Ahad, 4 Disember 2011

PULIH KEMBALI (29/2011)

Kesan kewibawaan kepimpinan negara dinikmati rakyat

KEPUTUSAN pilihanraya umum ke-12 yang menyaksikan Kerajaan Umno/BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 dengan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak jatuh ke tangan pakatan pembangkang manakala Pas Kelantan pula mengekalkan kuasanya, negara menghadapi masalah kronik. Perak kemudian kembali kepada Umno.

Harga buah sawit yang merupakan antara hasil komoditi negara merudum kepada RM170 selepas pilihanraya umumj ke-12 berbanding dengan sebelumnya harga bagi setan buah sawit adalah sekitar RM800. Ketika itu kebanyakan pekebun tidak memetik buah sawit diladang masing-masing kerana tidak melabakan.

Malaysia mempunyai keluasan tanaman seluas 4.9 juta hektar sehingga tahun 2009. Di samping itu terdapat 440 kilang penghasilan  Minyak Sawit Mentah (MSM). Selain dari ladang-ladang komersial, terdapat 152,000 pekebun kecil sawit.

Penurunan harga sawit telah memberi tanparabn hebat kepada para pekebun kecil sawit. Pelbagai usaha dibuat oleh pihak kerajaan demi membaiki nasin industri sawit, terutama nasin 150,000 pekebun kecil. Dalam tempoh setahun, harga buah sawit kembali melonjak dan harganya kini sekitar RM500 ke atas setan.

Pengeluaran MSM negara kini pada tahap 17.56 juta tan setahun dan nilai eksportnya adalah RM59.77 (RM59,770 juta) setahun. Jasa besar kerajaan kepada industri sawit termasuk 152,000 pekebun sawit adalah membebaskan mereka dari  hidup susah kerana kemeruduman harga sawit kepasa peningkatan harga yang menjadikan mereka yang bergantung hidup kepada industri sawit hidup selesa.

Kini sebanyak 150 buah negara membeli minyak sawit mentah dari Malaysia. Tanpa negara dipimpijn oleh barisan kepimpinan negara yang berwibawa, tidak mungkin masalah kemuruduman harga sawit dapat diatasi dalam tempoh yang singkat dan tidak mungkin mampu menarik keyakinan  150 buah negara untuk mengimport minyak sawit darin Malysia. Kerajaan berwibawa terbentuk hasil dari kebijaksanaan majoriti   rakyat dalam memberi mandat.

Industri pengeluaran getah asli, satu lagi komoditi negara agak sepi. Penoreh getah adalah suatu pekerajaan yang paling lekeh dan banyak kebun-kebun getah tinggal terbiar kerana tidak berbaloi kalau pun ditoreh. Anak-anak pekebun getah akan merasa malu untuk mengaku sebagai anak pekebun  getah, kalau kerja ibubapa adalah penoreh getah.

Tetapi ekoran kejayaan menembusi pasaran dunia yang lebih luas, sekaligus kerana menang dalam persaingan dengan pengeluaran getah tiruan, harga getah melambung dan mereka yang terlibat dalam industri pengeluaran getah, termasuk pekebun kecil dan penoreh menikmati hidup amat selesa. Ada pekebun kecil yang berpendapatan RM15,000 sebulan.

Terdapat 1.2 juta hektar kawasan untuk tanaman getah di Malaysia ditanam dengan grtah yang kira-kira 61,000 hektar adalah ladang komersial manakala sekitar 59,000 hektar lagi adalah kebun-kebun milik sekitar 500,000 pekebung keciL yang keseluruhannya berjumlah 1,240,000 hektar yang merupakan 73.4% dari keluasan keseluruhan untuk tanaman getah di semenanjung.


Nilai eksport getah negara sekarang adalah RM49.6 bilion (RM249,600juta) setahun dan dijangka meningkat kepada RM50 bilion (RM50,000 juta) srtahun menjekang tahun 2020. Getah terus mencatatkan jumlah peningkatan permintaan di pasaran global pada kadar 7.9 pertus ketika ekonomi dunia lembab ekoran Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dilanda krisis kewangan.


Kebijaksanaan majoriti rakyat negara ini walaupun jumlahnya kurang dari 2/3 dalam mengekalkan kerajaan yang sedia ada dan bekerja keras memulih dan mempertahankan pasaran komoditi negara bukan sahaja mendatangkan hasil kepada negara tetapi juta memakmurkan rakyat, termasuk mereka yang bukan ahaja tidak memberi undi tetapi tidak pernah berhenti mencaci kerajaan.


Mereka lupa bahawa mereka bukan sahaja menikmati subsidi bahan bakar tetapi juga beras, gula, debun tepung dan pelbagai barangan lagi hasil  dari kewibawaan dan kesungguhan para pemimpin negara memberikan perkhidmatan baik dan cemerlang demi faedah bukan sahaja kepada pemberi mandat tetapi juga kepada penentant keraaan, termasuk yang kerjanya hanya memaki hamun.


Malangnya, pemaki-pemaki kerajaan adakalanya memaki kerajaan dan pimpinan kerajaan yang menjadi pemimpin kerana mendapat mandat rakyat dibuat atas masjid dan surau yang disediakan oleh kerajaan yang dimaki hamun, kerajaan yang kononnya zalim dan toghut tetapi tidak ada rekod mengatakan banyak masjid diroboh, sebaliknya banyak yang dibina apabila ianya menjadi suatu keperluan.


Kesimpulan, harga sawit kembali pulih, harga getah melabung sehinggakan di kalangan guru, malah lawyer pun ada yang ambil kesempatan menoreh getah kerana ianya memberi perolehan lumayan adalah ekoran daro kesan kewibawaan kepimpinan yang mana secara bijaksanannya majorito rakyat telah memberi mandat. Rakyat yang bijaksana pasti akan terus memberi mandat dan tidak akan menjadi  musuh atau gunting dalam lipatan kepada kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka dengan izin-Nya.

2 ulasan:

  1. salam persaudaraan dari saya,

    mohon linkkan blog tuan di blog saya..
    syukran

    dari http://ucsungaiairtawar.blogspot.com/

    BalasPadam