Saya masih sihat dan bertenaga
SAYA terkejut dengan keterkejukkan seorang rakan apabila melihat saya bukan sahaja tetap sihat tetapi lebih berisi walaupun misai, janggut dan rambut semuanya putih menandakan usia dah semakin senja. Yang pasti saya semakin dekat dengan pintu kubur, satu hakikat dan natijah yang tidak boleh diubah, dihadang, apatah lari darinya.
"Hidup lagi demo rupanya. Kawe diberitahu demo dah mati. Kononnya lepas demo tidak lagi sokong Pas dan mengubah sokongan kepada Umno demo jatuh sakit, kononnya kena panah malam pasal tok guru pun demo rembat" ngomel rakan yang dulunya kalau jumpa kena hulur RM10 dua semasa berpisah atas alasan beliau tak ada pencen, tak pernah dapat kawasan balak atau kawasan lombong.
"Kawe memang sakit ketnya bukan sakit tubuh badan tetapi sakit hati main dengan orang politik. Kawe tak minat parti politik ni. Banyak kaki berak besar tak padan dengan jubur. Begotu begoni bereh belako tetapi sebenarnya rebeh dan serebeh"
Dengan meminta rakan saya itu lupakan tentang parti politik, saya jelaskan bahawa blog saya http://ww.melikapakjangak.blogspot.com/ gagal berfungsi dan ini adalah kali kedua blog saya hadapi masalah selepas http://www.ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ juga hadapi masalah seminggu sebelumnya berlangsung PRU-12 dulu walaupun keadaannya sedikit berbeza.
Beliau bertanya kenapa blog saya tidak dikemaskini dan tidak ada posting baru. Kononnya bila ditanya seorang kawan lagi, saya sakit kronik bila terlalu frust kerana dibohongi oleh kalangan tertentu dalam Umno yang telah menabur janji indah. Hakikatnya saya dalam keadaan sihat walafiat.
Sebenarnya saya berusaha memulihkan blog saya dengan pertolongan kalangan pakar tetapi gagal. Penjengok boleh jengok http://www.melikapakjangak.blogspot.com/ seperti biasa tetapi saya tidak boleh posting item baru kerana saya tak bolek ke deshbox. http://www.ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/ dulu lagi teruk kerana penjenguk tidak boleh melayarinya langsung.
Sebagai alternatif saya bukan akaun baru yakni http://www.melikapakjangak2.blogspot.com/ dan mereka yang mahu membaca buah fikiran saya, bolehlah melayarinya. Macam mana pun postingnya tidaklah serancak dulu kerana saya ada komitmen lain untuk mencari rezeki bagi menampung keluarga. Banyak masa saya dihabiskan di kawasan pedalaman.
Apa yang saya posting melalui http://www.melikapakjangak2.blogspot.com/ turut saya forward ke FB saya. Tentang kualiti kesihatan saya Insyaallah, saya masih sihat, malah saya semakin bersemangat untuk bangkit dari kejatuhan setelah menjadi mangsa niat tidak betul kalangan tertentu kerana sikap saya yang terlalu mudah berkaira.
Saya juga cuba membina hidup yang bersih dari simpati mana-mana pihak. Saya yakin Allah akan terus mengurniakan kesihatan dan kecergasan untuk saya. Sesungguhnya badan yang sihat dan kesempurnaan akal yang menjadikan kita sentiasa tabah dan bersyukur dengan takdir-Nya adalah antara kekayaan yang tidak mampu ditukar dengan segunung emas dan intan belian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan