Antara dosa besar Pas adalah merosakkan silatur-rahim
HAKIKAT umat Islam adalah bersaudara. Nabi sabda begitu, Allah pun berfirman macam tu. Oleh kerana tulisan ini dituju pada orang Pas, maka tidak payahl;ah saya catatkan terjemahan hadis dan ayat al-Quran mana yang menjelaskan tentang silatur-rahim kerana orang Pas semuanya mendabik dada sebagai orang kuat agama walaupun hakikatnya ada ramai orang Pas yang berjanggut panjang, berkopiah dan berjubah yang lelakinya manakala yang perempuannya berpurdah, tetapi baca jawi pun tak reti.
Seorang wakil rakyat Pas pernah kaget dan terkejut bila saya buat catatan ucapan Menteri Besar menggunakan tulisan jawi semasa saya masih bertugas sebagai wartawan dulu. Wakil rakyat itu pernah anggap saya 'sakit otak' dan 'saiko' kerana semasa bekerja di Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan, saya banyak menegur Pas.
"Pandai tulis jawi" sapanya dan saya kata bolehlah uduh-uduh. Al-Quran dan hadis rata-rata ditulis guna huruf jawi, cuma bezanya huruf al-Quran ada baris. Bolehkah orang macam saya ni dianggap buta al-Quran atau hadis walaupun saya tidak al-hafiz berbanding dengan muslimin dan muslimat Pas yang buta jawi?
Minat semula jadi sayya bila ada isu-isu yang meragukan, saya akan rujuk tafsir al-Quran, terjemahan hadis dan kitab-kita jawi kerana saya tidak faham bahasa Arab walaupun bersekolah arab/agama. Kalau membaca tulisan dalam bahasa arab, saya kena banyak rujuk kamus sebagaimana bila saya baca tulisan dalam bahasa Inggeris.
Rujukan dibuat adalah untuk mengelak dari kemungkinan saya tergelincir dari apa yang dihalalkan bila menulis kerana apa yang ditulis boleh menyebabkan penulis akan masuk syurga atau neraka. Apa yang saya dapat maklum dari menyemak terjemahan al-Quran dan juga hadis, memutuskan silatur-rahim sesama Islam adalah dilarang oleh Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul hadi Awang dan bekas timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa tentu tahu mengenainya, lantas Hadi menggagaskan kerajaan perpaduan dengan Umno dan disokong kuat oleh Nasharuddin tetapi ditentang hebat oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat.
Dalam Pas Nik Aziz paling berpengaruh, malah walaupun jawatannya sebagai Mursyidul Am adalah jawatan yang dilantik tetapi kerana kertaksuban melampau, suara dan pandangannya lebih dianggap betul berbanding dengan suara presiden dan timbalan presiden. Makhluk di langit dan di bumi pasti tidak lupa macam mana Nasharuddin diseranah dan dihina.
Kerana taksub, maka ramai dalam Pas, lebih-lebih lagi kalangan yang buta jawi lupa untuk berfikir dan menggali isi kandungan al-Quran dan hadis apakah halal bagi Pas memutuskan hubungan dengan Umno, berseteru mak-anak dengan parti milik orang Melayu beragama Islam itu dan memilih DAP sebagai sahabat dan bersepakat untuk tentang Umno/BN.
Betul Umno bekerjasama dengan MCA dan MIC serta berbelas-bekas parti milik bukan Islam sebagai parti komponen BN. Tetapi antara parti-parti komponen BN dengan DAP yang mendominasi PR, siapa yang nampak sekarang terang-terang anti Islam?
Kepada saya Pas dengan kepimpinan terkini dikepalai oleh Nik Aziz telah bekerja keras memutuskan silatur-rahim di kalangan sesama umat Islam semata-mata kerana kepentingan politik kepartian. Tanpa sedar atau dalam keadaan sedar tetapi kerana ada kepentingan politik, pimpinan Pas dan penyokong parti itu telah, sedang dan akan melakukan dosa klerana merosakkan silatur-rahim selagi masing-masing tidak bertaubat nasuha.
Kepada yang kurang yakin dengan pandangan saya ini atau tidakm yakin dengan penjelasan oleh para ilmuan yang barangkali dilihat pro parti-parti tertentu, sila rujuk al-Quran dan hadis, yang buta jawi baca terjemahan yang ditulis menggunakan tulisan rumi seperti al-Quran terjemahan hadiah Raja Fahd ibn' Abd' Aziz Al Sa'ud dan Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I, II, III dan IV dan Terjemahan Hadius Sahih Bukhari Jilid I, II,III dan IV.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan