Orang Pas lebih awal dicampak ke neraka
SAYA bukan bermaksud mencampuri urusan Allah tetapi jika dilihat pada 'labot'nya serta feel perangai orang Pas, termasuk cara bercakap tokoh-tokohnya yang hanya melihat orang Pas sahaja yang sempurna Islamnya, maka orang Pas 'lah yang akan lebih awal dicampak ke neraka.
Kenapa? Jawabnya kerana orang Pas tahu hukum hakam dan bila berhujah akan menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai dalil tetapi tindak tanduknya sering bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Orang Asli yang tidak sampai dakwah, tidak akan dicampak ke neraka kerana tidak Islam. Ini adalah kerana mereka tidak sampai dakwah.
Syaitan dan iblis dinerakakan kerana ianya makhluk yang tahu bahawa menentang titah perintah Allah adalah berdosa tetapi kerana angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak ia tetap sanggup menderhakai Allah dengan enggan sujud kepada Adam a.s.
Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu memaki hamun dan berkata buruk dilarang, antaranya sebagaimana yang terkandung dalam ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' tetapi orang Pas termasuk yang kononnya alim penuh-penuh mulut maki orang, malah mendoakan kemusnahan orang sedangkan berhala pun dilarang dimaki sebagai yang terkandung dalam ayat 108 Surah Al-An'aam.
Orang Pas tahu dan sepatutnya tahun orang Islam dilarang berteman akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani serta akibat melanggarnya, Ini terkandung dalam ayat 51 hingga 63 Surah Al-Maa-idah dan ayat 118 hingga 120 surah Ali-'Imran tetapi Pas bekersama dengan DAP yang sikap dan perlakunya sama dengan Yahudi dan Nasrani atas alasan Umno pun kerjasama dengan MCA dan MIC. Sebagai orang yang tahu hukum hakam, Pas tidak sepatutnya buat apa yang Umno buat tetapi kena buat apa yang Allah dan Rasul-Nya suruh dan menjauhi segala larangan.
Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu bahawa memutuskan silatur-rahim adalah perbuatan terlarang dalam Islam (sila rujuk ayat 10 Surah Al-Hujuraat, Surah Ali-'Imran ayat 103 dan juga ayat 112) tetapi Pas bukan sahaja sanggup memutuskan silatur-rahim tetapi juga sanggup melabelkan orang Umno yang rata-rata mengucap dua kalimah syahadat sebagai golongan yang tidak Islamik dan tidak layak masuk syurga.
Orang Pas menolak Qada' dan Qadar apabila kalah dalam sesuatu pilihanraya, maka akan dituduh SPR tidak telus, Umno menipu dan kewujudan pengundi hantu sebagai punca kekalahan walhal menang atau kalah sudah sedia tercatat dalam skrip takdir dan suratan. Manusia hanya mampu berusaha tetapi tidak akan berupaya mengubah takdir dan suratan.
Kalau pun betul Umno atau mana-mana pihak menipu, ianya tidak akan 'menjadi' dan tidak akan berlaku sebagaimana yang penipu mahu kerana penipu tidak akan mampu merubah takdir dan suratan. Orang Pas sering baca ayat Wamakaruwamakarollah tetapi bila kalah boleh percaya disebab dan dikeranakan oleh sabab-sebab yang menyebabkan mereka lupa tentang ketentuan dan takdir Allah.
Tahu tak boleh, tetapi buat dalam keadaan tahu. Orang jenis ini lebih awal dicampak ke neraka. Orang Pas banyak buat apa yang mereka tahu tidak boleh buat jika didasarkan hukum hakam tetapi masih juga buat. Justeru saya yakin orang Pas lebih awal dicampak ke neraka kerana masih juga buat apa yang mereka tahu tidak boleh dibuat semata-mata kerana Umno pun buat. Kalau kerana Umno yang konon sekular buat maka Pas pun buat sama, jadi mana bezanya antara Umno dengan Pas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan