Demonstrasi buat robeknya prestasi dan reptusi Pas
EKORAN dari kesediaan bekerjsama dengan DAP, Pas mula menghadapi kemerosotan dan kepupusan minat, simpati dan sokongan di kalangan penyokong Pas sejati, kalangan yang menyokong parti itu kerana kepentingan agama dan tuntutan agama dalam berparti politik.
Yang tinggal dalam Pas kini adalah dari jenis muaalaf parti politik dan kalangan yang tidak memahami, tidak ada maklumat dan tiudsak diberi maklumat tentang tujuan dan matlamat penubuhan Pas serta mereka yang tidak kenal pun apa itu Pas: menyokong Pas sekadar ikut trend semata-mata.
Malah ada setengah yang jantannya pakai kopiah kerana mahu tutup bubus, botak atau rambut beruban manakala yang betiananya bertudung lebih kepada kerana mahu tutup uban dan menyembunyikan ketuaan dengan bedak gincu yang dipakai kalau diperipun dalam sebulan, mahu boleh bajakan tanaman kacang di sekeliling rumah.
Yang terus sokong Pas sekarang adalah kumpulan yang 'ikut trend' dan tidak kenal dan tidak cukup maklumat tentang apa itu Pas, dimangsakan dan menjadi mangsa segelinitir kalangan tertentu dalam Pas yang telah melacurkan prinsip, dasar, matlamat dan tujuan penubuhan Pas dan sanggup mempermengkorang-kukur-nyiorkan penyokong yang buta maklumat tentang Pas demi kerana mencapai impian peribadi.
Segelintir kalangan tertentu sanggup melacur dan mempersundalkan agama dan hukum hakam, tanpa rasa berdosa boleh menghukum hanya menyertai, menyokong dan dan mengundi Pas sahaja mendapat pahala dan layak masuk syurga, jika mengundi parti lain akan berdosa.
Walhal tidak ada sepatah pun ayat dalam al-Quran atau Hadis yang menyebut bahawa hanya menyertai, menyokong dan mengundi Pas masuk syurga, malah orang yang memberi jaminan itu sendiri belum tentu akan masuk syurga kerana.
Ini adalah jika kemaruk beribadat dan berlagak alim dengan tujuan menunjuk-nunjuk, apatah lagi kerana kepentingan politik, kealimannya pada hakikatnya bersalut kejahilan yang sangat nyata. Beribadat tidak boleh dalam keadaan bermegah-megah dan lagha. Keutmaan dalam ibadah adalah tawadhuk.
Jika diselami ayat-ayat al-Quran dan Hadis, apa yang dilakukan oleh pimpinan Pasn terkini dan diterima sebagai suci, laduni, Islamik dan pakar hukum itu oleh penyokong sewel sebenarnya adalah perbuatan ahli sneraka kerana yang jelas Allah melalui al-Quran dan Rasulullah s.a.w. melalui Hadis mengharamkan pemutusan hubungan silatur-rahim.
Apatah lagi menyenaraikan puak yang layak dan tidak layak masuk syurga atau neraka, lagi-lagilah berdosa dan menyesatkan kerana syurga-neraka adalah hak Allah yang mana hamba-Nya tidak berhak untuk campuri urusan mesyurga dan menerakakan seseorang hamba-Nya.
Yang boleh dilakukan oleh manusia adalah melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan dengan tawadhuk dan tidak kerana lain selain dari kerana Allah. Kalau beribadat kerana mahukan syurga, ianya sudah termasuk dalam amalan yang tidak tulus dan tidak tawadhuk, apatah lagi kalau tunjuk tawadhuk kerana kepentingan politik, ianya sudah menjadi 'kerana lain' selain dari 'kerana Allah'.
Umpamanya bila seorang yang terang-terang anti Islam menganjurkan demonstrasi yang kononnya BERSIH, macam mana kalangan yang kononnya alim dalam boleh menyokong dan bersekongkolnya, siapa di antara kaedaunya yakbi antara penganjur dan pimpinan Pas yang alim sebenarnya.
Hakkiatnya menentang sebuah kerajaan yang berketuakan seorang yang beragamna Islam dan banyak menyediakan segala kemudahan untuk umat Islam beribadah serta pelbagai peluang membina ketakwaan dan mentawadhukkan diri adalah hatam. Nampak sangat segala kealiman dan keprosionalan dalam bidang agama hanya palsu belaka bila tok-tok alim dalam Pas boleh sokong demonstrasi BERSIH baru-baru yang diketuai oleh seorang yang bukan sahaja bukan Islam tetap sangat anti Islam.
Pada saya orang Pas kena banyak ilmu bantu dengan banyak menmbaca dan berguru dan tidak terklalu ghairah mahu menjadi gurut di sampiung kena banyak membuat penyelidikkan supaya diketemukan kitab yang menegaskan bahawa menentang sebuah kerajaan yang ketuanya adalah seorang yang beragama Islam adalah haram.
Sejak negara merdeka bukankah semuanya perdana menteru adalah beragama Islam. Soal setinggi mana darjah keimanan dan ketakwaannya itu hak Allah menilainya. Hanya kerana Pas gagal mencapai impian supaya menang dalam pilihanraya, maka Umno/BN dianggap menentang Islam, saya ianya adalah suatu tanggapan yang sangat menyesatkan dan boleh punahkan akidah.
Siapa pernah tengok bahawa perdana-perdana menteri Malaysia yang sudah mati berada dalam neraka kerana mati atas nama orang Islam berpati-politaikkan Umno dan siapa yang pernah tengok bahawa nama-nama tokoh, ahli dan penyokong Pas sudah tersenarai sebahli syurga manakala para pemimpin, ahli dan penyokong Umno dan para mufti serta cendekiawan Islam yang berpihak kepada Umno ada senarai nama mereka di neraka.
Kalau ada yang menagkui pernah melihatnya, maka ianya ada dua kemungkinan: pertama kerana sewel dan kedua kerana sesatnya lebih bermaqam tinggi dari Ayah Pin pemilik kerajaan langit yang merupakan menantu kepada Hassan Anak Rimau.
Melalui pengurusan apa yang dinamakan saham ladang rakyat sahaja, pada saya sudah berlambak-lambak dosa terapaksa dipikul oleh orang yang terlibat dalam pengurusannya kerana ianya dibuat penuh dengan kronisme dan nepotisme gara-gara kejahilan pelakunya apabila ada yang senaraikan emak dan anak sendiri sebagai pemegang dan bila sampai masa terima dividen dan bonus akan diambil sebagai haknya. Emak dan anak hanya digunakan sebagai alat.
Dalam penyewaan gerai pasar borong, urusan bantuan untuk armalah, bantuan modal dan segala urusan termasuk majlis-majlis makan yang diuruskan, dilakukan penyelewengan apabila pihak yang mengurus mesti 'creat' dan 'sepit-selit' untuk dapat samas-seghial.
Ada kedai yang dimanipulasi bagi mengeluarkan resit palsu, resit tanpa barang dan tuanpunya diberi sedikit habuan sebagai harga sanggup bersekongkol dengan perbuatan yang bukan sahaja tidak bermoral tetapi berdosa. Benda ni nampak kecil kerana dilakukan secara jahil tetapi pada hakikatnya ianya adalah haram dan berdosa. Apa lagi perlakuan dan perbuatan yang lebih berat dari pelakuan dan perbuatan haram serta berdosa.
Kerana itulah pada saya, sebelum orang Pas sanggup terlibat dalam demonstrasi BERSIH kononnnya untuk bersihkan kerajaan yang ada yang mana yang mengepalainya adalah bukan saja bukan orang Islam tetapi juga amat anti Islam, adalah lebih baik orang Pas kencing dalam tempurung dan telek muka sendiri untuk mencari kebersihan diri sendiri.
Kerana dasarnya didakwa adalah Islam dan perlembagaannya didakwa berdasarkan al-Quran dan Hadis, maka Pas tidak boleh pakai buah kalau orang Pas tak buat pun orang Umno akan buat. Dalam keadaan apa pun orang Islam kena mempertahankan kesucian agama dan tidak boleh dikotori dengan apa sebab dan tujuan sekali pun.
Kalau tidak, maka tidak mustahil orang Pas akan menjadi orang terawal dicampak ke neraka kerana dibuat sesuatu yang mendosakan dalam keadaan tahu dan sengaja dibuat.
Gara-gara terlibat dalam demonstrasi BERSIH, Pas pimpinan terkini yang didugali dan dimuali oleh orang Pas tulen kerana sanggup bersekongkol dengan DAP menjadi semakin loya dan Insyaallah dengan izinnya Pas akan berdepan dengan kifarah pada pilihanraya umum ke-13 nanti yang mana mandat yang diberi bagi penubuhan kerajaan di Kelantan dan Kedah akan ditarik balik oleh pengundi.
Sebagai orang yang sentiasa berada diakar umbi, saya ada maklumat rambang mengenainya. Imej, prestasi dan reputasi Pas kian tercalar dan terburai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan