Aziz memberi pelbagai alasan bagi menutup kelemahan. Akhirnya beliau terpaksa mengaku dan khabarnya (khabar dari dalam) perbincangan sedang dibuat untuk diswastakan kembali pengurusan air di Kelantan.

Soalnya mampukah syarikat yang akan diberi konsesi itu nanti menguruskan air dengan lebih baik dan para pengguna akan menerima bekalan air yang bukan sahaja sentiasa ada tetapi kualitinya terjaga. Apakah tidak mungkin akan berlaku kerana dijamu sepinggan nasi, maka perjanjian ditandatangani tanpa mengambil kira standard dan kemampuan pihak yang diberi konsesi.

Bukankah kerajaan pusat mempunyai cukup tenaga kepakaran dalam isu air. Dari terus memberi mandat yang akan menswastakan pengurusan air, kenapa tidak diberi peluang kepada kerajaan pusat membaiki sistem pembekalan dan kualiti air di Kelantan. Supaya kerajaan pusat ada kuasa di Kelantan, maka kerajaannya kenalah dari parti yang sama dengan pusat.

Oleh itu adalah lebih baik jika Kerajaan Pas yang serba gagal dinyahkan dan diganti dengan Kerajaan BN yang terbukti besar jasanya sepanjang kira-kira 12 tahun memerintah dengan kewujudkan Kota Darulnaim, Kompleks Balai Islam, jalanraya Kuala Krai Gua Musang dan banyak lagi kemudahan yang jauh lebih banyak dari zaman Pas diberi mandat membentuk kerajaan yang sudah mencecah usia lebih 20 tahun.

Lagi pun jika pengurusan air diswastakan, tentulah takrif harga air akan dinaikkan kerana matlamat sesebuah perniagaan adalah untuk mendapat keuntungan dan seboleh mungkin akan tidak mentelibatkan diri dari menjadi badan kebajikan.

Justeru demi rakyat dan negeri Kelantan, maka tugas rakyat Kelantanlah untuk membuat penentuan melalui kuasa undi yang mereka miliki sama ada mereka sanggup hadapi pelbagai masalah, termasuk masalah air jika terus ditadbir oleh kerajaan sekarang atau menanggung beban kenaikan takrif air jika benar akan kembali diswastakan atau cuba selesaikan masalah dengan nyahkan kerajaan yang ada dan diganti dengan kerajaan Umno/BN.

Yang boleh buat keputusan adalah rakyat Kelantan sendiri.

2 ulasan:

  1. Matlamat tidak menghalalkan cara Abe Li. Kalu air doh naik ke kepala, guano pulop?

    BalasPadam
  2. ..rata-rata rakyat Kelantan rela minum air car atau air selut kerana sayangkan bulan..heheheh

    BalasPadam