Nabi dengan ulamak tidak boleh diserupakan
PASTINYA kerana mahu melindungkan bangkai seekor gajah di sebalik sehelai daun lalang dan mahu menegakkan benang basah kerana menyamakan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, maka Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak telah menserupakan ulamak dengan nabi.
Tindakannya menserupakan Menteri Besar Kelantan itu dengan nabi yang mana bagi Pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Haji Abdullah Sa'amah boleh membawa kufur, pastilah kerana Ustaz Budak itu terlalu taksub dan ditaksubkan dengan Nik Aziz yang pasti dianggap ulamak bagi sekalian ulamak.
Kalau seorang ilmuan yang dikatakan hafal Mustika Hadis boleh taksub melampau dengan ketokohan Nik Aziz yang darjat resminya sekarang dalam kerajaan yang diketuainya adalah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka apatah lagi di kalangan pendukung dan penyokong Pas yang bacaan al-Fatihah pun belum tentu betul.
Nik Aziz berstatus 'Tuan Guru' hanya setelah beliau dilantik sebagai Menteri Besar. Sebelumnya beliau berstatus 'ustaz'. Status 'Tuan Guru'nya lebih terkemudian dari Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (kini Presedin Pas) walaupun Nik Aziz jauh lebih tua dari Haji Hadi yang memiliki pusat pengajian pondok di Marang, Terengganu.
\
Lazimnya gelaran 'Tuan Guru' distatuskan kepada mereka yang menjadi ketua kepada pusat pengajian pondok. Nik Aziz tidak pernah menjadi ketua kepada tenaga pengajar pusat pengajian pondok walaupun beliau tinggal dalam kawasan pusat pengajian pondok yang diasaskan oleh ayahnya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar.
\
Beliau pernah mengajar sekolah buta (sekolah untuk celik-hurufkan orang dewasa) yang terletak dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kalau sekarang ini di samping menjadi 'ustaz' di Maahad Muhammadi sebelum dipilih bertandiung di Kawasan Parlimen Kota Bharu Pantai/Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) atas tiket Pas apabila diadakan pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan pada tahun 1967.
Sebenarnya penstatusan Nik Aziz dengan 'Tuan Guru' adalah bertujuan dan berkepentingan politik. Ianya dari idea Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang kini adalah Ahli Parlimen Kota Bharu yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik Menteri Kelantan dan juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan supaya Kerajaan pas Kelantan nampak Islamik.
Penstatusan itu dari sudut keperluan dan kepentingan politik sangat sesuai dan amat kena dengan tujuan perjuangan Pas yang mahu mewujudkan pemerintahan secara Islam dan sesuai dengan slogan yang lebih bersifat retorik yakni Membangun Bersama Islam apabila rakyat Kelantan memberi mandat kepada Pas memerintah Kelantan.
Apabila beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Wan Abdul Rahim telah menggezetkan status 'Tuan Guru' sebagai nama resmi Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun beliau seorang aktivis Pas tegar, namun Wan Abdul Rahim bukan berpendidikan agama, apatah lagi bertaraf ilmuan Islam. Sebaliknya beliau adalah seorang ahli politik yang mendapat pendidikan tinggi sekular.
Wan Rahim adalah orangnya yang memberi status 'Tuan Guru' kepada Nik Aziz yang kini Nik Aziz telah diserupakan dengan nabi oleh Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak. Sedalam dan secumak mana ilmu Ustaz Budak berbanding dengan para ilmuan Islam yang masih hidp pada waktu ini terutama di negara ini, termasuklah para mufti, sukar untuk dipastikan.
Bagi penulis walaupun Nik Aziz tidak dinabikan dan hanya sekadar diserupakan dengan nabi semata-mata kerana Nik Aziz dianggap sedbagai ulamak adalah sesuatu yang tidak patut dan boleh mempunah-ranahkan akidah, malah boleh bersetuju dengan pengasas Pusat Pengajian Pondok Geting, bole menyumbang kepada kufur.
Hakjikat dan natijahnya ulamak dengan nabi tidak sama walaupun fungsi dan peranan keduanya seakan serupa, yakni sama-sama mengajak manusia ke syurga dan jauhkan diri dari neraka.
Pun begit nabi maksum, yakni bersih dari dosa tetapi ulamak tidak. Nabi tidak ada yang dinerakakan tetapi ada sirah yang mengatakan ada alim ulamak yang masuk neraka kerana dosa yang dilakukan. Nabi dan rasul menerima arahan dakwah terus dari Allah dalamm bentuk wahyu atau melalui Jibril yang suci dari dosa sedangkan ulamak menerima ilmu dan membina kealiman serta ketakwaan dari guru-guru di kalangan manusia yang tidak maksum macam nabi.
Penulis yakin Ustaz Budak yang masih budak silap pemahaman, maka beliau serupakan antara ulamak dengan nabi sebagaimana ramai di kalangan orang politik, terutama orang Pas yang keliru dengan menganggap menolak Pas bermakna menolak Islam atas alasan politik tidak boleh dipisahlkan dari Islam.
Memang betul politik tidak boleh dipisahkan dari agama tetapi bukan nya parti politik atau poltik kepartian. Antara politik dengan parti politik atau politik kepartian adalah dua perkara yang berbeza walaupun sebutannya agak serupa. Politik adalah cara atau pendekatan manakala parti politik atau politik kepartian adalah wadah atau alat.
Allah dan rasul berpolitik tetapi Allah dan nadi tidak bereparti politik atau b erpolitik kepartian. Penciptaan Adam a.s. adalah antara politik Allah untuk menguji ketaat-setiaan malaikat, syaitan dan iblis dengan meminta Adam a.s. diterima sebagai ciptaan yang serba istimewa,
Malaikat akur dengan perintah Allah tetapi syaitan dan iblis ingkar. Kalau Adam a.s. tidak dicipta, makhluk ciptaan-Nya yang lain tidak akan tahu sejauh mana kesetiaan syaitan dan iblis kepada Allah. Secara politiknya Allah telah mendedahkan kepada makhluk-Nya feel perangai syaitan dan iblis laknatullah.
Dalam menegur Rasulullah s.a.w. yang asyik mendakwah pembesar Quraisy yang enggan terima Islam sehingga mengabaikan Ibnu Maktum yang buta dan daif yang datang untuk mendapatkan formula bagi meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaannya, Allah berpolitik dalam membuat dengan memulakan firman-Nya dalam Surah Abas yamg bermaksud "Hai orang yang memalingkan mukanya......"
Rasulullah s.a.w. jugq berpolitik tetapi tidak berparti politik. Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijahg Binti Khuwalid yang merupakan seorang armalah dan lebih tua dari baginda adalah merup[akan antara politik Rasulullah s.a.w. kerana terbukti Khadijah banyak membantu dan memudahkan kerja dakwah baginda. Selain dari berketurunan bangsawan Quraisy yang disegani, Khadijah adalah tokoh korporat Kota Mekkah yang hebat.
Penghijaran baginda dari Mekkah ke Madinah, pembinaan Masjid Quba, mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin serta perjanjian kedrjsama dengan qabilah-qabilah kaum Yahudi yang tidak menerima Islam adalah merupakan antara politik Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan tugas-tugas kenabian dan kerasulan baginda. Baginda juga berpolitik dalam usaha memasuki Kota Mekah.
Tidakkah Islam boleh dinamakan parti politik kepada Rasulullah s.a.w. atau apakah tidak boleh Pas distatuskan kepada jemlaan Islam? Bagi penulis jawabnya tidak, kerana untuk menjawat jawatan nabi dan rasul, baginda Junjungan Besar tidak melalui proses pengundian, tidak berkempen, apatah lagi memaki hamun lawan untuk menangi jawatan.
Justeru kalau ada politik yang mendakwa menyokong dan mengundinya mendapat pahala dan menolaknya berdosa, maka ianya adalah dakwaan palsu dan kesilap-fahaman yang sangat jelas antara politik dengan parti politik atau politik kepartian sebagaiman kesilap-fahaman dengan ulamak dianggap sama dengan nabi atau sengaja buat-buat tidak faham demi keperluan dan keuntungan poltik kepartian.
Kalau para sahabat pun tidak ada yang disamakan dengan nabi, siapa Nik Aziz untuk disamakan dengan nabi? Mana lebih ulamak antara para sahabat dengan Nik Aziz. Betulkah Nik Aziz teralim dari yang teralim pada dekad ini dan siapa yang membuat pengiktirafan sedangkan kerap kali ungkapan dan bahasa yang digunakannya tidak mencerminkan seorang yang alim dan takwa.
Sesuungguhnya bukan sedikit orang alim yang sesat kerana terlalu ditaksubi oleh pengikut. Pengasas agama Sikh asalnya orang Islam yang alim dan pakar al-Quran. Pun demikian dengan pemimpin tariqat Ahmadiah dan sebagainya. Kerana itulah kita jangan terlalu yakin bahawa apa yang kita buat adalah betul kerana kemungkinan apa yang kita buat yang kita sangkakan perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan perbuatan ahli neraka manakala orang yang kita sangka melakukan perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.
Justeru itu orang ramai kena yakin bahawa menyamakan Nik Aziz dengam nabi ianya adalah suatu kekufuran yang nyata dan perlu bertaubat nasuha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan