Jumaat, 9 Disember 2011

PULIH KEMBALI (35/2011)




Wanita Melayu membuktikan kemampuan sebagai pemerintah

PATTANI adalah antara nama penting bila dibicara, dibahas, diforum, diwacana dan didiskusikan bangsa, bahasa, budaya, adat resam,agama Islam dan kerajaan Melayu.
            Ianya pada suatu ketika dulu pernah bersama Kelantan dalam pemerintahan. Dengan kata lain keduanya terangkumdalam satu kesatuan dan sama-sama mempunyai tamadun lebih awal berbanding kerajaan Melayu lain di semenanjung Tanah Melayu.
            Sewaktu Pattani bernama Langkasuka dan Kelantan dinamakan Medang Ghana dalam abad pertama, keduanya berada dalam Negara Yawadwipa atau Chryse Chersonesos, keduanya telah muncul sebagai ibu kepada sejarah Melayu atau Al-Jawiyyun di Nusantara.
            Sebagaimana Kelantan yang mempunyai pelbagai nama seperti Medang Ghana, Medang Bhumi, Kunjarakunja, Raktamrittika, Empayar Cermin, Serendah Sekebun Bunga dan sebagainya, Pattani juga mempunyai pelbagai nama seperti Langkasuka dan Wurawari.
            Nama Pattani mula digunakan antara selepas 1419 dan 1512 Masehi. Nama Pattani itu diberikan oleh Phya Tu Nakpa, anak kepada Phya Tu Kurup Mahajana,ketua kerajaan yang beribu kota di Mahligai. Phya Tu Nakpa atau Raja Merkah Dada  telah bertukar nama kepada Sultan Ismail Zilullah fil-Islam selepas memeluk Islam.
            Kalau Kelantan yang pernah dikenal dengan Empayar Cermin terkenal dengan Cik Siti Wan Kembang (nama asalnya Puteri Urduga Wijaya Malasingha) sebagai raja, Pattani juga terkenal dengan raja perempuannya yakni Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-1624), Ratu Unggu (1624-16360 dan Ratu Kuning (1636-1651).
            Tiga  lagi Raja Perempuan Pattani adalah Raja Mas Kelantan (1670-1698). Raja Mas Kelantan adalah permaisuri kepada Raja Bahar yang telah meninggalkan Pattani kerana mengikut abangnya Raja Umar ke Jawa bagi membantu pejuang Bugis melawan Belanda di Jawa.
            Setelah kematia Raja Mas Kelantan, tempatnya digantikan dengan anakanya  bersama  Raja Bahar, Raja Mas Cyam (1689-1708). Kerana berlaku pergolakan dalaman, Raja Mas Cayam telah digantikan dengan Raja Dewi, kerabat D’Raja Kedah yang lari ke Pattani selepas Aceh menawan Kedah (1619). Pada tahun 1716 Raja Mas Cayam kembali menaiki takhta sehingga kematiannya pada tahun 1719. Selepas itu tampuk pemerintahan Pattani yang bergabung dengan Kelantan dan kerajaan pusatnya bermarkas di Kelantan,  diperintah oleh raja/sultan lelaki.
            Dalam pada itu Aceh juga pernah diperintah oleh empat raja perempuan. Tetapi selepas para ulamak merujuk kepada Syeikhul Islam di Mekah untuk mendapatkan ketetapan hukum mengenai perlantikkan ratu-ratu itu, pihak Mekah menfatwakan tidak sah di sisi hukum negara berketuakan seorang wanita dan Aceh pun kembali kepada lelaki sebagai pemerintah.
            Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Unggu dan Ratu Kuning yang memerintah Pattni adalah dari keturunan Maharaja Bukit Siguntang melalui moyangnya Sultan Muhammad Tahir manakala Raja Mas Kelantan dan Raja Mas Cayam adalah baka Kelantan manakala Raja Dewi pula baka Kedah.
            Apa yang mahu ditekankan dalam tulisan kecil adalah wanita Melayu pernah mencipta kehebatan sebagai ketuakerajaan sama ada di Pattani, Aceh mahu pun Kelantan. Maka tidak ada sebab untuk wanita Melayu kini boleh terkedepan dalam apa jua bidang.
            Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Unggu bukan sahaja meletakkan mertabat Pattni pada tahap tinggi pada mata dunia semasa memerintah tetapi juga mertabat Melayu dan Islamsekali gus. Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Kuning berjaya mengagalkan hasrat Siam menakluki Pattani.
            Serangan-serangan Seram untuk tawan dan jajah Pattani ialah pada tahun 1603 (pada era pemerintahan Rtu Hijau), 1632 dan 1633 (pada era pemerintahan Ratu Biru) dan tahun 1638 (pada era pemerintahan Ratu Kuning). Bagaimanpun pada era pemerintahan Ratu Unggu tidak ada serangan percubaan penaklukkan dari Siam.
            Hanya pada tahun 1785 yakni kira-kira 34 tahun selepas berakhirnya era pemerintahan Raja-Raja Perempuan Patani dari keturunan  Maharaja Bukit Siguntang berakhir, barulah Pattani ditawan Siam, yakni ketika lelaki (Sultan Muhammad Pattani) menduduki takhta yag mana baginda gugur dalam usaha mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
            Kehebatan raja-raja perempuan Pattani  adalah kerana masing-masing fokus kepada tanggungjawab pemerintahan. Era pemerintahan raja perempuan Pattani mulai goyah pada era Ratu Kuning menduduki takhta bila beliau yang meminati bidang perniagaan dan tanaman bunga-bungaan tidak member fokus kepada tanggungjawab sebagai raja dengan lebih banyak masa diberikn kepada urusan pernigaan di samping dibaluti masalah dengan suaminya yang ketika itu dikatakan mengilai gundek.
            Kesimpulannya, apa pun yang dilakukan akan menjadi hebat dan berjaya jika diberi fokus dan komitmen  tetapi keadaan sebaliknya akan  berlaku jika hilang fokus. Apa pun, hakikat dan natijahnya,  wanita Melayu patut bangga kerana melalui Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Unggu, Ratu Kuning, Raja Mas Kelantan, Raja Mas Cyam, Raja Dewi mahu pun empat raja perempuan Acheh  telah  membuktikan kepada dunia malah menjadi catatan sejarah bahawa wanita Melayu mampu menjadi peneraju kepemimpinan jika diberi peluang.

1 ulasan: