Ahad, 4 Disember 2011

PULIH KEMBALI (30/2011)

Pemberhalaan manusia dalam Pas dah mula wujud sekitar tahun 1990-an

SAYA tidak hairan kalau Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak menyamakan Mursyidul Am Pas dengan nabi kerana itulah tanda bukti kepimpinan Pas telah berjaya mewujudkan sikap ketaksuban melampau para pendudukung dan penyokong parti itu kerana itulah yang cuba diserap oleh pimpinan terkini Pas.

Kerana tidak mahu bersekongkol dengan kemungkaran dan ketaksuban melampaulah, maka saya yang berkhidmat di Unit Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas selama lapan tahun membuat pelbagai onar supaya ada alasan untuk kanja  dan dikanjakan dari tugas yang dipikul dan saya mencapai kemerdekaan yang diharapkan pada penghujung tahun 2005 apabila kontrak saya tidak  di sambung.

Selepas itu disusuli dengan beberapa  orang lagi kakitangan yang turut cau sama. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berkecamuknya jiwa dan pemikiran saya apabila saya dalam keadaan terpaksa, saya kena menghasilkan buku dan pelbagai tulisan bagi membenar dan mengiyakan bahawa Allah pun mencarut, Allah samseng, boleh kerjasama dengan syaitan, boleh maki orang dan sebagainya keranja Tok guru kata boleh sedangkan dalam surah An-Nisa' ada Allah tegaskan tentang larangan berkata buruk.

Di samping itu berlaku pemerBAHALAan sesama manusia dalam Pas. Mislanya ramai yang percaya Tok Guru boleh mendatangkan musibah kepada orang yang dimarahinya. Ramai yang percaya bila Tok Guru swembahyang  hajat minta hujan, maka hujan akan turun. Ada yang percaya Datuk Seri Najib akan pecah perut bila Tok Guru doakannya dan telah diaminkan oleh mereka yang mengikuti kuliah Jumaatnya. Tapi Datuk Najib masih sihat sejahtera hingga kini.

 Mempercayai bahawa sesuatu perkara itu boleh berlaku diKERANAkan atau kerana KERAMAT Tok Guru secara tidak  langsung bermakna telah memBERHALAkan sesama manusia, yakni memBERHALAkan Tok Guru dan boleh merosakkan akidah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengkeranakan sesuatu bagi menunjukkan kehebatan dan kekeramatan  baginda walaupun baginda ada mukjizat. Baginda tidak mencarut, tidak samseng, tidak maki hamun orang dan tidak bekerjasama dengan sayaitan.

Buat apa yang tidak dibuat dan tidak disuruh oleh Rasulullah s.a.w. tentulah bercanggah dengan Islam. Mendoakan kemusnahan orang lain adalah sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w., termasuk terhadap Abu Lahab dan Abu Jahal. Apakah Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri lebih kafir laknat dari Abu Lahab dan Abu Jahal sehingga didoakan supaya pecah perutnya kerana Datuk Najib bukan orang Pas?

Apakah Tok Guru lebih tinggi darjatnya dari Rasulullah s.a.w. sehiungga apa yang Rasulullah s.a.w. tidak buat pun dibuat, termasuk sanggup dan berani kata undi Pas berpahala, sokong Umno tidak layak masuk syurga sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyebutnya, seolah-olah darjat Tok Guru lebih tinggi dari Rasulullah s.a.w.

Saya hanya lepasan Madrasah Al-Balaghulmubin tetapi saya berani menyanggah bahawa menyamakan ulamak dengan amat tidak kena samalah seperti menganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas adalah tidak kena, apatah lagi kepercayaan bahawa undi Pas layak masuk syurga,  menolak Pas tidak akan masuk syurga adalah kepercayaan yang sesat lagi menyesatkan.

Nabi maksum dan tidak ada yang masuk neraka sedangkan ulamak belum tentu masuk syurga. Nabi menerima wahyu tentang perintah dan larangan terus dari Allah. Kalau pun melalui perantaraan adalah dari Jibril yang suci dari dosa.

Sedangkan ulamak membina kealiman dan ketkawaan melalui perantara sesama manusia, apatah lagi para ulamak pada era bukan pada hayat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat rodhiallahuanhu. Lagi pun Rasulullah s.a.w. adalah nabi dan rasul akhir zaman. Kalau ada yang kata akan ada lagi nabi atau manusia yang sama dengan nabi ianya adalah karut dan menyesatkan.

Mungkin kepada orang Pas Tok Guru adalah yang teralim dari yang teralim semata-mata kerana ketaksuban yang melampau. Harus diingat bahawa Tok Guru bukannya mengaji terus dari Rasulllah s.a.w. atau para sahabat raodhiallahuanhu, sebaliknya beliau mendapat ilmu melalui perantaraan manusia yang bukan nabi atau rasul.

Hakikat dan natijahnya ada berpuluh juta lagi orang yang sama ilmu atau lebih berilmu darinya. Cakap dan tindak tanduknya masih terikat dengan apa yang dihalal dan diharamkan sebagaimana yang digariskan dalam ajaran Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Kalau ada percanggahan, maka ianya sah-jilah sesat lagi menyesatkan.

Apatah lagi dengan Shamsul Zaman Sukri@Ustaz Budak sehingga sanggup menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan nabi dan menyamakan nabi dengan ulamak,  apakah keilmuan dan kealimannya melebihi kealiman dan keilmuan berpuluh juta para ulamak yang ada di muka bumi sehingga berani menyamakan Nik Aziz dengan nabi.

Saya yakin ketaksuban melampau Shamsul Zaman Sukri@Uttaz Budak yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi akan menyebabkan Pas yang kehilangan sokongan kerana bekerjasama dengan DAP (menjadi kuda tunggangan DAP) dan menukar matlmat dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan akan semakin kehilangan sokongan kerana ketaksuban melampau yang boleh menyumbang kepada kerosakan akidah.

3 ulasan:

  1. SALAM SAUDARA MELI ...

    JIKA ADA KELAPANGAN, LAWATILAH BLOG GELOMBANG WANGSA MAJU. SAYA RASA SAUDARA TENTU TIDAK KEBERATAN JIKA SEKIRANYA SAYA MENGAMBIL ARTIKEL SAUDARA UNTUK MEMBERI PENERANGAN DAN DISEBARKAN KEPADA RAKYAT BERKENAAN DENGAN PARTI PAS.

    SAUDARA SEBAGAI BEKAS DAN PERNAH BERADA DALAM PAS TENTU LEBIH MENGETAHUI PERMAINAN POLITIK PARTI PAS.

    SETIAP ARTIKEL SAUDARA, GWM AKAN SENTIASA MELETAKKAN KREDIT ... MELIKAPAKJANGAK

    BalasPadam
  2. nasib baik la di hujung senja usia kamu menjumpai kebenaran....tahniah.

    BalasPadam
  3. Pengelola Gelombang Wangsa Maju!
    Tuan petiklah apa yang patut. Saya izinkan secara pukal. Saya bekerja dengan kerajaan Pas bukan kerana saya orang Pas tetapi kerana pengalaman saya dalam bidang kewarytawanan dan karang mengarang. Kerana itu saya tidak taksub

    Saudara tanpa nama!
    Walaupun saya banyak cincang Pas tetapi kapak saya tetyap akan mengapak Umno kalau Umno buat benda yang tidakl betul. Saya bukan orang politik tetapi saya bukan jahil mana dengan politik, dah lebih 30 tahun yang bergelumnang dengan politik dan orang politik.

    BalasPadam