Orang Pas kena bersiap sedia terima hakikat
BIDANG kerja dan runtin kehidupan saya sentiasa dia akar umbi dan kebanyakan maklumat saya adalah maklumat rakyat, maklumat akar umbi yang tidak ada kepentingan apa-apa kerana saya bukan orang politik dan tidak kepentingan politik kepartian.
Ini adalah penggal terakhir bagi Kerajaan Pas Kelantan. Wakil-wakil rakyat yang ada lulusan agama ada baiknya mula mencari kawasan untuk membuka sekolah pondok manakala yang berpendidikan skular, eloklah memulakan perniagaan sebagai persediaan untuk hadapi zaman menganggur, terutama wakil-wakil rakyat yang masih muda cada dan ada bini lebih dari so.
Yang tua benar eloklah untuk kembali menghabiskan masa beriktikaf di masjid supaya dosa-dosa membohongi rakyat dan maki seranah terhadap sesama Islam, apatah lagi kerja-kerja menidakkan keislaman orang lain kerana kepentingan politik kepartian akan terampun melalui taubat nasuha di rumah Allah.
Manakala orang Umno pula kena bersedia untuk diuji dengan kemenangan, pastikan diri tidak takbur atau bila jadi mb, tmb, anggota exco atau wakil rakyat, jangan sesekali terlibat dengan perbuatan mungkar. Pastikan mb, tmb, anggota exco dan wakil-wakil rakyat sentiasa berjemaah di masjid, surau dan madrasah, kalau tak layak jadi iman, jadi makmum.
Wakil-wakil rakyat Umno di Kelantan khususnya pada Pilihanraya Umum Ke-13 patut dipilih di kalangan yang mampu memberi kuliah agama dan layak jadi iman jemaah di masjid, surau dan madrasah dalam misi menemui dan memesrai rakyat. Pembangunan dalam bentuk kebendaan serta pembentukkan iman dan takwa kena diseiringkan.
Rakyat Kelantan sudah muak dengan retorik Pas sama ada atas nama parti atau atas kerajaan kerana yang nampak berubah hanya wakil-wakil rakyat: kalau dulu tunggang motosikal Honda-Cub 70 pelano bergogek, lloni berkereta mewah yang sebenarnya tidak mampu dibayar ansuran atau dibayar mukanya kalau hanya setakat dengan elaun wakil rakyat.
Kalau dulu hanya sorang bini yang Pak Had Ceton Tembus atau Tok Awang Merdeka Ppalo Bapok tengok pun tak pecah lior kerana serba berkarat dan darat-gon, lloni dah ada lebih dari sorang bini dengan bini baru bukan saja dahinya licin bercahaya kerana sering SPA tapi tumit pun macam telur dikupas, lebih ilir lagi darii para artis.
Rakyat dan negeri kekal pada tahap sekalo, kalau pun ada bangunan terbina ianya dibuat oleh co-yo-nun-alif dengan ada wakil-wakil rakyat mentakedaroh komisyen untuk melayakkan hidup mewah dan bergaya. Bila saya urus penjualan tanah untuk dijadikan ladang sawit atau getah kelung dengan balak di dalamnya sudah dikebas, terperanjat saya bila mendapat tahu rupanya pemiliknya adalah proksi kepada anggota exco atau wakil rakyat tertentu.
Antaranya Salor Sawit Sdn Bhd yang dokumennya baru sampai ke tangan saya, rupanya syarikat berkenaan lembaga pengarahnya adalah proksi exco tertentu. Saya terkejut dan untuk tidak bersekongkol dengan kemungkaran, saya menolak mengurus-jual kawasan berkenaan dengan diberi alasan kepada buyer bahawa saya gagal menemui pemilik asalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan