Setitik nila boleh rosakkan sekawah susu
SEMOLEK dan sehebat mana pun Pas, ianya akan rosak oleh perbuatan mungkar segelintir ahlinya sebagaimana sekawah susu boleh rosak oleh setitik nila. Penyalahgunaan/penylewengan secara muslihat pengagihan beras yang penuh bubuk untuk golongan miskin atau apa jua perbuatan mungkar oleh mana-mana organ parti, maka matlamat mengislamikkan pendekatan berparti politik dan berpolitik Pas akan rosak dan punah.
Ditamatkan tugas kerana seleweng/pecah amanah terhadap urusan yang diamanahkan bukan bermakna dosa seleweng/pecah amanah itu akan berampun kerana hasil penyelewengan/pecah amanah itu akan dibeli makanan dan minuman yang mana selain dari apa yang dimakan akan menjadi taik, ianya akan menjadi darah daging, sekali makan minum, tidur bangun, nikah kahwin dan kencing berak yang sepauyt dalam keadaan halal dan berphala, akan berdosa.
Beras, sayur, ikan, pakaian, penjelasan bil eletrik, bil air, beli sejadah, belia koopiah, beli ubah, beli purdah dan sebagainya yang halal akan menjadi haram kalau ianya dari punca penyelewengan/pecah amanah. Kerana dosa kecil yang berkerak dan berdaki tebal, maka ianya boleh mendorong kepada melakukan dosa yang lebih besar, kemungkaran yang lebih akbar. Pas sedang hadapi fenomena itu: penyelewengan/pecah amanah.
Betulkah beras untuk golongan miskin diagih secara yang dihalalkan oleh hukum hakam? Apakah bonus ladang rakyat dilaksanakan secara suci atau ada selit-sepit? Kalau benda-benda kecil macam tu pun boleh seleweng/pecah amanah, macam mana dalam kes pengurusan kawasan balak, kelulusan kawasan lombong emas, lombong bijih besi dan sebagainya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan